- CINTA ADAM PADA HAWA
Duhai Adam...
Apalah ada pada ilmu yang setetes ini
Jika hati dibalut kesombongan...Karena kasehkan hawa ...Adam terima pujukan Hawa
Memakan buah larangan di Syurga
Hawa pula dipujuk oleh iblis laknatullah
Jika sekiranya Adam letakkan cinta Allah tempat yang teratas
Pasti Adam tak makan buah Khuldi di Syurga
Jika Hawa letakkan cinta Allah tempat yang teratas
Pasti Hawa tak termakan pujukan iblis
Atas dasar cintakan Hawa...
Adam memakan buah larangan
Karena melanggar perintah Allah..
Adam dan Hawa
Dikeluarkan dari Syurga
Hilang segala nikmat Syurga
Adam dan Hawa dipisahkan di bumi
Mereka terpisah begitu lama
Adam tanpa berputus asa mencari Hawa
Hingga ke hujung dunia
Hawa menunggu Adam
Dalam sabar dan setia menanti
Dalam proses mencari Hawa
Di saat keluar dari Syurga
Adam & Hawa
Meminta ampun kepada Tuhan
Tak akan mengulangi kesilapan mereka
Adam & Hawa
Redho dengan hukuman dari Allah
Di pisahkan di bumi...
Berkat usaha Adam mencari Hawa
Berkat keyakinan Hawa... Adamnya akan datang bertemunya
Dengan izin Allah
Allah temukan Adam & Hawa di Jabbal Rahmah
Semenjak bertemu.. mereka tidak pernah berpisah
Hawa sepanjang hayat
Menghabiskan usianya bersama Adam ...
Adam pula mencintai Hawa hingga ke hujung nyawanya
Di Syurga mereka bercinta
Di Syuga juga mereka mematrikan cinta
Kerana cinta Adam yang suci pada Hawa
Begitu juga Hawa mencintai Adam sepenuh jiwa
Saling cinta mencintai karena-Nya
Maka di situlah bermulanya
Asal usul berkembang biaknya manusia di dunia ini
Moga Adam
DiKurniakan cinta sesetia Hawa
Di dunia bercinta
Saling cinta mencintai karena-Nya
Di Syurga mematrikan cinta
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
121212
Karya Ratu Rimba Niagara
121212Ratu Rimba Niagara shared a status update.
QARUN GAYA MODEN DI AKHIR ZAMAN KARYA YM SULAIMAN DAWUD & RATU RIMBA NIAGARA
DANAU QARUN, TEMPAT QARUN DITENGGELAMKAN BERSAMA HARTANYA DI KOTA FAYOUM, KAIRO, MESIR
Dituli: YM Sulaiman Dawud
...See More
- EMBUNAN PELANGI CINTA SYURGA
Cinta...cinta...cinta...
Semua perlukan cinta
Di manakah dikau cinta?
Adakah di balik awan sana
Adakah di balik bintang sana
Adakah di balik bulan sana
Adakah di balik mentari sana
Atau pun sudah sedia menanti di SyurgaNya
Semuanya menjadi persoalan
Yang menjadi tanda tanya si pemburu cinta
Tanpa berputus asa
Terus mencari cinta
Terus memburu cinta
Yang didambakan itu
Bila kita berkata
Kaulah cinta yang kuburu
Kaulah cinta yang kudambakan
Gelombang alam ghaib kian terasa
Tapi DIA tetap dipasrahkan cinta
Cinta....cinta...cinta ...
Diuja dipuja mahu dimiliki cinta
Semata kerana-Nya
Cinta oh! cinta... aku memujamu
Bukan kerana cintamu
Yang belum pasti kumiliki
Tapi kerana gelombang alam ghaib
di Lauhmafuz seakan sampai
ke deria cintaku
mengatakan kaulah
cinta yang telah
tercatat di Lauh Mahfuz-Nya
Insya-Allah AAmiin
Cinta...cinta...cinta...
Yang kutahu
DIA Tuhanku Maha Pemberi Cinta...
Cinta kepada semua hamba-Nya
DIA Maha Memahami Cinta Hamba-NYa
Sejak Nabi Adam lagi...
Kerana terlalu memahami Adam ...
Merasa kesepian
Adam hanya melihat pasangan
Burung di Syurga sedang berkicauan
Melagukan Syair Cinta Menga-Agungkan Tuhan Di Syurga
Kerana terlalu memahami Adam yang kesunyian
Allah Azzawajallah mencipta Hawa
Bidadari Syurga untuk Adam cintai
Hawa bersyukur dan redho menjadi bidadari Adam
Hari...hari adalah cinta
Hari-hari mengucapkan syukur
Atas cinta Kurniaan dari-Nya
Hari-hari berbahasa indah-indah
Saling puji memuji
Saling puja memuja
Akulah kekasihmu Hawa
Aku cintakanmu Hawa
Kaulah bidadariku Hawa
Kaulah ratuku Hawa
Sepanjang hayat aku mencintaimu Hawa
Tiada duanya ...
Kau diciptakan untukku
Aku diciptakan untukmu
Untuk memadu cinta seutuhnya
Dan berjanjilah kau Hawa
Menjadi kekasihku selamanya
Kita bercinta selamanya di Syurga
Sambil memandang Adam
Penuh dengan cinta
Penuh dengan wangian cinta Syurga
Hawa menjawab,,,
Duhai Kanda Adam kekasihku yang kucintai kerana-Nya
Dinda mencinitaimu keranaNya
DIA menciptakan dinda dariapda tulang rusuk kiri kanda
Makanya dinda terlalu lembut
Makanya layanilah dinda dengan lemah lembut
Selembut Sutera Syurga
Andaikata kanda mengkasari dinda
Akan patahlah tulang rusuk ini kanda
Dinda bersyukur padaNya
Menciptakan dinda untuk kanda cintai
Dinda tertalu bahagia
Pabila kanda mencintai dinda sepenuh
Hati kanda yang ikhlas dan suci murni...
Kanda Adamku...
Lihatlah daunan Syurga itu
Bagaimana indahnya embunan pelangi cinta
Di daunan itu
Begitulah indahnya cinta kita ini kanda...
Kanda ...kandalah yang dinda cintai
Kerana telah tercatat di Lauh Mahfuz ..
Kandalah hamba-Nya
Yang dinda cintai
Selagi hayat di kandung badan
Ketahuilah kanda
Setiap kejadian yang Allah SWT jadikan
Semuanya ada sebab musabab
Hikmah di sebalik
Kita berpisah di Syurga
Tapi bertemu di Jabbal Rahmah
Kerana kita
Adalah ibubapa
Kewujudan seluruh manusia di bumi
Anak-anak kita terlalu ramai
Banyaknya tak terkata
Kanda Adam adalah bapa manusia
Dinda Hawa adalah ibu manusia
Makanya semuanya anak-anak kita
Anak yang kita sayangi biarpun kita
Sudah tiada...
Kanda...kita akan menunggu anak-anak kita.. kanda
Pasti hari pertemuan di kala itu...
Kita dengan anak-anak kita
Saling berpelukan rindu
Saling rindu rinduan
Dalam tangisan syahdu
Biarpun tak pernah bertemu
Tapi akhirnya bertemu dengan
IzinNya juga....
Duhai anak-anak ayahanda semua
Ayahanda sangat mencintai bunda Hawamu
Bunda Hawamu terlalu menyayangi ayahanda
Bunda Hawamu diciptakan untuk ayahanda cintai
Selagi hayat di kandung badan...
Bunda Hawamu sajalah yang ayahanda cintai
Berkat cinta yang tulus dan murni
Berkat saling cinta mencintai kerana-Nya
Berkat berbahasa-bahasa indah seindah Syurga
Lahirlah anakanda-anakanda
Yang lahir ke dunia bagaikan
Permata-permata Syurga
Yang indahnya seperti pelangi di malam hari
Sungguh mempesonakan seperti
Embunan pelangi cinta Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indahnya cinta kerana-NYa!
RATU RIMBA NIAGARA
091212 - Ratu Rimba Niagara KALAU SAYANG BILA-BILA PUN SAYANG
Moga persahabatan kekal abadi,
segala canda simpan di hati;
tapi jangan kanda menyepi,
dulu bilang sayang kini jadi benci.
Kalau sayang bila-bila pun sayang,
Bersumpah setia sehidup semati;
Susah senang kita bersama sayang,
Tak enak diri terus menghilang diri.
kerana kita sudah sehati,
dalam hati belum tahu;
kata hendak sehidup semati,
itu cuma mainan mimpiku.
Ratu Rimba Niagara
101212
Tuesday, 11 December 2012
TERIMA KASIH SAHABAT AKHIRAT ALAM MAYAKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment