Saturday, 20 August 2011

KARYAKU! DUNIAKU!



Aku berkarya bukan mencipta nama.
Aku berkarya bukan  berbangga diri.
Aku berkarya kerana tanda cintaku
pada  Allah,  manusia dan pada
sekalian alam ini.

Bakat  karya  anugerah
dari  Yang Maha Esa
takkan kupersiakan.
Ya Allah aku syukuri
kerana  terpilih menerima
anugerah-Mu.
Ini satu tanggungjawab…
Kupikul  setulus ikhlas.


Moga karyaku memberi
hidayah untukku dan kepada
sesiapa  membaca.
Kakukan jemariku jika karyaku
mengumpat mengeji manusia
menabur  fitnah sana-sini.
Lancarkan jemariku untuk menulis
perkara baik  dikira di alam barzah
itu kumahukan Ya Allah!

Aku mesti banyak
membaca,
mendengar,
melihat,
mengkaji,
memikir,
dan bermuhasabah diri
agar karyaku dapat hidupkan
jiwa-jiwa  mati!
Jiwa-jiwa  mahu hidupkan rohani.

Aku mewakili suara anak-anak kecil
sengsara akibat perang.
mewakili suara rakyat yang sentiasa ingin dibela.
mewakili suara kerajaan untuk rakyatnya.

Moga suatu hari nanti
suara-suara hasil karyaku
bertebaran di muka bumi ini
dihayati dan dihargai oleh
seluruh penghuni bumi ini!

Siapalah aku tanpa Pertolongan dari-Nya
menghasilkan karya  dikira  amal  jariah.

Anugerah-Mu ini akan kujaga kerana
Karyaku! Duniaku!

Karya  :  Rha NS
18 Januari 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;