Thursday, 13 December 2012

SINARANKU DENGAN KEIZINAN-NYA



Rasid Nodin & Ratu Rimba Niagara shared Love Emotion Sentiment & Life (second edition)'s photo.
5 hours ago ·
  • Salam Jumaat...untuk semua .........
    Photo
    1Unlike · · ·
    • You and 6 others like this.
    • Mohdamarkhan Amarkhan Morning jumaat Bro.....jadi kaBrunei ?...
    • Ratu Rimba Niagara SINARANKU DENGAN KEIZINAN-NYA

      itu bulan ke?
      iye ini bulan
      indahmu bulan

      biarpun malam berlalu pergi
      kau masih indah di situ
      di balik awan
      di simbahi cahaya mentari pagi
      keindahan mu di malam hari
      sampai ke pagi masih terbias di siang hari
      indah...terlalu indah bulan
      biar pun kau di balik awan sana
      tembusan sinar cahayamu
      terbias di kalbu hatiku
      yang berjerubu dek awan kelabu
      sekelabu awan kelabu yang ingin menghalangmu
      untuk kulihat kelibatmu dengan jelas
      di mana pun kau berada
      tak kira di waktu
      malam pagi petang siang dan malam
      sinar purnamamu terlalu indah
      jika ada yang cuba menghalang
      kau menyinarkan sinarmu
      berusahalah sedaya upaya
      terus berjuang untuk
      menyinarkan sinarmu bulan
      kami di bumi amat menantikan
      sinar indahmu itu
      kerana kami tahu
      kau bersinar seindah itu
      atas kehendak Tuhanmu
      Tuhanmu
      Tuhanku juga
      Tuhanmu menciptakanmu
      Tuhanku menciptakanku
      kau dan aku
      Tuhan yang sama
      Pencipta yang sama
      dengan izin-Nya
      kau dapat bersinar
      tak kira
      malam siang pagi petang siang dan malam
      kau terus bersinar...dan terus bersinar...
      katamu aku bersinar
      tanda menghargai Kurniaan Tuhanku
      indah hidupmu bulan
      setiap hari bersinar...sinar...
      kau tidak sedikitpun tamak dengan sinarmu
      kau berbagi sinarmu dengan semua yang sudi
      katamu apa hendak dikisahkan yang tak sudi
      kau akan terus bersinar...dan bersinar
      biarpun setiap kali kau bersinar
      ada yang cuba menghalangi
      tapi kau tabah dalam sendu
      sendumu
      dirasai seluruh penghuni bumi
      yang menyayangimu bulan
      penghuni langit sendu juga bulan
      kerana sendumu mendayu-dayu
      merayu-rayu kepada Tuhanmu Tuhanku
      hingga bumi menangis langit pun menangis
      bila bumi menangis langit menangis
      tiada apa yang dilafazkan
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      sendumu bulan
      Allah Azzawajallah balas segala kebaikanmu
      di kala kau hidup dan di kala kau mati
      dan kami pun mahu besama-samamu
      hidup dan mati hanya untuk Allah Azzawajallah
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      Karya Ratu Rimba Niagara
      141212
    • Rasid Nodin aku suka......
    • Ratu Rimba Niagara Terima kasih sahabat akhiratku...
      gambar yang disiarkan amat mengujakanku mengarang puisi ini...
      gimana pendapatmu mengenai puisi yang kukarangkan ini
      adakah selari dengan kehendak gambar yang tertera
      beri ulasan sedikit jika sudi...

    • (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & RASID NODIN)
      30 Muharram 1434G
      141212

0 comments:

Post a Comment

 
;