Saturday 20 August 2011

ITULAH AKU



Kalau aku hanya harapkan wang royalti
hasil penulisanku
Sudah lama aku jadi pengemis di jalanan

Mana tidaknya karyaku yang diterbit
Boleh dibilang dengan jari

Sudahlah boleh dibilang dengan jari
Dapat royaltinya pun tidak seberapa

Itu belum lagi dihantar ke meja penerbit
Awal-awal lagi sudah dibakul sampahkan

Sedangkan aku tertunggu-tunggu bilakah
Karyaku disiarkan di dada akhbar

Aku tak kisah kalau tak dapat wang hasil dari karyaku
Tapi yang aku mahukan karyaku dibaca oleh semua insan

Aku terus bersabar menantikan karyaku disiarkan
Biarpun puluhan tahun lamanya aku terus bersabar

Biarpun aku hampa karyaku tidak disiarkan
Aku redha kerana Allah mahu mengujiku

Aku terus berkarya dan terus
Sahabat setiaku adalah
Rohku sahabat setia yang ajak berbual dengannya
Alam teman bicaraku
Haiwan yang melata
Berbicara dengan malaikat

Kalam Allah
Zikir padaNya
Berdoa padaNya
Mengadu segala permasalahan padaNya
Membuat baik sesama insan
Semuanya itu menenangkan jiwaku

Aku tenang dan bahagia dengan hidupku begitu
Biarpun di kiri kananku cubaannya
Bagaikan tsunami datang membadai
Kutempuhi dengan air mata kecekalan
Asalkan Kekasihku tahu aku sabar dengan ujianNya.

Kerana dengan ujian yang pelbagai rupalah
Aku diKurniakan ilham yang mencurah-curah untuk menulis
Baru kini aku mengerti Duhai Kekasihku
Syukurku dalam sujudku
Menangis aku terharu dengan KurniaanMu yang amat berharga ini
Kalau nak difikir secara logik siapalah aku
Yang tak ada kelulusan apa dalam pelajaran
Bukan pelajar yang pintar
Cuma berbekalkan minat dan bakat Anugerah dariNya


Tanpa harapkan mana-mana penerbit lagi
Untuk menyiarkan karya-karyaku

Aku siarkan di Alam Maya
Di blogku kusiarkan apa saja yang terdetik di kalbu

Teman facebookku juru runding bahasaku
Pada merekalah tempat pengkritik karyaku yang sejati

Mereka semua sumber inspirasi untukku berkarya
Terima kasih teman-teman facebook semuanya

Sokongan daripada kalian yang tidak berbelah bagi
Aku hargai dan tersanjung di kalbu

Jika aku ditakdirkan menjadi penerbit buku
Akan kuberi royalti secukupnya pada penulisku

Jika karya yang dihasilkan tidak seberapa
Dana kepadanya akan kuberikan
Agar dia dapat berkarya semahunya

Jika karyanya tidak berkualiti
Akan kuajak teman-temanku yang pakar bahasa
Mengajarnya tentang bahasa indah bahasa puitis
Bahasa ilmu yang dimahukan pembaca

Kan kubimbing
Kan curahkan ilmu
Apa saja karyanya akan dibedah
Sebelum disiarkan pakar-pakar bahasa akan membantunya

Atau dia boleh siarkan di blognya
Sebanyak manapun mahunya
Asalkan dia penuh yakin karyanya itu

Kalau dia mahukan karyanya di jadikan Galeri
Akan kuturutkan kemahuannya
Akan kubangunkan sebuah istana indah untuk Galerinya
Agar dapat dipertontonkan kepada yang sudi datang

Aku akan berbangga kepada penulis tersebut
Kerana minatnya sama dengan minatku
Cita-citanya sama dengan cita-citaku
Dia tak ubah sepertiku
Bahagianya bahagiaku
Dan itulah aku.

Karya:  Rha NS
27 Julai 2011

 
   

0 comments:

Post a Comment

 
;