Terima kasih tidak terhingga. Saya ada melawat blog
saudari tapi belum baca sepenuhnya. Baca satu
cerita yang saya baca, ‘Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang”
Idea sungguh menakjubkan, biarpun cerita dari dasar lautan
tetapi boleh dibaca ke alam hidupan manusia sebenar, ia
mengandungi unsur nasihat, hinaan,pengajaran,dendam,
hasrat(cita-cita) dan yang paling menarik bagaimana usaha dia
menjadi seorang bintang yang akhirnya berkedip di langit. Seperti
orang lain yang sudah mengecapi kejayaan. Ada masa nanti saya
baca pula skrip Putera Duyung, tidak apa-apa yang perlu dimaafkan.
Semuanya ok. Saya yang perlu terima kasih banyak dari saudari
kerana seni yang baru untuk saya.
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.
Moga karya saya yang dibaca memberi inspirasi
kepada saudara menghasilkan irama muzik yang mengusik kalbu
seiring dengan karya saya. Apapun bersyukur kepada Allah kerana
diperkenalkan kepada seorang ahli muzik berbakat besar. Terima
kasih untuk segalanya. Apapun yang saudara hasilkan nanti amat
saya hargai. Selamat berilham!.
Karya: Rha NS
23 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment