Sunday, 9 December 2012

PERTANDINGAN BOLA KEWANGIAN PERSAHABATAN BERNEGARA


  • Ratu Rimba Niagara shared Kesultanan Johor's photo.
    Semoga perolehi kejayaan buat pemain Harimau Malaya.
    Semoga perolehi kejayaan buat pemain Harimau Malaya.
    Unlike · · · Promote · 9 minutes ago ·

    • You like this.
    • Ratu Rimba Niagara PERTANDINGAN BOLA KEWANGIAN PERSAHABATAN BERNEGARA

      HARIMAU BUKAN SEBARANG HARIMAU,
      HARIMAU MALAYA DARI MALAYSIA;
      DI GELANGGANG BOLA MENGAUM HARIMAU,
      DIGERUNI PIHAK LAWAN MALAYSIA.

      MENANG...MENANG..MENANGLAH HARIMAU ,
      KEMENANGAN MU MENGHARUMKAN NEGARA;
      NEGARA DAN RAKYAT BANGGA KEPERKASAAN HARIMAU,
      TAK AKAN MENGAKU KALAH DEMI NEGARA.

      HARIMAU MALAYA YANG KU SANJUNGI,
      KETANGKASAN MU BERADU DI GELANGGANG BOLA;
      ADUHAI MENGUJAKAN AKU MENGAGUMI,
      DITENDANG DIGOLKAN HEBATNYA TENDANGAN BOLA.

      NAMUN HARUS BERHATI-HATI BILA MAHU MENANG,
      LATIHAN AWAL JANGAN PERNAH DIABAIKAN;
      JAGA JUGA PERSAHABATAN BILA SUDAH MENANG,
      MENANG ATAU KALAH PERSAHABATAN TETAP DIUTAMAKAN.

      DUHAI JAGUAN HARIMAU MALAYAKU,
      SELAMAT BERADU DI GELANGGANG BOLA;
      BERADULAH DENGAN PENUH SEMANGATMU,
      RIBUAN PENYOKONGMU ADALAH PEMINAT BOLA,
      MAKANYA MEREKA MENANTI KEMENANGANMU.

      RAKYAT DAN KERABAT DIRAJA JUGA PEMINATMU,
      HARIMAU MALAYAKU SENTIASA GAGAH PERKASA;
      MELIHAT KEJAGUAN MENENDANG BOLA RASA TAK JEMU,
      AKULAH PEMINAT NOMBOR SATU MU HARIMAU MALAYA.

      HARIMAU MALAYAKU BERTARUNGLAH PENUH SEMANGAT,
      JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA BILA KAU DITANDINGI;
      SELAGI WISEL PENAMAT BELUM TAMAT,
      KAU MASIH ADA HARAPAN UNTUK MERAIH KEMENANGAN INI.

      BERJANJILAH DUHAI HARIMAU MALAYAKU,
      MENANG ATAU KALAH ADAT PERTARUNGAN;
      SENTIASA MENJAGA SANTUN DEMI NEGARAMU,
      NEGARA SENTIASA MENJAGA TALI PERSAHABATAN.

      PERTANDINGAN BOLA UNTUK MENGERATKAN PERSAHABATAN,
      PERSAHABATAN BERNEGARA LEBIH DIUTAMAKAN;
      MAKANYA BERLAWANLAH DALAM SUASANA PERSAHABATAN,
      AGAR SENTIASA MEWANGI SEBUAH PERSAHABATAN.

      SEKALI TANGAN BERJABAT SALAM,
      KEKAL SELAMANYA DAN SENTIASA MEWANGI DI HATI;
      BIARPUN CUMA SEBUAH BOLA TAPI MENYATUKAN SALAM,
      SALING MEMAAFKAN DEMI PERSAHABATAN SEJATI.

      Karya Ratu Rimba Niagara
      Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua,
      Istana Rimba Niagara
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      9 Disember 2012

    • (PETIKAN DARIPADA WALL KESULTANAN JOHOR)
      9 Disember 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;