Friday, 14 December 2012

BILAL ISTANA DI RIMBA NIAGARA INI SEDANG MELAUNGKAN AZAN










Leftenan Adam Sakeenah
assalamualaikum dan salam sejahtera semua

"walau tenang,
sesekali jiwa mu di hempas badai,
sepi bukan beerti kaku,
hakikat tersirat,
wasiat demi wasiat,
dulu aku,
zuriat mu pun begitu,
maka sebelum kematian,
hembuslah nafas suci mu
wahai insan"

wahai anak bangsaku.ketahuilah oleh mu,bangsa kita melayu bukan lemah,bukan penakot,tetapi kita di momokkan oleh musuh musuh demi kelangsungan mereka
ketahuilah oleh mu,bahawa,mereka sedaya upaya untuk mencabot,sisa sisa sejarah nenek moyang kita,dan kerana itu,maka kita yang berada di dalam majlis ini,sama sama berkongsi wadah,demi menerapkan semangat kejituan,demi masa depan anak cucu kita semua,walau pun hamba masih muda,kiranya,hamba merasa bangga,jika sekiranya,ada yang dapat menitipkan sedikit sebanyak,ilmu kepada hamba

sekian,
assalamualaikum,salam sejahtera kepada semua ahli majlis pangkuan diraja kesultanan melayu islam
Like · · · Yesterday at 12:30am

  • MaharajaPancung Pancar Temasik Beta dah siap lamaaaa dah utk berperang...mana yg lain?..ni nak dekat pru13 ni...jgn sampai tanahair ini jatuh ketangan cinone dan pongere pongere dan diketuai oleh melayu belakang kira
  • MaharajaPancung Pancar Temasik Kalau tanahair Melayu ni jatuh kebangsa asing maka lenyaplah Sultan2 kita
  • Pangeran Adipati Agong insya'allah..Apa jua adalah dalam percaturan takdir
  • Ratu Rimba Niagara DUHAI ANAKKU PEWARIS BANGSAKU
    BUNDA SENTIASA DI HATIMU SAYANG

    Duhai anakku sayang
    Pewaris bangsaku
    Suatu hari pasti
    Bunda akan tinggalkan dunia ini
    Pasti...pasti...pasti...
    Karena yang hidup pasti mati
    Tiada yang hidup tak mati....mati...
    Berdarjat pun mati
    Tak berdarjat pun mati
    Yang hidup pasti mati
    Tua mati
    Muda pun mati
    Tapi tak tahu bila dan saat ketikanya
    Itu rahsia Allah Taala
    Itu sudah ada dalam percaturan takdir
    Yang mesti kita imani

    Duhai anakku sayang
    Pewaris bangsaku

    Karena tak tahu
    Waktunya bila dan saatnya mati
    Dan semua sudah sedia maklum
    Hidup ini setetes cuma
    Hidup adalah senda gurau yang menipu
    Jika kita masih lagi leka
    Dengan pesona dunia yang melalaikan
    Dan hidup cuma difokuskan kepada dunia
    Makanya apa yang berlaku di sekeliling kita
    Tidak akan kita endahkan
    Tidak kita ambil peduli
    Hidup kita sudah cukup sempurna!
    Dunia ini akulah yang punyai segalanya!
    Peduli apa aku dengan masalah dunia
    Peduli apa ku dengan masalah manusia
    Yang penting aku hidup bahagia dan sempurna
    Di mataku manusia semuanya tak sempurna
    Makanya hidup aku adalah aku
    Aku yang mencaturkan takdirku
    Itulah bicara seorang hamba yang sombong lagi bongkak
    Makanya jauhkan dari sikap begitu anakku

    Duhai anakku sayang
    Pewaris bangsaku

    Bila-bila masa bunda akan pergi dijemput Ilahi
    Bunda tahu bunda tak layak
    Untuk menasihati kamu
    Yang sempurna akalmu yang tinggi
    Apatah lagi darjatmu yang berketurunan bangsawan
    Bunda cuma seorang yang tak berkedudukan tinggi
    Dan tak punyai apa-apa kelulusan tinggi
    Untuk membicarakan soal-soal ilmu yang tinggi
    Bunda malu...bunda malu...bunda malu...
    Malu untuk meninggalkan ilmu-ilmu yang tak seberapa ini
    Bunda sentiasa cermin diri
    Bunda sentiasa tahu di mana kedudukan bunda di hati mu

    Duhai anakku sayang
    Pewaris bangsaku...

    Ketahuilah kamu...
    Bunda terlalu sayang....sayang....sayang...
    Pada semua anak bangsa Rumpun Melayu Nusantara...
    Karena sayang teramat sayang...
    Sayang mengatasi segalanya
    Bunda rela
    dihina...dikutuk...sentiasa dipandang rendah
    Lantaran itu bunda sedih dan kecewa
    Atas penghinaan mereka
    Kata-kata mereka itu
    Seolah duri-duri halus
    Yang masuk kekerongkong bunda
    Sakitnya...bisanya...bagaikan racun
    Berbisa...bisa...
    Mematikan urat saraf minda bunda
    Untuk terus mengarang dan terus mengarang
    Mereka mahu biar bunda
    Hentikan segala apa mesej yang bunda ingin sampaikan

    Duhai anakku sayang
    Pewaris bangsaku...

    Karena sayang bunda padamu tanpa penghujung
    Selagi hayat bunda ada akan menyayangimu
    Bunda relakan segala derita sengsara dihadapi dilalui
    Setiap kata-kata mereka biarpun sakit terlara
    Bunda akan tabah hadapi demi kasih sayang bunda padamu

    Apa hendak dikesahkan dengan mereka itu semua
    Lagipun bunda bukan kenal mereka
    Lagi mereka kata bunda lagi bunda dapat pahala percuma
    Apapun bunda sudah memaafkan semua yang mengata bunda
    Moga bunda dan mereka semua diberi hidayah kaseh-Nya Aamiiin.

    Duhai anakku sayang
    Pewaris bangsaku...

    Karena menyayangimu
    Sayang teramat sayang
    Bunda akan terus menulis...dan menulis...
    Tanpa bunda hiraukan lagi apa kata-kata mereka

    Bunda akan tulis pelbagai tema ....
    Biarpun bunda bukanlah arif dalam sesuatu tema itu
    Tapi karena kaseh dan sayang teramat sayang
    Allah SWT kasihan pada bunda
    Mengilhamkan apa yang hendak bunda tulis
    Dengan izin-NYa bunda dapat menulis
    Tanpa izin-Nya bunda tak dapat menulis
    Makanya setiap penulisan bunda adalah lebih
    Berharga dari permata berharga
    Karena tinta-tinta bunda
    Adalah datang dari-Nya
    Tanpa-Nya
    Penulisan bunda
    Pasti kaku
    Pasti bunda tak dapat menulis satu baris ayat pun
    Subhanallah
    SesungguhNya Allah Maha Berkasihan Belas
    SesungguhNya Allah Maha Pengasih Lagi Penyayang
    Syukur Ya Allah
    Syukur atas kurniaan-Mu ini

    Duhai anakku sayang
    Pewaris bangsaku...

    Karena setiap ilmu kepujanggaan
    Ada tersirat mesej-Nya di sebalik
    Kata-kata pujangga yang bunda tulis
    Itu semua adalah lambang cintaNya
    Itu semua tanda syukur bunda padaNya
    Mengizinkan bunda berkata pujangga
    Untuk bunda tinggalkan pada
    Anak-anak tercinta
    Pewaris Nusantara Seluruh di bumiNya
    Yang bertuah ini

    Duhai anakku sayang
    Pewaris bangsaku...

    Berjanjilah pada bunda
    Akan sudi dan sentiasa sudi
    Menyokong/mendukung perjuangan tinta-tinta bunda
    Andaikata belum sempat perjuangan bunda direalitikan
    Berjanjilah untuk merealitikan
    Karena karya-karya bunda inilah
    Hadiah dari bunda untuk anak-anak tercinta
    Yang ada di seluruh bumi Nusantara...
    Inilah lambang cinta bunda
    Pada semua biarpun bunda sudah tiada lagi di dunia ini
    Tapi bunda ada di hatimu sayang....

    Luahan hati bunda untuk anakku pewarisku tersayang,
    Bunda Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    Istana Rimba Niagara
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    131212

  • Leftenan Adam Sakeenah assalamualaikum salam sejahtera MaharajaPancung Pancar Temasik,insyaallah,hamba juga dalam lingkungan panji selatan,tuan hamba bersama teman2 jagalah lingkungan panji utara
  • Leftenan Adam Sakeenah assalamualaikum salam sejahtera Pangeran Adipati Agong dan Ratu Rimba Niagara terima kasih hamba ucapkan.hamba mahu belaja teknik saudara yang mampu menulis esei dengan panjang.
  • Ratu Rimba Niagara
    WaalaikummusalamLeftenan Adam Sakeenah ...
    Macam mana dengan puisi salam terakhir hamba ye...
    Boleh menjiwainya ke...kalau boleh itulah teknik untuk belajar
    Tulis esei pujangga yang panjang....hehehehe
    Kalau dah pandai pengerasnya kena bagi lobak kuning yang
    Diambil dari istana merak kayangan...apa boleh ambilkan untuk hamba?
    Barulah sumpahan hamba yang sekarang ini masih menjadi putri arnab
    Hilang dan jadilah hamba Putri Alam Nilam Purnama yang kini digelar
    Ratu Rimba Niagara....hehehehe

  • Leftenan Adam Sakeenah assalamualaikum salam sejahtera Ratu Rimba Niagara hamba baca menyentap jiwa hamba.hehehe
  • Leftenan Adam Sakeenah MaharajaPancung Pancar Temasik bukan hamba hendak mengata.kelmarin ada demontrasi bangsa india di depan jpn.mereka ni tak bersyukur.sudahlah datang tanpa izin,lepas tu memaksa pula kerajaan di dominasi melayu bagi ic biru.kurang ajar betul,melampau.macam2 penghinaan terhadap pegawai pegawai jpn melayu.geram hamba
  • Ratu Rimba Niagara Leftenan Adam...hamba menulis dengan juraian air mata membayangkan hamba sudah tiada di dunia ini...sebab itu tuan hamba
    baca sampai jiwa tersentap....hehehe
  • Leftenan Adam Sakeenah SESUNGGUHNYA AKU TELAH MATI DALAM HIDUP......Ratu Rimba Niagara
  • Ratu Rimba Niagara Apa maksudmu mati dalam hidup sebab yang kutahu kamu masih hidup belum mati....hehehe..
    kalau kau kata ...kamu sudah mati...berarti aku sedang berkata dengan orang mati.....hehehe
  • Leftenan Adam Sakeenah assalamualaikum salam sejahtera Ratu Rimba Niagara,kamu kan punyai hulubalang hulubalang tinggi makrifatnya.tanya mereka.saya masih belaja.hehehe
  • MaharajaPancung Pancar Temasik Ni duk asah apa2 yg bisa di asah...nunggu lagu khas buat pembakar semangat!!...lagu yg dikarang oleh Ratu Rimba Niagara?..atau Ina Zwan?..oops..knp tiada lagi kah Ina Zwan disini?...
  • Leftenan Adam Sakeenah hamba menunggu Ratu Rimba Niagara menulis sebuah lagu perjuangan untuk barisan fisabillilah majlis ini.sekiranya dapat di realisasikan.pembakar semangat ini akan menyemarakkan perjuangan
  • Ratu Rimba Niagara Insya-Allah jika Allah izinka hamba cuba tulis terdaya yang mampu.
  • Leftenan Adam Sakeenah jangan panjang sangat.bahasa kritis.orang yang menyanyikan naik bulu roma bila membaca bait bait perjuangan
  • Ratu Rimba Niagara Aduooiiii aiiii...nggak bisa sampai meremang bulu roma mendengarnya...yang ku mahu roh suci perjuangan fisabilillah sentiasa membara ye...
  • Leftenan Adam Sakeenah maksud hamba,bait bait itu mampu menaikkan semangat para perwira dan pertiwa bangsa
  • Ratu Rimba Niagara ok hamba duk tengah pikir...kalo hamba dapat tulis
    dapat hadiah apa ye...leftenan Adam?
    penat tau duk fikir-fikir menaikkan memangat para perwira dan pertiwi bangsa? zaman sekarang mana ada percoma ye...? semua kena bayor...tapi tak apalah nasib baik hamba tinggal di rimba...wang ringgit tak penting.....hehehehe
  • Leftenan Adam Sakeenah tak mengapa.nanti hamba hantar rumput pada Ratu Rimba Niagara untuk di ragut.hihihi
  • Ratu Rimba Niagara
    Tega kamu Leftenan kata begitu pada hamba...hamba bukan kambing ye...di istana ini hamba di jamu dengan lobak kuning diRaja yang diimpot dari Istana Merak Kayangan ye..sebab sumpahan hamba belum tamat lagi ye..hamba masih lagi menjadi Putri Arnab. Yang kamu tengok gambar tu bukan hamba...itu patung cendana yang pandai berkata-kata.....kalo kamu hendak hamba mengarangkan lirik lagu untuk Majlis Pangkuan DiRaja kamu mesti carikan hamba lobak kuning dari istana Maraj Dari Kerajaan Taj Mahal...kalau kamu berjaya dapatkan lobak kuning itu barulah hamba boleh berkarya untuk mu... tapi untuk pengetahuanmu istana itu adalah istana larangan untuk dimasuki oleh sesiapapun kecuali yang telah dicatatkan namanya ada di senarai istana Taj Mahal...boleh carikan lobak kuning dri istana Taj Mahal...?????
    Fikirkan sendiri hendak dapatkn lobak kuning itu ye.....

  • Leftenan Adam Sakeenah insyaallah.lautan api sanggup ku redah,akan ku beri mu 2 LORI MCDONALD untuk santapan nanti.
  • Ratu Rimba Niagara bukankah hamba sudah kata hamba cuma mahu lobak kuning????
    tak faham ke? pendengaran tak jelas ke?
    jika tak dapat juga...
    tuan hamba akan hamba sumpah jadi kambing bermata satu...
    tuan hamba sajalah makan mcdonald ...sebab tuan hamba nama saja tentera fisabilillah tapi masih lagi membeli produk yahudi...????
  • Leftenan Adam Sakeenah hamba sahaja mahu menguji ...
  • Ratu Rimba Niagara hai nak menguji patut-patut lah ...semua nak menguji naik kematu otak hamba ni tau...ha sekarang ni..dah tak ada idea nak tulis...tulislah sendiri...hamba nak santai-santai ni sambil memerhatikan panorama senja di pantai ombak rindu di rimba niagara ni...di sana ombak menderu-deru sinari matahari senja amat memukaukan hamba sekarang...sedang matahari masuk ke peraduannya...bilal istana niagara melaungkan azan dan kami berjemaah solat di masjid istana niagara. Masjid kami berdekatan dengan pantai...amat indah sekali suasana di niagara ini...biarpun kami tak punya apa...tapi dirasakan bagaikan di Syurga. Jadinya leftenan Adam...hamba tak nak fikir lagi segala yang diuji oleh manusia di luar sana...cukup-cukuplah nak uji hamba...hendakkan bakti hamba tapi dalam masa yang sama nak menguji hamba...apa ingat hamba ini robot ke...tak punya hati dan perasaan? he baca sajalah puisi robot hamba itu...pasti kamu faham dan pasti kamu akan berbicara seperti robot saja...pabila robot sama robot berbicara pasti tak lahir dari hati...

  • BERBUDILAH SEBELUM MATI

    Tundukkan badan berhadapan yang tua
    Tanda hormat pada yang tua;
    Itulah adap menghormati yang tua,
    Karena yang muda akan tua,

    Yang tua di hormati,
    Yang muda disayangi;
    Tua muda saling hormati,
    Bahagia saling menyayangi.

    Sesama kita saling menyayangi,
    Tiada wujud saling membenci;
    Yang ada di jiwa saling menyayangi,
    Sayang menyayangi menjauhi benci.

    Iri hati punca benci ,
    Benci semakin benci;
    Wajah hodoh karena benci,
    Buang benci hati menjadi suci.

    Hati ego rasa hidup sempurna,
    Orang lain dipandang hina;
    Kekayaan rasa hidup sempurna
    Wang diberi hati penuh hina.

    Mulut manis bagaikan gula,
    Hati penuh ulat membusuk;
    Gila harta mengila-gila,
    Bermaharajalela niat membusuk.

    Duhai hamba yang baik budi,
    Orang bebudi kita merasa;
    Mulut manis menyemai budi,
    Tapi hati penuh racun berbisa.

    Hati di dalam siapalah yang tahu
    Bicara manis seperti gula;
    Menyemai budi biar semua tahu,
    Hakikatnya itu semua palsu belaka.

    Wang ditabur rasa diri kaya gila,
    Menganggap manusia semuanya hina;
    Duhai hamba kutiplah uangnya,
    Sesudah dikutip berikan padaku pula.

    Bila kudapat wang itu,
    Kan ucapkan terima kasih;
    Karena wang itu lambang inspirasiku,
    Betapa jangan memandang hinanya kasih.

    Wang itu lambang muhasabah diri,
    Agar bila kukaya raya jangan jadi begitu;
    Kekayaan adalah Kurniaan dari Ilahi,
    Diinfakkan sebagai bekalan akhiratku.

    Andainya uang dapat membeli kasih,
    Kasih semua mereka yang terkasih;
    Kan ku usahakan untuk membeli kasih,
    Senyuman berharga buat terkasih.

    Kekayaanku untuk membeli kasih,
    Kasih mereka yang memerlukan;
    Gerhana bertukar menjadi pelangi kasih,
    Begitu hebatnya sebuah perkasihan.

    Sesama insan saling menyayangi,
    Bantu membantu tolong menolong;
    Hidup kita akan diberkati,
    Bahagia hidupa saling tolong menolong.

    Harta yang didermakan seikhlas hati,
    Itulah yang kita punya;
    Akan dihitung di akhirat nanti,
    Di Al-Mizan nanti pasti bahagia.

    Janji Allah pasti ditepati,
    Tak akan rugi kita berbudi;
    Berbudilah sebelum mati,
    Pasti Allah membalas segala budi.

    Tua akan mati,
    Muda pun akan mati;
    Semuanya akan mati,
    Berbudilah sebelum mati.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    141212
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
    141212

0 comments:

Post a Comment

 
;