BIAR KUBAWA CINTAMU HINGGA KE NAFAS TERAKHIRKU
(Lirik lagu Mas Merah Kepada Putera Duyung)
Sudah lama kunantikan
lafaz cinta darimu
kutahu kau bukan milikku
dan kupasrah
jika itu takdirnya
Namun kumasih berharap
lafaz cinta darimu
kunanti penuh sabar
pabila kau tiada di sisi
kurindu
kunantimu setiap bulan purnama
penuh syahdu
kau kucinta satu-satunya…
cintamu bertahta di hati
tapi apakan daya kau miliknya
aku pasrah
jika itu takdirnya
kulepaskan cinta ini untuk dia
yang kau cinta
Biar kubawa cinta ini
hingga ke nafas terakhirku
demi kebahagiaanmu dan dia.
Karya: Rha NS
1 Mei 1995
Yesterday at 8:46am · Like · · Unsubscribe
Naga Pamungkas, Mahabbah El-ahMead and 7 others like this.
Rabeah Mohd Ali:
Terima kasih saudara Agus Dwi Utomo kerana sudi memberi sokongan padaku.
Yesterday at 8:59am · Like
Naga Pamungkas:
Menunggu, kesetiaan hingga mati dan beruntung lah bila akhirnya
ada cinta yang rasuk
Yesterday at 10:23am · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Maaf terlalu dalam maksud mu itu, aku ngak ngerti!
Yesterday at 11:06am · Like
Asmira Suhadis:
Menitis air mataku membaca karya ini..aduhaiii...
bagitulah kerdilnya kita bila tidak bisa memiliki
apa yang kita cinta...
Yesterday at 11:10am · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Maaflah aku telah menyebabkan air matamu tertitis!
Kalau aku ada di sisimu tika ini mahuku tolong sapukan
dengan kasih sayangku...hihihi kalau cintamu tak kesampaian....
paling tidak kau telah punyai rasa ingin dicintai walaupun
tak dapat balasan darinya... cuba kau bayangkan rasa cinta
tiada wujud di hati mu ...tentu hidupmu rasa bosankan!
Tak semestinya orang yang kita cinta itu mesti membalas cinta kita...
kalau cinta sama cinta terhalang juga susahkan...
tak apalah fikir-fikirkanlah sendiri cara bagaimana
kamu mahu mendapat cinta yang ingin dimiliki ye...
Yesterday at 11:31am · Like · 1 person
Kony Fahran:
mafas merupakan bahasa serapan dari arab dijadikan
bahasa Indonesia, hingga harus ditulis napas.
Yesterday at 2:02pm · Like
Asmira Suhadis:
Rabeah Mohd Ali, maafkan aku juga menyebabkan kau rasa bersalah.
Tidak sahabat bukan salah mu...hanya tulisanmu menyentuh hatiku...
sedangkan aku sudah sedia maklum, mengasihi mencintai dan
menyayangi bukan bermaksut memiliki...
Yesterday at 2:08pm · Like
Rabeah Mohd Ali:
Sabarlah Cinta Teritipku...ku mengerti perasaanmu di kala ini...
Insya-Allah satu masa nanti Allah Kurniakan hambaNya untuk memiliki
cinta sucimu itu...hatimu hari-hari berbunga cinta teritip yang
sentiasa indah dan wangi....sudahkah kau layari blogku ye...
kerana cinta teritip telah kuabadikan di blogku sebagai tanda
persahabatan kita yang suci ini ye...Asmira Suhadis....
Aku aku sukakan puisi cinta teritip itu....
Yesterday at 2:22pm · Like · 1 person
Idrisboi Boiboi:
Assalamualaikum. Aku sebut nama ketika anak panah menembusi dadaku.
Sedikit pun tidak terasa olehku. Biarpun darah merahku mengalir
daripada lukaku. Kurasakan bagaikan madu menerjuni kerongkongku.
Aku ingin sekali mengecup pedangku. Kerana ia berkilau dan berseri-seri
seperti berserinya seyum manis bibirmu. Begitu hebatnya cintamu...Rha.
Subhanallah.
Yesterday at 5:13pm · Like
Rabeah Mohd Ali:
Walaikummussalam sahabatku...terima kasih atas pendapatmu itu...
bagiku siapa saja yang hadir dalam hidupku adalah permata-permata
yang amat berharga yang diKurniakan Allah untuk ku berkarya.
Kau adalah di antaranya sahabatku.Ku sentiasa menghargai persahabatan ini.
Moga Allah saja yang dapat membalas budi baikmu biarpun sebesar zahrah.
Yesterday at 5:45pm · Like · 1 person
Desinta Mahadewi:
Maksudnya bang Naga Pamungkas kepada sahabatku Rabeah Mohd Ali
sungguh beruntung menjadi kekasih Rabeah itu, orangnya setia,
yang rela menunggu. Gita kali ya bang Naga Pamungkas ...
23 hours ago · Like
Urangbanjar Sedunia:
Wah jadi salah-salah menjelaskannya hahaha. Maksudnya naga sakti
eh naga pamungkas itu, beruntunglah yang g menjadi kekasih Rabeah Mohd Ali ,
tapi bukan si Naga Pamungkas. Karena Rabeah setia, tapi bukan setia kepada Naga.
Soal rasuk itu artinya cocok atau serasi, dengan kekasih hatinya,
tapi bukan naga pamungkas itu hehehe, begitu kira-kira maksudnya.
22 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Wah...wah...dewi hatiku & urangbanjar...permata hatiku pandai
kamu bermain teka teki ya tak pe lah fikir sendiri...jawab sendiri..
ye hihihii kerana si Naga Paramungkas telah mencetuskan ilhamku
untuk bikin cerita terbaru tajuknya "Cinta Si Naga Sakti Dengan
Puteri Bunian Lautan" sedang pikirin ni macam mana nak mereka cerita...
kalau kalian boleh bantuku sumbangkan idea boleh juga ye hihihi
22 hours ago · Like
Asmira Suhadis:
Rabeah Mohd Ali..Terima kasih ya atas minat mu pada cinta teritip...
bagitulah tak siapa pernah peduli pada teritip yg sampai mati setia dibatu...
moga kita akan terus setia dalam persahabatan dan persaudaraan seperti
teritip itu sendiri...jika sudi jam 9 malam ini tv 2 drama ku ke udara
platun harimau..
22 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Iye...ke...tapi ada perlawanan bola...agak-agak di siarkan bila pulak tu...
Mira dah baca blog saya ke...kalau tak sudi nak layari tak pe..janji tak
kecil hati...suka sangat tengok mira jadi duyung...Putera Duyung difilemkan
Mira nak pegang watak Puteri Duyung atau Mas Merah ye...hihihi .
22 hours ago · Like
Asmira Suhadis:
hahahahaha... ingin membacanya tapi tak jumpa alamatnya..jika sudi...
Mira tak layak jadi duyung... custom tak ada yang muat... itu gambar masa
kurus oklah sekarang dah macam guni beras siam..hehehe
22 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Hehehe...janganlah rendah diri ye....hehehe tak pe lah nanti boleh
bantu buat skrip Putera Duyung...boleh ke...Mira...penulis hebat...
22 hours ago · Like
Asmira Suhadis:
Boleh ... eee janganlah..belum cukup hebat.... masih belajar dan
merangkak gitu..
22 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Janganlah gitu Mira oi! Ha....patutlah tengok di gambar Mira
tu macam Puteri Duyung tengah merangkak gitu...hehehe
21 hours ago · Like
Asmira Suhadis: hehehehheehehh...
21 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Demi cinta teritipku... ku rela lepaskan Putera Duyungku padamu
duhai Puteri Cinta Teritipku sayang....dengan terlepasnya cintaku ini
tidaklah dia kesepian lagi ....kini hatinya dah berbunga-bunga cinta
setiap hari tak perlu lagi jadi teritip yang telah mati...
sekarang teritip telah dimiliki hihihi suka tak amira suhadisku....
hehehehe
21 hours ago · Like · 1 person
Asmira Suhadis: Terima kasih... jangan lupa alamat blog yea..
21 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali: sasterakuduniaku.blogspot.com
(Jangan lupa beri pendapatmu tentang blog ku itu ye sahabatku Amira)
19 hours ago · Like · 1 person
(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
27 Julai 2011)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment