Tuesday 11 December 2012

KERANA SEMUANYA BERSTATUS HAMBA



KERANA SEMUANYA BERSTATUS HAMBA


Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...
Terima kasih Pangeran Adipati Agong
Kerana sudi memahami hamba...
Sejujurnya hamba hanya mahu
Menumpukan perhatian hamba pada
Perjuangan hamba mahu turut serta
Bersama perjuangan Raja-Raja Nusantara..
Bagi memartabatkan Institusi DiRaja Nusantara
Melalui karya-karya hamba
Syair puisi pantun gurindam
Kerana suara-suara sumbang
Telah mengganggu fokus hamba
Untuk mengarang
Ini amat mengecewakan hamba
Moga selepas ini hendaknya
Tiada ujud budaya tuduh menuduh
Cemburu mencemburui
Jika tidak berpuas hati dengan hamba
Masuk saja ke inbox hamba
Boleh bincang dengan cara baik
Jangan sengaja cuba
Mahu merendah-rendahkan hamba
Tanpa usul periksa...
Moga perkara ini tak akan berulang lagi
Dan bukan kepada hamba saja tetapi
Kepada semua ahli di grup ini...
Hamba penuh yakin
Ahli-ahli majlis di sini
Semuanya sama taraf di Sisi Allah Taala
Kerana semuanya berstatus hamba...

Apa pun ampunkan hamba kerana berterus terang
Dalam hal ini...sepatutnya hamba bersabar saja
Tapi hamba tetap hamba insan yang tak sempurna
Meluahkan rasa hati yang sedih dan kecewa...
Moga Allah ampunkan hamba kerana tak tahan diuji
Moga raja-raja nusantara maafkan patik kerana
Berterus terang melibatkan kerabat diRaja...
Tolong maafkan patik tuanku-tuanku semua yang ada
Di Majlis Yang Mulia ini....

Mohon diampunkan patik,
Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Istana Ratu Rimba Niagara
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
11 Disember 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;