Monday 10 December 2012

SYAIR YANG TERGORES MELALUI TINTA PARA PUJANGGA, LEBIH TAJAM DARIPADA PEDANG PARA TENTERA




MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR MAKA DISIARKAN , 'KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN' DITULIS OLEH YM SULAIMAN DAWUD

KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Oleh: Sulaiman Dawud

A. Ilustrasi Kondisi Selangor
Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan) merupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di te
ngah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.
Negeri ini mengamalkan sistem raja perlembagaan sejak turun-termurun, dan sekarang di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Semenjak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar ketika ini adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).
Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Selangor adalah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain Serawak. Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan di Lembah Klang.
Selangor juga merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini merupakan negeri yang termaju di Malaysia dengan mempunyai infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam. Bilangan penduduk di negeri ini juga, merupakan yang terbanyak di Malaysia dengan kualiti hidup yang tinggi dan kadar kemiskinan negeri yang terendah di Malaysia.

B. Etimologi Selangor
Asal nama Selangor tidak jelas, walaupun beberapa sumber mendakwa bahawa namanya telah diambil daripada perkataan “Selangau”, iaitu sejenis lalat besar, disebabkan oleh bilangan lalat yang ada berhampiran dengan Sungai Selangor, di bahagian barat laut negeri ini. Satu lagi teori mendakwa bahawa nama negeri ini diambil daripada frasa "Selang Ur" bermaksud "tanah selat" ("ur" membawa maksud "tanah" dalam bahasa Tamil).

C. Kronologi Sejarah Selangor
Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.
Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874 iaitu J.G Davidson. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

D. Geografi Selangor
Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu :-
Petaling & Shah Alam شاه عالم & ڨتاليڠ
Shah Alam شاه عالم
Petaling Jaya ڨتاليڠ جاي
Subang Jaya سوبڠ جاي
Kelana Jaya كلانا جاي
Damansara دمنسارا
Puchong ڨوچوڠ
Serdang سردڠ
Seri Kembangan سري كمبڠن
Sungai Buloh سوڠاي بولوه
Klang كلڠ
Kapar كاڨر
Meru ميرو
Pandamaran ڨندمرن
Bukit Raja بوكيت راج
Sabak Bernam سابق برنم
Sekinchan سكينچن
Bagan Nakhoda Omar باڭن ناخودا عمر
Sungai Ayer Tawar سوڠاي ا اير تاور
Panchang Bedena ڨنچڠ بدنا
Pasir Panjang ڨاسير ڨنجڠ
Gombak ڭومبق
Rawang راوڠ
Kundang كوندڠ
Kuang كواڠ
Ulu Klang اولو كلڠ
Selayang سلاياڠ
Batu Caves باتو كاۏ س
Gombak Setia ڬومبق ستيا
Kuala Selangor كوالا سلاڠور
Tanjung Karang تنجوڠ كارڠ
Batang Berjuntai باتڠ برجونتاي
Api-api اڨي-اڨي
Jeram جرام
Ijok ايجوق
Hulu Selangor هولو سلاڠور
Kuala Kubu Bharu كوالا كوبو بهارو
Rasa راس
Serendah سرنده
Ulu Yam اولو يام
Ulu Bernam اولو برنم
Batang Kali باتڠ كالي
Sepang سڨڠ
Dengkil دڠكيل
Cyberjaya سايبرجاي
Salak Tinggi سالق تيڠڭي
Sungai Pelek سوڠاي ڨيليق
Kuala Langat كوالا لاڠت
Teluk Panglima Garang تلوق ڨڠليما ڭارڠ
Morib موريب
Jenjarom جنجاروم
Banting بنتيڠ
Sijangkang سيجڠكڠ
Tanjung Sepat تنجوڠ سڨات
Hulu Langat هولو لاڠت
Kajang كاجڠ
Semenyih سمڽيه
Balakong بلاكوڠ
Bangi باڠي
Beranang برنڠ
Hulu Langat هولو لاڠت
Ampang Jaya امڨڠ جاي

E. PENTADBIRAN
Negeri Selangor ditadbir dan dikelola oleh :-
Gombak ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang
Hulu Langat terbahagi kepada dua:
Majlis Perbandaran Kajang mentadbir seluruh Kajang dan Hulu Langat
Majlis Perbandaran Ampang Jaya mentadbir seluruh Ampang dan Ulu Klang
Hulu Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Hulu Selangor
Klang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Klang
Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Langat
Kuala Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Selangor
Petaling terbahagi kepada tiga:
Majlis Bandaraya Petaling Jaya mentadbir bandaraya Petaling Jaya
Majlis Perbandaran Subang Jaya mentadbir seluruh Subang Jaya, USJ, Puchong, Serdang dan Seri Kembangan
Majlis Bandaraya Shah Alam mentadbir bandaraya Shah Alam dan Sungai Buloh
Sabak Bernam ditadbir oleh Majlis Daerah Sabak Bernam
Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang
Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Ampang, Kajang, Banting, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Rawang dan Semenyih.

F. DEMOGRAFI PENDUDUK DAN AGAMA DI SELANGOR
Jumlah penduduk Negeri Selangor pada tahun 2010 adalah sejumlah 5,462,141 orang. Peratusan mengikut kaum adalah Bumiputera sebanyak 57.1%, Cina 28.6% , India 13.5% dan lain-lain sebanyak 0.8%. Dari segi anutan pula, Islam merangkumi 57.9%, Kristian 3.8%, Buddha 24.4%, Hindu 11.6% dan lain2 anutan 2.3%.

G. KERAJAAN
Negeri Selangor mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Sultan negeri ini merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Sejak tahun 2001, gelaran Sultan telah dipegang oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dimiliki oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantik ahli Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 10 Mac 2008, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

H. AGENSI KERAJAAN NEGERI
Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor
Pejabat Tanah dan Galian Selangor
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
Perbendaharaan Negeri Selangor
Jabatan Agama Islam Selangor
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
Jabatan Perhutanan Selangor
Jabatan Pertanian Selangor
Jabatan Kerja Raya Selangor
Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor
Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor
Lembaga Muzium Selangor
Lembaga Urus Air Selangor
Lembaga Zakat Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
Majlis Agama Islam Selangor
Majlis Sukan Negeri Selangor
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Selcat

I. EKONOMI SELANGOR
Negeri Selangor memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK (keluaran dalam negara kasar) per kapita (PPP) yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitar USD33,147 pada tahun 2008, setanding dengan nilai per kapita negara eropah barat dan Hong Kong. Bidang eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor.

J. PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN SELANGOR
Sektor perindustian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008, malah ia merupakan nadi ekonomi Negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta proton dan perodua. Kereta import juga beroperasi di negeri ini seperti Toyota, Nissan, Volkswagen, Ford, Volvo, BMW dan banyak lagi. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, Nokia dari Sweden dan banyak lagi. Antara kawasan perindustrian yang terkenal ialah di Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang, Rawang, Selayang, Ampang Jaya dan Petaling Jaya.
Pelabuhan Klang yang merupakan faktor utama kemajuan perindustrian di Selangor, pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang tersibuk dan terpenting di Malaysia. Negeri Selangor juga menjadi tarikan utama pelabur asing dari luar negara.

K. PERTANIAN SELANGOR
Selain terkenal dengan perindustrian dan pelabuhan, bidang pertanian juga semakin berkembang maju walaupun hanya menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri. Antara kerjayaan yang telah dikecapi adalah seperti Selangor Fruit Valley merupakan pengeluar buah-buahan tropika terbesar dunia seperti belimbing, betik dan pisang. Begitu juga dengan sawah padi di Kuala Selangor yang diurus secara estet dengan kaedah pengairan serta penanaman moden, berjaya mengeluarkan hasil purata sehektar tertinggi di negara ini iaitu lebih 7 tan sehektar. Aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah juga dijalankan di negeri ini.

L. PENGKHIDMATAN
Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap KDNK negeri iaitu sebanyak 38%.

M. BUDAYA DI SELANGOR
Disebabkan Selangor pada satu masa dahulu merupakan pusat pemerintahan Tanah Melayu, budaya di Selangor dipengaruhi oleh pelbagai kaum, seperti oleh orang Jawa, Bugis, Johor, Melaka, Minangkabau dan sebagainya.
Suatu ketika dahulu, persembahan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) pernah bertapak di negeri Selangor dimana ia dibawa oleh para perantau Jawa. Walau bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Selangor.

N. IDENTITI SELANGOR
BENDERA
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan sabit dan bintang pula ialah sebagai lambang agama Islam, agama rasmi negeri Selangor manakala kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

JATA
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

LAGU
Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia
Duli Yang Maha Mulia merupakan lirik lagu negeri Selangor sejak 1967. Penulis lagu ini tidak diketahui, namun lagunya digubah oleh Saiful Bahri.
— with Hairul Azizee Avail Power and 48 others in Selangor, Malaysia.
Photo: ‎KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Oleh: Sulaiman Dawud A. Ilustrasi Kondisi Selangor Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan) merupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat. Negeri ini mengamalkan sistem raja perlembagaan sejak turun-termurun, dan sekarang di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Semenjak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar ketika ini adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR). Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Selangor adalah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain Serawak. Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan di Lembah Klang. Selangor juga merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini merupakan negeri yang termaju di Malaysia dengan mempunyai infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam. Bilangan penduduk di negeri ini juga, merupakan yang terbanyak di Malaysia dengan kualiti hidup yang tinggi dan kadar kemiskinan negeri yang terendah di Malaysia. B. Etimologi Selangor Asal nama Selangor tidak jelas, walaupun beberapa sumber mendakwa bahawa namanya telah diambil daripada perkataan “Selangau”, iaitu sejenis lalat besar, disebabkan oleh bilangan lalat yang ada berhampiran dengan Sungai Selangor, di bahagian barat laut negeri ini. Satu lagi teori mendakwa bahawa nama negeri ini diambil daripada frasa "Selang Ur" bermaksud "tanah selat" ("ur" membawa maksud "tanah" dalam bahasa Tamil). C. Kronologi Sejarah Selangor Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah. Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874 iaitu J.G Davidson. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur. D. Geografi Selangor Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu :- Petaling & Shah Alam شاه عالم & ڨتاليڠ Shah Alam شاه عالم Petaling Jaya ڨتاليڠ جاي Subang Jaya سوبڠ جاي Kelana Jaya كلانا جاي Damansara دمنسارا Puchong ڨوچوڠ Serdang سردڠ Seri Kembangan سري كمبڠن Sungai Buloh سوڠاي بولوه Klang كلڠ Kapar كاڨر Meru ميرو Pandamaran ڨندمرن Bukit Raja بوكيت راج Sabak Bernam سابق برنم Sekinchan سكينچن Bagan Nakhoda Omar باڭن ناخودا عمر Sungai Ayer Tawar سوڠاي ا اير تاور Panchang Bedena ڨنچڠ بدنا Pasir Panjang ڨاسير ڨنجڠ Gombak ڭومبق Rawang راوڠ Kundang كوندڠ Kuang كواڠ Ulu Klang اولو كلڠ Selayang سلاياڠ Batu Caves باتو كاۏ س Gombak Setia ڬومبق ستيا Kuala Selangor كوالا سلاڠور Tanjung Karang تنجوڠ كارڠ Batang Berjuntai باتڠ برجونتاي Api-api اڨي-اڨي Jeram جرام Ijok ايجوق Hulu Selangor هولو سلاڠور Kuala Kubu Bharu كوالا كوبو بهارو Rasa راس Serendah سرنده Ulu Yam اولو يام Ulu Bernam اولو برنم Batang Kali باتڠ كالي Sepang سڨڠ Dengkil دڠكيل Cyberjaya سايبرجاي Salak Tinggi سالق تيڠڭي Sungai Pelek سوڠاي ڨيليق Kuala Langat كوالا لاڠت Teluk Panglima Garang تلوق ڨڠليما ڭارڠ Morib موريب Jenjarom جنجاروم Banting بنتيڠ Sijangkang سيجڠكڠ Tanjung Sepat تنجوڠ سڨات Hulu Langat هولو لاڠت Kajang كاجڠ Semenyih سمڽيه Balakong بلاكوڠ Bangi باڠي Beranang برنڠ Hulu Langat هولو لاڠت Ampang Jaya امڨڠ جاي E. PENTADBIRAN Negeri Selangor ditadbir dan dikelola oleh :- Gombak ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang Hulu Langat terbahagi kepada dua: Majlis Perbandaran Kajang mentadbir seluruh Kajang dan Hulu Langat Majlis Perbandaran Ampang Jaya mentadbir seluruh Ampang dan Ulu Klang Hulu Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Hulu Selangor Klang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Klang Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Langat Kuala Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Selangor Petaling terbahagi kepada tiga: Majlis Bandaraya Petaling Jaya mentadbir bandaraya Petaling Jaya Majlis Perbandaran Subang Jaya mentadbir seluruh Subang Jaya, USJ, Puchong, Serdang dan Seri Kembangan Majlis Bandaraya Shah Alam mentadbir bandaraya Shah Alam dan Sungai Buloh Sabak Bernam ditadbir oleh Majlis Daerah Sabak Bernam Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Ampang, Kajang, Banting, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Rawang dan Semenyih. F. DEMOGRAFI PENDUDUK DAN AGAMA DI SELANGOR Jumlah penduduk Negeri Selangor pada tahun 2010 adalah sejumlah 5,462,141 orang. Peratusan mengikut kaum adalah Bumiputera sebanyak 57.1%, Cina 28.6% , India 13.5% dan lain-lain sebanyak 0.8%. Dari segi anutan pula, Islam merangkumi 57.9%, Kristian 3.8%, Buddha 24.4%, Hindu 11.6% dan lain2 anutan 2.3%. G. KERAJAAN Negeri Selangor mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Sultan negeri ini merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Sejak tahun 2001, gelaran Sultan telah dipegang oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dimiliki oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantik ahli Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 10 Mac 2008, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. H. AGENSI KERAJAAN NEGERI Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor Pejabat Tanah dan Galian Selangor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Perbendaharaan Negeri Selangor Jabatan Agama Islam Selangor Jabatan Mufti Negeri Selangor Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Jabatan Perhutanan Selangor Jabatan Pertanian Selangor Jabatan Kerja Raya Selangor Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor Lembaga Muzium Selangor Lembaga Urus Air Selangor Lembaga Zakat Selangor Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Majlis Agama Islam Selangor Majlis Sukan Negeri Selangor Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Selcat I. EKONOMI SELANGOR Negeri Selangor memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK (keluaran dalam negara kasar) per kapita (PPP) yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitar USD33,147 pada tahun 2008, setanding dengan nilai per kapita negara eropah barat dan Hong Kong. Bidang eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor. J. PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN SELANGOR Sektor perindustian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008, malah ia merupakan nadi ekonomi Negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta proton dan perodua. Kereta import juga beroperasi di negeri ini seperti Toyota, Nissan, Volkswagen, Ford, Volvo, BMW dan banyak lagi. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, Nokia dari Sweden dan banyak lagi. Antara kawasan perindustrian yang terkenal ialah di Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang, Rawang, Selayang, Ampang Jaya dan Petaling Jaya. Pelabuhan Klang yang merupakan faktor utama kemajuan perindustrian di Selangor, pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang tersibuk dan terpenting di Malaysia. Negeri Selangor juga menjadi tarikan utama pelabur asing dari luar negara. K. PERTANIAN SELANGOR Selain terkenal dengan perindustrian dan pelabuhan, bidang pertanian juga semakin berkembang maju walaupun hanya menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri. Antara kerjayaan yang telah dikecapi adalah seperti Selangor Fruit Valley merupakan pengeluar buah-buahan tropika terbesar dunia seperti belimbing, betik dan pisang. Begitu juga dengan sawah padi di Kuala Selangor yang diurus secara estet dengan kaedah pengairan serta penanaman moden, berjaya mengeluarkan hasil purata sehektar tertinggi di negara ini iaitu lebih 7 tan sehektar. Aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah juga dijalankan di negeri ini. L. PENGKHIDMATAN Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap KDNK negeri iaitu sebanyak 38%. M. BUDAYA DI SELANGOR Disebabkan Selangor pada satu masa dahulu merupakan pusat pemerintahan Tanah Melayu, budaya di Selangor dipengaruhi oleh pelbagai kaum, seperti oleh orang Jawa, Bugis, Johor, Melaka, Minangkabau dan sebagainya. Suatu ketika dahulu, persembahan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) pernah bertapak di negeri Selangor dimana ia dibawa oleh para perantau Jawa. Walau bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Selangor. N. IDENTITI SELANGOR BENDERA Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan sabit dan bintang pula ialah sebagai lambang agama Islam, agama rasmi negeri Selangor manakala kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih. JATA Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu. LAGU Duli Yang Maha Mulia Selamat di atas takhta Allah lanjutkan usia Tuanku Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku Bahagia selama-lamanya Aman dan sentosa Duli Yang Maha Mulia Duli Yang Maha Mulia merupakan lirik lagu negeri Selangor sejak 1967. Penulis lagu ini tidak diketahui, namun lagunya digubah oleh Saiful Bahri.‎
3Unlike · · Share

    You, Sulaiman Dawud, Prabu Sri Narayana Kusuma, Adji Raden Menggala and 49 others like this.
    Ratu Rimba Niagara TERIMA KASIH YM SULAIMAN DAWUD ATAS INFORMASI MENGENAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN . HAMBA AMAT MENGHARGAINYA DAN MENYANJUNGI USAHA YM SULAIMAN DAWUD MEMPOPULARKAN NEGERI-NEGERI NUSANTARA KEPADA RAKYAT JELATA NUSANTARA..MOGA PENCERAHAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA GENERASI KINI DAN AKAN DATANG DI SELURUH BUMI BERTUAH NUSANTARA ..INSYA-ALLAH AAMIIN.
    BENARLAH KATA-KATA KERAMAT LAKSAMANA HANG TUAH TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA! USAHA INILAH BUKTINYA INSYA-ALLAH AAMIIN. TERUSKAN PERJUANGANMU... HAMBA SENTIASA MENYOKONGNYA SELAGI NAFAS KU ADA INSYA-ALLAH AAMIIN.
    December 5 at 2:07pm · Like · 4
    Sulaiman Dawud Insya Allah YM Ratu Rimba Niagara, hamba akan terus memperkenalkan kerajaan-kerajaan yang ada di Nusantara ini dan Insya Allah seluruh dunia
    December 5 at 2:11pm · Unlike · 5
    Ratu Rimba Niagara Tabik 10x atas usaha YM Sulaiman Dawud...usaha yang sungguh mengagumkan dan menjadi kebanggaan rakyat jelata SeNusantara tercinta.
    Bedanya dengan perjuangan hamba...hamba mengolah sejarah dengan pantun, gurindam, syair dan puisi untuk mempopular sejarah Nusantara...
    December 5 at 2:21pm · Like · 2
    Engku Syntal izin copas YM
    December 5 at 2:23pm · Unlike · 2
    Ratu Rimba Niagara AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM CARA BARU MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU SENUSANTARA

    Aku bukan ahli sejarah
    Tapi aku peminat sejarah
    Aku mahu menghargai sejarah
    Dengan caraku sendiri
    Aku ingin mengolah sejarah
    Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
    Cara baru untuk mempopularkan sejarah
    Di jiwa anak cucu rumpun Melayu
    Agar mereka menghargai
    Sejarah moyang mereka
    Yang bersusah payah
    Memerdekakan negara tercinta
    Agar anak cucu dapat menumpang teduh
    Dengan aman sejahtera
    Tanpa ada permusuhan
    Yang akan membuatkan
    Negara moyangku dijajah semula
    Aku tak mahu sampainya jadi begitu
    Makanya
    Kurela
    Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
    Pena untukku menulis
    Dengan air mata dan darah
    Dan takkan kuhiraukan lagi
    Segala penghinaan mereka ke aku
    Kerana aku berpena bukan
    Untuk dipandang mereka
    Aku menulis
    Demi pandangan dari-Nya
    Demi anak cucu rumpun Melayu SeNusantara

    Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
    Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
    Kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
    Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
    Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
    Sehingga terhenti nafas
    Terhentilah pena

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Ogos 2012
    PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
    13 Ogos 2012
    24 Ramadan 1433H
    (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    Nove
    December 5 at 2:25pm · Like · 2
    Sulaiman Dawud silahkan di copas dan di sosialisasikan
    December 5 at 2:28pm · Like · 3
    Sulaiman Dawud SEJARAH AWAL SELANGOR

    Perkembangan awal Selangor sebagai sebuah kawasan petempatan banyak disumbangkan oleh faktor geografinya, dengan memiliki jaringan sungai yang mampu mengairi sehingga ke kawasan pedalaman. Dengan kelebihan ini, serta kekayaan flora dan faunanya, ia kemudian menyumbang kepada wujudnya penempatan serta hubungan perdagangan dengan dunia luar.
    Berdasarkan kajian terutama menerusi penemuan arkeologi, perkembangan awal sejarah dan warisan budaya Selangor boleh dilihat seawal zaman Hoabinhian. Ia kemudiannya terus berkembang pada zaman Neolitik, zaman Logam dan Protosejarah.
    Pada tahap ini, perhubungan ekonomi dan budaya masyarakat tempatannya dengan dunia luar semakin berkembang. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak seperti gendang gangsa Dong S’on di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat dan Bukit Kuda, Klang serta tiga loceng gangsa di Klang.

    Menerusi teks sejarah, nama Selangor pada peringkat awalnya merujuk kepada petempatan di sebuah kuala sungai yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor dan bukan sebuah negeri sebagaimana kini. Walau sejarah awalnya masih kabur, namun pengkaji sejarah bersetuju bahawa Selangor memiliki warisan sejarah yang mendahului zaman Kesultanan Melayu Melaka selama lebih seabad.
    Ketika kegemilangan Empayar Melaka, kawasan Selangor adalah antara yang termasuk dalam jajahan takluk Melaka sebagaimana tercatatnya nama Klang, Jeram dan Bernam dalam Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang.

    Menerusi Sejarah Melayu, tercatat peristiwa kunjungan Tun Jana Khatib dan Tuan jajahan Buguran dan Selangor menemui Paduka Seri Maharaja, pemerintah Singapura pada abad ke-14. Laksamana Cheng Ho turut mencatatkan kedudukan Selangor dan juga Klang di dalam peta pelayarannya. Nama Klang juga disebut dalam puisi Nagara Kertagama hasil tulisan Prapanca, seorang pujangga kerajaan Majapahit pada tahun 1365. Ini membuktikan bahawa Selangor telah dikenali ketika itu dengan Klang yang berfungsi sebagai pusat perdagangan utamanya.
    December 5 at 2:29pm · Unlike · 3
    Sulaiman Dawud ASAL USUL NAMA SELANGOR

    Walaupun wujud beberapa pendapat mengenai asal usul nama Selangor, namun sejarah membuktikan bahawa ia diambil sempena nama Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka menerusi kawasan petempatan yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor.

    Perkataan Selangor itu sendiri tidak membawa sebarang makna yang jelas dalam bahasa Melayu dan pengkaji beranggapan ia mungkin merupakan singkatan, gabungan atau perubahan yang berlaku terhadap perkataan asal menerusi peredaran masa.
    Menurut satu kisah, satu ketika dahulu kawasan kuala sungai tersebut dipenuhi dengan tumbuhan paya bakau yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai mentangau. Pohon mentangau yang banyak terdapat di situ sering kali dijadikan panduan kepada pelayar ke kawasan itu kerana didapati sesuai sebagai tempat persinggahan bagi menambah bekalan menyambung pelayaran. Para pelayar menggelar kawasan ini sebagai ‘kuala mentangau’. Menerusi peredaran masa sebutan ‘kuala mentangau’ berubah menjadi Kuala Selangor, tempat berakhirnya aliran Sungai Selangor.

    Kisah yang lain menceritakan bagaimana seorang pendekar yang sedang mengembara telah singgah di sebuah kawasan yang belum pernah dijejaki sebelum ini. Ketika sedang berehat, dirinya rasa cukup terganggu dengan kehadiran seekor langau yang terus-terusan hinggap di hidungnya. Kehadiran langau itu cukup menjengkelkan dirinya yang kemudian cuba untuk membunuh langau tersebut dengan memukulnya tetapi gagal. Terdetik di dalam hati pendekar itu bagaimana seorang yang handal sepertinya tetap gagal menumpaskan seekor langau. Dia kemudian beranggapan bahawa tempat ini memiliki semangat yang lebih hebat dari dirinya lalu mengambil keputusan untuk menamatkan pengembaraannya. Mulai hari itu, setiap kali merujuk kepada tempat tersebut, pendekar itu akan menggelarinya sebagai ‘selangau’ dan akhirnya diterima pakai sebagai nama tempat tersebut.

    Satu lagi pendapat mengatakan bahawa terdapat sebuah kawasan di sekitar pantai Kuala Selangor yang pada suatu ketika dijadikan tempat hukuman kepada mereka yang didapati bersalah oleh pemerintah. Para pesalah akan diikat pada palang kayu (juga dikenali sebagai salang) dan kemudian dijemur di bawah terik matahari. Mengikut adat Melayu ketika itu hukuman ini dilakukan di kawasan yang disebut sebagai “di hujung pasir”, yang mana ia menepati ciri-ciri bentuk muka bumi di kawasan pantai Kuala Selangor yang mengunjur ke laut. Hukuman “salang dan di jemur” kemudian diberikan kepada kawasan itu dengan sebutan Salang Ur yang memiliki sebutan yang hampir dengan nama Selangor.
    December 5 at 2:30pm · Like · 5
    Sulaiman Dawud PEMERINTAH AWAL SELANGOR

    Sebelum pengasasan Kesultanan Selangor, sudah ada pemerintah yang mentadbir Selangor. Tun Perak, anak kepada Bendahara Melaka, Tun Perpatih Sedang dilantik oleh Sultan Muzaffar Shah Melaka (1446-1459) pada tahun 1446 sebagai Penghulu Klang. Jeram sebagai jajahan takluk Melaka pernah ditadbir oleh Paduka Mamat, putera kepada Sultan Mansur Shah Melaka (1459-1477).
    Selepas kejatuhan Empayar Melaka ke tangan Portugis pada 1511, kesetiaan pemerintahan jajahan Selangor beralih kepada Johor yang mana Sultan Mahmud dan pengikut setianya menubuhkan kerajaan dalam buangan di Kepulauan Bintan.

    Di zaman pemerintahan Sultan Alauddin Shah, sultan pertama Johor Lama, Kelang telah mempunyai pemerintah yang dikenali dengan gelaran Mandulika. Kemudian Dato’ Engku Kelang, anak Puteri Mayang Selida bersama salah seorang ahli keluarga Bendahara Johor dihantar ke Selangor untuk mentadbir di sini.
    Sekitar tahun 1700, Dato’ Engku Kelang selaku wakil kerajaan Johor, melantik Arung Pasarai yang berketurunan Bugis sebagai pemerintah Selangor dengan gelaran Yamtuan. Arung Pasarai kemudian diganti oleh Raja Siti dan seterusnya digantikan oleh Raja Lumu.
    December 5 at 2:31pm · Like · 3
    Sulaiman Dawud PENGASASAN KESULTANAN SELANGOR

    Dengan ketibaan lima orang putera Opu Tendri Borong Daeng Rilekkek bin La Madusalat yang digelar Bugis Lima Bersaudara ke dalam kancah pemerintahan Johor-Riau, ia membawa perubahan drastik terhadap rupa dan perjalanan sosiopolitik Selangor.
    Mereka yang terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi, mempunyai darah bangsawan serta memiliki kemahiran yang tinggi dalam pelayaran dan taktik peperangan.
    Raja Lumu, putera kepada Daeng Chelak tiba di Selangor sekitar 1730-an dan kemudiannya meneruskan pemerintahan Selangor selepas kemangkatan Raja Siti dengan gelaran Tuanku Raja Selangor.

    Kedudukan ini walau bagaimanapun tidak memberikan beliau kuasa mutlak terhadap kawasan yang kini dikenali sebagai Selangor, tetapi sekadar sebagai pemerintah di sekitar kawasan sungai Selangor. Malah, kerajaan Johor pada ketika itu masih menganggap Selangor masih di bawah jajahannya.
    Pada 1756, sultan Johor ketika itu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mengunjungi Melaka bagi menunjukkan penghargaan kepada Belanda yang membantu Sultan Mahmud menewaskan Raja Alam di Siak. Beliau juga menandatangani perjanjian yang memberikan hak kepada Belanda ke atas bijih timah di Selangor (Kuala Selangor), Klang dan Linggi.

    Sultan Sulaiman mengutus surat kepada Daeng Kemboja di Linggi, Raja Tua di Klang dan Raja Lumu di Kuala Selangor supaya mereka menerima perjanjian yang telah dibuat dengan Belanda. Ketiga-tiga pemerintah tidak mengiktiraf perjanjian itu.
    Berikutan itu, Raja Lumu cuba mendapatkan pengiktirafan dari Kesultanan Perak bagi membebaskan Selangor dari sebarang tuntutan dari kerajaan Johor. Pada 1766, Raja Lumu ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Selangor oleh sultan Perak, Sultan Mahmud (atau Raja Kimas) di Kota Lumut dengan gelaran Sultan Salehuddin dan menamakan jajahan takluk pemerintahannya Selangor. Baginda dianugerahkan nobat dan cap mohor oleh Sultan Perak dan bermulalah sejarah baru buat Selangor sebagai sebuah kerajaan berdaulat.
    December 5 at 2:31pm · Like · 3
    Sulaiman Dawud NEGERI SELANGOR DI ZAMAN KOLONIAL

    Sejak dari peringkat awal penubuhannya, Negeri Selangor telah berkembang sebagai pusat perdagangan dan pengeluaran bijih timah di bawah pemerintahan Kesultanan Selangor. Kuala Selangor memainkan peranan penting ketika itu sebagai pelabuhan utama pengeksportan bijih timah kepada pedagang barat.

    Kedatangan kuasa British ke Tanah Melayu dan pengenalan Sistem Residen telah membatasi kuasa Sultan dan pemerintah-pemerintah negeri.
    Semasa pentadbiran British, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan pada tahun 1877 dengan dianggotai oleh Sultan, Residen Inggeris dan pembesar Negeri. Sultan Selangor ketika itu, Sultan Abdul Samad membentuk Majlis Mesyuarat Negeri berdasarkan kaedah barat dan mengikut panduan Residen Inggeris pada masa itu, Bloomfield Douglas.

    Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri yang pertama ialah Tengku Kudin dengan ahli-ahlinya seperti berikut:

    1. Kapten Bloomfield Douglas (Residen)2. Raja Kahar, putera Sultan Abdul Samad (Raja yang menjaga Kajang)3. Raja Berkat Tengku Panglima Raja (Raja yang menjaga Kanchong)4. James Innes (Pemungut cukai tanah dan Majistret Langat)5. Taukeh Yap Ah Loy (Kapitan Cina di Kuala Lumpur)6. Saiyid Zain (Wakil dan Pengurus Kebun-kebun Tengku Kudin)

    Majlis Mesyuarat Negeri bersidang buat pertama kalinya di Klang pada 11 Jun 1877 dan persidangan kali kedua telah diadakan pada 25 Jun 1877.
    Pada Mac 1880, pemerintahan Negeri Selangor telah berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur. Pemindahan ini juga menyaksikan kuasa pentadbiran pembesar-pembesar Melayu diambil alih oleh pegawai-pegawai Inggeris khasnya Residen Inggeris di Selangor.

    Tengku Kudin mengambil tindakan meletak jawatan sebagai Yang DiPertua kerana menyedari bahawa kuasa beliau semakin berkurangan. Jawatannya telah digantikan oleh Raja Muda Musa (putera Sultan Abdul Samad), manakala Inggeris menguasai sepenuhnya pentadbiran Negeri Selangor. Selepas kemangkatan Raja Muda Musa pada tahun 1884, Sultan Abdul Samad telah mengambil alih jawatan Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri.
    Pada 1 Julai 1896, Negeri Selangor bersama-sama Perak, Negeri Sembilan dan Pahang diletakkan di bawah pentadbiran seorang Residen General dan dinamakan Negeri-negeri Melayu Bersekutu melalui Perjanjian Persekutuan yang dimeterai setahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Negeri masih terus berjalan di keempat-empat Negeri tersebut.

    Perubahan seterusnya berlaku pada tahun 1909 dengan penubuhan Majlis Persekutuan yang dianggotai oleh keempat-empat Sultan Negeri tersebut, empat Residen Negeri, empat anggota tidak rasmi dan Residen General. Dalam Majlis ini, Sultan tidak memiliki sebarang kuasa melainkan hanya memberi nasihat kepada pegawai pentadbir Inggeris khususnya dalam perkara-perkara tertentu berhubung dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam.
    Pada 1927, Sultan Selangor dan Sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang lain telah keluar dari Majlis Mesyuarat Persekutuan. Berikutan itu, pihak Inggeris telah mengambil langkah menambah lagi kuasa Majlis Mesyuarat Negeri dalam bidang pentadbiran dan menambah anggota tempatan.

    Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini berterusan sehingga ke tahun 1941 apabila Jepun menyerang Tanah Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah, Selangor diletakkan di bawah pemerintahan British Military Administration (BMA) dari September 1945 hingga awal 1946.
    Pihak Inggeris telah mengemukakan gagasan Malayan Union yang menerima tentangan hebat daripada orang-orang Melayu. Ia kemudiannya dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Ia terdiri daripada sembilan buah Negeri Melayu (Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Kedah, Johor, Terengganu, Kelantan) dan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura). Pembentukan ini merupakan langkah pertama kepada kemerdekaan.
    December 5 at 2:32pm · Like · 2
    Sulaiman Dawud NEGERI SELANGOR SELEPAS KEMERDEKAAN DAN KINI

    Rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah bertolak ke London bagi tujuan perundingan kemerdekaan Tanah Melayu yang seterusnya membawa kepada Perjanjian London pada 8 Februari 1956. Melalui rundingan tersebut, tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah ditetapkan pada tanggal 31 Ogos 1957.

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan mula dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 ini adalah berasaskan kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
    Pada 31 Ogos 1957, perisytiharan kemerdekaan dan penurunan bendera Union Jack telah dilangsungkan di Padang Kelab Selangor. Pada hari bersejarah ini juga, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama sementara Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

    Malaysia kemudiannya lahir enam tahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya melalui gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Walau bagaimanapun, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
    Negeri Selangor Darul Ehsan menjadi negeri di bawah Persekutuan Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri dengan dibantu oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyelaras pentadbiran negeri. DYMM Sultan Selangor adalah menjadi ahli bagi Majlis Raja-Raja yang turut dianggotai oleh Raja-Raja Negeri-negeri Persekutuan Malaysia dan yang Dipertuan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

    Negeri Selangor Darul Ehsan mempunyai peranan yang amat penting dalam sejarah pembentukan dan perkembangan Negara Malaysia. Kuala Lumpur telah menjadi pusat pentadbiran bagi Persekutuan Tanah Melayu dan pusat kegiatan perdagangan, perniagaan dan perbankan. Pada 1 Februari 1974, satu perjanjian antara Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dengan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani bagi penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Berikutan dengan itu, sebuah kawasan yang terletak kira-kira 25 km ke arah barat daya Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Sungai Renggam dikenal pasti sebagai lokasi sesuai untuk dijadikan ibu negeri yang baru untuk Selangor bagi menggantikan Kuala Lumpur. Ia turut meliputi kawasan Batu Tiga yang telah pun menjadi pusat perladangan tanaman kelapa sawit dan getah sejak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Sultan Selangor Ketika itu, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menamakannya Shah Alam sempena nama Almarhum ayahanda baginda, DYMM Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.

    Kini Shah Alam sebagai sebuah bandar raya terancang dan moden, menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Negeri yang meliputi kawasan perumahan, kemudahan riadah, kawasan perindustrian serta pusat bandar dan komersial yang lengkap, indah dan menarik.

    Negeri Selangor sentiasa di hadapan dalam pelbagai bidang. Ia menjadi pusat perdagangan, kewangan, pembinaan, pengangkutan dan pembuatan yang menyumbang kepada pendapatan utama negara. Selangor turut menyumbang di dalam sektor pertanian dan perikanan.
    Salah satu faktor yang menjadikan negeri ini sebagai pemangkin kemajuan negara adalah kerana pemusatan kegiatan ekonomi di Lembah Klang yang juga terletaknya Kuala Lumpur di tengah-tengah Negeri Selangor.

    Kini Putrajaya pula telah menjadi pusat pentadbiran negara dan telah menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 2001. Pembangunan Wilayah Persekutuan Putrajaya bakal membangunkan kawasan pinggiran Putrajaya dan hasilnya akan turut dirasai oleh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.
    Pada 27 Ogos 2005, kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Selangor sebagai negeri berstatus maju yang pertama di Malaysia. Sesuai dengan kedudukan Negeri Selangor yang sering memainkan peranan sebagai penentu rentak pelbagai dimensi pembangunan Malaysia, maka pengisytiharan ini menandakan Selangor sebagai produk pertama Wawasan 2020.

    Sebagai tanda simbolik pengisytiharan Selangor Maju ini, Kerajaan Negeri telah mengadakan Majlis Pelancaran Taman Warisan Selangor dan Pelancaran Tapak Perpustakaan Selangor Maju. Taman Warisan Selangor telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Taman Rekreasi Empangan Klang Gate, Ampang, Hulu Klang, manakala Pelancaran Tapak Perpustakaan Selangor Maju telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor.
    December 5 at 2:32pm · Like · 2
    Sulaiman Dawud KRONOLOGI SEJARAH KESULTANAN SELANGOR
    • Kesultanan Selangor sehingga kini diasaskan oleh Raja Lumu yang merupakan Putera Daeng Chelak atau Daeng Pali. Raja lumu sebelum menggunakan gelaran Sultan dikenali dengan panggilan Raja Selangor. Dipercayai baginda datang ke Selangor sekitar tahun 1730-an. Pada tahun 1743, raja Lumu menjadi pemerintah Selangor semasa Selangor masih lagi dalam naungan kerajaan Johor. Sehinggalah pada tahun 1766 Raja Lumu mendapat nobat atau pengiktirafan dari Sultan Perak iaitu Sultan Mahmud (Raja Kimas) dengan memakai gelaran Sultan Sallehuddin Shah.

    Satu perkara yang menarik mengenai Kesultanan Selangor ialah tidak semestinya anak (lelaki) Sultan akan menjadi Sultan. Bahkan kedudukan sebagai Raja Muda juga tidak semestinya menjadi Sultan.Pada tahun 1782 Raja Lumu mangkat dan digantikan dengan Sultan Ibrahim yang memerintah hingga pada tahun 1826. Pada masa ini pusat pentadbiran kerajaan Selangor berpusat di Kuala Selangor. Sultan Ibrahim mangkat pada tahun 1826 dan digantikan dengan Sultan Muhammad Shah. Pemerintahan Sultan Muhammad Shah pula digantikan dengan Sultan Abd Samad pada tahun 1857. Sultan Abd Samad adalah seorang Sultan yang tidak pernah menjadi Raja Muda Selangor. Baginda telah menumpukan pentadbiran Negeri Selangor di Langat (Jugra). Sultan Abd Samad mangkat pada 6 Feb. 1898.Pengganti baginda ialah Sultan Sulaiman yang menggunakan gelaran Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.

    Kemangkatan Sultan Sulaiman digantikan pula oleh Sultan Hishmudd-din Alam Shah. Pusat pentadbiran berpindah pula ke klang.Inggeris telah melantik semula Sultan Hishamuddin Alam Shah sebagai Sultan Selangor pada tahun 1945. Baginda pernah dilantik sebagai Yang dipertuan Agung yang kedua pada 14 Febuari 1960. Baginda Sultan Hishamuddun mangkat 5 bulan kemudian setelah baginda memerintah Selangor selama 15 tahun. Pada 3 September 1960 , Raja Abdul Aziz , putera Sultan Hishamuddin Alam Shah yang sulung telah dilantik menjadi Sultan Selangor yang kelapan. Baginda memakai gelaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

    KEMUNCULAN institusi kesultanan Negeri Selangor Darul Ehsan dengan perlantikan Raja Lumu menjadi Sultan Selangor pertama, pada pertengahan abad ke-18 telah memperkuatkan lagi pertapakan kuasa Bugis yang sedia ada di Semenanjung Tanah Melayu. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah bahawa pertapakan ini bukanlah di atas dasar penaklukan. Walaupun sebenamya telah wujud kelompok- kelompok pembesar di beberapa daerah pada waktu itu seperti di Kuala Selangor, Jeram, Kelang dan Langat, tetapi dengan perlantikan Raja Lumu bergelar Sultan Salehuddin menjadi Raja Selangor atau Sultan di Kuala Selangor telah dapat menyatukan daerah-daerah sebagai mana di atas menjadi sebuah negeri yang di- kenali dengan nama Negeri Selangor.

    • Perlantikan Raja Lumu ini lebih didasarkan kepada kewiba- waan darah keturunannya. Daeng Chelak ayahanda Raja Lumu adalah keturunan dari Raja Lumu, di Sulawesi. Beliau telah datang ke Tanah Melayu bersama empat orang lagi saudaranya. Selangor merupakan kubu terkuat orang-orang Bugis di daerah ini. Keperwiraan raja-raja Bugis ini terutamanya Daeng Merewah dan Daeng Chelak, telah dapat mengamankan daerah-daerah di Kuala Selangor, Kelang, Langat dan Linggi. Darah keperwiraan dan kepin- taran inilah yang telah diwarisi oleh Raja Lumu dan adindanya Raja Haji. Justeru itu dengan perlantikan Raja Lumu menjadi Raja atau Sultan Selangor telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Negeri Selangor.

    • Secara kesimpulannya kesultanan negeri Selangor telahpun wujud mulai kira-kira tahun 1765 dengan pengistiharan Raja Lumu menjadi Sultan bergelar Sultan Salehuddin. Selain itu pada 1770 Perak telah pun mengakui kekuasaan Sultan Salehuddin dan telah menabalkannya secara bernobat semasa lawatan baginda ke Perak. Secara ini juga dapat membuktikan bahawa baginda sultan tidak lagi tunduk di bawah pemerintahan Kerajaan Johor-Riau. Sebenarnya kuasa Bugis juga telah pun bertapak lebih awal di Riau, iaitu dengan pelantikan Daeng Merewah sebagai Yam Tuan Muda Riau pada tahun 1722. Seterusnya diikuti dengan perlantikan Daeng Chelak pada 1728 sebagai Yam Tuan Muda Riau (II), dan Daeng Kemboja pada 1748 sebagai Yam Tuan Muda (III).
    December 5 at 2:34pm · Like · 5
    Tpss Syuhada Siddiq AlMustoffa Mohon Share ye?
    December 5 at 3:00pm · Like · 1
    Nornurul Aini Abu Yazam Alhamdulillah..terima kasih saudara..ilmu yg manafaat dikongsi bersama.
    December 5 at 3:05pm · Like · 1
    Sulaiman Dawud Silahkan bundo Tpss Syuhada Siddiq AlMustoffa
    December 5 at 3:06pm · Like
    Tpss Syuhada Siddiq AlMustoffa Terima kasih ya Ankanda Sulaiman Dawud.
    December 5 at 3:22pm · Like · 1
    Bonda Puteri Saadong Terima ksh sulaiman..info yg sgt berguna..kelantan bila pula
    December 6 at 2:21am · Like

    Sulaiman Dawud updated his cover photo.
    December 4
    Like · · Share
        Sulaiman Dawud and 8 others like this.
        Ratu Rimba Niagara PEJUANG SEJARAH NUSANTARA SULAIMAN DAWUD

        Sekalung kalungan bunga budi kasih
        kukalungkan
        sebagai
        ucapan terima kasih
        atas usaha gigihmu
        menyebar luaskan
        bahan-bahan bacaan sejarah
        mengenai Nusantara tercinta
        kau terangkan begitu terperinci
        berfakta bernas lengkap dan sempurna
        hingga sesiapa yang membaca
        menjadi bahan informasi
        amat berguna
        untuk generasi kini dan akan datang
        menghargai dunia Melayu Islam Nusantara...

        kau habiskan hidupmu membuat kajian dan kajiselidik
        agar bahan yang kau sediakan itu benar-benar berfakta dan bernas
        sejarah mesti berfakta dan bernas
        jika tidak akan jadilah sejarah sebagai peristiwa tanpa kesohihan
        tiadalah kepercayaan mereka kepada bahan sejarah yang ditulis

        untuk mendapatkan kesohihan yang tepat
        pasti banyak pengorbanan yang kau korbankan
        tapi itu tidak kau hiraukan
        kau berkorban bukanlah demi keuntungan
        tapi adalah demi anak cucu Nusantara tercinta
        agar mereka menghargai sejarah Nusantara

        Allahu Akbar
        aku tabik segala bakti mu itu
        aku terharu dalam penuh rasa syukur
        kerana Allah Azzawajallah
        Kurniakan seorang hamba-Nya
        semulia hati mu berjuang demi
        anak bangsa Nusantara...
        kaulah pejuang Sejarah Islam Nusantara..
        pada abad ke-21
        sekalung tahniah dariku
        dan aku sentiasa menyokong
        setiap langkah perjuanganmu
        kerana di setiap langkah perjuanganmu
        adalah langkah-langkah tentera fisabilillah
        moga Allah Azzawajallah merahmati hidup dan mati mu
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        20 Muharram 1434H
        4 Disember 2012M
        December 4 at 5:00pm · Like · 3
        Sulaiman Dawud terima kasih banyak tuan Ratu Rimba Niagara >> Semoga syair di atas menjadi motifasi hamba untuk terus menyingkap dan mengungkap rahasia Sejarah Kesultanan di bumi Nusantara ini
        December 4 at 6:46pm · Unlike · 3
        Ratu Rimba Niagara Tuan hambalah pejuang Sejarah Nusantara yang hamba kagumi atas usaha tuan hamba suci murni..makanya tercetuslah ilham ini. Teruskan perjuangan tuan hamba. Hamba sentiasa menyokongnya
        Insya-Allah .Aamiin.
        December 5 at 12:51pm · Unlike · 2
        Sulaiman Dawud Syair-syair tuan Ratu Rimba Niagara, tentang kemanusiaan, tauhid, kesusasteraan sejarah Nusantara, insya Allah akan memberikan PENCERAHAN bagi bangkitnya ISLAM. Semoga tuan Yang Mulia Ratu Rimba Niagara dipanjangkan umur, diberi kebahagiaan, dan apa yang Tuan cita-citakan yaitu memiliki 'Kota Buku Karyaku! Duniaku!'sebagai produk pelancongan yang dibanggai negara dan rakyat Malaysia dan seluruh dunia segera terwujud.
        December 5 at 12:57pm · Unlike · 3
        Ratu Rimba Niagara Ya Allah Kau Maha memakbulkan doa hamba-Mu yang ikhlas kerana-MU
        Makanya makbulkanlah Ya Allah
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
        December 5 at 1:00pm · Like · 1
        Sulaiman Dawud Syair yang tergores melalui tinta para pujangga, lebih tajam daripada pedang para tentara
        December 5 at 1:02pm · Like · 1
        Bonda Puteri Saadong Terima kasih sulaiman ..bonda sangat menghargai ini
        December 7 at 4:47pm · Like
        Bonda Puteri Saadong Tapi tak ada info pun
        December 7 at 4:47pm · Like

    (PETIKAN DARIPADA WALL SULAIMAN DAWUD & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    11 Disember 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;