Sunday, 9 December 2012

SALAM UNTUK SEMUA & HAPPY DAY TO ALL MY FRIENDS...



Rasid Nodin shared FOR YOU's photo.
Salam untuk semua & HappyDay To All My Friends,,,,,,,,,,,,,,,,,
Photo
Unlike · · · about an hour ago ·

  • You and 3 others like this.
  • Mohdamarkhan Amarkhan Salam & HappyDay to you..........
  • Ratu Rimba Niagara SALAM SEJAHTERA TEMAN AKHIRATKU

    Salam sejahtera teman akhiratku
    Terima kasih padamu
    Kerana tak jemu bertandang di wall fbku
    Mengirimkan kudup-kudup bunga Syurga
    Mewangikan hatiku yang tandus keimanan
    Menawanmu di sana
    Harummu menyegarkan suasana pagi petang dan malam
    Di pagi hari disinari mentari pagi
    Di embunkan pelangi cinta Syurga
    Di malam hari disinarkan
    Bulan purnama menyerikan kudup mawar merahmu
    Aku teruja untuk memilikimu
    Berteman denganmu membahagiakan
    Kata-katamu menenangkan roh dan jasadku
    Aku mahu berkata indah-indah sepertimu
    Aku mahu sentiasa wangikan hatiku dengan zikirrullah
    Aku mahu jadi sepertimu
    Mengirimkan kudup-kudup mawar bunga Syurga
    Ke seluruh benua alam
    Biar satu alam mewangi dengan bauan Syurga
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Jika itulah Allah izinkan berlaku KUN FAYAKUN
    Akulah hamba yang paling bersyukur
    Tersungkur di sejadah cinta-Nya
    Betapa aku hamba-Nya yang terlalu kerdil
    Mahu mencari jalan-jalan pulang ke negeri abadi
    Dalam hati yang seikhlas-ikhlas-Nya
    Tanpa rasa ujub
    Apa lagi mahu berbangga diri
    Akulah yang terhebat berbicara
    Akulah yang alim
    Akulah yang berilmu tinggi dunia akhirat
    Berarti aku sudah menjadi hamba-Nya
    Memakai pakaian kesombongan-Nya
    Nauzubillah minta dijauhkan Allah
    Siapalah aku bisa berilmu
    Siapalah aku bisa berbicara indah
    Tanpa izin-Mu jua
    Dan aku mengaku
    Engkau sajalah yang layak
    Memakai pakaian kesombongan
    Bukan aku
    Bukan...bukan...bukan...
    Kerana aku cumalah hamba-Mu yang hina
    Kerana aku dilahirkan di tempat yang hina
    Maka-Nya aku tak mahu menghina orang
    Yang aku mahu pulang kepada-Mu
    Dalam kain kafan
    Setanggi Syurga kiriman-Mu
    Berkat aku mengirimkan
    Kudup-kudup mawar Syurga-Mu
    Tanpa jemu
    Kepada semua penghuni bumi
    Tanda aku mensyukuri Kurniaan-Mu
    Tanda aku menyayangi penghuni bumi seluruhnya
    Tanpa terkecuali
    Samaada mereka masih hidup atau sudah tiada
    Dengan harapan
    Semoga kasehku pada mereka terpatri
    Di Syurga sedia menanti
    Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    101212

  • (PETIKAN DARIPADA WALL  RASID NODIN)
    101212

0 comments:

Post a Comment

 
;