Friday, 14 December 2012

ANDAI WANG DAPAT MEMBELI KASIH GERHANA BERTUKAR MENJADI PELANGI KASIH







  • BAHAGIA HIDUP SALING BANTU MEMBANTU

    Leftenan Adam Sakeenah

    Assalamualaikum dan salam sejahtera

    kalau ANAK MUDA kurang ajar,TOLONG AJAR KAN...
    kalau ORANG TUA terlebih belajar,JANGAN BIADAP

    yang muda di hormati
    yang tua di sanjungi
    nak memberi,ikhlas tak perlu bicara
    jika menjatuhkan secara sengaja,tak perlu ambil kerna satu penghinaan

    (ada juga hamba jumpa manusia seperti di atas hari ini,hendak memberi hamba wang ringgit,apabila hamba mahu mengambilnya,di jatuhkan wang itu satu persatu,maka cara terbaik.hamba tak mengambil wang itu dan berlalu pergi)

    pandangan anda bagaimana?
    Unlike · · · 15 hours ago

    You like this.
    Ratu Rimba Niagara

    BERBUDILAH SEBELUM MATI

    Tundukkan badan berhadapan yang tua
    Tanda hormat pada yang tua;
    Itulah adap menghormati yang tua,
    Karena yang muda akan tua,

    Yang tua di hormati,
    Yang muda disayangi;
    Tua muda saling hormati,
    Bahagia saling menyayangi.

    Sesama kita saling menyayangi,
    Tiada wujud saling membenci;
    Yang ada di jiwa saling menyayangi,
    Sayang menyayangi menjauhi benci.

    Iri hati punca benci ,
    Benci semakin benci;
    Wajah hodoh karena benci,
    Buang benci hati menjadi suci.

    Hati ego rasa hidup sempurna,
    Orang lain dipandang hina;
    Kekayaan rasa hidup sempurna
    Wang diberi hati penuh hina.

    Mulut manis bagaikan gula,
    Hati penuh ulat membusuk;
    Gila harta mengila-gila,
    Bermaharajalela niat membusuk.

    Duhai hamba yang baik budi,
    Orang bebudi kita merasa;
    Mulut manis menyemai budi,
    Tapi hati penuh racun berbisa.

    Hati di dalam siapalah yang tahu
    Bicara manis seperti gula;
    Menyemai budi biar semua tahu,
    Hakikatnya itu semua palsu belaka.

    Wang ditabur rasa diri kaya gila,
    Menganggap manusia semuanya hina;
    Duhai hamba kutiplah uangnya,
    Sesudah dikutip berikan padaku pula.

    Bila kudapat wang itu,
    Kan ucapkan terima kasih;
    Karena wang itu lambang inspirasiku,
    Betapa jangan memandang hinanya kasih.

    Wang itu lambang muhasabah diri,
    Agar bila kukaya raya jangan jadi begitu;
    Kekayaan adalah Kurniaan dari Ilahi,
    Diinfakkan sebagai bekalan akhiratku.

    Andainya uang dapat membeli kasih,
    Kasih semua mereka yang terkasih;
    Kan ku usahakan untuk membeli kasih,
    Senyuman berharga buat terkasih.

    Kekayaanku untuk membeli kasih,
    Kasih mereka yang memerlukan;
    Gerhana bertukar menjadi pelangi kasih,
    Begitu hebatnya sebuah perkasihan.

    Sesama insan saling menyayangi,
    Bantu membantu tolong menolong;
    Hidup kita akan diberkati,
    Bahagia hidupa saling tolong menolong.

    Harta yang didermakan seikhlas hati,
    Itulah yang kita punya;
    Akan dihitung di akhirat nanti,
    Di Al-Mizan nanti pasti bahagia.

    Janji Allah pasti ditepati,
    Tak akan rugi kita berbudi;
    Berbudilah sebelum mati,
    Pasti Allah membalas segala budi.

    Tua akan mati,
    Muda pun akan mati;
    Semuanya akan mati,
    Berbudilah sebelum mati.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    141212
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
    141212
    assalamualaikum dan salam sejahtera semua

    "walau tenang,
    sesekali jiwa mu di hempas badai,
    sepi bukan beerti kaku,
    hakikat tersirat,
    wasiat demi wasiat,
    dulu aku,
    zuriat mu pun begitu,
    maka sebelum kematian,
    hembuslah nafas suci mu
    wahai insan"

    wahai anak bangsaku.ketahuilah oleh mu,bangsa kita melayu bukan lemah,bukan penakot,tetapi kita di momokkan oleh musuh musuh demi kelangsungan mereka
    ketahuilah oleh mu,bahawa,mereka sedaya upaya untuk mencabot,sisa sisa sejarah nenek moyang kita,dan kerana itu,maka kita yang berada di dalam majlis ini,sama sama berkongsi wadah,demi menerapkan semangat kejituan,demi masa depan anak cucu kita semua,walau pun hamba masih muda,kiranya,hamba merasa bangga,jika sekiranya,ada yang dapat menitipkan sedikit sebanyak,ilmu kepada hamba

    sekian,
    assalamualaikum,salam sejahtera kepada semua ahli majlis pangkuan diraja kesultanan melayu islam
    Like · · · Yesterday at 12:30am



  • Ratu Rimba Niagara shared a status update.


    YA ALLAH JADIKAN PERKUBURANKU SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA

    KEMATIAN ADALAH PASTI
    PASTI DATANG TAK KIRA SIAPA KITA
    CUMANYA TANYA SAMA HATI
    ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA MENEMPUH ALAM MATI
    KUMUHASABAH DIRIKU SENDIRI ADAKAH AKU BERSEDIA UNTUK MATI
    DUHAI BUMI ANDAINYA HARI INI HARI TERAKHIR AKU DI BUMI INI
    JANGAN KAU HIMPITKU DENGAN SIKSAAN YANG PEDIH
    DUHAI BUMI SAMBUTLAH AKU DENGAN
    KASIH SAYANGMU YANG SEJATI
    IZINKAN AKU TIDUR BAGAIKAN BIDADARI SYURGA
    SEMENTARA MENUNGGU QIAMAT TIBA
    YA ALLAH JADIKAN PERKUBURANKU
    BAGAIKAN TAMAN-TAMAN SYURGA-MU
    SEBAGAIMANA AKU YAKIN DENGAN KEWUJUDAN SYURGA
    YANG KAU SEDIAKAN UNTUK HAMBA-HAMBA-MU
    YANG BERAMAL SOLEH KERANA-MU
    INYA-ALLAH AAMIIIN YA RABBAL A'LAMIN

    Karya Ratu Rimba Niagara
    30 Muharram 1343H
    141212


  • Ratu Rimba Niagara shared ‎جزيرة التصاميم ( Designs Island )‎'s photo.
    انظر للحياة بلونها الجميل .. ستتغير حياتك للأفضل بإذن الله تعالى .. تحتاج فقط للمحاولة فحاول
    انظر للحياة بلونها الجميل .. ستتغير حياتك للأفضل بإذن الله تعالى .. تحتاج فقط للمحاولة فحاول
    Like · · · Promote · about an hour ago ·

  • ‎~

    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAHLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA &  PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    141212

0 comments:

Post a Comment

 
;