- TERIMA KASIH KANDA KERANA REHDAKAN DINDA SYAHID DI BUMI GAZA
DOA KASIH DEMI-NYA UNTUK SHAHRINA AHMAD SHARKAWI
YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANGKAU PERMUDAHKAN SAHABATKU SHAHRINA AHMAD SHARKAWI
MENJALANKAN TUGAS FISABILILLAHNYA DI GAZA
JADIKANLAH GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL ITU
SEBAGAI FISABIILILLAHNYA
SESIAPA YANG MELIHAT GAMBAR PENDERITAAN RAKYAT GAZA
MEMBUATKAN BERPUSU-PUSU TENTERA FISABILILLAH
DATANG KE GAZA UNTUK MEMBANTU RAKYAT GAZA
BANTUAN DANA DARI SEGALA PELOSOK DUNIA
MEMBANJIRI GAZA AGAR MERINGANKAN DERITA RAKYAT GAZA
JIKA TENTERA FISABIILLAH DATANG DAN BANTUAN DAPAT DISALURKAN KE GAZA BUMI GAZA AKAN AMAN DAMAI INSYA-ALLAH AAMIIN
DAN MUSUH ISLAM AKAN TAKUT UNTUK MENCEROBOH GAZA DAN DI MANA-MANA BUMI ISLAM DI DUNIA INI
YA ALLAH ANDAIKATA SAHABATKU SHAHRINA AHMAD SHARKAWI
GUGUR KETIKA FISABILILLAHNYA
KAU TERIMALAH FISABILILLAHNYA INSYA-ALLAH AAMIN
SENYUMAN SYURGANYA DI DUNIA INI
ADALAH BUKTI ATAS SEGALA NIAT SUCI MURNINYA KE JALAN-MU YA ALLAH
SENYUMAN SYURGANYA DI DUNIA INI ADALAH LAMBANG KEKUATAN KAMI
UNTUK KE JALAN-JALAN-MU YA ALLAH
DAN JADIKAN KAMI SEPERTINYA JUGA YA ALLAH
BETAPA KAMI HANYA MAHU
MENGGABDIKAN HIDUP INI HANYALAH UNTUK-MU
KAMI MAHU MEMBUKTIKAN PADA-MU
KAMILAH ROH SUCI
YANG MENGAKU KETIKA DI ALAM ROH MENGAKU KAULAH TUHAN KAMI
TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU DAN KAMI SANGGUP MENJADI
KHALIFAH DI MUKA BUMI INI MAKA DENGAN SUMPAH SETIA ITU
KAU TIUPKAN ROH KETIKA KAMI BERADA DALAM KANDUNGAN IBU TERCINTA...INI BERMAKNA SEJAK AZALI LAGI KAMI SUDAH BERSUMPAH PADA-MU MAKA DENGAN RAHMAT KASIH-MU TANPA BATAS TERIMALAH
SEGALA AMALAN-AMALAN KAMI INI HANYALAH UNTUK-MU INSYA-ALLAH
AAMIIN.
YA ALLAH SENYUMAN SYURGA SHAHRINA AKAN KAMI ABADIKAN
DI HATI KAMI SAMADA DIA MASIH HIDUP ATAU SUDAH TIADA KERANA SENYUMANNYA ADALAH SENYUMAN SYURGA
ANDAI DIA SYAHID KE JALAN-MU BERILAH NUR HIDAYAH KASIH-MU
KEPADA SELURUH AHLI KEUARGANYA YANG TERCINTA AGAR REDHA
ATAS PERMEGIANNYA...AGAR KELUARGANYA TAHU MEREKA AKAN
DITEMUKAN DI SYURGA-MU , SEBAGAIMANA BAHAGIANYA MEREKA
DI DUNIA INI YANG SEMENTARA TETAPI KEKAL ABADI BAHAGIA
DI SYURGA-MU YA ALLAH.
YA ALLAH INILAH DOAKU UNTUK SAHABAT DUNIA AKHIRATKU
YANG KUKASIHI BERNAMA SHAHRINA AHMAD SHARKAWI
DENGAN RAHMAT KASIH-MU TANPA BATAS KAU MAKBULKANLAH YA ALLAH
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Yang menyayangimu demi-Nya,
Ratu Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
20 Muharram 1434H
4 Disember 2012M
Like · · Share · Promote · 3 minutes ago
Options
Shahrina Ahmad Sharkawi shared Gaza, Aqsa Aku Datang's album: Honour Celebration for Wounded Palestinian victim in Gaza.
Sekitar Majlis Penyampaian Dana dan Bantuan dari rakyat Malaysia melalui Aman Palestin kepada mangsa serangan Israel ke atas Gaza...
Photo
Honour Celebration for Wounded Palestinian victim in Gaza
Honour Celebration for Wounded in the last war by Israel to Gaza, 14-21 Nov 2012
By: Gaza, Aqsa Aku Datang
Photos: 41
Unlike · Share · 6 minutes ago ·
You and 3 others like this.
Options
Ratu Rimba Niagara
ANDAI DINDA SYAHID DI BUMI GAZA
Sababat akhiratku
Shahrina Ahmad Sharkawi yang kukasihi dunia akhirat ...
Setiap kali kulihat senyumanmu
Setiap kali itulah aku menangis hiba
Semangatmu membara-bara
Tak pernah luntur
Kau lupakan kepentingan sendiri
Kau lupakan kebahagiaan sendiri
Kau sanggup tinggalkan keluarga bahagiamu
Dan keluarga mu meredhai pemergiaanmu ke Gaza
Kerana mereka terlalu faham
Roh dan jasadmu
Terlalu meronta
Untuk fisabilillah
Kata suamimu tercinta
Pergilah dinda
Jika itu boleh
Membahagiakan roh dan jasad dinda
Kanda redha jika itu takdirNya
Percayalah dinda
Cinta kanda pada dinda
Tak akan berubah sedikitpun
Biarpun dinda jauh di sana
Menabur bakti di bumi Gaza
Biarlah kanda yang menjaga anak-anak kita
Dinda diperlukan daripada kanda
Kanda sokong apa saja yang dinda citakan
Untuk syahid ke jalanNya
Dinda diperlukan daripada kanda
Kepakaran dinda sebagai seorang jurufoto amat kanda kagumi
Dinda pernah berkata pada kanda
"Kanda...izinkan dinda pergi ke Gaza
Kerana dinda hendak merakamkan peristiwa sedih di Gaza
Untuk rakyat Malaysia tercinta...andaikata dinda gugur
Di medan juang di sana ...kanda redhakan ye...kanda...
Memamglah tempat dinda di sisi kanda...tapi roh dinda
Asyik memanggil-manggil ke Gaza...jika dinda tak pergi
Roh dinda terseksa kanda...terlalu terseksa..."
"Iye dinda...kanda relakan ...kanda redhakan...
Pergilah dinda...dengarlah bila roh mu berbicara
Daripada jasadmu berkata...kerana jasad berkata
Tak seiring hati...tapi roh berbicara seiring kehendak Allah...
Kanda faham itu dinda...keranan kanda mendengar bicara roh kanda...
Makanya kanda redhakan pemergian dinda..."
"Terima kasih kanda...andai kata dinda syahid di bumi Gaza...
Dinda akan tunggu kanda di pintu Syurga dengan anak-anak kita kanda...
InsyaAllah Aamiiin Ya Rabbal A'Lamin"
Karya Ratu Rimba Niagara
30 Muharram 1434H
141212 - SABDA ALAM
Sabda Alam:
Penghuni bumi pastiGempar!
Takut!
Cemas!
Kehilangan harta...
Kecederaan...
Kematian...
Sabda Alam:
Gunung berapi dasar lautan meletus
Menjadi ganas! Menakutkan!
Memuntahkan
Batu-batu
Debu-debu hitam
Menggegarkan ledakan gunung berapi dasar lautan
Letusan bertalu-talu
Memuntahkan lahar
Kepulan asap dan debu menyelebungi awan
Memuntahkan keluar terus menerus dari dalam perut laut.
Alam terus mengganas!
Alam memprotes!
Sabda Alam:
Pergerakan plat lautan turun naik
Berlakulah gempa bumi
Sekumpulan ombak besar begulungan
Menghempas ke pantai
Berlakulah tsunami
Tsunami yang maha dahsyat!
Sabda Alam:
Bumi bergegaran
Gegaran sedahsyatnya!
Bumi mengeluarkan segala isinya
Angin ribut mengandungi batu
Angin taufan menggerunkan!
Ribuan manusia tertimbus!
Melenyapkan mereka di muka bumi.
Sabda Alam:
Banjir besar datang melanda
Air melimpah ruah
Tak tahu kehadirannya dari mana
Mana datangnya dan ke mana arahnya
Menenggelamkan nyawa dan harta benda
Allah membuka pintu langit
Air tercurah
Bumi memancarkan mata air
Alam patuh akan perintah PenciptaNya
Menenggelamkan penghuni bumi yang zalim!
Sebagai balasan dari Tuhan
Di atas perbuatan manusia
Tidak tahu fungsi alam dihadirkan di muka bumi ini!
Sabda Alam
Berlaku Kiamat
Bumi digulungkan
Manusia berterbangan bagaikan belalang
Bertempiaran lari tak tahu ke mana
Terperangkap di ambang maut!
Sabda Alam:
Alam kubur itu pasti!
Kiamat itu pasti tiba!
Karya: Ratu Rimba Niagara
30 Muharram 1434H
141212
Panggil Abu Suffian said...
Sabda Alam:
Ada Ujung Kehidupan Ini Yang Suka atau Tidak Suka, Mau Tidak Mau Harus Manusia Lewati.. DAN DIALAH KEMATIAN.......
"Bertasbihlah Kepada Allah apa yang ada di langit dan apa saja yang ada di Bumi, Raja, Maha Suci, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Jumu'ah: 1)
18 July 2011 02:49
Ratu Rimba Niagara said...
Tiada apa yang lebih mengembirakan apabila hati terpaut hanya kepadaNya Tuhan Semesta Alam dan mendapat balasan cinta dariNya. Moga kita terpilih untuk menjadi di kalangan hamba-hambaNya yang diredhaiNya dalam menuju jalan-jalan ke Akhirat kekal abadi.
18 July 2011 04:01
(PETIKAN DARIPADA WALL PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
30 Muahrram 1434H
141212 - TAZKIRAH KEMATIAN KITA PERGI TAK IKUT TERTIB
Salam jumaat...♡♡♡untuk sahabat akhiratku semua di alam maya tersayang dunia akhirat...
Maaf zahir bathin
Jika ada bicaraku yang membuat hatimu terlukaDi hari Jumaat ini kupohon ampun dan maaf
Moga kasih kita tersimpul mati di Syurga menanti
Insya-Allah Aamiin Ya Rabba A'Lamin
Ahmad Tajuddin was tagged in Ibu Zai Ris II's photo. — with Zalina Ibrahim and 19 others.
Photo
Unlike · · 11 minutes ago ·
You and 20 others like this.
Ibu Zai Ris II jadinyo..sediokan payung sebolom hujan..
16 minutes ago · Like · 2
Ara Rahim semuanya kehendak Yang Maha Esa bu,,,
10 minutes ago · Like · 2
Ibu Zai Ris II semuonyo udah tercatat sojak kito azali lai nak Ara Rahim..ajal maut di tanganNYO juo..dr NYO kito dtg..tibo masonyo..kito akan di ambilNYO kembali...
5 minutes ago · Like
Hamidah Midah betul.. jangan sangka kita yang tua ni lambat lagi mati..
3 minutes ago · Like
Ratu Rimba Niagara
Bila tiba masanya kita ...adakah kita sudah bersedia untuk mati...
Makanya sebelum mati
Saling kita mengingati mati
Agar tak menyesal di hari mati
Berbudilah sebelum mati
Pada Tuhan kita beramal bakti
Pada manusia kita berbudi
Tinggalkan budi tanda kita pernah berhidup di bumiNYa ini...
about a minute ago · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL IBU ZAI RIS II & RATU RIMBA NIAGARA)
30 Muharram 1434H
141212 - SINARANKU DENGAN KEIZINAN-NYA
itu bulan ke?
iye ini bulan
indahmu bulanbiarpun malam berlalu pergi
kau masih indah di situ
di balik awan
di simbahi cahaya mentari pagi
keindahan mu di malam hari
sampai ke pagi masih terbias di siang hari
indah...terlalu indah bulan
biar pun kau di balik awan sana
tembusan sinar cahayamu
terbias di kalbu hatiku
yang berjerubu dek awan kelabu
sekelabu awan kelabu yang ingin menghalangmu
untuk kulihat kelibatmu dengan jelas
di mana pun kau berada
tak kira di waktu
malam pagi petang siang dan malam
sinar purnamamu terlalu indah
jika ada yang cuba menghalang
kau menyinarkan sinarmu
berusahalah sedaya upaya
terus berjuang untuk
menyinarkan sinarmu bulan
kami di bumi amat menantikan
sinar indahmu itu
kerana kami tahu
kau bersinar seindah itu
atas kehendak Tuhanmu
Tuhanmu
Tuhanku juga
Tuhanmu menciptakanmu
Tuhanku menciptakanku
kau dan aku
Tuhan yang sama
Pencipta yang sama
dengan izinNya
kau dapat bersinar
tak kira
malam siang pagi petang siang dan malam
kau terus bersinar...dan terus bersinar...
katamu aku bersinar
tanda menghargai Kurniaan Tuhanku
indah hidupmu bulan
setiap hari bersinar...sinar...
kau tidak sedikitpun tamak dengan sinarmu
kau berbagi sinarmu dengan semua yang sudi
katamu apa hendak dikisahkan yang tak sudi
kau akan terus bersinar...dan bersinar
biarpun setiap kali kau bersinar
ada yang cuba menghalangi
tapi kau tabah dalam sendu
sendumu
dirasai seluruh penghuni bumi
yang menyayangimu bulan
penghuni langit sendu juga bulan
kerana sendumu mendayu-dayu
merayu-rayu kepada Tuhanmu Tuhanku
hingga bumi menangis langit pun menangis
bila bumi menangis langit menangis
tiada apa yang dilafazkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
sendumu bulan
Allah Azzawajallah balas segala kebaikanmu
di kala kau hidup dan di kala kau mati
dan kami pun mahu besama-samamu
hidup dan mati hanya untuk Allah Azzawajallah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
141212 - OLDER POSTS
Friday, 14 December 2012
BAHAGIA HIDUP SALING TOLONG MENOLONG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment