Saturday, 20 August 2011

SEMPENA RAMADHAN INI KUSOKONGMU & BERMAAFKAN SESAMA KITA

Sue Hyala Ali yang cantik manis,
Senyumanmu menawan sekali,
Semakin kupandang bertambah manis,
Aduhai terima kasih daun keladi atas perkenalan ini.

Ku di sini sentiasa menyokongmu adikku,
Berkaryalah selagi mampumu;
Bakat menulis perlu..ilmu menulis pun perlu,
Barulah ada kepuasan menulis dalam karyamu.

Menulis janganlah jemu adiku,
Rajin membaca rajin mendengar;
Barulah tajam mata penamu,
Mencurahkan karya yang tak jemu didengar.

Diriku ini bukanlah pandai sangat adikku,
Setakat memberi sokongan seratus peratus kalau sudi;
Kejayaaanmu kebahagianku,
Moga kau berjaya dalam bidang yang kau minati ini.

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Sudah terungkai segalanya;
Saling memahami memaafkan itu yang baiknya,
Senyuman manis kalian senyumku sampai ke telinga.

Pasti Raya nanti hapus segala duka,
Bermaaf-maafkan dalam keinsafan,
Wajah berseri hatipun ria,
Kusyukuri KebesaranMu Tuhan

DemiNya relaku memaafkan,
Siapalah aku cumalah seorang hamba;
Hidupku sentiasa tidak sempurna,
DemiNya kucuba lakukan kesempurnaan.


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH)
13 Ramadahan 1432H
13 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;