SINGGAHLAH CAMARKU UNTUK SAMPAIKAN
UTUSAN KEMANUSIAAN
Singgahlah camarku
untuk kukirimkan utusan kemanusiaan
agar kau sampaikan kepada
dua orang wira duniaku yang
sedia berbakti untuk melihat
dunia penderitaan tersenyum
kerana luka-luka penghuninya
telah dijahit dengan benang cintaku
berkat keperkasaan mereka berdua.
Karya: Rha NS
7 Ramadhan 1432H
August 10 at 7:11am · Like · · Unsubscribe
Jaya Ramba Wulan camar terbang, hinggap di ranting,
alangkah angin bertiup nyaman, itukah manusia yang
melakukan prasangka?
August 10 at 7:16am · Like · 2 people
Rabeah Mohd Ali:
Berburuk sangka amat kutakuti,
Yang hanya ada di hati ingin berbakti;
Ku tak tega menerima kata-kata meracuni hati,
Rela kubisu dari menyakiti dan disakiti.
August 10 at 7:24am · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Menabur budi bukan untuk menonjol diri,
Tapi mahukan percambahan idea;
Ilmumu ilmunya amat kuperlui,
Akan kuhargai itu tandanya.
August 10 at 7:28am · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Aku pun bukan insan yang sempurna,
Kelemahan ku ada di mana-mana;
Ilmuku tak banyak mana,
Justeru kuperlukan bimbingan apa adanya.
August 10 at 7:30am · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Jika kehadiranku tidak diperlukan,
Bersedia aku membawa diri;
Bukan kerana berperasangka keburukan,
Tapi sejujurnya aku tak tega lagi memakan hati.
August 10 at 7:32am · Like
Rabeah Mohd Ali:
Kusangkakan panas hingga ke petang,
Tapi rupanya hujan di tengah hari;
Apa dayaku kehilangan kasih sayang,
Seorang kawan yang kusanjungi sepenuh hati.
August 10 at 7:36am · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Jika ada ruang ingin kuberikan hati,
Sebagai permohonan maaf dariku yang khilaf ini;
Ku tak mahu berperangsaka hati,
Rela hatiku hancur demi sahabatku yang baik hati.
August 10 at 7:38am · Like
Rabeah Mohd Ali:
Permohonan maaf kupinta duhai sahabatku,
Kuakui ketidak sempurnaan diriku;
Yang tak tega dengan kata sebegitu,
Ku amat malu dengan Tuhanku dalam hal yang tak dugaku.
August 10 at 7:41am · Like
Rabeah Mohd Ali:
Apa saja hukuman dari sahabatku itu kuterima,
Asalkan Tuhanku mengampunkan aku,
Ku tak mahu masalah sekecil ini ke akhirat juga yang kubawa,
Ku redha dan bersangka baik setiap kejadian yang berlaku.
August 10 at 7:44am · Like · 1 person
(PETIKAN DARIPADA JENDELA KENYALANG)
10 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment