Tuesday, 16 August 2011

DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN SEMEMANGNYA LAYAK MEMIMPIN RAKYAT

Salam ramadhan, nak bagi sedikit kehangatan dalam status Fb ini,
sekadar nak tanya pandangan semua rakan rakan Fb, pemilihan Bahagian
Umno semua dijadualkan pada tahun hadapan, apa pandangan anda semua
jika saya bertanding untuk sebarang jawatan dalam UMNO Bahagian Parlimen
Tawau? Adakah wajar atau tidak? Tolong beri pendapt anda, saya sedia
menerima samada baik atau tidak.tq
August 6 at 10:11pm · Like ·

Adie Adnan, Datuk Jem and 42 others like this.

100 of 127

Mohd Khairy saya setuju dgn Hagemanpesron...datuk masih muda dan corak
pemikiran datuk saya dapat lihat lain dari yANg lain..datuk sudah berjaya
di bidang perniagaan..dan tidak mustahil datuk mampu berjaya di bidang politik..

August 6 at 10:54pm · Like · 1 person
Datuk Mohd Jeffry Rosman Tq sabrina..

August 6 at 10:54pm · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman Amin ya rabbil alamin..terima kasih sekali lagi
kepada tuan mohd kahiry..segala apa yang saya buat semuanya datang dari
amanat dan hidayah dari Allah swt, DIA maha memberikan satu petunjuk buat
saya kerana kita adalah KhalifahNYA..saya akan buat dan terus berbakti
kepada masyarakat dengan kaedah yg disukai oleh rakyat kerana ayat IKHLAS
dan x mahukan penghormatan itu akan saya kekalkan selamanya..

August 6 at 11:01pm · Like

Kak Midah Mary Sejak kenal ngan Datuk...saya dah pernah mengatakan di Fb
bahawa bakal ada pemimpin baru yg berjiwa rakyat dan dermawan akan menghias
persada Politik Tawau..moga Datuk sesuai dan saya sokong penuh kalau Datuk
turut serta bertanding dalam kerusi Bahagian UMNO tu...biarlah pemimpin
yang benar2 bekerja dan rajin turun padang yang berjawatan tapi bukan
orang yang hanya utamakan kepentingan sendiri....

August 6 at 11:03pm · Like · 2 people

Tok Guru Kak Midah Mary maafkan tok menyambung last words tu kpentingan
sendiri dan kaum karabat suku sakat segala kroni ipar duai adik beradik
August 6 at 11:05pm · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam syed kamal, saya ucapkan juga terima kasih
atas komen yang baik itu agar saya tak masuk bertanding dalam pemilihan
umno akan dtg ini, namun saya juga berpendapat mengenai Kerbau dicucuk
hidung itu bukan berlaku disegenap ruang dlm umno kerana itu terpulang
kepada seseorang itu membawa hala tujunya, mungkin berlaku jika dia
hidup dalam umno dgn projek yg diberi oleh umno, tapi saya tak pernah
sesekali terhutang walau sesen dgn UMNo setakat ini kerana saya perjuangkan
UMNO dan menghidupkan filosofi UMNo itu diruangan minda rakyat semua..
dan menyuntik semangat pemimpin umno tempatan yg tegar dgn istilah
sombomg untuk cair kembali ke pangkuan rakyat

August 6 at 11:06pm · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam ramadhan buat tok guru, alhamdulillah
kerana ruang saya berjuang dilihat positif oleh sesetengah pihak dan
rakan fb seperti tok guru juga memberikan saya input lebih mendalam
untuk terus memperjuang segala resepi baru agar UMNO sentiasa mempunyai
energynya di ahti masyarakat umum..saya akui masih banyak kelemahan
ketara dikalang$an pemimpin yg sudah berjawatan tinggi dlm bahgian
yang dicap sebagai pemimpin payah mahu dirunding serta selfish
..budaya ini seharusnya dikaji oleh diri mereka sendiri dan harus
dikikis sama sekali..insyaAllah saya akan menjadi insan yg sedar
diri buat selamanya..amin

August 6 at 11:09pm · Like

Azman Abdillah Pada pendpat sya tidak perlu Datuk bertanding lg buat
masa ini,teruskan dgn kerja2 yg sedia ada. Tidak semestinya bila ada
jawatan barulah boleh berbakti kpd rakyat. Apa yg penting,hubungan dgn
pihak atasan harus clear. Bimbang juga bila dah termasuk dlm kelompok
ternama lain yg jadinya nanti...maklum saja ketika itu kuasa ada ditangan.
Ramai org yg sblm berkuasa bole menyusur akar tetapi bila kuasa ditangan,
hidup bagaikan raja. Hati2 dgn pengaruh kuasa. Rasanya kehidupan datuk skrg
lebih tenang,mudah didekati, peluang utk berbakti kpd rakyat terbuka luas
senantiasa. Tetapi jika ada permintaan, fikirkan semasak2nya...

August 6 at 11:09pm · Like · 2 people

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam ramadhan kak midah, amin dan terima kasih
kerana menganggap saya sedemikian tinggi kebolehan diri saya ini, saya
terasa malu dan khilaf juga namun sekiranya itu yg menjadi sudut pandang
dengar dr kak midah saya ucapkan jutaan terima kasih kak, saya dan kakak
merupakan anak jati papar yg terbang nun jauh ke tawau untuk menggamit
segulung harapan masyarakat tawau demi melihat satu sinar cahaya yang
berkilau terus tanpa mahu ada kekaratan itu ternampak..insyaAllah kak,
selagi semua bagi sokongan dan kepercayaan saya akan terus maju ke hadapan
untuk merubah segala erti transformasi yg diinginkan oleh PM kita kak..
aku adalah dari rakyat kepada rakyat..

August 6 at 11:12pm · Like

Awangku Lanz Datuk mmg layak menjadi calonnya...diharap Datuk mendapat
sokongan yg ramai kelak. tQ.

August 6 at 11:14pm · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam ramadhan buat sauadaraku azman..
amin dan selamat berpuasa serta menunaikan ibadah di bulan mubarak ni,
amin juga serta terima kasih atas pandangan peribadi tuan dan saya akan
pertimbangkan nya sebaik mungkin serta memohon petunjuk serta hidayah
dari Allah swt, sebelum itu saya ucapkan sekali lagi terima kasih tuan
di atas komen yg baik itu kerana ini semua adalah berkisrkan untuk
perjuangkan masalah hak asasi sebagaimana tuan katakan kepada saya
ramainya pemimpin yg sudah lupa asal mereka bila sudah berada di
kedudukan yang selesa..itulah nadinya dan saya ingin ubah semua itu tuan..

August 6 at 11:16pm · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam neswah..amin dan terima kasih kerana
berani masuk mencuit ruang utk berikan komen wajar itu..amin

August 6 at 11:16pm · Like

atuk Mohd Jeffry Rosman Tok guru, insyaAllah saya akan mula bersedia
dari dulu sampai bila bila mennagkis segala oersilatan kawan sendiri juga

August 6 at 11:17pm · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman Tq broku..

August 6 at 11:18pm · Like

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam awangku lanz..amin dan terima kasih
kerana memebrikan pendapat itu..insyaAllah saya semakin mendapat petunjuk
serta hidayah yang baik itu..terima kasih sekali lagi..

August 6 at 11:19pm · Like

Awangku Lanz W/salam datuk...berkat kesabaran dn keyakinan datuk,
insya-Allah datuk akan success jua akhirnya...kami sentiasa mendoakan
kejayaan datuk...tQ.

August 6 at 11:23pm · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Amin awangku lanz..terima kasih di atas
sokongan serta DOA dr awangku buat saya kerana setiap apa yg saya
perjuangkan selama ini bukanlah berniat mahu jd wakil rakyat tetapi
mahu menjadi seorang khalifah dunia masa kini..kerana semua ni adalah
utusan dr Allah swt..

August 6 at 11:25pm · Like


Fysal Mydin sy doakan Datuk naib atau ketua pemuda bahagian tawau
ianya sesuai skali sama datuk bole bantu sama2 Datuk tawfiq dalam
memperkuatkan lg jentera sayap parti kiri kanan terutamanya pemuda2
dan sudah pasti pemuda tawau sgt mengenali hati budi datuk juga
sumbangan dalam hiburan,kebudayaan,kemasya?rakatan dan kebolehan
juga dr segi keusahawanan berjaya dan sosial yg baik di kalangan
pelbagai masyarakat tidak kira kaum dan juga agama.Apa yang paling
penting Datuk ada juga platform dalam parti umno dan bn tawau itu
yang paling penting sebab rakyat tahu melihat dan menilai kerja kita
dalam membangunkan segala apa yang perlu bukan demi (kepentingan diri)
ini yang saya highlight jan sbb bnyk pemimpin skg sudah diats tapi
tak mahu tau org dibawah.kalo soal Ketua bahagian kita YB Datuk tawfiq
titingan pada pandangan sy diaseorang yang boleh lagi pergi lebih
jauh dan seorang yang masih muda dan hebat lg sentiasa highlight
di fb apa juga kegiatan beliau lakukan.sy sentiasa mendoakan kejayaan
beliau sbg ketua umno tawau dan mana tau ada kapasiti lepasni jd MENTERi
penuh utk tawau dan rakyat amnya.Datuk pula sy berharap dan yakin jika
usaha yang baik dan berterusan dilihat dan dinilai orlhrakyat sy pasti
bole menjadi KETUA PEMuDA Bahagian parlimen Umno tawau cukup baik sebab
pemuda masih perlukan Datuk yg serba boleh dalam bidang hiburan dan sebagai

August 6 at 11:30pm · Like · 4 people

Awangku Lanz Lega rasanya mendengar kata-kata datuk itu...
Pemimpin serupa inilah yg kami harapkan...berwibawa, berdedikasi,
saling bekerjasama, berjiwa rakyat dan paling penting selalu turun padang
melihat kesusahan/kesukaran hidup rakyat yg betul2 dahaga dn memerlukan
pembangunan masa kini...good luck Datuk.

August 6 at 11:33pm · Like · 1 person

Muhammad Aqlan Bin Ltod sy sokong datuk untuk bertanding dlm sebarang
jawatan dlm Parlimen Tawau.sudah tentunya sy akan jadi penyokong
Datuk Mohd Jeffry Rosman lagipun Datuk sudah dikenali penduduk
setempat dan popular di kalangan belia daerah Tawau.

Sunday at 1:42am · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam ramadhan dan selamat bersahur kepada
broku fysal, amin dan rasa terharu saya lontarkan buat broku fysal
kerana dengan hujahnya panjang lebar serta keratan ayat ikhlas itu
untuk memberikan seberapa input terhadap karektor cadangan hala
tuju bidang politikku mengikut keamatan broku, sememangnya saya pernah
dan diberitahu untuk masuk bertanding sebagai Ketua Pemuda bahagian
ataupun juga Timbalan Ketua Umno Bahagian supaya hubungan dengan
Ketua Bahagian akan menjadi lebih jitu dan langsung serta mempunyai
cabang kuasa untuk memudahkan saya teruskan niat baik saya untuk
terus dan langsung dekat dgn masyarakat dr segi semua sudut seperti
broku nyatakan..syukur nikmat kerana hasil perjuanganku sudah dpt
dilihat oleh broku fysal kerana penat jerih ni adalah ditumpahkan
kpd rakyat tanpa mengira asal usil serta keturunan mereka..insyaAllah
broku, sekiranya sudah ada permintaan maka akan adalah penawaran itu..
sya akan dan terus bekerja serta berjuang walaupun nanti jika saya tak
diteima dalam UMNO saya akan tetap berjuang..wasalam

Sunday at 3:14am · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam buat awangku lanz, selamat bersahur..
kenyataan ikhlas saya ini saya buat kerana situasi yg sangat perlu
bagi saya kerana saya ingin mengikis serta menghapuskan satu sistem
bangga diri yg masih terdapat lg dalam pentadbiran bahagian umno parlimen
tawau kerana maafkan saya jika saya berkata dalam pentadbiran legasi UMNO
bahagian Tawau ini masih lg dibawah takuk konservatif dgn mengagungkan
kekayaan dan darjat semata mata, mereka lebih pandang org berharta
dan berdarjat utk dihormati dan kurang perihatin terhadap org kampung
serta cawamgan umno yg dtg dr jauh utk memohon bantuan..inilah yg saya
nampak berlku sebab itulah saya terdetik minta pandangan untuk bertanding
bagi merubah satu sistem tadbiran retorik kepada demokrat seimbang dan
mesra rakyat..

Sunday at 3:18am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Duhai Pejuang Rakyat Yang Tulen....

Darahku yang mengalir adalah hak rakyat
Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu
Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'

Aku adalah hak Allah
Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun!
Aku adalah khalifah di muka bumi ini

Justeru siapapun mereka
Takkanku hiraukan
Biarpun berpenat berlelah
Biarpun jasadku
Dihujani peluru di setiap penjuru
Namun kuberundur tidak sekali!

Pantang Pahlawan Melayu tewas
Sebelum turun ke gelanggang!

Dulu kini dan selamanya
Aku telah pun bersedia
 Membela nasib rakyat
Yang harus dibela
Biarpun aku dicerca!
Dipandang sebelah mata
Bagi mereka yang tidak berpuas hati

Cara aku membela rakyat
Aku dengan caraku
Dan kau dengan cara kau
Biarpun kita berbeza pendapat
Tapi matlamatnya tetap sama
Iaitu membela rakyat yang harus dibela

Dalam perjuangan
Mesti ada yang tidak berpuas hati
Mesti ada mengumpat mengeji
Mesti ada iri hati
Mesti ada dengki mendengki
Mesti ada tikam menikam
Jatuh menjatuh
Hingga tersungkur!


Kekuasaan menjadi rakus
Sampai memakan diri!

Kerana darahku tertulis 'Fisabilillah'
Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri
Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah"

Nyawaku telah kupertaruhkan untuk:

Allah
Rakyat
Bangsa
dan negaraku tercinta!

ALLAHU AKHBAR!

BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DUHAI PEJUANG TULEN RAKYAT SABAH!

Karya: Rha NS
7 Ramadhan 1432H
7 Ogos 2011
Diilhamkan Khas Untuk Pejuang Tulen Di Hati Rakyat Sabah
YBhg Datuk Mohd Jeffry Rosman)

Sunday at 3:35am · Like · 3 people

Muhammad Aqlan Bin Ltod terima kasih datuk. saya akan kerah kan
dengan kekuatan maksimum segala anggota di bawah pentadbiran dan
pengaruh saya agar menyokong kepimpinan Datuk Mohd Jeffry Rosman
sama ada berada dlm UMNO ataupun tidak bukan masalah lagi Datuk.

Sunday at 3:44am · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali Inilah yang dimahukan berjuang bukan kerana apapun
parti tapi demi rakyat...kebahagiaan rakyat pasti para pejuang akan
syukur dalam sujudnya...moga Rahmat dan redha Allah sentiasa diberikan
bersama para pejuang! Ketahuilah Allah sentiasa bersamamu!

Sunday at 3:58am · Like · 1 person


Datuk Mohd Jeffry Rosman Assalamualaikum wbt buat rabeah yang sentiasa
perihatin dan sungguh berkreatif minda untuk mencipta sebuah warkah puisi
indah makna bersulam iringan doa dan kata iktisas itu menjadi satu sulaman
intan dan emas bagi diri saya yang masih lemah ini namun akan terus berada
dipuncak untuk menunjangkan segala tenaga saya bagi bersama dgn rakyat sabah
khusunya tawau ..anda adalah nadiku semua dan saya juga adalah milik buat
masyarakat semua..perjuangan ini bukan kerana niat mendapatkan sesuatu tetapi
kerana dilahirkan untuk bersama sama mencipta sang Juara Hati Rakyat kerana
rakyat itu adalah Raja kepada semua pemimpin dunia kini..saya elak mejadi alpa,
elak menjadi riak dan elak menjadi takabur diri..insyaAllah..

Sunday at 4:00am · Unlike · 2 people

Datuk Mohd Jeffry Rosman Amin ya robbil alamin buat tuan muhammad aqlan,
insyaAllah dgn kata kata ikhlas itu untuk terus menyokong matalamt perjuangan
bersih saya ini pasti Allah akan merahmati dan memberikan satu pentunjuk
hikmah akan berlaku..masa akan menentukan semuanya tuan muhammad..
berdoa serta memohon segalanya kepada Allah swt..pasti dia akan meredhaiNYA...
terima kasih sekali lagi

Sunday at 4:01am · Unlike · 2 people

Datuk Mohd Jeffry Rosman Terima kasih jaimun..

Sunday at 4:06am · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali Waalaikummussalam Duhai Pejuang Tulen Rakyat Sabah...
bagiku setiap pemimpin adalah permata dunia akhirat yang amat berharga...
justeru mereka semestinya dihargai oleh semua rakyat kerana tanpa mereka
siapalah rakyat dan tanpa rakyat siapalah mereka untuk meraih menjadi
khalifah yang berdarahkan .'Fisabilillah' Teruslah berjuang...hingga
terhenti nafas. Hidupmu bagaikan permata Matimu dikenang sebagai pahlawan
rakyat sekalung doa akan mengiringimu!Rakyat sentiasa hargai jasamu hingga
kapanpun selagi ada bulan dan matahari!

Sunday at 4:11am · Like · 2 people


Datuk Mohd Jeffry Rosman Rabeah, perjuangan saya hanya akan terhenti
jika skaratul maut mendekati diriku dan sudah tertuli dibuku itu aku
akan menyahut seruan dr sang pencipta..akan tetapi selagi kuasa Allah
memberikan aku kekuatan iman dan tenaga maka selagi itu khalifah ini
akan berdiri untuk terus berdiri bersama dgn semua masyarakat dunia
di sabah dan bersuara serta bertindak untuk memberikan satu keputusan
yang hakiki serta baik buat semua masyarakat kita..

Sunday at 4:14am · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin

Sunday at 4:17am · Like · 1 person

Sue Suezie saya sokong datuk ikut bertanding kerana rakyat memerlukan
seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti datuk......esok bila datuk
dah jadi pemimpin ingatlah......hargai dan sayangi rakyat datuk,kerana
seorg pemimpin yg baik adalah seorg yg berpegang pada janjinya....
sekali rakyat d bohongi sampai mati pun mereka tak kn lupa....
jadilah seorang pemimpin yg boleh d percayaai yg iklas mahu membantu
org yg benar2 memerlukan janganlah hanya menabur janji seperti menyiram
air d daun keladi atau seperti embun d pagi hari....pa bila terkena matahari
ianya kering begitu saja....

Sunday at 6:26am · Unlike · 3 people

Elezabeth Malanjim Saya sokong penuh Datuk untuk turut bertanding....
rakyat memang menanti2kn seorg pemimpin yg berjiwa rakyat.
Insyallah...Datuk pasti akan mendpt tempat di hati rakyat...Amin.

Sunday at 8:18am · Like · 1 person

Ayob Abd Majid moga dari ahli parlimen tawau sterusnya ke pusat
kerana kami dari industri hiburan lansung tiada wakil yg perjuangkan nasib
kami pada kerajaan....semoga datuk menjadi impian pengiat seni tanah air
selama ini agar suara meraka kedengaran di parlimen.....insyallah.

Sunday at 9:03am · Like · 2 people

Ku Ilhammu Wajar untuk Datuk Mohd Jeffry Rosman bertanding pemilihan
tersebut....tetapi wajar atau tidak jawatan yang akan dipegang bergantung
apa yang dilakukan selepas itu....apa yang dilakukan pada waktu ni
di harap akan diteruskan....bukan sekadar retorik untuk mendapat
sokongan dalam pemilihan....

Sunday at 9:20am · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat
sue suzie, alhamdulillah dan ribuan terima kasih di atas sokongan
padu dgn penuh keyakinan terhadap cadangan saya untuk bertanding
di bahagian tertinggi umno parlimen tawau, dgn usaha saya serta
komitmen selama ini untuk menegakkan segala apa yg masih menghantui
rakyat dikwsn DUn atau Parlimen lagi, saya tetap akan berpegang
kepada paksi rakyat untuk teruskan wadaha perjuangan itu tanpa
kenal erti jemu dan penat..layanan saya akan seperti ahli keluarga
rumah untuk semua masyarakat dan saya akan kekalkan momentum seperti
mana yg saya buat duku, kini dan selamanya..

Sunday at 9:22am · Like · 2 people

Elezabeth Malanjim Alhamdulillah Datuk...itulh yg dinanti2kan oleh
semua rakyat ...semoga perjuangan ikhlas Datuk mendpt rahmat dan
keredhaan Allah....Amin.

Sunday at 9:26am · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Assalamualaikum wbt buat cikgu suhaimi yang
saya hormati, amin alhamdulillah dan ribuan terima kasih saya ucapkan
buat cikgu dan sebelum itu saya juga mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah di bulan
ramadhan al mubarak ini buat cikgu dan keluarga di kk, harapan
setinggi gunung kinabalu cikgu akan saya pikul dan saya akan tunaikan
segala impian rakyat bukan dgn kata kata tetapi dgn keputusan dan
tindakan..amalan untuk mewujudkan semangat BERKONGSI dllm permaslahan
masyarakat akan saya terapkan di setiap pelusuk Zon pentadbiran akan
datang ini kerana mereka adalah jiwa saya dan saya adalah jiwa mereka ....
saya bukanlah mengejar jawatan dan pangkat untuk kehidupan peribadi
tetapi ada beberapa faktor yang saya lihat perlukan kedua dua kesinambungan
ini barulah kita dpt mengatasi serta merungkai segala masalah rakyat
di kawasan tertentu kerana manusia kini sudah lebih melihat kpd jawatan
baru ada kelebihan untuk membantu seseorang itu ..oleh yg demikian
cikgu, insyaAllah jika ada rezeki buat diri saya dan jika pihak atasan
melihat saya sebagai seorang yg boleh bekerja demi rakyat, saya sudah
bersedia menjadi seorang penegak serta pejuang rakyat...amin aqimusollah..

Sunday at 9:27am · Like · 2 people

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam puan elizebeth, selamat berpuasa dan
selamat menjalani ibadah dalam bulan ramadhan al mubarak ini,
ain alhamdulillah..
syukur dgn pandangan peribadi puan untuk saya teruskan niat
mendapatkan restu melalui rakan fb ini telah menampakkan
kepositifan yg wjar untuk saya berada dalam kelompok pentadbiran
bahagian UMNO Parlimen Tawau,
saya akan berusaha ke arah itu apabila masa pemilihan kelak,
jika dahulu seseorang calon itu menyembunyikan hasrat mereka untuk
bertanding dan masih meneka tekikan ayat bertanding utu, bagi saya
inilah pendekatan saya yg terbaik dgn memohon restu pandangan semua
rakan rakan FB yg setia berkomen bersama saya secara ijhkas..
pandangan ini juga adalah untuk saya membuat saya anjakan paradigma
dalam meniti kerajaya politik serta gred penentu penilaian kepada
saya dalam berjuang untuk membantu masyarakat Tawau terus Gah dari
sudut ekonomi yg fleksibel..amin

Sunday at 9:30am · Like · 2 people

Elezabeth Malanjim Insyallah dng adanya Datuk d Barisan UMNO Bahagian
Twu nnt kmi akan bergerk aktif semula cawangan kmi yg skg nie ibarat
'hidup segan mati tak mahu'...Kmi perlukn pempmpin yg betul2 prihatin,
adil dn boleh membimbing kmi.

Sunday at 9:37am · Like · 2 people


Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam ramadhan, selamat berpuasa dan
selamat menunaikan ibadah dalam bualn ramadhan ini buat abg ayob
dan keluarga..apa khabar? Saya ucapkan jutaan terima kasih di atas
komen yg baik serta harapan tinggi yg abg ayob berikan buat saya
dgn terus saya menerjah ke awan yg tinggi ke peringkat calon untuk
bertanding dioeringkat parlimen..insyaAllah saya akan pertimbangkan
saranan yg terbaik ini kerana saya yakin untuk bersuara di peringkat
Parlimen dlm menegakkan keperluan rakyat dikawasan setempat dalam
Parlimen Malaysia..saya akan teruskan perjuangan memartabatkan
seni dan budaya, mencari satu pendekatan bagi membantu para
karyawan seni yg terbiar nasib mereka serta berkongsi segala
permasalahan semua oejuang seni temapatan kita kerana dalam parlimen
hal hal seperti ni agak ketinggalan dalam perbincangan hangat parlimen..
insyaAllah jika saya dipilih okeh BN untuk bertanding maka saya
tanpa segan silu mahu memberitahu kepada masyarakat bahwa inilah
pendekatan saya, untuk pendekatan semua..1. EKONOMI MASAYARAKAT TAWAU
dipertingkatkan dengan menarik pelabur dr luar negara dan semenanjung
Malaysia masuk ke daerah TWU, 2. GIAT PROMOSI PELANCONGAN TAWAU
kepada dunia luar supaya Tawau akan lebih terkenal dr sudut kesenian,
kebudayaan dan khazanah klasik dan menjadikan TAWAU sebagai ONE STOP
CENTRE TOURISM, 3. MENAJADIKAN industri SENI dan HIBURAN santai
Sebagai satu HUB ekonomi yg setara dgn sektor yg lain dan mewujudkan
beberapa buau YAYASAN SENI BUDAYA bagi membantu semua pejuang seni kkta..
saya gariskan 3 dahulu bajat tatapan masyarakat untuk menilainya
kerana saya sebenarnya mempunyai 12 pendekatan bagi memenuhi
garis aspirasi rakyat...amin

Sunday at 9:37am · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Tq jack rudi..

Sunday at 9:38am · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Tq kit chai..

Sunday at 9:38am · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Tq Liang moi..

Sunday at 9:41am · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman InsyaAllah puan elizebeth sebab bagi
saya jika sudah tpilih perkataan ADIL itu harus wujud dalam jiwa
setiap pemimpin kerana bukan hanya mahu melihat kroni semata mata
dan duit menjadi penggeraka kepada sesuatu kerja..hapuskan
pendekatan itu jerana HATI dan JIWA adalah satu untuk lebih
mendalami maslaah rakyat..saya budak baru yg masih mentah
dan perlu menyelami maslaah rakyat tetapi saya telah dilahirkan
36 tahun yg lalu didunia ini untuk berjuang serta menghayati
segala keperitan rakyat dan mahu diberi peluang untuk mengangkat
martabat ekonomi rakyat..puan saya amat memahami segala kemelut
yg berlaku diperingkat bahagian dan zon kwsn tempat puan itu,
namun buat masa kini saya hanya mampu bersuara sebagai seorang
pejuang politik untuk semua bangsa dan agama tetapi saya lihat
suara saya masih kurang tajam kerana kekurangan kuasa dan jawatan
yg menjadi natijah dlm era kepimpinan masa kini..
insyaAllah pucuk dicita ulam akan mendatang..

Sunday at 9:50am · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam ramadhan buat ku ilhammu,
apa khabar? Saya ucapkan selamat berpuasa buat tuan,
sesungguhnya untuk pengetahuan semua dan ku sendiri, saya sering
berkata kpd teman teman yg sudah mengenali diri saya,
perjuangan saya selama ini dalam era politik tidak sedikit pun
dipengaruhi oleh pangkat, kedudukan mahupun wang ringgit kerana
kehidupan saya selama ini dlm meniti anak tangga di persada politik
adalah melalui perjuangan keringat panas yg tulen kerana saya
berjuang untuk meartabatkan parti itu bukan untuk hidup sebagai
kulat dlam parti itu..saya sayangkan UMNO sayangkan BN dan sayangkan
semua masyarakat di mana mana sahaja..tanpa mengira siapa mereka,
buar saya dibenci dan dicaci..saya juga insan lemah seperti yg lain..
namun untuk berhenti berjuang ke arah kebaikan adalah menjadi
natijah hidupku..saya berjuang untuk dptkan ganjaran dari
Allah di akhirat kelak bukan mengejar untuk kepentingan peribadi
semata mata..amin

Sunday at 10:00am · Unlike · 1 person

Pak Imam selamat bertanding datuk....itu yg sebaik2nya...

Sunday at 10:19am · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Tq adliane..

Sunday at 11:32am · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Tq endless love..

Sunday at 11:33am · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam pak imam..i syaAllah jika
saya dicalonkan oleh cawangan tahun hadapan saya akan
bertanding kerana untuk masyarakat bukan untuk diriku..amin..
terima kasih atas sokongan dr pak imam

Sunday at 11:34am · Unlike · 1 person


Shari Bujang Tidak ada masalah untuk datuk bertanding di Parlimen
Tawau ni.lagipun generasi baru di Tawau perlukan barisan pemimpin
muda seperti datuk ni untuk merapatkan jurang antara rakyat generasi
baru dengan pemimpin..ini adalah satu transformasi yang memang
tidak dapat dielakkan lagi.GO...GO...GO..Datuk !

Sunday at 2:24pm · Unlike · 2 people


Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam dan terima kasih Datuk Jem..

Sunday at 3:13pm · Like · 1 person

Syed Suziana Syed Suziana klau datuk blh membela rakyat..juga
kebajikan rakyat....slalu turun padang...apa salahnya...janji
datuk buat yg terbaik untuk rakyat

Sunday at 3:22pm · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Tq syed suziana..

Sunday at 3:27pm · Unlike · 1 person

prince Mohãmmãd Shãidi Rãhmãdãn WAJAR...!!!!

Sunday at 3:32pm · Unlike · 1 person

Rabeah Mohd Ali UMNO BERUBAH ATAU REBAH?


FERIZ OMAR: Kerajaan BN mempunyai pasukan terhad untuk
membentuk kerajaan yang kuat. Dengarnya pemimpin-pemimpin
lama UMNO tidak mahu berganjak dan memberi peluang kepada
calon-calon berpotensi atau apa Najib gelar,”Winnable Candidates’
untuk mengisi kerusi DUN dan parlimen. (4 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:

Orang lama orang baru,
Perlu ada kesepakatan;
Beralah orang lama demi pemikiran baru,
Barulah BN ada perubahan.

Apabila sudah ada perubahan,
Perlu ada pemikiran strategi baru,
BN akan terus dipertahankan,
Pemimpin berpotensi tetap diperlu.

Pentingkan parti daripada diri sendiri,
Barulah BN seiring kehendak rakyat;
Buat keputusan jangan sendiri,
Kemenangan BN kemenangan rakyat. (4 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:

Feriz Omar pemimpin yang berani,
Berani membuat perubahan demi BN;
Biarpun sukar tapi memahami,
Demi kemenangan BN mesti ada perubahan.

Perubahan mesti selari dengan kehendak rakyat,
Generasi muda mesti diutamakan;
Pandangan mereka kepentingan rakyat,
UMNO gemilang kerana rakyat didahulukan. (4 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Generasi muda mesti diutamakan kerana
mereka adalah penyambung kepimpinan yang ada dan begitu
lah lumrah kepimpinan seterusnya , justerus semangat
kepimpinan mesti dipupuk dan diberi sokongan serta peluang
kepada pemimpin generasi muda. Pemimpin yang lama jangan
sekali diketepikan kerana tiada lama tiada baru. (5 Mei 2011)

FERIZ OMAR: Sebenarnya rakyat (termasuk kita sendiri) keliru.
Bukankah rakyat yang tentukan siapa yang winnable candidates
bukan PM/TPM. Terdapat pelbagai kaedah untuk sampaikan
suara dari bawah ke atas. (5 Mei 2011)

FERIS OMAR: Kalau betul tuduhan bahawa pemimpin bahagian
dan cawangan ‘degil’ untuk memberi laluan demi kejayaaan
‘UMNO-BN perlu lantang bersuara dan bertindak tegas agar,
“Winnable Candidates” diberi laluan.(5 Mei 2011)


RABEAH MOHD ALI: PM kata, ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan tapi masalahnya sekarang orang lama tak mahu beralah
demi rakyat dengan memberi peluang kepada pemimpin generasi
muda membela rakyat seiring dengan kehendak rakyat. Sebelum
rakyat menolak UMNO beralalah, fikirkan hendak berubah atau
rebah? (5 Mei 2011)

AB JALIL BAHARUM: Nak tunggu merek berundur secara sukarela
payah… ibarat orang sedang sedap makan…jarang-jarang hendak
berhenti kecuali terbelekek sampai sesak nafas baru sedar.
(5 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:

Sekiranya ahli UMNO asyik menyalahkan,
Sampai bilapun takkan ada jalan penyelesaian,
Kesepekatan orang lama dan baru amat diperlukan,
Demi melestarikan kemurnian sebuah perjuangan.
(5 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI : Terus terang saya katakan… saya
bukan orang yang arif sangat dengan kemelut politik
UMNO sekarang, cuma sekadar menyatakan isi hati
seorang rakyat yang tak sebijak RR pemimpin muda
yang sudah banyak buat kajian, saya amat kagum
dan tabik pada RR. Moga RR terus menjadi pembela
yang berani tampil dengan kenyataan yang boleh
diterima oleh semua pihak. Moga berjaya menghasilkan
idea yang boleh meyakinkan PM ye. (5 Mei 2011)

RAMADHAN RAMLI: RMA, saya tak sehebat mana,
saya hanya seorang ahli UMNO yang sayangkan
parti dan sayangkan bangsa dan tanah air…jika
pemimpin atasan merosakkan parti saya tidak akan
teragak-agak untuk hentam. Saya juga orang biasa
seperti akak juga tiada apa yang hebat.(5 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: RR pejuang UMNO bangsa dan
tanah air yang dikagumi, akak pun faham darah muda
tapi siapalah kita menghendaki orang lama melepaskan
jawatan? Mereka belum puas membela rakyat dik…
akak percaya mereka akan melepaskan jawatan tanpa
desakan mana-mana pihak atas kehendak sendiri
nanti apabila dikehendaki oleh PM dengan cara
terhormat. Setahu akak seorang pejuang akan
melepaskan jawatannya jika dia sudah tidak
memenangi hati rakyat lagi. Maaflah akak
cakap ni bukan atas dasar kajian atau bancian,
maklumlah orang lama yang tak ada kelulusan
apa-apa pun nak mengatakan seperti orang bijak
pandai. Apapun akak tabik dengan RR yang berhujah
dengan fakta tak seperti akak berhujah atas dasar
hentam kromo je. Maaf ye. Moga cita-citamu hendak
melihat UMNO berjaya direstui oleh semua pihak
tanpa ada hati-hati yang terluka. (5 Mei 2011)

RAMADHAN RAMLI: RMA, ahli UMNO yang mempunyai
undi perwakilan mampu jatuhkan dia orang kak…
yang tak punya undi perwakilan mampu menjatuhkan
dia orang… menteri-menteri yang tak perform ini
takkan sedar diri… dia orang takkan turun selagi tak
puas, mereka tak membela rakyat kak…MEREKA LIABILITI
YANG TAK PERLU DITANGGUNG OLEH UMNO…SAMPAI
BILA PUCUK PIMPINAN NAK SIMPAN ORANG MACAM
MEREKA? (5 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI:

Orang lama dihormati orang muda dikasihi,
Orang lama beralah demi kepentingan parti;
Hidupmu akan dihormati nanti,
Perjuanganmu perjuangannya jadi sebati.

Kesepakatan ahli UMNO amat perlu,
Bertolak ansur faham memahami;
Bergabung idea menjayakan strategi baru,
Barulah UMNO boleh menakluki.

Duhai putera puteriku,
Tanggungjawab Negara terpikul dibahumu;
Moga perjuanganmu tak pernah jemu,
Mempertabatkan Negara hingga ke mercu.
(5 Mei 2011)


Selamat Menyambut Hari UMNO ke-65 Tahun,
Perjuangnamu diwariskan sejak berzaman,
UMNO sentiasa relevan mengikuti zaman,
Sekiranya pembelaan rakyat menjadi keutamaan.
(11 Mei 2011)


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
Sunday at 3:37pm · Like · 1 person


Datuk Jem Wa'Salam Datuk..Perjalanan hidup adalah satu
amanah yang harus dipikul oleh kita yg bergelar hamba Allah.
Bagi kita yang sedar dan bersyukur setiap inci amanah yang
di pikul dapat lah ia nya menjalan kn tugas2 dgn baik dan adil.
Bagi yg tak tahu dn faham maka ia akan melepas kan seperti batuk
di tangga,seperti kebanyakan pemimpin yg ada suka pentingkan diri
sendiri dari memikir kan hal2 kebajikan masyarakat setempat.
Saya orang semenanjung dan akan berulang alik KL ke Tawau satu
masa nanti..Saya bersyukur kerana Allah membuka ruang pintu
hati Datuk untuk memikul tanggung jawap terhadap penduduk2
Tawau yang perlu kan pemikiran muda dn berkelibar utuk maju
kedepan.terima apa jawatan sekalipun kerana itu satu amanah
Allah dn rakyat Tawau.Sy sentiasa menyokong.

Sunday at 3:37pm · Unlike · 3 people

Rabeah Mohd Ali Moga petikan di atas dapat memberi sumber inspirasi
kepada datuk dan rakan2 seperjuangan datuk untuk berjuang lebih
bersemangat lagi. Siapalah saya cuma sekadar ini yang termampu saja.

Sunday at 3:40pm · Like · 2 people

Sue Suezie saya suka kata2 hikmah datuk jem.....semoga ianya
menjadi sumber kekuatan dalam perjuangan Datuk.....dalam perjuangan yg
ingin berjuang demi kepentingan rakyat,jgn jak jadi seorg pemimpin
yg hanya pandai menanam tebu di bibir saja.....niat yg baik akan
mendapat keberkatan dari ALLAH.....amin!!!!!!!

Sunday at 6:20pm · Unlike · 3 people

Zack Rikaz Datuk layak menjadi pemimpin, krn Dtk berjiwa rakyat...
mudah2an ALLAH memakbulkan kehendak dan keinginan Datuk,
smg pilihan jawatan yg datuk pilih bertepatan dgn kehendak rakyat...

Sunday at 7:10pm · Unlike · 2 people

Jmaya A. Rshd Wsalam... kalo Datuk yakin boleh memimpin untuk
mendapatkan jawatan melalui pertandingan apa salahnya yang penting
nawaitu kena pada tempatnya untuk memajukan agama, bangsa dan negara
di tempat sendiri perlulah disuarakan. Saya sokong mudah2an Datuk
berolehi kemenangan nanti. Amin.

Sunday at 8:16pm · Unlike · 2 people

Aldama Gro Ups bagus2 walau saya org luar saya sokong dato...
mana tahu rezeki dato dpt jadi Ahli Parlimen suatu hari nanti hihhhiihh

Sunday at 10:08pm · Like · 1 person


Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam dN selamat bersahur rabeah,
tiada kata seumpama. Madah kerana madah sudah bersulam dengan syair
yang cukup menterujahkan segala naiwaitu serta tindakanku..ini satu amanat,
ini satu permintaan, ini satu harapan , ini satu coretan, ini satu wadah,
ni satu seruan, ini satu permohonan, ini satu suntikan, ini satu inspirasi
dan semuanya kata kata gurindam ini mempunyai makna yg tersirat serta pasti
akan tersurat...insyaAllah bait demi bait keluar dari komen rabeah ini
akan pasti aku sahut..dari Tun Mahathir berkata perjuangan ini belum
selesai dan saya tak mahu jadi melayu mudah lupa..oleh yang demkian
saya lebih utamakan rakyat dari segalanya kerana mereka amat penting
bagi diriku, bukan kerana mahukan undi atau jawatan semata mata..di mana
aku berpijak di situlah aku menjunjung..terima kasih sekali lagi,
ingatan budi pasti tak kulupai..amin dan wasalam

Monday at 3:51am · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam ramadhan dan selamat bersahur buat D
atuk Jem dan keluarga, syukur alhamdulillah terhadap segala kenyataan
Datuk buat diri saya juga merupakan seorang penasihat kepada saya selaku
orang muda yg perlu banyak mendengar serta menerima apa apa teguran
mahupun tips yg baik dan berguna untuk dikongsi bersama buat semua
masyarakat tawau,.yg baik pastinya wahyu dr Allah dan yang tak baik
itu dtgnya dr kelemahan diri manusia itu sendiri, insyaAllah Datuk,
apapun jawatan saya yg bakal terisi kelak, maka saya akan berbakti
buat masyarakat tawau dgn sebaik dan terbaik yg termampu..

Monday at 3:53am · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam sue suzie, segala apa yg terkata
dalam komen ini pasti dan akan diambil buat pedoman, jalan panduan
serta tindakan diri bagi menghadapi situasi yg getir dan dijadikan
sebagai satu senjata bagi menghadapi peperangan serang urat saraf
yg bakal dihadapi buat diriku, insyaAllah saya tak akan menjadi
sebagai penanam tebu ditebing bibir..itu bukan sifatku kerana
sifat itu patut jgn wujud dikalangan yg mahu bergelar pemimpin
masyarakat..jgn sesekali!!! Saya akan berpesan dgn diriku bahwa a
ku bukan dari kalangan yg taksub, tamak, alpa, sombomg, angkuh,
kedekut, lupa diri, bengis, kejam, dan segala kerdujanaan negatif
bagi mengehert masyarakat ke alam dusta..itu akan aku elakkan..
insyaAllah

Monday at 3:58am · Unlike · 2 people

Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam ramadhan buat aldama, tidak timbul
samada org luar wajar atau tak beri komen kerana saya sentiasa akan
alu-alukan kedatangan komen dari serata pelusuk dnia kerana mereka
semua adalah rakan rakanku dan akan aku layan sama rata tanpa mengenal
siapa mereka serta apa fahaman politik merek, oleh yg demikian apa yg
aldama komen itu juga menjadikan saya lebih bersemangat dan akan
terus berjuang serta berjihad terus sehingga sampai ke hari peperangan
dan tak akan beri laluan kekalahan agar rakyat akan dpt menikmati
kebaikan dr apa yg saya bakal kecapi..itulah satu harapan dan nawaitu
saya buta semua masyarakat tawau..insyaAlah..

Monday at 4:06am · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Terima kasih neswah..

Monday at 4:07am · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Terima kasih amir..

Monday at 4:07am · Unlike · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Terima kasih tuan kuzali..

Monday at 4:07am · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali Wsalam..terima kasih tidak terhingga kepada datuk
kerana sudi membaca coretan saya...saya doakan moga datuk sentiasa
bersemangat untuk berjuang walau apapun rintangan yang dihadapi
demi agama, rakyat, bangsa dan negara. Mengenai masalah pencemaran
air di kudat yang telah dialami sejak 30 puluh tahun itu apakah
perkembangannya ye...sekadar nak tahu je...kerana saya terpanggil
untuk membantu tapi apakah daya saya yang tiada berupaya hendak
akukan hanya ini sajalah yang dapat saya usahakan untuk mereka
 rakyat kudat. Di sini insya-Alah saya siarkan keluh kesah mereka ....
moga mendapat perhatian datauk yang budiman ye...

Monday at 5:43am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali PEMBELAAN RAKYAT KUDAT SABAH

AWANG KARIM KADIR: Air di Kudat pencemaran air memberi
masalah kepada penduduknya sejak 30 tahun lamanya. Wakil
rakyat Kudat silih berganti memenangi hati rakyat pada setiap
kali pilihanraya. Bermacam janji dan harapan diucapkan tetapi
masalah sejak 30 tahun lalu belum juga diatasi, dengan warna
dan berbau bangkai hanyair dan berlendir membuatkan kita
tak lalu memasak, apa lagi untuk diminum. Berwudukpun
macam menimbulkan syak, patutlah selama ini doa-doa kita
di Kudat ini pun macam susah makbul. Orang Islam kita hidup
dalam ketercewaan selama-lamanya melalui air yang tak terjamin
kebersihan dan kesuciaannya ini. Tapi kita mahu salahkan siapa?
(2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI : Gunakan kuasa mindamu untuk membela
nasib rakyat, sepatutnya saudara Awang Karimlah yang layak
jadi wakil rakyat tentunya semua beres. (2 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR: Beah , kita hanya seperti ikan di lautan ,
terpaksa juga berenang menempuh arus dan gelombang, rakyat
masih dibuai kemaruk janji-janji material dan himpitan kemiskinan.
Mereka tidak ada pilihan. Namun kalau ditakdirkan begitu ketetapan
Allah dan kalau tak jadi wakil rakyat pun kita tetap wakil masyarakat
melalui media seni, selama-lamanya. (2 Mei 2011)

sARANAN SALAM: Selama 30 Tahun begitu? Langsung tidak ada
sebarang tindakan? 30 tahun bertahan, bukan satu jangka waktu
yang singkat… (2 Mei 2011)

MOHD RAFFIEE RMG: Siapalah kita hanya tukang… tukang sokong
dan tukang undi hanya tukang dan tukang tak pernah dibayar gaji
dan upah. Bila-bilapun kita tetap tukang melainkan jangan undi BN
jika wakilnya LDP. Selamatkan UMNO demi UMNO untuk UMNO
tetap UMNO. (2 Mei 2011)

Lovely TIMMY: Kenapa tidak lontarkan saja suara-suara
Lantang ke meja wakil rakyat daerah Kudat? Andai
pentadbirannya jujur dan amanat, maka akan didengarkan
rintihan hati penduduknya.(2 Mei 2011)

MOHD RAFFIE RMG: Tiada gunanya kerana mereka anggap kau
siapa ha… tapi sama-sama kita kempen jangan undi BN kalau
wakilnya LDP kita kena selamatkan UMNO demi UMNO tetap
UMNO. Ayuh saudara-saudaraku. (2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Disokong 100% apa yang dicadangkan LT,
Pasti suara rakyat akan didengari, kalau mereka tidak mahu
dengar siapa lagi yang hendak dilontarkan rintihan rakyat yang
menanggung kesusahan selama 30 tahun. Apakah wakil rakyatnya
hatinya berdinding besi yang tak dapat memahami langsung
erih perit rakyat? Bangunlah dari lenamu sebelum rakyat…
Fahamilah rakyat kalau tidak kerana kuasa rakyat memilihmu
kau tiada akan ada di tempatmu sekarang. ( 2 Mei 2011)

MOHD RAFFIE: Rma, secara jujurnya kita tidak boleh
Salahkan wakil rakyat, yang bersalah adalah kita sendiri kerana
mengundinya, jujur paling berdoa adalah pemimpin-
pemimpin melayu meminta kita mengundi LDP. (2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Duhai rakyat Kudat…tanyalah dirimu sendiri?
Siapa yang hendak menjadi pemimpinmu? Yang akan dapat membela
jerih peritmu? Di tanganmulah terletak kuasa itu… adakah kesusahan
yang kau alami itu hendak diteruskan kepada generasimu yang
seterusnya? Siapapun pilihanmu aku akur kerana aku jua sepertimu
sanggup bersusah dalam kesabaran demi kesejahteraan Negara tercinta.
duhai wakil rakyat dengarlah rintihan rakyatmu sanggup bersabar
demi sebuah kesejahteraan Negara. Gunakan kuasamu kerana
kuasamu kuasa rakyat juga. Tanpa mereka siapalah dirimu.
(2 Mei 2011)

LOVELY TIMMY: Undian rakyat adalah berbekal harapan yang
menggunung dan impian yang melangit … untuk menunding
jari ke mana pun, adalah satu kesilapan yang berterusan,
dan tidak akan ada jalan penyelesaiannya. Apa yang perlu
adalah, sikap jati diri pemimpin kita, apabila rakyat menabur
benih harapan dan kepercayaan terhadap pemimpinnya…
kerana antara rakyat dengan pemimpin adalah bagai pasu
dan air…sekali air melimpah. Sekali pasunya pun berubah.
(2 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR: Saya selalu tidak sesuai menunding jari
ke arah orang lain kerana kata orang satu jari ke arah orang
lain banyak jari menunjuk kea rah kita sendiri.
mudah-mudahan orang tempatan Kudat akan dikurniakan
kesedaran bahawa sudah lebih 30 tahun mereka tidak mendapat
perhatian selain hanya menjadi menyokong dan penonton
terhadap pasukan lanskap Kudat yang dibuat oleh mereka
dan kuncu-kuncu serta suku-sakat mereka. Sementara orang
tempatan hanya ada nilai pada hari-hari tententu saja.
Air masak tetap keruh dan berbau, rumah-rumah sebahagian
orang tempatan masih tetap tanah rizab tanah rizab haram
kerajaan (nasibnya masih bergantung di tangan orang itu juga
dipindahkan ) orang tempatan hanya mampu menjadi
pembawa kereta sapu demi menyambung nafas
kehidupan keluarga. Anak-anak terpaksa bergadai
nyawa dan maruah ke KL menjadi buruh kerja-kerja
teknikal atau menjadi jaga. Tetapi kebanyakan pemimpin
besar Sabah lahir dari Kudat. Pemberontakan Mat Saleh
menentang penjajah Inggeris pun bermula di Kudat.
Tapi sehingga hari ini cucu cicit dan bekas
pengikutnya masih tetap dalam belenggu penjajahan
kemiskinan dan seperti melukut di tepi gantang.
(2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Justeru bangunlah rakyat Kudat jangan
biarkan hidupmu seperti melukut di tepi gantang,
masih belum terlambat untuk diperbetulkan kalau
berani bertindak demi untukmu dan generasimu.
Kejayaanmu kunantikan.(2 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR: Insya-Allah. (2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Insya-Allah, Tuhan bersama nawaitu
hambaNya selagi mana jujur dan ikhlas. (2 Mei 2011)

AWANG KARIM KADIR: Kita tidak dapat mengalahkan
Kehendak manusia, ya kecuali manusia itu sendiri yang
mahu mengubahnya dan mudah-mudahan ada gerakan
Dari Tuhan untuk mengubah nasib hambaNya yang
tak berdaya apa-apa. (2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI: Justeru BN kalau betul-betul
perjuanganmu membela rakyat, sahutlah
cabaran rakyat Kudat ini! Kata nak lakukan
transformasi besar-besaran inilah masanya
untuk buktikan pada rakyat yang BN
benar-benar setulusnya , Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan. Budimu akan dikenang
selagi ada bulan dan matahari! (2 Mei 2011)

RABEAH MOHD ALI : Kata PM , “ Takkan ada mana-mana
Rakyat yang akan tercicir daripada arus pembanggunan
dan faham setiap denyutan nadi rakyat!”


(PETIKAN I DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI
 DENGAN SAUDARA AWANG KARIM KADIR)

Monday at 5:58am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Moga apa yang disiarkan dapat mencetuskan ilham
datuk membantu menyelesaikan masalah rakyat di Kudat . Senyuman
mereka akan terpancar di wajah yang sudah lama menahan kesabaran datuk...

Monday at 6:00am · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Terima kasih datuk ...kerana sudi memahami
pemberontakkan kalbu rakyat Kudat...mana tahu Allah kirimkan
datuk untuk menyelesaikan masalah mereka...Moga di bulan yang
amat berkat ini dan segala pemintaan dikabulkan ....masalah
apa yang ditanggung rakyat kudat ada jalan penyelesaiannya .
Moga Allah saja yang dapat membalas budi baik datuk dalam perkara ini.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Monday at 9:41am · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali Sebagai ucapan terima kasih yang tak dapat
hendak dilafazkan kepada datuk kerana sangggup bersusah payah
berpenat lelah untuk menyelesaikan masalah rakyat Sabah sudilah
terima karya saya ini:

Monday at 11:44am · Like · 1 person

Adie Adnan perjuangan perlu d teruskan...yg menentukan semuanya
adalah yg maha esa..berusaha utk meniti ke jln yg d tuju pasti
nya byk rintangan..jgn takut dan rasa bersalah klu d hati kita
menyimpan utk kebaikan ummah...

Monday at 11:58am · Like · 1 person

Zulkifili Teo Teruskan perjuangan Datuk..Semoga apa jua niat dan
usaha murni Datuk akan sentiasa diberkati Allah s.w.t

Monday at 6:00pm · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Tq adie..

Monday at 6:04pm · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali:

SALAM KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA!

Salam Kemerdekaan untuk negaraku tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
Semoga puasa membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Dari PM 1 hingga PM 6 masih teruskan perjuangan.


Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tuanku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-54 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

Karya: Rha NS
1 Ogos 2011
Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Ke - 54)

6 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali Moga datuk Jeffry sudi menerima hasil karya saya
ini sebagai tanda penghargaan saya kepada datuk seorang Pejuang Rakyat Yang
Amat Saya Kagumi!

Monday at 6:32pm · Like · 1 person

Datuk Mohd Jeffry Rosman Tq aidil

18 hours ago · Like

Hamzah Sanudin Datuk selayaknya ambil tanggungjawab ini demi
masa depan Parti Melayu yang semakin tercalar di mata rakyat.
Datuk boleh mengembalikan presepsi rakyat tentang pemimpin melayu.
Rakyat perlukan Datuk untuk menjaga hak rakyat. DATUK sememangnya
layak untuk memimpin RAKYAT.

17 hours ago · Like


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
21 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;