Saturday, 20 August 2011

DEMI BUNDA TERCINTA


Semalam aku balik kampung menjenguk bunda bersama
dengan adik bongsuku. Ingat nak berbuka puasa
bersama bunda tapi bunda kata nak berbuka di rumahku.
Sebelum pulang ke rumah ku ...aku bersama anak angkat
bundaku yang merupakan pekerja kakakku namanya Maryam
berasal dari Jawa Timur Indonesia, masak pelbagai jenis
lauk untuk berbuka puasa nanti.

Begitu meriah suasana berbuka puasa bersama dengan bunda
tercinta.

"Kak Bie ...bersyukurlah walaupun kakak rumah Kak Bie tak sehebat
rumah anaknya yang lain...tapi bunda masih hendak bermalam
di rumah kakak," kata Maryam.

Aku cuma diam. Aku bersyukur apa adanya. Yang penting bunda
mahu berbuka dan bermalam di rumahku yang apa adanya.

Esoknya aku ke pasar bersama Maryam. Membeli semua kegemaran
lauk bunda kesayanganku Hajah Fatimah.

Ketam, ayam, udang, ikan siakap, petai, jering,
nenas, jagung dan buah-buhan yang wang perbelanjaan
ditaja oleh bundaku hihihi apa nak buat faham-faham ajelah ...
sumber kewanganku semua dari puteri sulungku yang
pada ketika itu sibuk dengan kerjanya.

Ketam dimasak lemak kuning
Ayam masak rendang
Udang masak sambal undang petai
Jering masak lemak kuning
Nenas masak pajeri
Siakap masak 3 Rasa
Sayu sawi
Jagung bubur

Masak kesemua beranika jenis lauk itu memakan masa
3 jam...penat tapi sabar ajelah demi bunda tercinta.
Aku dibantu oleh Maryam.

"Yam....Belajarlah apa yang Kak Bie masak ni..
pergi ambil pen kertas tulis resepi...ha nanti senang
balik Indonesia masakkan untuk bunda Maryam tentu dia suka ...
untung pergi berdagang dapat gaji dapat ilmu.
Dengan siapa belajar? Yam nak jawab apa?"

"Dengan Ibu Rabeah Mohd Ali," jawab Maryam sambil ketawa.

Kami berdua ketawa sambil Maryam leka menulis bahan-bahan
yang hendak di masak di kertas.

"Nanti kalau kahwin pun senang...senang masakkan untuk suami
dan anak-anak nanti hihihi"

"Inilah yang nak belajar ni...masakkan kak Bie sedap"

"Ustaz kata sambil kita masak berzikir dan berselawat dan kita
doakan agar siapa yang makan masakan kita diberikan hidayahNya."
Dan para malaikat membantu kita masak. Hanya Tuhan saja yang tahu.

"Iye ke Kak Bie.."

"Insya-Allah."

"Asalkan kita masak mesti ada keikhlasan dan masak dengan rasa
penuh kasih sayang...Insya-Allah sedap."

Karya: Rha NS
15 Ramadhan 1432H
15 Ogos 2011

August 16 at 2:26am · Like · · Unsubscribe

 Mahabbah El-ahMead likes this.

0 comments:

Post a Comment

 
;