Monday, 10 December 2012

BIAR ANAK CUCU MELIHAT SENDIRI KUALITI KARYA SASTRA MOYANG MEREKA



TERIMA KASIH RAKAN FBKU & GRUPKU KALIANLAH SAHABAT AKHIRATKU MOGA PERSAHABATAN TERPATRI SAMPAI SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN

Ayah Andilala (friends with Panglima Daek) likes your comment: "Aamiin Ya Rabbal A'Lamin..moga..." 10:33am
Sahruddin Esa and Tengku Shawal Tengku Aziz like your link on Tengku Shawal
Tengku Aziz's timeline. 10:33am
Badar Al-ahmadi likes your post in MAJLIS PANGKUAN diRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA. 10:30am
Fauziah Zees (friends with Ahmad Tajuddin) likes your comment: "RINDU JUGA DATANG BERTAMU Bila benci..." 10:29am
Badar Al-ahmadi likes your status: "RINDU JUGA DATANG BERTAMU Bila benci..." 10:29am
Tengku Shawal Tengku Aziz likes your link on his own timeline. 10:25am
Tengku Shawal Tengku Aziz likes your link on his own timeline. 10:24am
Tengku Shawal Tengku Aziz likes your link on his own timeline. 10:24am
Badar Al-ahmadi likes your link on his own timeline. 10:24am
Tengku Shawal Tengku Aziz likes your link on his own timeline. 10:24am
Tengku Shawal Tengku Aziz and Nurul Atikah Kamarudin like your comment: "TURUN KE GELANGGANG MELATIH ILMU..." 10:22am
Badar Al-ahmadi likes your status: "PENDEKARKU SYAHIDMU DI JALAN-NYA Salam..." 10:22am
Tengku Shawal Tengku Aziz and Sharifah Nooraziah Syed Soffee like your comment: "BIAR PUN HAMBA BUKAN KERABAT DIRAJA..." 10:22am
Fauziah Zees and Ahmad Tajuddin like your link on Ahmad Tajuddin's timeline. 10:13am
Atuk Gamelan Dua (friends with Rasid Nodin) also commented on Rasid Nodin's link: "wslm & selamat pagi RN" 10:06am
Oohh Faridz (friends with Melayu Islam Bersatu) likes your post in MELAYU ISLAM BERSATU. 10:06am
Ahmad Tajuddin likes your link. 9:58am
Jeff Muttohar and Ahmad Tajuddin like your status: "SALAM SEJAHTERA TEMAN AKHIRATKU..." 9:56am
Lena Khalid (friends with Ahmad Tajuddin) also commented on her photo. 9:43am
Khai Noor likes your link on his own timeline. 9:22am
Berubah Untuk Maju likes your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya. 9:16am
Ahmad Tajuddin commented on his link: "~ w.slm..makasih!" 8:54am
Ahmad Tajuddin likes your link on his own timeline. 8:54am
Ahmad Tajuddin likes your link on his own timeline. 8:54am
Rasid Nodin likes your link on his own timeline. 8:51am
Rasid Nodin likes your link on his own timeline. 8:50am
Badar Al-ahmadi likes your link on his own timeline. 8:49am
Badar Al-ahmadi likes your post in MAJLIS PANGKUAN diRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA. 8:48am
Badar Al-ahmadi likes your post in MAJLIS PANGKUAN diRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA. 8:48am
Azrizal Azmi likes your post in Tentera Fisabilillah (30)™. 8:45am
Rasid Nodin likes your link on his own timeline. 8:42am
Shafiz Mohd and Sarimah Madzlan like your post in Jom Belajar Al Quran dan Sembahyang. 8:33am
Ahmad Tajuddin likes your status: "SEGUGUS BUNGA KUDUP MAWAR SYURGA KEPADA..." 8:32am
Heri Fairuz likes your post in PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA. 8:27am
Ahmad Tajuddin likes your link. 8:06am
Ahmad Tajuddin likes your status: "SESAMA RUMPUN NUSANTARA BISA BERBICARA..." 7:49am
Ahmad Tajuddin likes your status: "REDHO LAGI DIREDHOI-NYA Terima kasih..." 7:45am
Uwais Al Qarni, Raden Baharin Raden Said and 11 others commented on Sulaiman Dawud's photo of you. 7:43am
Badar Al-ahmadi likes your status: "TUJUAN DISIARKAN UNTUK BERBAGI ILMU..." 7:30am
Badar Al-ahmadi likes your status: "JADIKAN LAMAN SOSIAL KESULTANAN JOHOR..." 7:28am
Badar Al-ahmadi, Suffian Mohd Noor and 3 other people like your status: "BICARA RASA NALURI DATANG DARI-NYA..." 7:28am
Badar Al-ahmadi, Ahmad Tajuddin and 2 other people like your status: "RAKAN FBKU MERANGKAP SAHABAT AKHRIRATKU..." 7:27am
Rasid Nodin likes your comment: "SALAM SEJAHTERA TEMAN AKHIRATKU Salam..." 7:26am
Badar Al-ahmadi and Ahmad Tajuddin like your status: "CADANGAN BAGI MEREKA YANG INGIN..." 7:25am
Badar Al-ahmadi, Suffian Mohd Noor and 3 other people like your status: "STATUSKU ADALAH MILIKNYA Jika orang..." 7:24am
Elise Honey, Mohd Zahamri Nizar and 3 others also commented on Tengku Shawal Tengku Aziz's photo. 6:08am
Panglima Daek and Leftenan Adam Sakeenah commented on your post in MAJLIS PANGKUAN diRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA. 3:46am
Panglima Daek and Leftenan Adam Sakeenah like your post in MAJLIS PANGKUAN diRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA. 3:46am
Sulaiman Dawud likes your link on his own timeline. 3:04am
Papa Jahatz likes your comment: "CADANGAN BAGI MEREKA YANG INGIN..." 1:38am
Leftenan Adam Sakeenah likes your comment: "MENYOROK DI BALIK BULAN ITULAH PUISINYA..." 12:20am
Leftenan Adam Sakeenah likes your comment: "Puisinya nggak ada sebab sudah menyorok..." 12:19am
Leftenan Adam Sakeenah likes your comment: "hamba hanya suka menyorok di balik..." 12:14am
Leftenan Adam Sakeenah likes your comment: "Bila sesama rumpun nusanta bisa..." 12:14am
Sent Yesterday
Leftenan Adam Sakeenah likes your comment: "Terima kasih atas sudi like sobatku..." 11:30pm
Ayin Okakaka and Tiger Roar like your post in Tentera Fisabilillah (30)™. 11:01pm
Ken Irawaty and Heri Fairuz like your post in PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA. 10:34pm
Ahmad Tajuddin likes your link on his own timeline. 10:33pm
Temul Amsal commented on your post in PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA: ". kaluk paku disayur saja makan sohon menangkup..." 10:32pm
Lena Khalid (friends with Ahmad Tajuddin) likes your comment: "PERTANDINGAN BOLA KEWANGIAN..." 10:24pm
Rubianto Tanoto likes your comment: "REDHO LAGI DIREDHOI-NYA Terima kasih..." 10:22pm
Ahmad Tajuddin likes your link. 10:20pm
Ahmad Tajuddin likes your status: "TUNKU ISMAIL," JANGAN MENGKRITIK..." 10:17pm
Datuk Jem likes your comment: "Sahabatku Datuk Jem apa kabarmu, Lama..." 9:51pm
Bonda Puteri Saadong, Ruqaiyah Soff and 2 others commented on Sulaiman Dawud's photo of you. 9:43pm
Lena Khalid (friends with Ahmad Tajuddin) likes your comment: "harimau kau nampak..." 9:28pm
Kamaruddin Haji Yusof Sani likes your link. 9:19pm
Berubah Untuk Maju likes your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya. 9:19pm
Agus Seti Aji Sutejo posted in CURHAT GAYA MATARAM: "Akan datang suatu masa ketika org yg didekatkan..." 8:48pm
Rubianto Tanoto likes your link on his own timeline. 8:36pm
Abdul Rahim Yem, Uwais Al Qarni and 6 others commented on Sulaiman Dawud's photo of you. 7:32pm
Ahmad Tajuddin likes your link on his own timeline. 7:11pm
Datuk Jem and Ahmad Tajuddin like your status: "MATI DALAM TULANG BELULANG PENUH..." 7:01pm
Datuk Jem, Ahmad Tajuddin and Khai Noor like your status: "PERJUANGAN ANAK RAJA BANGKIT BERJUANG..." 7:01pm
Ahmad Tajuddin likes your link on his own timeline. 7:00pm
Dinz Sanre, Ar Kun and Boni Shah Haffizzurine like your post in 360 TIGER MERAH SLIM RIVER. 6:51pm
Ahmad Tajuddin likes your status: "SEJARAH YANG MASIH BERDARAH! Tengku..." 6:49pm
Hari Hari Mao, Hawa Dahlan and Sarimah Madzlan like your post in Jom Belajar Al Quran dan Sembahyang. 6:39pm
Khai Noor likes your post in KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA. 6:17pm
Rubianto Tanoto likes your link on his own timeline. 5:43pm
Richard Toayang Nanggang and Dhiari Puteri Dilla Damia like your post in MEMBACA KARYA PN. 5:36pm
Richard Toayang Nanggang likes your post in MEMBACA KARYA PN. 5:30pm
Rasid Nodin likes your comment: "Terima kasih kerana sudi menghayati..." 5:27pm
Fiq Don likes your post in Tentera Fisabilillah (30)™. 5:23pm
Poul Nanggang likes your comment: "Terima kasih Poul Nanggang sahabat..." 4:28pm
Fa Jameela Khan, Tpss Syuhada Siddiq AlMustoffa and 9 others commented on a photo that you're tagged in. 3:52pm
Rubianto Tanoto commented on his link: "sama sama dear sister @Ratu Rimba Niagara" 3:40pm
Heri Fairuz likes your comment: "cintaku berada dalam bara gulungan..." 2:55pm
Rubianto Tanoto likes your link on his own timeline. 2:32pm
Azrizal Azmi, Slumber Don and Wawan Meikameikato like your post in Tentera Fisabilillah (30)™. 2:17pm
Cahaya Wahyu likes your link on his own timeline. 2:14pm
Said Mukadam and Heri Fairuz commented on your post in PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA. 12:54pm
AZamy Orochi Tanah Jawi (friends with Mahadie Muhammad) likes your post in MELAYU ISLAM BERSATU: "EMBUNAN PELANGI CINTA SYURGA..." 12:52pm
AZamy Orochi Tanah Jawi (friends with Mahadie Muhammad) likes your post in MELAYU ISLAM BERSATU: "EMBUNAN PELANGI CINTA SYURGA..." 12:52pm
Sulaiman Dawud added a photo of you. 12:48pm

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
101212
Like · · · 23 hours ago

  • Sultan Hussin tak kenal maka nya tak cinta? Bagi Allah
  • Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya Kanda ku Sultan Hussin,dinda sangat setuju dengan kanda...pertama cinta kita dengan Allah...kedua adalah antara kita berdua sebagai umat Islam,hamba Allah dan manusia...
  • Ratu Rimba Niagara BIDADARA & BIDADARI MENCARI CINTA SEJATI-NYA

    selagi namanya manusia
    selagi itulah memerlukan cinta
    hidup ini sepi tanpa cinta
    cinta membuatkan hidup jadi ceria
    cinta tak mengenal siapa
    siapa pun layak untuk jatuh cinta
    tapi belum tentu layak memiliki cinta
    kerana cinta tak boleh dipaksa

    mencari cinta umpama
    puzzle yang sesuai
    selagi tak sesuai
    selagi itulah
    tiada keselarian cinta

    ibarat perkahwinan
    suatu lumrah kehidupan
    masing-masing memenuhi
    kehendak perkahwinan
    tanpa ada perasaan cinta
    samalah seperti robot
    yang tak ada perasaan

    makanya aku tak mahu cinta
    seperti robot
    tanpa ada jiwa
    untuk saling cinta mencintai
    dan cinta itu jadi lebih bermakna
    apabila disandarkan
    Allah Azzawajallah
    menjadi matlamat hidup dan mati
    itulah cinta sejati yang didambakan
    bidadara & bidadari
    mencari cinta sejatiNya

    moga termakbul
    bagi pasangan yang bercinta kerana-Nya
    Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

    Karya Ratu Rimba Niagara
    101212
  • Ratu Rimba Niagara LAMARAN CINTA BIDADARA

    Duhai kanda bidadaraku
    Bilakala kau lafazkan kata cinta
    Duhai bidadariku
    Ketahuilah cinta kita telah tercatat sejak Azali
    Aku terkedu seakan mimpi
    Hadirmu dalam mimpiku dalam imaginasiku
    Jadi kenyataan
    Aku benar-benar bermimpi di siang hari
    Puisi-puisi cinta yang kukarangkan
    Cumalah diimaginasi saja wujudnya cinta
    Ternyata benar wujud
    Sepertimana kehendak cintaku
    Kau memenuhi apa yang ada tersirat di puisiku
    Cintamu pada Ilahi mengatasi segala-Nya
    Itulah pengikat cintaku padamu
    Bila mana kau lafazakan
    Dinda bidadariku ...
    Kucinta padamu
    Kanda mahu melamarmu
    Sudikah dinda terima lamaran ini?
    Hatiku jadi syahdu
    Hingga kelu menjawabnya
    Dalam hati Tuhan saja yang tahu
    Iye kanda bidadaraku
    Ku sudi menjadi bidadarimu
    Inilah yang kutunggu sejak dari dulu
    Bila KUN FAYAKUN dari-Nya
    Itulah takdirku
    Yang aku harus imani
    Penuh yakin
    Kandalah bidadara
    Ketentuan yang diKurniakan
    Untuk dinda cintai
    Seumur hidup dinda
    Berjanjilah kanda
    Akan mematrikan cinta kita
    Hingga ke Syurgawi
    Andai kata dinda pergi dulu sebelummu
    Redhakan pemergian dinda bertemu-Nya
    Redhanya kanda pada dinda
    Pintu Syurga terbuka seluasnya untuk menerima kedatangan dinda
    Kerana redha kanda adalah kunci pintu Syurga
    Syukur Alhamdulillah nikmat cinta yang diKuniakan-NYa
    Memiliki kanda hamba-Nya yang soleh lagi beriman
    Sebagaimana kanda dambakan redhaNya Tuhan dalam hidup kanda
    Begitulah dinda mahukan redha Tuhan dan redha kanda pada dinda
    Redha-Nya Tuhan
    Kita saling faham memahami apa artinya redho
    Jika tak saling faham
    Sampai bila pun kita
    Tak kan bisa
    Menggapai redhaNya Tuhan
    Keserasian cinta kita inilah
    Yang membuatkan kita disatukan lagi sejak Azali
    Maka tiada apa yang hendak dilafazkan melainkan
    SUBAHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKABAR
    Kuasa Tuhan Mengatasi Segala-Nya

    Yang Mencintaimu sepenuh iman,

    Dinda Ratu Rimba Niagara
    10 Disember 1212
    Like · · Share · Promote · 30 minutes ago ·

    Sri Prabu Bumi Kusuma and Ahmad Tajuddin like this.
    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    101212
  • Ratu Rimba Niagara AKU BAGAIKAN PUNGGUK RINDUKAN BULAN

    Bulan Oh! Bulan...
    Indah mu menawan hati
    Tak jemu aku memandangmu
    Kau adalah cerminan hatiku
    Bila kurindu
    Kuseru namamu
    Aku bagaikan si pungguk rindukan bulan
    Kau menyahut sendu piluku yang merindu
    Terima kasih bulan oh! Bulan
    Kau sudi membalas cintaku
    Dan rinduku pun hilang di balik bulan
    Kerana bulan
    Merealitikan impianku
    Untuk hidup bersamaku
    Terima kasih bulan...
    Biarpun kau berada di langit yang tinggi
    Kau sudi turun ke bumi
    Semata melafazkan
    Aku cinta padamu pungguk
    Rayuan rindumu selalu kudengar
    Aku jatuh cinta padamu
    Kau membuat kurindu selalu
    Makanya aku turun ke bumi
    Untuk membalas cinta dan rindumu....
    Bersyukurlah aku sudi membalas cintamu
    Kerana kau ditakdirkan untuk aku cintai
    Sepenuh imanku
    Dan kuberjanji
    Mematrikan cinta ini hingga ke Syurga
    Insya-Allah Aamiin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    101212
    Like · · Share · Promote · about an hour ago ·

    Sri Prabu Bumi Kusuma and Ahmad Tajuddin like this.
    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    101212
  • Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya Kanda,dinda rasa bersyukur kepada Allah kerana keluarga dinda menerima baik kedatangan kanda dalam hidup dinda...mereka juga tumpang bahagia...Amin...syukur pada Allah...
  • Ratu Rimba Niagara Puisi Pepohon Iman

    Ingin kusemai bunga-bunga cinta
    agar apabila bertunas nanti
    segar disinari cahaya iman
    akarnya menjadi pasakkan
    iman yang kukuh bercambah
    akarnya merata tempat.

    Merimbunlah dikau tunas-tunas
    cinta keimanan
    menjadi pepohon rendang
    dewasa dalam keindahan iman
    rimbunan dedaun menghijau
    saujana mata memandang
    dedaunanmu merimbun
    ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
    melentok-lentok sambil mengalunkan
    zikir munajat memuji Tuhannya.

    Alunan zikirmu padaNya
    membuatkan aku terkesima
    dalam rindu mendalam padaNya
    dan aku mencemburuimu
    kerana hidupmu...
    tiada lain kecuali
    berbakti kepada Tuhanmu
    dan menabur jasa kepada
    penghuni bumi.

    Bertambah mengindahkan lagi
    pepohon iman itu berbunga
    gugusan kuntum bunga
    memukau panorama...
    Wangian bunga pepohon iman
    dapat dihidu di seluruh benua
    tiada apa yang dapat diucapkan
    melainkan SUBHANALLAH.

    Setelah habis musim bunga
    tiba masanya pepohon iman berbuah
    gugusan buah melebat
    memenuhi pepohon iman
    terkesima mata memandangnya.

    Apabila gugusan buah pepohon iman
    sudah ranum daripada tangkainya
    sedia dipetik penghuni bumi
    lalu berkata, ”Makanlah buah pepohon imanku ini...
    Moga... Cahaya keimanan meresap
    dalam roh dan jasadmu, itu doaku.”

    Setelah penghuni bumi
    makan buah pepohon iman itu...
    Sisa buah pepohon iman tersebut
    dilemparkan ke sungai deras mengikut
    kederasan air terjun
    lalu terdampar ke hutan belantara
    di situlah bermulanya penghidupan
    baru kepada pepohon iman
    meneruskan kelangsungan hidup baru
    pasrah dan redha
    dengan asal kejadiannya!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    101212
  • Ratu Rimba Niagara RAYUAN PUNGGUK BERLAGUKU KAU SEPIKAN

    Setia mu di sana
    Setia ku di sini
    Tapi kutahu kau sudah benci padaku
    Rayuan pungguk berlaguku kau sepikan
    Di ombak rindu
    Pilu rasa hatiku
    Pergilah rindu
    Kerana aku terdera rindu
    Dan tak ingin ku merinduimu lagi
    Sia-sia saja aku merinduimu
    Sepimu membuat aku
    Tak mahu lagi berlagu rindu padamu
    Jangan kau nantikan aku lagi
    Tunggulah kau di ombak rindu sepimu itu...
    Menyanyilah kau bersama ombak rindu itu
    Kerana ku tahu ombak memutih ditepian pantai itu
    Itulah cinta mu
    Yang membuatkan kau terus
    Melupakan aku dalam cinta terbiar sepi
    Moga kau bahagia di samping dia yang kau cinta...
    Siapalah aku di hatimu
    Cuma bertandang dalam mimpi
    Hilang mimpi
    Hilanglah cinta dan rindu
    Begitu rapuhnya cinta...
    Serapuh biskut
    Kejap ada kejap tak ada...
    Aku tak mahu cinta serapuh biskut
    Yang aku mahu
    Cuma cinta seperti Adam dan Hawa saja
    Makanya selamat tinggal cinta...
    Namun ku doakan moga kau bahagia
    Di samping dia yang kau cinta
    Moga bahagiamu hingga sampai di Syurga
    Insya-Allah Aamiin..

    Ratu Rimba Niagara
    101212
    Unlike · · Share

    You, Prabu Sri Narayana Kusuma, Badar Al-ahmadi and Sulaiman Dawud like this.

    Ratu Rimba Niagara

    RINDU JUGA DATANG BERTAMU

    Bila benci tapi rindu
    Rindu juga datang bertamu
    Kutunggu rindumu tak jemu-jemu
    Biarpun kau sepi tak sudi menyapaku
    Bikin hatiku benci padamu
    Namun kurindu
    Rindukanmu
    Di ombak rindu
    Kukirim salam padamu
    Agar kau sudi menjawab salamku
    Biarpun itu cuma ingauanku
    Malangnya aku
    Merinduimu
    Tanpa balasan cinta darimu
    Aku kau biarkan sepi tanpa candamu
    Aduhai malangnya nasib mencintaimu
    Dulu kau bilang sayang padaku
    Kini kau benci padaku
    Bencimu
    Buatku bertambah rindu
    Baru kufaham arti benci tapi rindu
    Terseksanya merindumu
    Benci tapi rindu...

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    101212
    11 hours ago · Like · 1
  • Leftenan Adam Sakeenah assalamualaikum salam sejahtera ibunda Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya sama sama hamba ucapkan kembali.salam ukhwah salam perjuangan
  • Leftenan Adam Sakeenah sudah dinihari malam ibunda masih menghadap papan lappy.apa khabar keluargamu di sana
  • Ratu Rimba Niagara EMBUNAN PELANGI CINTA SYURGA

    Cinta...cinta...cinta...
    Semua perlukan cinta
    Di manakah dikau cinta?
    Adakah di balik awan sana
    Adakah di balik bintang sana
    Adakah di balik bulan sana
    Adakah di balik mentari sana
    Atau pun sudah sedia menanti di SyurgaNya

    Semuanya menjadi persoalan
    Yang menjadi tanda tanya si pemburu cinta
    Tanpa berputus asa
    Terus mencari cinta
    Terus memburu cinta
    Yang didambakan itu

    Bila kita berkata
    Kaulah cinta yang kuburu
    Kaulah cinta yang kudambakan
    Gelombang alam ghaib kian terasa
    Tapi DIA tetap dipasrahkan cinta
    Cinta....cinta...cinta ...
    Diuja dipuja mahu dimiliki cinta
    Semata kerana-Nya
    Cinta oh! cinta... aku memujamu
    Bukan kerana cintamu
    Yang belum pasti kumiliki
    Tapi kerana gelombang alam ghaib
    di Lauhmafuz seakan sampai
    ke deria cintaku
    mengatakan kaulah
    cinta yang telah
    tercatat di Lauh Mahfuz-Nya
    Insya-Allah AAmiin

    Cinta...cinta...cinta...
    Yang kutahu
    DIA Tuhanku Maha Pemberi Cinta...
    Cinta kepada semua hamba-Nya
    DIA Maha Memahami Cinta Hamba-NYa
    Sejak Nabi Adam lagi...
    Kerana terlalu memahami Adam ...
    Merasa kesepian
    Adam hanya melihat pasangan
    Burung di Syurga sedang berkicauan
    Melagukan Syair Cinta Menga-Agungkan Tuhan Di Syurga
    Kerana terlalu memahami Adam yang kesunyian
    Allah Azzawajallah mencipta Hawa
    Bidadari Syurga untuk Adam cintai
    Hawa bersyukur dan redho menjadi bidadari Adam

    Hari...hari adalah cinta
    Hari-hari mengucapkan syukur
    Atas cinta Kurniaan dari-Nya
    Hari-hari berbahasa indah-indah
    Saling puji memuji
    Saling puja memuja
    Akulah kekasihmu Hawa
    Aku cintakanmu Hawa
    Kaulah bidadariku Hawa
    Kaulah ratuku Hawa
    Sepanjang hayat aku mencintaimu Hawa
    Tiada duanya ...
    Kau diciptakan untukku
    Aku diciptakan untukmu
    Untuk memadu cinta seutuhnya
    Dan berjanjilah kau Hawa
    Menjadi kekasihku selamanya
    Kita bercinta selamanya di Syurga

    Sambil memandang Adam
    Penuh dengan cinta
    Penuh dengan wangian cinta Syurga
    Hawa menjawab,,,
    Duhai Kanda Adam kekasihku yang kucintai kerana-Nya
    Dinda mencinitaimu keranaNya
    DIA menciptakan dinda dariapda tulang rusuk kiri kanda
    Makanya dinda terlalu lembut
    Makanya layanilah dinda dengan lemah lembut
    Selembut Sutera Syurga
    Andaikata kanda mengkasari dinda
    Akan patahlah tulang rusuk ini kanda
    Dinda bersyukur padaNya
    Menciptakan dinda untuk kanda cintai
    Dinda tertalu bahagia
    Pabila kanda mencintai dinda sepenuh
    Hati kanda yang ikhlas dan suci murni...

    Kanda Adamku...
    Lihatlah daunan Syurga itu
    Bagaimana indahnya embunan pelangi cinta
    Di daunan itu
    Begitulah indahnya cinta kita ini kanda...
    Kanda ...kandalah yang dinda cintai
    Kerana telah tercatat di Lauh Mahfuz ..
    Kandalah hamba-Nya
    Yang dinda cintai
    Selagi hayat di kandung badan

    Ketahuilah kanda
    Setiap kejadian yang Allah SWT jadikan
    Semuanya ada sebab musabab
    Hikmah di sebalik
    Kita berpisah di Syurga
    Tapi bertemu di Jabbal Rahmah
    Kerana kita
    Adalah ibubapa
    Kewujudan seluruh manusia di bumi
    Anak-anak kita terlalu ramai
    Banyaknya tak terkata

    Kanda Adam adalah bapa manusia
    Dinda Hawa adalah ibu manusia
    Makanya semuanya anak-anak kita
    Anak yang kita sayangi biarpun kita
    Sudah tiada...
    Kanda...kita akan menunggu anak-anak kita.. kanda
    Pasti hari pertemuan di kala itu...
    Kita dengan anak-anak kita
    Saling berpelukan rindu
    Saling rindu rinduan
    Dalam tangisan syahdu
    Biarpun tak pernah bertemu
    Tapi akhirnya bertemu dengan
    IzinNya juga....

    Duhai anak-anak ayahanda semua
    Ayahanda sangat mencintai bunda Hawamu
    Bunda Hawamu terlalu menyayangi ayahanda
    Bunda Hawamu diciptakan untuk ayahanda cintai
    Selagi hayat di kandung badan...
    Bunda Hawamu sajalah yang ayahanda cintai
    Berkat cinta yang tulus dan murni
    Berkat saling cinta mencintai kerana-Nya
    Berkat berbahasa-bahasa indah seindah Syurga
    Lahirlah anakanda-anakanda
    Yang lahir ke dunia bagaikan
    Permata-permata Syurga
    Yang indahnya seperti pelangi di malam hari
    Sungguh mempesonakan seperti
    Embunan pelangi cinta Syurga

    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Indahnya cinta kerana-NYa!

    RATU RIMBA NIAGARA
    091212
    11 hours ago · Like · 1
  • Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya Benar Leftenan Adam Sakeenah...alhamdulillah...sihat semua nya...
  • Ratu Rimba Niagara MAKA BERBISIKLAH CAMAR DI MEGA SENJA
    BERPUISI BERSAMA BULAN BINTANG MATAHARI

    camar di mega senja
    tak jemu menunggumu
    kelibatmu jarang kupandang
    kau makin jauh dariku
    tapi di setiap mega senja
    pasti aku datang
    manalah tahu kau
    sudi menyapa puisiku
    tapi sapaan mu
    tak juga bertandang menyapa puisiku
    dan aku jadi jemu
    seolah aku melukut di tepi gantang
    seolah aku pengemis jalanan
    menagih balasan puisi darimu
    bilamana ku tahu
    aku disepikan
    kerana puisiku
    tak setandingmu
    yang berbahasa puitis
    makanya aku jadi
    perindu sepi
    disepikan karya teman-teman puisi
    yang sudah tersohor
    dan aku berlalu pergi
    kerana siapalah aku
    di hatimu
    di hati teman-teman puisi tersohor...
    dan aku sudah biasa dengan sepi
    maka aku berpuisi
    bersama
    bulan
    bintang
    sang mentari pagi
    kerana mereka bila-bila masa
    sudi berpuisi bersamaku
    dan saling berbalas puisi
    puisi nan indah
    memuji
    Kebijaksanaan Tuhan
    mencipta alam ini
    tanpa bantuan sesiapa
    bilamana DIA berkata
    KUN FAYAKUN
    maka terjadilah....

    RATU RIMBA NIAGARA
    20 Muharram 1434H
    4 Disember 2012M
    Like · · Unfollow Post · December 4 at 9:28am

    Seen by 34
    2 people like this.

    Heri Fairuz

    mengapalah sang kodok begitu riuh bersahutan mengharap hujan....
    sedangkan mendung tak jua menyelimuti angkasa,,,,,
    resah dalam kegerahan dan kegersangan relung hati tak jua tersirami kesejukan....
    berserahlah dengan keagungan sang kuasa.....niscaya damai itu kan menyejukan resahmu
    December 4 at 9:46am · Edited · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara:

    tak akan kutunggu suara sang kodok
    suaranya bukan untukku lagi
    makanya hanya ku tunggu suara sang pungguk
    pasti suara sang pungguk menyejukkan resah
    mengingatkan aku arti sebuah kasih sayang demi-Nya...

    Apa pun terima kasih duhai si pungguk yang sudi menyapa puisiku...
    December 4 at 10:48am · Like · 1

    Heri Fairuz hahahaha,,,,
    sudahlah,,,,,,,buang segala asa semu itu dari pelupukmu....
    sambutlah,,,gerbang bahagia,,,,ditepian mega....
    punggukpun telah lelah dalam penantian panjangnya,,,,
    dilema..com...hehehehe
    December 4 at 1:43pm · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara

    tapi malangnya suara si pungguk sudah tidak kedengaran lagi kerana telah habis suaranya melagukan rindukan bulan yang sudah merajuk pergi....hehehehe
    December 4 at 2:30pm · Like · 1

    KARYA HERI FIRUZ & RATU RIMBA NIAGARA
    101212
  • Ratu Rimba Niagara SENYUMMU SEIKHLAS HATI

    Duhai kanda ku sayang,
    Senyumanmu seikhlas hati;
    Semakin kupandang semakin sayang,
    Mana mungkin hatiku menjadi benci.

    Duhai kandaku tersayang,
    Kurindu kamu dalam bayangan;
    Hatiku hatimu sudah berpadu sayang,
    Bersua kita jika Allah izinkan.

    Sampai bila tak akan berubah,
    berkata di bibir manis bicara;
    dalam hati semuanya berubah,
    lain di hati lain bicara.

    di tepi bibir cinta yang mulia,
    dalam hati pemalsuan cinta;
    kukagumi cintamu yang mulia,
    itulah harga sebuah cinta.

    Tak akan ada rasa tersinggung,
    Jika pandai menjaga hati;
    Hati umpama pengarang jantung,
    Berkata berhati-hati jangan ikut hati.

    Ratu Rimba Niagara
    101212
    10 hours ago · Edited · Like · 1
    Sulaiman Dawud Laa Ilaaha Illa Allah Muhammadurr Rasuulullah
    10 hours ago · Unlike · 2
    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    101212
  • Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya Pernah dengar Leftenan Adam Sakeenah,pepatah Melayu mengatakan hidung tidak mancung,pipi tersorong-sorong?
  • Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya Thanks Leftenan Adam Sakeenah...Amin Ya Allah...syukur pada Allah...
  • Leftenan Adam Sakeenah pernah ibunda Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya...bukan itu saja..ada lagi yang lebih tajam iaitu Ibarat kambing menanduk bukit,bukit tak runtuh,tanduk yang patah...
  • Leftenan Adam Sakeenah bahasa melayu kita,kiasan melayu kita sungguh indah kalau di dendangkan selalu.nasiblah saya mendapat didikan sastera dan seni dulu.jiwa seni ada juga
  • Leftenan Adam Sakeenah alhamdulilah,semuga allah memberi kemurahan rezeki pada mu,dan teman keliling mu,dan melapangkan dada,dan menenangkan seluruh jiwa ragamu
  • Ratu Rimba Niagara SALAM SEJAHTERA TEMAN AKHIRATKU

    Salam sejahtera teman akhiratku
    Terima kasih padamu
    Kerana tak jemu bertandang di wall fbku
    Mengirimkan kudup-kudup bunga Syurga
    Mewangikan hatiku yang tandus keimanan
    Menawanmu di sana
    Harummu menyegarkan suasana pagi petang dan malam
    Di pagi hari disinari mentari pagi
    Diembunkan pelangi cinta Syurga
    Di malam hari disinarkan
    Bulan purnama menyerikan kudup mawar merahmu
    Aku teruja untuk memilikimu
    Berteman denganmu membahagiakan
    Kata-katamu menenangkan roh dan jasadku
    Aku mahu berkata indah-indah sepertimu
    Aku mahu sentiasa wangikan hatiku dengan zikirrullah
    Aku mahu jadi sepertimu
    Mengirimkan kudup-kudup mawar bunga Syurga
    Ke seluruh benua alam
    Biar satu alam mewangi dengan bauan Syurga
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Jika itulah Allah izinkan berlaku KUN FAYAKUN
    Akulah hamba yang paling bersyukur
    Tersungkur di sejadah cinta-Nya
    Betapa aku hamba-Nya yang terlalu kerdil
    Mahu mencari jalan-jalan pulang ke negeri abadi
    Dalam hati yang seikhlas-ikhlas-Nya
    Tanpa rasa ujub
    Apa lagi mahu berbangga diri
    Akulah yang terhebat berbicara
    Akulah yang alim
    Akulah yang berilmu tinggi dunia akhirat
    Berarti aku sudah menjadi hamba-Nya
    Memakai pakaian kesombongan-Nya
    Nauzubillah minta dijauhkan Allah
    Siapalah aku bisa berilmu
    Siapalah aku bisa berbicara indah
    Tanpa izin-Mu jua
    Dan aku mengaku
    Engkau sajalah yang layak
    Memakai pakaian kesombongan
    Bukan aku
    Bukan...bukan...bukan...
    Kerana aku cumalah hamba-Mu yang hina
    Kerana aku dilahirkan di tempat yang hina
    Maka-Nya aku tak mahu menghina orang
    Yang aku mahu pulang kepada-Mu
    Dalam kain kafan
    Setanggi Syurga kiriman-Mu
    Berkat aku mengirimkan
    Kudup-kudup mawar Syurga-Mu
    Tanpa jemu
    Kepada semua penghuni bumi
    Tanda aku mensyukuri Kurniaan-Mu
    Tanda aku menyayangi penghuni bumi seluruhnya
    Tanpa terkecuali
    Samaada mereka masih hidup atau sudah tiada
    Dengan harapan
    Semoga kasehku pada mereka terpatri
    Di Syurga sedia menanti
    Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    101212
  • Ratu Rimba Niagara REDHO LAGI DIREDHOI-NYA

    Terima kasih juga kerana sudi berkongsi ilmu dengan hamba ...
    walaupun hamba berada di rimba belantara niagara
    nun....jauh di sana...
    jauh dari hiruk pikuk manusia
    jauh dari ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu yang sobat sampaikan...
    makanya terima kaseh sekali lagi sudi berkongsi ilmu...
    jika terdapat kelemahan berbicara tentang ilmu sudilah maafkan hamba
    kerana hamba dala
    m proses muhasabah diri
    agar sentiasa sedarkan diri
    agar sentiasa mencermin diri
    kerana diri adalah cerminan hati
    cerminan hati
    adalah biasan iman
    biasan iman
    adalah Nur dari Ilahi
    Nur itulah yang kita dambakan dariNya
    jika tanpa Nur Iman Rahmat Kaseh dariNya
    maka tidaklah bermakna hidup ini
    pasti hati sentiasa berkeluh kesah
    resah gelisah
    melihat kelebihan orang mengatasi kita
    maka timbullah rasa tiada ketenangan hati
    jika tiada ketenagan di hati
    bagaimana kita hendak berjumpaNya
    dalam keadaan hati yang tak tenang
    kerana DIA hanya sudi menemui
    hamba-hambaNya yang berjiwa tenang saja...
    makanya aku sentiasa muhasabah diri
    mahu hidup yang tenang
    dan mati juga tenang Insya-Allah Aamiin
    sebab itu hanya difikirkan
    hanya mahu mendengar
    suara-suara alam maya yang tenang-tenang saja
    tenang....tenang...setenang air di kali Syurga
    suaranya bak penghuni Surga
    tiada rasa ujub jauh sekali berdengki hati
    kerana budi bahasa yang keruh
    adalah lambang cerminan hati yang keruh juga
    maka kekeruhan menenggelamkan ketenangan
    ketenangan yang mahu didambakan
    agar sudi bertandang di kalbu hati...
    hati oh! hati
    sentiasalah kau sudi berlembut
    sentiasalah kau sudi memaafkan
    setiasalah jaga bicaramu
    agar sesiapa yang mendengar tidak makan hati
    jauh sekali menyakitkan hati
    hati yang iri
    pergilah kau dari hidupku
    kerana kehadiran mu
    sudah pasti merosakkan pemikiran hatiku
    yang mahu pulang ke Pangkuan-Nya
    dalam keadaan tenang
    redho lagi diredhoi-Nya
    Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

    Ratu Rimba Niagara
    101212
  • Leftenan Adam Sakeenah amin.sudah boleh buat buku karangan ratu rimba
  • Ratu Rimba Niagara Duhai Leftenan Adam Sakeenah..antara matlamat disiarkan karya hamba minta ahli grup komen memberi pendapat bernas setiap karyaku...menyiarkan karya di mana-mana grup bukan sekadar suka-suka untuk perasan sendiri tapi untuk mendapatkan komen yang bernas bagi menaiktarafkan lagi kualiti penulisan...dan inilah di antara sebab-sebab mengapa hamba memasuki sesuatu grup atau mengambil mereka menjadi rakan fb...kalau sekadar diam membisu sepi menyepi tak apalah biarkan saja hamba berkarya sendiri-sendiri mana tahu akan ada hamba Allah yang datang memberi komen karya-karya kerana setiap komen karya-karya ku terlalu amat berharga bagiku kerana komen-komen itulah akan kujadikan sejarah bilaku tiada di dunia nanti anak cucu akan melihat sendiri kualiti karya sastera moyang mereka. Selain daripada tajuk . Harap gunakan wall sendiri. Moga dapat memahami. Maaf zahir bathin dan apapun diucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah di wall ini.
  • Ratu Rimba Niagara ROBOT SAMA ROBOT BERBICARA

    pabila robot sama robot berbicara
    ada yang terasa ...
    ada yang termakan hati
    ada yang cemburu
    ada yang menunjuk kepandaian berbicara
    sedangkan apa nak dikisahkan
    semuanya suara-suara robot
    yang tak punya hati
    tapi berhati-hati
    tapi sampai hati
    faham ...
    buat-buat tak faham
    kesian
    buat-buat tak kesian
    ingat...
    buat-buat lupa....
    sayang sengaja diupakan sayang
    bila sudah dilupakan
    baru nak berjabat
    tapi sudah terlambat
    cuma dalam hati masih ghalat
    tak sempat berjabat tangan
    makanya sebelum tak sempat berjauhan
    nah ku berjabat tangan
    mohon maaf ...
    maaf segalanya atas
    bicara bisumu
    yang lesu di angin lalu

    Ratu Rimba Niagara
    081212
    Saturday at 3:07pm · Like
  • Leftenan Adam Sakeenah alhamdulilah.memang aku membaca warkah warkah mu.mana sempat ku like,ku like,insyaallah.
  • Ratu Rimba Niagara ROBOT PUN PUNYA HATI

    Hai manusia
    Bila kamu nak berhenti ni ye?
    Tolong berehat ok....
    Sebab kamu bukan robat...

    Aaiiik kamu siapa bilang aku begitu
    Engkau tu robat ...
    Aku ini manusia...
    Kenapa kau tega bilang begitu ya?

    Hai manusia
    Walau pun aku robot
    Aku punya hati dan perasaan
    Biarpun kau punya hati dan perasaan
    Tapi kau tak berperasaan...

    Aaiiik lawan tokey engkau ini robot
    Kenapa kamu bilang aku tiada perasaan ye?

    Puaslah aku sampaikan perasaanku padamu
    Tapi kau buat...buat tak tahu
    Kau buat...buat tak perasan akan aku

    Makanya aku bukan robot
    Sebenarnya engkaulah robot....
    Maafkan aku ye....
    Robot sekarang bukan sebarang robot
    Robot yang boleh membicarakan bahasa hati
    Hanya robot yang punya hati saja yang faham ok...

    Kerana egkau kata aku tak punya perasaan
    Sekarang aku sudah sedar...
    Sedar aku sudah punya perasaan...
    Tapi aku tak ada perasaan untuk membalas sayangmu
    Kerana sudah asal kejadianmu diciptakan manusia
    Manusia yang ada perasaan
    Dan tak bisa memberi robot perasaan
    Walau pun dia bisa memberi robot hati
    Hati yang telah ada di hati tuan punya robot...
    Itulah hati robot yang bisa mengerti...

    Ratu Rimba Niagara
    101212

    PERNAH BICARAKAN BAHASA HATI TIKA BERHIDUP

    Yang penting ada rasa win win agar semua rasa ceria dalam suasana ukhuwah kasih talisiraturrahimi...
    Jika mengalah pun demi sebuah talisiraturahimi agar tidak di dakwa di akhirat nanti ..apa salahnya tidak win dalam membicara suara hati...alam maya tempat saling berbagi ilmu soal bicara hati yang terlalu simbolik...ada kalanya
    di salah artikan..dan bila mengundur diri di katakan memutuskan taisiraturrahimi...sedangkan pertemuan di alam maya bukan dirancang dan perpisahan bukan dipinta..berpisah di alam maya bukan berarti memutuskan talisiraturahim tapi adalah demi sebuah kedamaian pada masa hadapan...
    Bertemu dan berpisah kerana-Nya. Di alam maya tak bertemu dialam nyata lagi tak bertemu....
    Mana tahu berkat ada nilaian di sisiNya apa yang pernah dibicarakan bahasa hati...kita bertemu Di Syurga nanti
    Insya-Allah ..Aamiin.

    Ratu Rimba Niagara
    101212
  • Leftenan Adam Sakeenah Ratu Rimba Niagara orang pd ruponyo..nape tak bagi tahu ese?
  • Ratu Rimba Niagara leftenan Adam Sakeenah...apolah ado padanyo rupo tapi kato-katonyo berbiso-biso...takut eden.....hehehe
  • Leftenan Adam Sakeenah ese kan ada rupo.buke takdo rupo.ese buat den poning
  • Ratu Rimba Niagara Leftenan Adam ...apo gunonyo den lantik ekau sebagai hulubalang den tapi haram ke jadah tak membantu eden pun langsung...kali macam ini tak yah laii jadi toman fb eden..menyampoh den...
  • Leftenan Adam Sakeenah hehehe,den nok jadi hulabalang,ado tempek nyo.takkan ese tak phm.hihihi
  • Ratu Rimba Niagara sekarang ni jadi hulubalang somontaro je..dalam perhatian je..kalo ekau lulus ujian hulubalang jawab pantun hang tuah den...baru boleh dilantik jadi hulubalang totap sepanjang hayat..kalo tak..kirim salam ajelah...jangan marah den ok...leftenon Adam ...den pilih sebagai hulubalang den semuanya yang dah terbukti handal ilmu kependenkarannya boleh terbang-terbang sekali kena penendangnya
    terperosok dalam gunung daik bercabang tigo....hehehe
  • Leftenan Adam Sakeenah ujian tak dapek macam mana jang?hihihi
  • Ratu Rimba Niagara kalo macam tu jadi leftenen syok sendir ajelah leftenan Adam...
    hulubalang den bukan sebarangan orang...bukan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong... semuanya hidung mancung...tapi bukan hidung tinggi ok...hehehe
  • Leftenan Adam Sakeenah den memang takdo perasaan.asal jiwa den tenang udah la.hihihi
  • Ratu Rimba Niagara hulubalang den semuanya ilmu pendekarnya tinggi-tinggi miliki ilmu makrifat tapi bukan untuk membangga diiri...lagi banyak ilmunya dia semakin takut dengan Tuhan...berkata bila perlu aje..tapi kalo dia dicabar turun ke gelanggang sentiasa bersiap siaga...jangan main-main..leftenon...
  • Leftenan Adam Sakeenah tak mengapolah,den berkato bese bese aja.den memang miskin.hihihi
  • Ratu Rimba Niagara leftenan Adam...biar kita miskin harta tapi jangan miskin budi bahasa...jika miskin budi bahasa ke mana pergi tiada siapa yang suka makanya selalulah jaga tutur katamu...mereka bukan berkawan dengan hartamu yang bertimbun itu ye..atau derajatmu yang tinggi itu ye...tapi budi bahasa mu...ok...kalau lulus budi bahasamu baru den ambil sebagai hulubalang den...hehehe
  • Leftenan Adam Sakeenah insyaallah,banyak orang banyak ragamnya,banyak manusia banyak tegurannye, diri dapat di rasa.hehe.terima kasih.
  • Ratu Rimba Niagara Mana poinya panglima daek den...kalo dia masih tak memberi impak pada dunia sastera den...nampaknya tak dolah lai jadi teman facebook den...termasuk juga ekau leftenan Adam ...jangan pulo kato den sombong pulak...kata den memutus talisiraturrahim pulak...ha...den tak suko itu macam...ada fahammmmmm? hehehe
  • Ratu Rimba Niagara den ambil teman fb bukan suko...suko je...jadi bisu membisu je...jadinya faham-faham ajelah teman fb den ye. Lagi pu n teman fb den bukannya ramai...boleh dikira dengan 45 jari je....yang aktif adalah 3 orang yang lain sonyap jo...nampaknya cuma tinggal 3 orang sajalah yang dikekalkan yang lain faham-faham ajelah ye...selamat tinggal sepi ...sepimu ku sudah jemu menanti....hehehe
  • Leftenan Adam Sakeenah hehe.sudahpun ke kamar tidurnya untuk beristirehat ratu.faham
  • Syahirah Danial Yusof Semoga Allah sentiasa melindungi Tuanku Sultan Hussin dan Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya...bahagia ke akhir hayat dan selama nya.Kami berdua bahagia melihat Tuanku dan YM bahagia..
  • Syahirah Danial Yusof Sangat setuju apa yang YM katakan,agak memalukan jika seseorang itu bak kata pepatah Melayu lama,hidung tak mancung,pipi tersorong2.siapa yang makan cili,dia rasa pedas nya,faham-faham sajalah siapa orangnya.semua sudah tahu disini.
  • Ratu Rimba Niagara KAMI REHDO KAMI MILIK-NYA

    kerana hamba hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...
    biarlahlah hamba menjadi pemerhati saja ...mendengar
    para-para puteri & putera diRaja bersidang di majlis ini.
    hamba sedar di sini semuanya berketurunan bangsawan diRaja
    maka selamatlah bersidang. Dan hamba tidak akan menyiarkan
    karya-karya hamba lagi di grup ini. Kerana bagi hamba di grup ini
    hanya layak untuk berketurunan diraja dan bangsawan.
    Sebab hamba sedar warna darah hamba bukan warna kuning seperti darah kerabat diRaja di sini. Darah kerabat diraja akan dibawa darjatnya hingga mati dan diwasiatkan kain kafanpun warna kuning.Begitulah hebatnya kerabat diraja di Majlis ini. Itulah yang hamba faham-faham sajalah di sini duhai kerabat diraja yang merasa mulia dan hebat di sisi manusia.

    untuk pengetahuan semua kedatangan hamba di sini diundang oeh
    kerabat diRaja juga...bukan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong ye...budi disemai ingin mencurahkan bakti kepada sultan dengan syair dan gurindam pantun dan puisi...ini balasan yang hamba dapat dari kerabat diRaja yang bergelar permaisuri.

    nasib hamba sama denan moyang hamba hulubalang diRaja Bugis
    hulubalang Adam nama moyang hamba.
    Berbakti kepada raja melawan musuh durjana untuk melindungi
    Raja...akibat dengki pegawai istana menuduh moyang hamba ingin
    merampas kuasa diRaja...makanya moyang hamba dihukum bunuh atas titah diRaja.

    adakah ini adil untuk moyang hamba?
    biarpun moyang hamba dizalimi tanpa pembelaan...
    hamba pewaris moyang hamba masih juga ingin bebakti
    kepada Raja....hamba sepertilah macam Hang Tuah...
    difitnah tapi masih mahu berbakti kepada Sultan...

    tapi bilamana dikatakan hidung tak macam pipi tersorong-sorong
    dan siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya ...maka...
    pedasnya kini akan dirasai oleh semua rakyat hamba di rimba niagara
    dan mereka pasti akan sedih kerana hamba diperlakukan begini...
    sudah banyak kali rakyat rimba hamba berpesan jangan berurusan
    dengan manusia di luar sana...kerana mereka merasakan diri mereka sempurna sebab itu berkata-kata sesuka hati bukan melalui mata hati...dan ketahuilah kerabat di raja di majlis ini...biarpun hamba
    bukan berketurunan diraja...tapi di rimba niagara hamba sudah pun
    dilantik menjadi Ratu oleh rakyat Rimba yang sentiasa sudi menyayangi dan menghargai hamba. Dan kerajaan rimba niagara ini
    akan hamba serahkan kepada Maharaj Raja Rimba Niagara.

    Di sinilah kerajaan Rimba Niagara bermula dengan diperintah oleh
    Maharaj Raja Rimba Niagara sebagai Raja dan hamba sebagai Permaisuri Maharaj duduk bersemayam dan bertahta.

    Dan kerajaan Rimba Niagara tak akan ada budaya yang negatif
    bercakap sesuka hati seperti si pendengar ini robot tak punya hati dan perasaan. Semuanya saling menghormati. Derajat diRaja dan Kebangsawanan tak akan dibeda-bedakan...semuanya sama kerana di Sisi Allah swt sama saja melainkan ketakwaan.

    Makanya kami di Rimba Niagara ...pangkat dan darjat bukanlah menjadi keutamaan dan matlamat hidup tapi adalah persiapan-persiapan untuk bekalan dibawa pulang ke negeri abadi. Jenazah kami bukan mahu dibalut dengan kain kuning tapi adalah kain putih membalut jasad untuk menunggu masa dikebumikan dan disitulah tempat abadi kami sehingga hari qiamat.

    Moga tempat abadi kami seperti Taman-Taman Syurga berkat kami
    berkata-kata yang baik-baik yang indah-indah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT atas apa segala takdir yang ditakdirkan kepada kami. Kami redho kami adalah milik-Nya.

    Karya :
    Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    Istana Rimba Niagara
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    11 Disember 2012
  • Syahirah Danial Yusof Tahniah.terima kasih.sila kan.
  • Ratu Rimba Niagara Silakan pada itu Dang Merdu...ohpss tersyasul pulak...Syahirah Danial Yusof....
  • Syahirah Danial Yusof Maksud kami,jangan ganggu Tuanku Sultan Hussin dan Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya kerana mereka sangat bahagia...sudah faham orang rimba?
  • Ratu Rimba Niagara Bila pula hamba mengganggu mereka ye. Hamba kenal mereka berdua pun tidak. Bertemu di alam nyata pun tidak. Bercakap di alam maya pun tidak. Tiba-tiba mereka berdua masuk ke wall siaran hamba. Kamu ini Syahirah Danial Yusof teruk betullah buat fitnah di sini. Kalau tak percaya tanya mereka berdua? hamba kenal mereka ke tidak...
    kalau mereka kata kenal berarti mereka pun sama seperti kamu buat fitnah. Tahukah kamu Syahirah Danial Yusof menfitnah besar dosanya daripada membunuh...patutlah kerana fitnah moyang hamba hulubalang raja bugis mati dibunuh gara-gara fitnah!

    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
    11 November 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;