Monday, 15 August 2011
HATIMU SESEJUK SALJU
Babyhanny Love:
Morning all ? Sabar itu membawa kebahagiaan. Dendam pula
membawa kepada penderitaan. Allah sediakan bidadari di
Syurga untuk orang yang sabar. Baik lelaki mahupun
perempuan. So, sabarlah :)
HATIMU SESEJUK SALJU
Rabeah Mohd Ali : "Hatimu Sesejuk Salju Lalu Aku Terus
Melamarmu" Ingat lagi tak skrip itu duhai adikku sayang?
Hihihi Di situlah bermula terjalin talisilaturrahim
kita kan...kan...kan....!
Adikku hidupmu penuh dengan bunga-bunga cinta,
Cinta kasih sayang yang suci murni;
Dendam kesumat tak pernah ada,
Aduhai ...adikku sayang kaulah sebenarnya lambang cinta.
Hatimu sesejuk salju,
Terus aku melamarmu,
Kesabaran hatimu aku terpaku,
Beruntung aku menjadi kakakmu.
Kata-katamu bagaikan mutiara,
Ku dengar terus terpesona;
Kau lambang bunga cinta ,
Nan suci membuatkan aku jatuh cinta.
Jatuh cinta dengan keluhuran budimu ,
Kesabaranmu amat kukagumi,
Biarpun ku melukakanmu,
Kau tetap memaafkan dengan senyuman manismu.
Bagai nak runtuh langit ini bila kau memaafkanku,
Belum sempat kulafazkan maaf kau yang meminta maaf terlebih dulu;
Aduhai adikku mulianya hatimu,
Kumenangis dalam sendu kerana terharu hatiku.
Moga sifat muliamu ini menjadi ikutan semua,
Bermuhabah aku kenapa aku tak sepertimu,
Apakah yang membuatkan dendamku membara,
Kesalahan yang tak seberapa aku membencimu.
Adikku sayang kau telah menyedarkanku,
Hidup ini cumalah sementara;
Kenapa aku harus membencimu,
Kuhulurkan tangan bermaafan sesama kita.
Tak lama lagi menjelang Syawal.
Biarlah sejuta kali kumohon maaf padamu;
Moga Allah melembutkan hatimu di pagi Syawal,
Wajahmu berseri-seri ikatan persahabatan terus berpadu.
Adikku cinta hatiku....sepenuh kalbuku,
Kuhadiahkan pantun ini istimewa untukmu;
Jadikan kenangan cinta suci dariku,
Kusayangmu seumur hidupku.
Karya: Rha NS
14 Ramadhan 1432H
14 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment