Sunday, 9 December 2012

TERIMA KASIH ATAS PENGKONGSIAN ILMU



Ratu Rimba Niagara shared a status.
Like · ·
  • Rubianto Tanoto likes this.
  • Rubianto Tanoto sama sama dear sister @Ratu Rimba Niagara
  • Ratu Rimba Niagara REDHO LAGI DIREDHOI-NYA

    Terima kasih juga kerana sudi berkongsi ilmu dengan hamba ...
    walaupun hamba berada di rimba belantara niagara
    nun....jauh di sana...

    jauh dari hiruk pikuk manusia
    jauh dari ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu yang sobat sampaikan...
    makanya terima kasih sekali lagi sudi berkongsi ilmu...
    jika terdapat kelemahan berbicara tentang ilmu sudilah maafkan hamba
    kerana hamba dalam proses muhasabah diri
    agar sentiasa sedarkan diri
    agar sentiasa mencermin diri
    kerana diri adalah cerminan hati
    cerminan hati
    adalah biasan iman
    biasan iman
    adalah Nur dari Ilahi
    Nur itulah yang kita dambakan dariNya
    jika tanpa Nur Iman Rahmat Kaseh dariNya
    maka tidaklah bermakna hidup ini
    pasti hati sentiasa berkeluh kesah
    resah gelisah
    melihat kelebihan orang mengatasi kita
    maka timbullah rasa tiada ketenagan hati
    jika tiada ketenagan di hati
    bagaimana kita hendak berjumpaNya
    dalam keadaan hati yang tak tenang
    kerana DIA hanya sudi menemui
    hamba-hambaNya yang berjiwa tenang saja...
    makanya aku sentiasa muhasabah diri
    mahu hidup yang tenang
    dan mati juga tenang Insya-Allah Aamiin
    sebab itu hanya difikirkan
    hanya mahu mendengar
    suara-suara alam maya yang tenang-tenang saja
    tenang....tenang...setenang air di kali Syurga
    suaranya bak penghuni Surga
    tiada rasa ujub jauh sekali berdengki hati
    kerana budi bahasa yang keruh
    adalah lambang cerminan hati yang keruh juga
    maka kekeruhan menenggelamkan ketenangan
    ketenangan yang mahu didambakan
    agar sudi bertandang di kalbu hati...
    hati oh! hati
    sentiasalah kau sudi berlembut
    sentiasalah kau sudi memaafkan
    setiasalah jaga bicaramu
    agar sesiapa yang mendengar tidak makan hati
    jauh sekali menyakitkan hati
    hati yang iri
    pergilah kau dari hidupku
    kerana kehadiran mu
    sudah pasti merosakkan pemikiran hatiku
    yang mahu pulang ke Pangkuan-Nya
    dalam keadaan tenang
    redho lagi diredhoi-Nya
    Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

    Ratu Rimba Niagara
    091212

  • (PETIKAN DARIPADA WAL RUBIANTO TANOTO)
    101212

0 comments:

Post a Comment

 
;