Friday 19 August 2011

PENYEDIAAN SKRIP PUTERA DUYUNG TERKINI



'HATIKU HATIMU BERCANTUM MENJADI SATU'


PUTERA DUYUNG : (KETIKA DI ALAM MANUSIA)

Allahu Akbar! kekasihku sayang...selagi namanya manusia
hidup pastinya tidak sempurna...begitu juga aku....
niat di hati memang hendak berbuat baik dan memberi
kasih kepada semua penghuni bumi ini tapi kerana
ketidaksempurnaanku membuatkan ada hati-hati terluka
dan tak suka...justeru dengan seluruh jiwa di kalbu
dimohonkan maaf siapapun mereka ...agar di akhirat
nanti amalku yang sedikit ini tidak dituntut mereka...
betul tak kekasihku sayang sepenuh hatiku...selagi nyawaku
ada, kusayang kamu....



MAS MERAH:

Amin,,Alhamdulillah juga dinda bersyukur
bertemu dengan kamu kanda,,yang selalu membimbing dalam
syair-syairnya,,agar kita yang membacanya
senantiasa ingat kepadaNYA,,bener kah kanda ...
dinda termasuk orang yang kanda
sayangi,,terima kasih ,,,dinda ucapkan kepada kanda...



PUTERA DUYUNG:

Bener kanda sangat-sangat sayang dan cinta pada dinda...
kalau kau tak percaya ambillah keris ni belahlah dada
dan ambil hati kanda lalu dicantumkan di hati dinda...
barulah dinda pasti kita sehati sejiwa sayangku...


MAS MERAH:


Manalah mampu dinda melakukan itu kepada kanda tersayang...
pastilah dinda percaya yang terucap dari kanda...
kerana sayang tak perlu dibuktikan tapi dirasakan...



SITUASI 2 (ALAM DUYUNG)


PUTERA DUYUNG:

Aku tak heran buahnya masam ke...aku tetap akan menikmati
kemasaman buah tersebut kerana sudah ketentuanNya tapi
aku tak boleh terima jika wajahmu yang manis itu masam
padaku dan pasti aku nangis terus terusan Mas Merah...
kalau boleh biarlah senyumanmu itu sentiasa berseri seperti
sinarnya ekor emas duyungmu itu  cinta hatiku...

PUTERA DUYUNG:

Napa kau diam Mas Merahku...adakah kata-kataku mengguris hatimu...
jika hatimu kuguris luka bererti kuguriskan hatiku sendiri Mas Merahku...



MAS MERAH:


Tidak kau tidak melukakan hatiku ... nanti semakin kau kenali aku
semakin kau akan tahu..aku bukan jenis yang pemarah.. jangan bimbang
aku amat terbuka.


PUTERA DUYUNG:

Kalau gitu...baru senang banget hatiku Mas Merah...moga kau dan aku
menjadi kekasih yang paling setia hingga ke hujung nyawaku ...


PUTERA DUYUNG:


Terima kasih Mas Merah kerana sudi terimaku hadir dalam hidupmu.
Akulah yang paling gembira di dunia ini pada hari ini kerana kekasihku
sudah boleh bergembira kembali dan menjadi kekasihku dan tak perlu lagi
dia kessunyian bermain dengan ombak... dan tak perlulah lagi cintaku
berada dalam bara gelombang ombak mengganas ! Kini kita berdua boleh
hidup aman bahagia di taman karang tanpa siapa lagi dapat mengganggu
kedamaian hati kita tak gitu Mas Merahkuku...

MAS MERAH:

Ye...kekasihku...kita telah ditakdirkan untuk hidup bersama dan syukurku
padaNya kerana mengurniakan aku kekasih sebaik kau.

PUTERA DUYUNG:

Moga terpatri cinta ini mendapat restuNya ...moga cinta kita dapat
diteruskan hingga ke Syurgawi.

Karya:  Rha NS
4 Ramadhan 1432H
4 Ogos 2011
(Sekalung budi untuk sahabatku Athya Nabila dan Amira Suhadis atas
kerjasama walaupun secara tidak langsung untuk penyediaan skrip
Putera Duyung - moga Allah membalas budi baik kalian)

0 comments:

Post a Comment

 
;