Friday 19 August 2011

APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG PANDANGAN RAKAN SASTRA BORNEO

Apabila Tapak Sulaiman
Menjadi Bintang

Sejak berkurun lamanya tapak sulaiman
berada di dasar laut.

Tiba-tiba terdetik di hati tapak sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’

Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.

“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.

Setiap hari tapak sulaiman
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.

“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… Tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .

“Engkau jangan memperlekeh
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit tapak sulaiman
memecah ketenangan malam itu.

Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!

Gerakkan dasar laut telah membawa
tapak sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.

Kini tapak sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!

Seakan mimpi tapak sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.

Bila malam tiba tapak sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.

Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.

“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”

“ Tapak sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
tapak sulaiman pada malam itu.

“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku? Sedangkan
Jarak dengannya…
Dia di langit aku dibumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”

Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.

UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri tapak sulaiman.

“Tapak sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

Malam itu mimpi tapak sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan tapak sulaiman!

Siapa sangka impian tapak sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
Ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji tapak sulaiman pada dirinya.

Karya : Rha NS
(23.1.2011)
August 10 at 5:26am · Like · · Unsubscribe

Mahabbah El-ahMead and Naga Pamungkas like this.

Rabeah Mohd Ali Bagus gitu...aku terima apa adanya pak naga...
tapi yang penting jangan ditaruh namaku kerna aku penulis
tak bernama ye...tulis aje nama pena aku lebih senang gitu dong...
hehehe sekarang dalam karyaku kucantumkan bahasa indonesia sedikit-sedikit
yang ku tahu kalau enggak betul ejaaannya harap diperbetulkan ye...

August 10 at 4:20pm · Like

Naga Pamungkas saran saya lebih baik tulis saja dalam bahasa
yang dimengerti/bahasa Malaysia saja

August 10 at 4:21pm · Like

Rabeah Mohd Ali Masalahnya sekarang saya suka gunakan ...
nak buat macam mana...tapi saya yakin Malaysia faham kok

August 10 at 4:22pm · Like

Rabeah Mohd Ali Faham-faham ajelah duniakusasteraku...duniamu sastramu ...
bila berpadu...matlamatnya satu untuk mendapat keredaanNya.

August 10 at 4:24pm · Like

Naga Pamungkas maksud saya dimengerti yang menulisnya dulu.
Kalau penulisnya orang Malaysia dan belum begitu mengerti bahasa indonesia,
yah lebih baik bahasa malaysia saja lah.

August 10 at 4:24pm · Like

Naga Pamungkas duniaku sastraku, sastraku sastra kita

August 10 at 4:25pm · Like


Rabeah Mohd Ali Apa-apalah...yang pentingku bahagia dengan cara penulisanku...
hihihi kalau kamu enggak suka aku nak bikin macam mana hihihi

August 10 at 4:26pm · Like


Naga Pamungkas bahagiamu bahagiaku bahagia kita semua hehehe ...
teruslah berkarya. buatlah syair-syiar yang indah, tentang keagungan-Nya,
tentang keindahan ciptaan-NYA, dll

August 10 at 4:28pm · Like


Rabeah Mohd Ali Apabila ada perbedaan barulah mereka sudi nak membaca
karyaku...lagipun orang Malaysia di sini sudah mengerti bahasa indonesia
dong kerana di tv cerita indonesia semua rangkaian ada..mereka amat minat
menontonnya termasuk juga aku...itulah yang menyebabkan aku suka...
dan jiran di kampungku juga terdiri dari orang indonesia ...
kami bergurau senda macam keluarga.

August 10 at 4:30pm · Like


Idrisboi Boiboi Assalamualaikum. Kita kan serumpun daripada akar tunjang
yang sama biarpun dari berlainan pokoknya!


August 11 at 9:53am · Unlike · 1 person


(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
11 Ogos 2011)

0 comments:

Post a Comment

 
;