MIMBAR Pagi~
Asy-Syahid (gambar) ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman. Beliau
menemui syahid 16 tahun yang lalu. Kuburnya terpaksa dibuka untuk
membolehkan pen
duduk sekitar menanam para
syuhada yang baru di sebelahnya. Sudah menjadi kelaziman bagi penduduk
Palestin untuk menyatukan jenazah pada liang lahad yang sama dan juga
mengebumikan jenazah baru pada kubur yang telah lama digunakan. Namun
kejadian yang mengejutkan telah berlaku apabila selepas ia dibuka, jasad
Khalil masih kekal utuh tidak dimamah oleh tanah. Keadaan jenazah
nampak seperti baharu saja dikebumikan satu jam yang lalu. Satu jari
telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud di dalam
solat. Maha Suci Allah di atas apa yang Dia telah perlihatkan!
Dan benarlah seperti firman Allah yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan
Allah (bahawa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup,
tetapi kamu tidak menyedarinya."
(Surah al-Baqarah : 154)
via Aman Palestin Mesir
0 comments:
Post a Comment