- LUAHAN HATI SEORANG HAMBA-NYA
Waalaikummussalam wr wb
Kepada Yang DiMuliakan Pangeran Adipati Agong...
Sejujurnya patik tabik hormat
Kepada YM Pangeran Adipati Agong...
Kerana mengadili patik mengikut
Pertimbangan yang wajar
Tanpa dipengaruhi mana-mana pihak
Patik bersyukur kepada Allah Azzawajallah
Kerana DiKurniakan hamba-Nya
Yang diberi darjat diraja
Bukan untuk membangga diri
Tetapi untuk membela rakyat jelata
Tidak sia-sialah perjuangan patik
Bersama kerabat diraja berusaha
Sepenuh daya untuk memartabatkan
Institusi diRaja Nusantara yang telah dilupakan
Dalam lipatan sejarah nusantara
Bahawa raja-rajalah yang
Mempertaruhkan nyawa
Demi kemerdekaan Nusantara...
Untuk dihadiahkan kemerdekaan kepada
Rakyat yang baginda kasihi
Sepenuh jiwa dan raga
Keputusan YM Pangeran Adipati Agong...
Mengeluarkah mereka yang menfitnah patik
Amat memeranjatkan patik
Kerana patik sudah bersedia
Untuk dikeluarkan dari grup ini
Atau patik yang keluar dari grup ini
Demi kedamaikan grup ini
Kerana telah banyak yang patik lalui
Sepanjang menyertai grup
Di alam maya
Pernah terjadi
Admin grup
Mengeluarkan patik daripada grup tersebut
Gara-gara admin menfitnah patik
Deletekan post yang dihantarkan ahli grup
Patik menafikan kerana
Mana mungkin patik deletekan post
Kerana patik baca post tersebut pun tidak
Dan mana mungkin patik boleh deletekan post
Tersebut kerana patik bukan admin
Puas patik menafikan
Tapi admin masih tak berpuas hati dengan patik
Selepas itu admin
Mencari kesalahan patik
Mengatakan karya-karya patik
Menyemakkan dinding-dinding
Grup beliau
Sedangkan patik siarkan karya
Terlalulah banyak dari pagi
Hingga ke malam
Berhari-hari
Berminggu-minggu
Berbulan-bulan
Hingga ke bintang
Salah seorang ahli grup
Yang bijak pandai
Yang ada ijazah doktor falsafah kesusasteraan melayu
Menegur karya patik
Tak berkualiti
Bahasa berterabur
Sebab itu menyemakkan
Dinding-dinding grup tersebut
Dan mengganggu ahli lain untuk berkarya
Disambung ayat oleh admin di situ
Terlalulah sedih hati patik di kala itu
Sudahlah patik siang malam
Munyumbang baktikan karya
Secara percuma
Tanpa apa-apa bayaran se sen pun
Tapi dikutuk habis-habisan
Lebih menyedihkan lagi
Salah seorang ahli pujangga di situ
Membuat sebuah sajak
Bertajuk. SAMPAH!
Dan admin di situ like
Dan memberi komen
Karya-karya sampah
Jangan menyemakkan di sini
Semak....semak...
Jangan bikin orang menyampah!
Menangis patik mendengar
Penghinaan itu
Tiga hari tiga malam patik menangis
Atas penghinaan Admin
Kepada karya-karya patik
Yang dikatakan sampah
Patik tak kisah jika
Apa yang patik karyakan
Mengenai puisi yang tak ada mesej
Hinalah sampah pun tak apa
Patik boleh terima
Tapi yang patik tak boleh
Terima sama sekali
Patik mengarangkan
Puisi bertemakan
KETUHANAN
JIWA SEORANG HAMBA
BERKASIH SAYANG KERANA-NYA
Kerana sikap admin
Yang sombong itu
Patik hendak keluar dari grup tersebut
Tapi dihalang oleh
Ahli grup yang lain
Yang sukakan karya-karya patik
Tapi admin tetap juga dengan
Keputusannya mahu keluarkan patik
Dari grup tersebut
Dengan mengatakan
YANG PATAH AKAN TUMBUH
YANG HILANG AKAN BERGANTI
Dan patik dikeluarkan dari
Grup tersebut
Begitulah pengalaman
Patik dalam menyertai grup-grup
Di alam maya ini
Kebanyakannya terlalu
Amat mencabar dan melukakan hati
Tapi ada hikmah di sebaliknya
Patik dapat ilmu
Yang tak ternilai harga-Nya
Patik bersyukur sebanyak-banyak-Nya
Kerana diKurniakan ilmu
Bak Permata Syurga
Walaupun banyak air mata yang tertumpah
Dek penghinaan mereka yang tak senang
Patik berkarya mengenai Ketuhanan
Patik yakin
Tuhan bersama patik
Dialah yang memujuk patik
Di kala patik kesedihan
Atas penghinaan mereka ke patik
Gara-gara menulis
Karya-karya Ketuhanan
Patik sedar ...
Patik tidaklah sesempurna mereka
Memiliki kesempurnaan hidup yang sempurna
Patik tak sebijak mereka
Yang mempunyai ijazah bergulung-gulung
Patik tak sealim mereka
Yang faham ilmu agama
Patik tak sekaya mereka
Yang memiliki harta tinggi menggunung
Patik tak sebahagia mereka
Yang mempunyai kesempurnaan cinta
Patik tak punyai apa-apa
Patik adalah hamba-Nya
Yang sentiasa diuji dan diuji
Biarpun patik pernah memohon
Pada-NYa ambil sajalah nyawaku
Aku tak tahan diuji begini hebat!
Syukur Alhamdulillah
Allah tak memakbulkan doa patik
Mengambil nyawa patik
Dalam keadaan patik tak redho
Apabila diuji
Yang cuma hanyalah 1% saja
Jika hendak dibandingkan
Nikmat ilmu dan kemanisan iman
Yang dikurniakan pada patik
Itu adalah lebih bernilai
Daripada dugaan-dugaan
Yang diberikan pada patik
Syukur Ya Allah...
Kau memanglah
Maha Bijaksana
Ilmu ghaib semua dalam pengetahuan-Mu
Tak akan Kau uji hamba-Mu
Mengikut kemampuan hamba-Mu
Melainkan untuk kebaikan hamba-Mu juga
Kau uji tanda Kau cinta
Kau uji tanda sayang
Aku bersyukur kerana
Kau pilih aku menerima ujian-Mu ini
Kumohon pada-Mu Ya Allah
Setiap apa yang Kau uji aku
Berikanlah aku kekuatan
Menerima setiap takdir ke atasku
Dengan rasa redho
Kerana aku sudah pasrahkan
Hidup dan matiku
Hanyalah untuk-Mu
Moga dengan Rahmat kaseh-MU
Tanpa Batas Kau Perkenankan
Segala cita-citaku yang ada Nilai di Sisi-Mu
Sebelum aku bertemu-Mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Luahan hati seorang hamba-Nya,
Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA/INDONESIA/BUNEI/SINGAPURA/THAILAND
12 Disember 2012
CINTA ADAM PADA HAWA
Duhai Adam...
Apalah ada pada ilmu yang setetes ini
Jika hati dibalut dengan kesombongan...
Kerana kasihkan hawa ...Adam terima pujukan Hawa
Memakan buah larangan di Syurga
Hawa pula dipujuk oleh iblis laknatullah
Jika sekiranya Adam letakan cinta Allah tempat yang teratas
Pasti Adam tak makan buah Khuldi di Syurga
Jika Hawa letak Allah tempat yang teratas
Pasti Hawa tak termakan pujukan iblis
Atas dasar cintakan Hawa .. Adam memakan buah larangan
Kerana melanggar perintah Allah..
Adam dan Hawa
Dikeluarkan dari Syurga
Hilang segala nikmat Syurga
Adam dan Hawa dipisahkan di bumi
Mereka terpisah begitu lama
Adam tanpa berputus asa mencari Hawa
Hingga ke hujung dunia
Hawa menunggu Adam
Dalam sabar dan setia menanti
Dalam proses mencari Hawa
Iaitu di saat dikeluar dari Syurga
Adam & Hawa
Meminta ampun kepada Tuhan
tak akan mengulangi kesilapan mereka
Adam & Hawa
Redho dengan hukuman dari Allah
Di pisahkan di bumi...
Berkat usaha Adam mencari Hawa
Berkat keyakinan Hawa... Adamnya akan datang bertemunya
Dengan izin Allah
Allah temukan Adam & Hawa di Jabbal Rahmah
Semenjak bertemu.. Adam tidak pernah berpisah
Hawa sepanjang hayat
Menghabiskan usianya bersama Adam ..
Adam pula mencintai Hawa hingga ke hujung nyawanya
Di Syurga mereka bercinta
Di Syuga juga mereka mematrikan cinta
Kerana cinta Adam yang suci pada Hawa
Begitu juga Hawa mencintai Adam sepenuh jiwa
Saling cinta mencintai kerana-Nya
Maka di situlah bermulanya
Asal usul berkembang biaknya manusia di dunia ini
Moga Adam
DiKurniakan cinta sesetia Hawa
Di dunia bercinta
Saling cinta mencintai kerana-Nya
Di Syurga mematrikan cinta
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
121212Ratu Rimba Niagara was tagged in Nor Ani's photo. — with Roslan Abd Hafidz and 47 others.
Ahmad Tajuddin & Ratu Rimba Niagara likes a photo.
Tuesday, 11 December 2012
PEJUANG CINTA KERANA-NYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment