Sunday, 9 December 2012

HATIKU HATIMU SUDAH BERPADU SAYANG



MAYA MANJA JADI PEMERHATI
JANTUNG PISAN ULAM HATI NYA LEMBU
MASAK LEMAK CILI NYA PADI
BICARA KITA NI JANGAN SIMPAN DALAM HATI
AGAR SELOKA TAK KAN JEMU
SEMOGA PERSAHABATAN KEKAL ABADI
Unlike · · · December 3 at 1:12pm

  • You and 2 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara Moga persahabatan kekal abadi,
    segala canda simpan di hati;
    tapi jangan kanda menyepi,
    dulu bilang sayang kini jadi benci.
  • Ct Hajar Amrin DARI SAELA KINI SEINCI
    ANAK IKAN DI MAKAN MERPATI
    BUKAN NYA BENCI
    TAPI TAK ENAK DIRI
  • Ratu Rimba Niagara Kalau sayang bila-bila pun sayang,
    Bersumpah setia sehidup semati;
    Susah senang kita bersama sayang,
    Tak enak diri terus menghilang diri.
  • Ct Hajar Amrin BILA DAH MAKAN TERASA KENYANG
    PINGAN KOTOR MALAS MENCUCI
    ANAK MENANGIS DIMULUT TERLOPONG
    SAMPAI KAPAN PUN CT SAYANG
    BUKANN MENGHILANG DIRI
    BAWA DIRI PULANG KA KAMPONG
  • Heri Fairuz anak tengkulak membeli padi
    padi disimpan didalam peti
    kenapa pulak mesti bersedih
    karena kita dah sehati
  • Ratu Rimba Niagara kerana kita sudah sehati
    dalam hati belum tahu
    kata hendak sehidup semati
    itu cuma mainan mimpiku
    • Samping rumah tanah ditimbun
      Hujan turun semua basah
      Pening pale membuat pantun
      Padhal cumak mau jual majalah
      Samping rumah tanah ditimbun
Hujan turun semua basah
Pening pale membuat pantun
Padhal cumak mau jual majalah
      Unlike · · · December 6 at 12:01am

      • You like this.
      • Ratu Rimba Niagara hari-hari makan maggi,
        makan maggi berempah kari;
        majalah dijual tak rugi-rugi,
        untunglah siapa membeli majalah si kari.

        penat sudah mengarang pantun,
        tiada yang sudi membalas pantun;
        tak apalah kubalas pantun Pak Furkon,
        MAJALAH SI KARI tajuk pantun.

        siapa yang beli pasti tak rugi,
        hati gundah gulana menjadi ceria;
        watak si Kari sentiasa lucu sekali,
        aduhai rugi siapa tak baca.

        (hehehe moga pak furkon suka pantunku ini)

      • MAKA BERBISIKLAH CAMAR DI MEGA SENJA
        BERPUISI BERSAMA BULAN BINTANG MATAHARI

        camar di mega senja
        tak jemu menunggumu
        kelibatmu jarang kupandang
        kau makin jauh dariku
        tapi di setiap mega senja
        pasti aku datang
        manalah tahu kau
        sudi menyapa puisiku
        tapi sapaan mu
        tak juga bertandang menyapa puisiku
        dan aku jadi jemu
        seolah aku melukut di tepi gantang
        seolah aku pengemis jalanan
        menagih balasan puisi darimu
        bilamana ku tahu
        aku disepikan
        kerana puisiku
        tak setandingmu
        yang berbahasa puitis
        makanya aku jadi
        perindu sepi
        disepikan karya teman-teman puisi
        yang sudah tersohor
        dan aku berlalu pergi
        kerana siapalah aku
        di hatimu
        di hati teman-teman puisi tersohor...
        dan aku sudah biasa dengan sepi
        maka aku berpuisi
        bersama
        bulan
        bintang
        sang mentari pagi
        kerana mereka bila-bila masa
        sudi berpuisi bersamaku
        dan saling berbalas puisi
        puisi nan indah
        memuji
        Kebijaksanaan Tuhan
        mencipta alam ini
        tanpa bantuan sesiapa
        bilamana DIA berkata
        KUN FAYAKUN
        maka terjadilah....

        RATU RIMBA NIAGARA
        20 Muharram 1434H
        4 Disember 2012M
        Like · · · December 4 at 9:28am

        • 2 people like this.
        • Heri Fairuz mengapalah sang kodok begitu riuh bersahutan mengharap hujan....
          sedangkan mendung tak jua menyelimuti angkasa,,,,,
          resah dalam kegerahan dan kegersangan relung hati tak jua tersirami kesejukan....
          berserahlah dengan keagungan sang kuasa.....niscaya damai itu kan menyejukan resahmu
        • Ratu Rimba Niagara tak akan kutunggu suara sang kodok
          suaranya bukan untukku lagi
          makanya hanya ku tunggu suara sang pungguk
          pasti suara sang pungguk menyejukkan resah
          mengingatkan aku arti sebuah kasih sayang demi-Nya...

          Apa pun terima kasih duhai si pungguk yang sudi menyapa puisiku...
        • Heri Fairuz hahahaha,,,,
          sudahlah,,,,,,,buang segala asa semu itu dari pelupukmu....
          sambutlah,,,gerbang bahagia,,,,ditepian mega....
          punggukpun tlah lelah dalam penantian panjangnya,,,,
          dilema..com...hehehehe
        • Ratu Rimba Niagara tapi malangnya suara si pungguk sudah tidak kedengaran lagi kerana telah habis suaranya melagukan rindukan bulan yang sudah merajuk pergi....hehehehe

0 comments:

Post a Comment

 
;