RAYUAN PUNGGUK BERLAGUKU KAU SEPIKAN
Setia mu di sana
Setia ku di sini
Tapi kutahu kau sudah benci padaku
Rayuan pungguk berlaguku kau sepikan
Di ombak rindu
Pilu rasa hatiku
Pergilah rindu
Kerana aku terdera rindu
Dan tak ingin ku merinduimu lagi
Sia-sia saja aku merinduimu
Sepimu membuat aku
Tak mahu lagi berlagu rindu padamu
Jangan kau nantikan aku lagi
Tunggulah kau di ombak rindu sepimu itu...
Menyanyilah kau bersama ombak rindu itu
Kerana ku tahu ombak memutih ditepian pantai itu
Itulah cinta mu
Yang membuatkan kau terus
Melupakan aku dalam cinta terbiar sepi
Moga kau bahagia di samping dia yang kau cinta...
Siapalah aku di hatimu
Cuma bertandang dalam mimpi
Hilang mimpi
Hilanglah cinta dan rindu
Begitu rapuhnya cinta...
Serapuh biskut
Kejap ada kejap tak ada...
Aku tak mahu cinta serapuh biskut
Yang aku mahu
Cuma cinta seperti Adam dan Hawa saja
Makanya selamat tinggal cinta...
Namun ku doakan moga kau bahagia
Di samping dia yang kau cinta
Moga bahagiamu hingga sampai di Syurga
Insya-Allah Aamiin..
Ratu Rimba Niagara
101212
Sia-sia saja aku merinduimu
Sepimu membuat aku
Tak mahu lagi berlagu rindu padamu
Jangan kau nantikan aku lagi
Tunggulah kau di ombak rindu sepimu itu...
Menyanyilah kau bersama ombak rindu itu
Kerana ku tahu ombak memutih ditepian pantai itu
Itulah cinta mu
Yang membuatkan kau terus
Melupakan aku dalam cinta terbiar sepi
Moga kau bahagia di samping dia yang kau cinta...
Siapalah aku di hatimu
Cuma bertandang dalam mimpi
Hilang mimpi
Hilanglah cinta dan rindu
Begitu rapuhnya cinta...
Serapuh biskut
Kejap ada kejap tak ada...
Aku tak mahu cinta serapuh biskut
Yang aku mahu
Cuma cinta seperti Adam dan Hawa saja
Makanya selamat tinggal cinta...
Namun ku doakan moga kau bahagia
Di samping dia yang kau cinta
Moga bahagiamu hingga sampai di Syurga
Insya-Allah Aamiin..
Ratu Rimba Niagara
101212
- You, Prabu Sri Narayana Kusuma, Badar Al-ahmadi and Sulaiman Dawud like this.
- Ratu Rimba Niagara RINDU JUGA DATANG BERTAMU
Bila benci tapi rindu
Rindu juga datang bertamu
Kutunggu rindumu tak jemu-jemu
Biarpun kau sepi tak sudi menyapaku
Bikin hatiku benci padamu
Namun kurindu
Rindukanmu
Di ombak rindu
Kukirim salam padamu
Agar kau sudi menjawab salamku
Biarpun itu cuma ingauanku
Malangnya aku
Merinduimu
Tanpa balasan cinta darimu
Aku kau biarkan sepi tanpa candamu
Aduhai malangnya nasib mencintaimu
Dulu kau bilang sayang padaku
Kini kau benci padaku
Bencimu
Buatku bertambah rindu
Baru kufaham arti benci tapi rindu
Huhuhuhu
Terseksanya merindumu
Benci tapi rindu...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
101212 - Ratu Rimba Niagara EMBUNAN PELANGI CINTA SYURGA
Cinta...cinta...cinta...
Semua perlukan cinta
Di manakah dikau cinta?
Adakah di balik awan sana
Adakah di balik bintang sana
Adakah di balik bulan sana
Adakah di balik mentari sana
Atau pun sudah sedia menanti di SyurgaNya
Semuanya menjadi persoalan
Yang menjadi tanda tanya si pemburu cinta
Tanpa berputus asa
Terus mencari cinta
Terus memburu cinta
Yang didambakan itu
Bila kita berkata
Kaulah cinta yang kuburu
Kaulah cinta yang kudambakan
Gelombang alam ghaib kian terasa
Tapi DIA tetap dipasrahkan cinta
Cinta....cinta...cinta ...
Diuja dipuja mahu dimiliki cinta
Semata kerana-Nya
Cinta oh! cinta... aku memujamu
Bukan kerana cintamu
Yang belum pasti kumiliki
Tapi kerana gelombang alam ghaib
di Lauhmafuz seakan sampai
ke deria cintaku
mengatakan kaulah
cinta yang telah
tercatat di Lauh Mahfuz-Nya
Insya-Allah AAmiin
Cinta...cinta...cinta...
Yang kutahu
DIA Tuhanku Maha Pemberi Cinta...
Cinta kepada semua hamba-Nya
DIA Maha Memahami Cinta Hamba-NYa
Sejak Nabi Adam lagi...
Kerana terlalu memahami Adam ...
Merasa kesepian
Adam hanya melihat pasangan
Burung di Syurga sedang berkicauan
Melagukan Syair Cinta Menga-Agungkan Tuhan Di Syurga
Kerana terlalu memahami Adam yang kesunyian
Allah Azzawajallah mencipta Hawa
Bidadari Syurga untuk Adam cintai
Hawa bersyukur dan redho menjadi bidadari Adam
Hari...hari adalah cinta
Hari-hari mengucapkan syukur
Atas cinta Kurniaan dari-Nya
Hari-hari berbahasa indah-indah
Saling puji memuji
Saling puja memuja
Akulah kekasihmu Hawa
Aku cintakanmu Hawa
Kaulah bidadariku Hawa
Kaulah ratuku Hawa
Sepanjang hayat aku mencintaimu Hawa
Tiada duanya ...
Kau diciptakan untukku
Aku diciptakan untukmu
Untuk memadu cinta seutuhnya
Dan berjanjilah kau Hawa
Menjadi kekasihku selamanya
Kita bercinta selamanya di Syurga
Sambil memandang Adam
Penuh dengan cinta
Penuh dengan wangian cinta Syurga
Hawa menjawab,,,
Duhai Kanda Adam kekasihku yang kucintai kerana-Nya
Dinda mencinitaimu keranaNya
DIA menciptakan dinda dariapda tulang rusuk kiri kanda
Makanya dinda terlalu lembut
Makanya layanilah dinda dengan lemah lembut
Selembut Sutera Syurga
Andaikata kanda mengkasari dinda
Akan patahlah tulang rusuk ini kanda
Dinda bersyukur padaNya
Menciptakan dinda untuk kanda cintai
Dinda tertalu bahagia
Pabila kanda mencintai dinda sepenuh
Hati kanda yang ikhlas dan suci murni...
Kanda Adamku...
Lihatlah daunan Syurga itu
Bagaimana indahnya embunan pelangi cinta
Di daunan itu
Begitulah indahnya cinta kita ini kanda...
Kanda ...kandalah yang dinda cintai
Kerana telah tercatat di Lauh Mahfuz ..
Kandalah hamba-Nya
Yang dinda cintai
Selagi hayat di kandung badan
Ketahuilah kanda
Setiap kejadian yang Allah SWT jadikan
Semuanya ada sebab musabab
Hikmah di sebalik
Kita berpisah di Syurga
Tapi bertemu di Jabbal Rahmah
Kerana kita
Adalah ibubapa
Kewujudan seluruh manusia di bumi
Anak-anak kita terlalu ramai
Banyaknya tak terkata
Kanda Adam adalah bapa manusia
Dinda Hawa adalah ibu manusia
Makanya semuanya anak-anak kita
Anak yang kita sayangi biarpun kita
Sudah tiada...
Kanda...kita akan menunggu anak-anak kita.. kanda
Pasti hari pertemuan di kala itu...
Kita dengan anak-anak kita
Saling berpelukan rindu
Saling rindu rinduan
Dalam tangisan syahdu
Biarpun tak pernah bertemu
Tapi akhirnya bertemu dengan
IzinNya juga....
Duhai anak-anak ayahanda semua
Ayahanda sangat mencintai bunda Hawamu
Bunda Hawamu terlalu menyayangi ayahanda
Bunda Hawamu diciptakan untuk ayahanda cintai
Selagi hayat di kandung badan...
Bunda Hawamu sajalah yang ayahanda cintai
Berkat cinta yang tulus dan murni
Berkat saling cinta mencintai kerana-Nya
Berkat berbahasa-bahasa indah seindah Syurga
Lahirlah anakanda-anakanda
Yang lahir ke dunia bagaikan
Permata-permata Syurga
Yang indahnya seperti pelangi di malam hari
Sungguh mempesonakan seperti
Embunan pelangi cinta Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indahnya cinta kerana-NYa!
RATU RIMBA NIAGARA
091212 - Ratu Rimba Niagara KALAU SAYANG BILA-BILA PUN SAYANG
Moga persahabatan kekal abadi,
segala canda simpan di hati;
tapi jangan kanda menyepi,
dulu bilang sayang kini jadi benci.
Kalau sayang bila-bila pun sayang,
Bersumpah setia sehidup semati;
Susah senang kita bersama sayang,
Tak enak diri terus menghilang diri.
kerana kita sudah sehati,
dalam hati belum tahu;
kata hendak sehidup semati,
itu cuma mainan mimpiku.
Ratu Rimba Niagara
101212 - Ratu Rimba Niagara MAKA BERBISIKLAH CAMAR DI MEGA SENJA
BERPUISI BERSAMA BULAN BINTANG MATAHARI
camar di mega senja
tak jemu menunggumu
kelibatmu jarang kupandang
kau makin jauh dariku
tapi di setiap mega senja
pasti aku datang
manalah tahu kau
sudi menyapa puisiku
tapi sapaan mu
tak juga bertandang menyapa puisiku
dan aku jadi jemu
seolah aku melukut di tepi gantang
seolah aku pengemis jalanan
menagih balasan puisi darimu
bilamana ku tahu
aku disepikan
kerana puisiku
tak setandingmu
yang berbahasa puitis
makanya aku jadi
perindu sepi
disepikan karya teman-teman puisi
yang sudah tersohor
dan aku berlalu pergi
kerana siapalah aku
di hatimu
di hati teman-teman puisi tersohor...
dan aku sudah biasa dengan sepi
maka aku berpuisi
bersama
bulan
bintang
sang mentari pagi
kerana mereka bila-bila masa
sudi berpuisi bersamaku
dan saling berbalas puisi
puisi nan indah
memuji
Kebijaksanaan Tuhan
mencipta alam ini
tanpa bantuan sesiapa
bilamana DIA berkata
KUN FAYAKUN
maka terjadilah....
RATU RIMBA NIAGARA
20 Muharram 1434H
4 Disember 2012M
Like · · Unfollow Post · December 4 at 9:28am
Seen by 34
2 people like this.
Heri Fairuz
mengapalah sang kodok begitu riuh bersahutan mengharap hujan....
sedangkan mendung tak jua menyelimuti angkasa,,,,,
resah dalam kegerahan dan kegersangan relung hati tak jua tersirami kesejukan....
berserahlah dengan keagungan sang kuasa.....niscaya damai itu kan menyejukan resahmu
December 4 at 9:46am · Edited · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
tak akan kutunggu suara sang kodok
suaranya bukan untukku lagi
makanya hanya ku tunggu suara sang pungguk
pasti suara sang pungguk menyejukkan resah
mengingatkan aku arti sebuah kasih sayang demi-Nya...
Apa pun terima kasih duhai si pungguk yang sudi menyapa puisiku...
December 4 at 10:48am · Like · 1
Heri Fairuz hahahaha,,,,
sudahlah,,,,,,,buang segala asa semu itu dari pelupukmu....
sambutlah,,,gerbang bahagia,,,,ditepian mega....
punggukpun telah lelah dalam penantian panjangnya,,,,
dilema..com...hehehehe
December 4 at 1:43pm · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara
tapi malangnya suara si pungguk sudah tidak kedengaran lagi kerana telah habis suaranya melagukan rindukan bulan yang sudah merajuk pergi....hehehehe
December 4 at 2:30pm · Like · 1
KARYA HERI FIRUZ & RATU RIMBA NIAGARA
101212 - Ratu Rimba Niagara SENYUMMU SEIKHLAS HATI
Duhai kanda ku sayang,
Senyumanmu seikhlas hati;
Semakin kupandang semakin sayang,
Mana mungkin hatiku menjadi benci.
Duhai kandaku tersayang,
Kurindu kamu dalam bayangan;
Hatiku hatimu sudah berpadu sayang,
Bersua kita jika Allah izinkan.
Sampai bila tak akan berubah,
berkata di bibir manis bicara;
dalam hati semuanya berubah,
lain di hati lain bicara.
di tepi bibir cinta yang mulia,
dalam hati pemalsuan cinta;
kukagumi cintamu yang mulia,
itulah harga sebuah cinta.
Tak akan ada rasa tersinggung,
Jika pandai menjaga hati;
Hati umpama pengarang jantung,
Berkata berhati-hati jangan ikut hati.
Ratu Rimba Niagara
101212
(PETIKAN DARIPADA WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
101212
0 comments:
Post a Comment