Tuesday, 11 December 2012

ANUGERAH-NYA ADALAH PERMATA SYURGA YANG DISYUKURI DIKONGSIKAN BERSAMA MEREKA YANG MAHU KE JALAN-JALAN PULANG BERTEMU-NYA INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN


SALAM SEJAHTERA TEMAN AKHIRATKU

Salam sejahtera teman akhiratku
Terima kasih padamu
Kerana tak jemu bertandang di wall fbku
Mengirimkan kudup-kudup bunga Syurga
Mewangikan hatiku yang tandus keimanan
Menawanmu di sana
Harummu menyegarkan suasana pagi petang dan malam
Di pagi hari disinari mentari pagi
Diembunkan pelangi cinta Syurga
Di malam hari disinarkan
Bulan purnama menyerikan kudup mawar merahmu
Aku teruja untuk memilikimu
Berteman denganmu membahagiakan
Kata-katamu menenangkan roh dan jasadku
Aku mahu berkata indah-indah sepertimu
Aku mahu sentiasa wangikan hatiku dengan zikirrullah
Aku mahu jadi sepertimu
Mengirimkan kudup-kudup mawar bunga Syurga
Ke seluruh benua alam
Biar satu alam mewangi dengan bauan Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Jika itulah Allah izinkan berlaku KUN FAYAKUN
Akulah hamba yang paling bersyukur
Tersungkur di sejadah cinta-Nya
Betapa aku hamba-Nya yang terlalu kerdil
Mahu mencari jalan-jalan pulang ke negeri abadi
Dalam hati yang seikhlas-ikhlas-Nya
Tanpa rasa ujub
Apa lagi mahu berbangga diri
Akulah yang terhebat berbicara
Akulah yang alim
Akulah yang berilmu tinggi dunia akhirat
Berarti aku sudah menjadi hamba-Nya
Memakai pakaian kesombongan-Nya
Nauzubillah minta dijauhkan Allah
Siapalah aku bisa berilmu
Siapalah aku bisa berbicara indah
Tanpa izin-Mu jua
Dan aku mengaku
Engkau sajalah yang layak
Memakai pakaian kesombongan
Bukan aku
Bukan...bukan...bukan...
Kerana aku cumalah hamba-Mu yang hina
Kerana aku dilahirkan di tempat yang hina
Maka-Nya aku tak mahu menghina orang
Yang aku mahu pulang kepada-Mu
Dalam kain kafan
Setanggi Syurga kiriman-Mu
Berkat aku mengirimkan
Kudup-kudup mawar Syurga-Mu
Tanpa jemu
Kepada semua penghuni bumi
Tanda aku mensyukuri Kurniaan-Mu
Tanda aku menyayangi penghuni bumi seluruhnya
Tanpa terkecuali
Samaada mereka masih hidup atau sudah tiada
Dengan harapan
Semoga kasehku pada mereka terpatri
Di Syurga sedia menanti
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
101212
Like · · · · See Friendship
  • Suffian Mohd Noor and Ct Nyct like this.
  • Suffian Mohd Noor Alhamdulillah...sebuah nukilan puisi yg cukup menakjupkan membawa jiwa menyelami kata2 indah...moga kata2 puisi mu dijadikan karamah utk dijadikan pengajaran....Amin2x....terima kasih RATU RIMBA NIAGARA..sahabat pena ku...ku berdoa semoga allah swt sentiasa melindungi mu juga memberi rahmat & keberkatan dlm kehidupan harianmu...
  • Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
    Moga Allah Azzawajallah memakbulkan doamu. Insya-Allah Aamiin.
  • Ratu Rimba Niagara Duhai sobatku Suffian Mohd Noor...dikau juga di antara sobat akhiratku...yang sudi memberi sokongan pada dunia sasteraku agar aku terus menerus menulis selagi hayat di kandung badan. Insya-Allah Aamiin.
  • Suffian Mohd Noor Alhamdulillah..Amin2x...teruskan lahh bakatmu sobat akhiratku....sesungguhnya mu mempunyai bakat yg di anugerahkan allah swt yg mana tidak semua yg ada mampu utk mempunyainya...diriku amat kagum dgn kelebihan yg ada padamu sobat akhiratku...syabas dariku dan teruskan bakatmu selagi hayat mu masih ada...Subhana'allah
  • Ratu Rimba Niagara Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
    Sesungguh-Nya Kepada-Nya Jualah Segala Puji-Pujian Bagi-Nya
    Anugerah Dari-NYa ini adalah Permata Syurga yang disyukuri
    Dan dikongsikan bersama mereka yang mahu ke jalan-jalan pulang bertemu-Nya
    Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

  • (PETIKAN DARIPADA WALL SUFFIAN MOHD NOOR & RATU RIMBA NIAGARA)
    12 Disember 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;