Monday 10 December 2012

KUTUTUP LUKA DI HATIMU AGAR KAU PULIH SEPERTI SEDIAKALA



  • Salam & Good Day To All My Friends.........
    Ku tutup luka dihati mu.......agar kau pulih saperti sediakala........
    My Love For You.......!!!
    Unlike · · · about an hour ago ·

    • You and 3 others like this.
    • Ratu Rimba Niagara KAMI REHDO KAMI MILIK-NYA

      Kerana hamba hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...biarlahlah hamba menjadi pemerhati saja ...mendengar para-para permaisuri & tuanku diRaja bersidang di majlis ini. Hamba sedar di sini semuanya berketurunan bangsawan diRaja maka selamatlah bersidang. Dan hamba tidak akan menyiarkan karya-karya hamba lagi di grup ini. Kerana bagi hamba di grup ini hanya layak untuk berketurunan diraja dan bangsawan. Sebab hamba sedar warna darah hamba bukan warna kuning seperti darah kerabat diRaja di sini. Darah kerabat diraja akan dibawa darjatnya hingga mati dan diwasiatkan kain kafanpun warna kuning.Begitulah hebatnya kerabat diraja di majlis ini. Itulah yang hamba faham-faham sajalah di sini duhai kerabatdiraja yang merasa mulia dan hebat di sisi manusia.

      Untuk pengetahuan semua kedatangan hamba di sini diundang oleh kerabat diRaja juga...bukan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong ye...budi disemai ingin mencurahkan bakti kepada sultan dengan syair gurindam pantun dan puisi...ini balasan yang hamba dapat dari kerabat diRaja yang bergelar permaisuri.

      Nasib hamba sama dengan moyang hamba hulubalang diRaja Bugis hulubalang Adam nama moyang hamba. Berbakti kepada raja melawan musuh durjana untuk melindungi
      Raja...akibat dengki pegawai istana menuduh moyang hamba ingin merampas kuasa diRaja...makanya moyang hamba dihukum bunuh atas titah diRaja.

      Adakah ini adil untuk moyang hamba? biarpun moyang hamba dizalimi tanpa pembelaan...hamba pewaris moyang hamba masih juga ingin bebakti kepada Raja....hamba sepertilah macam Hang Tuah...difitnah tapi masih mahu berbakti kepada Sultan...

      Tapi bilamana dikatakan hidung tak macam pipi tersorong-sorong dan siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya ...maka...pedasnya kini akan dirasai oleh semua rakyat hamba di rimba niagara dan mereka pasti akan sedih kerana hamba diperlakukan begini...sudah banyak kali rakyat rimba hamba berpesan jangan berurusan dengan manusia di luar sana...kerana mereka merasakan diri mereka
      sempurna sebab itu berkata-kata sesuka hati bukan melalui mata hati...
      dan ketahuilah kerabat di raja di majlis ini...biarpun hamba bukan berketurunan diraja...tapi di rimba niagara hamba sudah pun dilantik menjadi Ratu oleh rakyat Rimba yang sentiasa sudi menyayangi dan menghargai hamba. Dan kerajaan rimba niagara ini akan hamba serahkan kepada Maharaj Raja Rimba Niagara.

      Di sinilah kerajaan Rimba Niagara bermula dengan diperintah oleh Maharaj Raja Rimba Niagara sebagai Raja dan hamba sebagai Permaisuri Maharaj duduk bersemayam dan bertahta.

      Dan kerajaan Rimba Niagara tak akan ada budaya yang negatif bercakap sesuka hati seperti si pendengar ini robot tak punya hati dan perasaan. Semuanya saling menghormati. Derajat diRaja dan Kebangsawanan tak akan dibeda-bedakan...semuanya sama kerana di Sisi Allah swt sama saja melainkan ketakwaan.

      Makanya kami di Rimba Niagara ...pangkat dan darjat bukanlah menjadi keutamaan dan matlamat hidup tapi adalah persiapan-persiapan untuk bekalan dibawa pulang ke negeri abadi. Jenazah kami bukan mahu dibalut dengan kain kuning tapi adalah kain putih membalut jasad untuk menunggu masa dikebumikan dan disitulah tempat abadi kami sehingga hari qiamat.

      Moga tempat abadi kami seperti Taman-Taman Syurga berkat kami berkata-kata yang baik-baik yang indah-indah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT atas apa segala takdir yang ditakdirkan kepada kami. Kami redho kami adalah milik-Nya.

      Karya :
      Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama
      Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
      Istana Rimba Niagara
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      11 Disember 2012

    • Ratu Rimba Niagara shared Hari Kishan Boss's photo.

0 comments:

Post a Comment

 
;