Saturday, 20 August 2011

KAKAK KESAYANGANKU HALIMATUN SA'DIAH



Duhai kasayanganku
Halimatun Sa'diah
Ketahuilah aku sayangkanmu
Darah yang mengalair di tubuhmu
Adalah darahku juga
Darah ibu Fatimah dan Mohd Ali bapa kita
Begitu juga adik-beradikku yang lain
Kita dikandung dalam perut yang sama.

Biarpun kau berumahtangga dalam usia yang terlalu awal
Tika aku masih alam kanak-kanak
Namun aku masih ingat lagi kasih sayangmu padaku.

Apabila kau telah berumahtangga
Dikurniakan cahayamata lima orang puteri dan seorang putera
Kau menjadi contoh pasangan suami isteri yang paling bahagia
Kau menjadi contah keluarga bahagia
Bagimu keluargamu adalah segala-galanya
Hidupmu dihabiskan dengan suami dan anak-anak tercinta.


Kau terlalu sayang dan perihatin dengan suami dan anak-anakmu
Hinggakan kau jarang pulang ke kampung
Melihat bonda Hajah Fatimah dan kami adik beradik
Paling tidak setahun sekali ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri
Itu yang membuatkan ikatan kita agak renggang
Tak kisahlah kakakku... asalkan kau sekeluarga bahagia
Itu lebih membahagiakan!

Di usiamu 6oan Tuhan mengujimu
Kau diuji dengan serangan jantung dan angin amal.

Ketika kau berada di wad ICU koma
Bagaikan direntap jantungku
Aku menangis dalam sendu.


Aku membacakan surah Yasin di sisimu yang sedang koma
Sambil air mataku berjuraian
Setelah membaca surah Yasin aku mendoakan kau segera sembuh
dan aku berkata padamu,
"Kak...akak segera sembuh ye...saya sayangkan akak...
anak-anak akak sayangkan akak ...
kami belum puas merasai kasih sayang akak..."


Setelah sebulan koma bertarung dengan nyawa...
kakakku dibenarkan pulang
ke rumah tetapi menggunakan kerusi roda dan
makan melalui tiup yang dimasukkan
ke hidung kerana kakakku ada masalah di kerongkongnya.

Apabila kudengar berita kakaku sudah keluar dari
hospital segera kusedekah beberapa sisik pisang emas
ke masjid kuniatkan juga untuk Almarhum bapaku
Haji Mohd Ali, Almarhum abangku Haji Ramli dan
Almarhumah kakakku Hajah Salmah.

Ketika pulang ke kampung baru-baru ini...
kakakku datang ke kampung bersama dengan
anak menantunya.

Dia berkerusi roda , wajahnya yang sayu memandangku.
Ketika aku memeluk dan menciumnya di meraung menangis
semahunya tapi  suaranya tidak kedengaran.
Aku turut menangis sambil memujuknya penuh kasih sayang.

"Sabarlah kak...Allah hendak menguji akak...
Akak isteri yang soleha...ibu mithali...
Allah uji akak...
Allah nak beri balasan Syurga pada akak...
sabarlah ye kak..."

Kakakku menangis sambil menganggukkan kepalanya.

"Akakkan hafal surah Yasin mari kita baca sama-sama ye..."
Kakakku menangis lagi.

Surah  Yasin yang ada ditanganku kubaca. 
Kakakku juga baca tapi tidak kudengar
suaranya. Ketika membaca surah Yasin
airmataku mengalir deras.

Setelah makan tengahari bersama anak menantu kakakku, 
kami bergambar bersama sebagai kenang-kenangan
yang tak akan dilupakan.
Aku memeluk kakakku sambil meletakkan pipiku ke pipinya
sambil tersenyum.

"Adik kesayangan hendak bergambar dengan kakak kesayangan."
Mereka yang ada di situ tergelak tapi mengharu-birukan perasaan!


Karya:  Rha NS
27 Julai 2011  

 

0 comments:

Post a Comment

 
;