Monday, 10 December 2012

SEMPENA MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR MAKA DISIARKAN , 'KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN' DITULIS OLEH TUAN SHEIKH SULAIMAN DAWUD

3Unlike · ·
  • Ratu Rimba Niagara TERIMA KASIH YM SULAIMAN DAWUD ATAS INFORMASI MENGENAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN . HAMBA AMAT MENGHARGAINYA DAN MENYANJUNGI USAHA YM SULAIMAN DAWUD MEMPOPULARKAN NEGERI-NEGERI NUSANTARA KEPADA RAKYAT JELATA NUSANTARA..MOGA PENCERAHAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA GENERASI KINI DAN AKAN DATANG DI SELURUH BUMI BERTUAH NUSANTARA ..INSYA-ALLAH AAMIIN.
    BENARLAH KATA-KATA KERAMAT LAKSAMANA HANG TUAH TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA! USAHA INILAH BUKTINYA INSYA-ALLAH AAMIIN. TERUSKAN PERJUANGANMU... HAMBA SENTIASA MENYOKONGNYA SELAGI NAFAS KU ADA INSYA-ALLAH AAMIIN.
  • Sulaiman Dawud Insya Allah YM Ratu Rimba Niagara, hamba akan terus memperkenalkan kerajaan-kerajaan yang ada di Nusantara ini dan Insya Allah seluruh dunia
  • Ratu Rimba Niagara Tabik 10x atas usaha YM Sulaiman Dawud...usaha yang sungguh mengagumkan dan menjadi kebanggaan rakyat jelata SeNusantara tercinta.
    Bedanya dengan perjuangan hamba...hamba mengolah sejarah dengan pantun, gurindam, syair dan puisi untuk mempopular sejarah Nusantara...
  • Ratu Rimba Niagara AKU INGIN MENGOLAH SEJARAH JADIKAN PUISI SYAIR PANTUN GURINDAM CARA BARU MEMPOPULARKAN SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU SENUSANTARA

    Aku bukan ahli sejarah
    Tapi aku peminat sejarah
    Aku mahu menghargai sejarah
    Dengan caraku sendiri
    Aku ingin mengolah sejarah
    Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
    Cara baru untuk mempopularkan sejarah
    Di jiwa anak cucu rumpun Melayu
    Agar mereka menghargai
    Sejarah moyang mereka
    Yang bersusah payah
    Memerdekakan negara tercinta
    Agar anak cucu dapat menumpang teduh
    Dengan aman sejahtera
    Tanpa ada permusuhan
    Yang akan membuatkan
    Negara moyangku dijajah semula
    Aku tak mahu sampainya jadi begitu
    Makanya
    Kurela
    Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
    Pena untukku menulis
    Dengan air mata dan darah
    Dan takkan kuhiraukan lagi
    Segala penghinaan mereka ke aku
    Kerana aku berpena bukan
    Untuk dipandang mereka
    Aku menulis
    Demi pandangan dari-Nya
    Demi anak cucu rumpun Melayu SeNusantara

    Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
    Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
    Kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
    Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
    Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
    Sehingga terhenti nafas
    Terhentilah pena

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Ogos 2012
    PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
    13 Ogos 2012
    24 Ramadan 1433H
    (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    Nove
  • Sulaiman Dawud silahkan di copas dan di sosialisasikan
  • Sulaiman Dawud SEJARAH AWAL SELANGOR

    Perkembangan awal Selangor sebagai sebuah kawasan petempatan banyak disumbangkan oleh faktor geografinya, dengan memiliki jaringan sungai yang mampu mengairi sehingga ke kawasan pedalaman. Dengan kelebihan ini, serta kekayaan flora dan faunanya, ia kemudian menyumbang kepada wujudnya penempatan serta hubungan perdagangan dengan dunia luar.
    Berdasarkan kajian terutama menerusi penemuan arkeologi, perkembangan awal sejarah dan warisan budaya Selangor boleh dilihat seawal zaman Hoabinhian. Ia kemudiannya terus berkembang pada zaman Neolitik, zaman Logam dan Protosejarah.
    Pada tahap ini, perhubungan ekonomi dan budaya masyarakat tempatannya dengan dunia luar semakin berkembang. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak seperti gendang gangsa Dong S’on di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat dan Bukit Kuda, Klang serta tiga loceng gangsa di Klang.

    Menerusi teks sejarah, nama Selangor pada peringkat awalnya merujuk kepada petempatan di sebuah kuala sungai yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor dan bukan sebuah negeri sebagaimana kini. Walau sejarah awalnya masih kabur, namun pengkaji sejarah bersetuju bahawa Selangor memiliki warisan sejarah yang mendahului zaman Kesultanan Melayu Melaka selama lebih seabad.
    Ketika kegemilangan Empayar Melaka, kawasan Selangor adalah antara yang termasuk dalam jajahan takluk Melaka sebagaimana tercatatnya nama Klang, Jeram dan Bernam dalam Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang.

    Menerusi Sejarah Melayu, tercatat peristiwa kunjungan Tun Jana Khatib dan Tuan jajahan Buguran dan Selangor menemui Paduka Seri Maharaja, pemerintah Singapura pada abad ke-14. Laksamana Cheng Ho turut mencatatkan kedudukan Selangor dan juga Klang di dalam peta pelayarannya. Nama Klang juga disebut dalam puisi Nagara Kertagama hasil tulisan Prapanca, seorang pujangga kerajaan Majapahit pada tahun 1365. Ini membuktikan bahawa Selangor telah dikenali ketika itu dengan Klang yang berfungsi sebagai pusat perdagangan utamanya.
  • Sulaiman Dawud ASAL USUL NAMA SELANGOR

    Walaupun wujud beberapa pendapat mengenai asal usul nama Selangor, namun sejarah membuktikan bahawa ia diambil sempena nama Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka menerusi kawasan petempatan yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor.

    Perkataan Selangor itu sendiri tidak membawa sebarang makna yang jelas dalam bahasa Melayu dan pengkaji beranggapan ia mungkin merupakan singkatan, gabungan atau perubahan yang berlaku terhadap perkataan asal menerusi peredaran masa.
    Menurut satu kisah, satu ketika dahulu kawasan kuala sungai tersebut dipenuhi dengan tumbuhan paya bakau yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai mentangau. Pohon mentangau yang banyak terdapat di situ sering kali dijadikan panduan kepada pelayar ke kawasan itu kerana didapati sesuai sebagai tempat persinggahan bagi menambah bekalan menyambung pelayaran. Para pelayar menggelar kawasan ini sebagai ‘kuala mentangau’. Menerusi peredaran masa sebutan ‘kuala mentangau’ berubah menjadi Kuala Selangor, tempat berakhirnya aliran Sungai Selangor.

    Kisah yang lain menceritakan bagaimana seorang pendekar yang sedang mengembara telah singgah di sebuah kawasan yang belum pernah dijejaki sebelum ini. Ketika sedang berehat, dirinya rasa cukup terganggu dengan kehadiran seekor langau yang terus-terusan hinggap di hidungnya. Kehadiran langau itu cukup menjengkelkan dirinya yang kemudian cuba untuk membunuh langau tersebut dengan memukulnya tetapi gagal. Terdetik di dalam hati pendekar itu bagaimana seorang yang handal sepertinya tetap gagal menumpaskan seekor langau. Dia kemudian beranggapan bahawa tempat ini memiliki semangat yang lebih hebat dari dirinya lalu mengambil keputusan untuk menamatkan pengembaraannya. Mulai hari itu, setiap kali merujuk kepada tempat tersebut, pendekar itu akan menggelarinya sebagai ‘selangau’ dan akhirnya diterima pakai sebagai nama tempat tersebut.

    Satu lagi pendapat mengatakan bahawa terdapat sebuah kawasan di sekitar pantai Kuala Selangor yang pada suatu ketika dijadikan tempat hukuman kepada mereka yang didapati bersalah oleh pemerintah. Para pesalah akan diikat pada palang kayu (juga dikenali sebagai salang) dan kemudian dijemur di bawah terik matahari. Mengikut adat Melayu ketika itu hukuman ini dilakukan di kawasan yang disebut sebagai “di hujung pasir”, yang mana ia menepati ciri-ciri bentuk muka bumi di kawasan pantai Kuala Selangor yang mengunjur ke laut. Hukuman “salang dan di jemur” kemudian diberikan kepada kawasan itu dengan sebutan Salang Ur yang memiliki sebutan yang hampir dengan nama Selangor.
  • Sulaiman Dawud PEMERINTAH AWAL SELANGOR

    Sebelum pengasasan Kesultanan Selangor, sudah ada pemerintah yang mentadbir Selangor. Tun Perak, anak kepada Bendahara Melaka, Tun Perpatih Sedang dilantik oleh Sultan Muzaffar Shah Melaka (1446-1459) pada tahun 1446 sebagai Penghulu Klang. Jeram sebagai jajahan takluk Melaka pernah ditadbir oleh Paduka Mamat, putera kepada Sultan Mansur Shah Melaka (1459-1477).
    Selepas kejatuhan Empayar Melaka ke tangan Portugis pada 1511, kesetiaan pemerintahan jajahan Selangor beralih kepada Johor yang mana Sultan Mahmud dan pengikut setianya menubuhkan kerajaan dalam buangan di Kepulauan Bintan.

    Di zaman pemerintahan Sultan Alauddin Shah, sultan pertama Johor Lama, Kelang telah mempunyai pemerintah yang dikenali dengan gelaran Mandulika. Kemudian Dato’ Engku Kelang, anak Puteri Mayang Selida bersama salah seorang ahli keluarga Bendahara Johor dihantar ke Selangor untuk mentadbir di sini.
    Sekitar tahun 1700, Dato’ Engku Kelang selaku wakil kerajaan Johor, melantik Arung Pasarai yang berketurunan Bugis sebagai pemerintah Selangor dengan gelaran Yamtuan. Arung Pasarai kemudian diganti oleh Raja Siti dan seterusnya digantikan oleh Raja Lumu.
  • Sulaiman Dawud PENGASASAN KESULTANAN SELANGOR

    Dengan ketibaan lima orang putera Opu Tendri Borong Daeng Rilekkek bin La Madusalat yang digelar Bugis Lima Bersaudara ke dalam kancah pemerintahan Johor-Riau, ia membawa perubahan drastik terhadap rupa dan perjalanan sosiopolitik Selangor.
    Mereka yang terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi, mempunyai darah bangsawan serta memiliki kemahiran yang tinggi dalam pelayaran dan taktik peperangan.
    Raja Lumu, putera kepada Daeng Chelak tiba di Selangor sekitar 1730-an dan kemudiannya meneruskan pemerintahan Selangor selepas kemangkatan Raja Siti dengan gelaran Tuanku Raja Selangor.

    Kedudukan ini walau bagaimanapun tidak memberikan beliau kuasa mutlak terhadap kawasan yang kini dikenali sebagai Selangor, tetapi sekadar sebagai pemerintah di sekitar kawasan sungai Selangor. Malah, kerajaan Johor pada ketika itu masih menganggap Selangor masih di bawah jajahannya.
    Pada 1756, sultan Johor ketika itu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mengunjungi Melaka bagi menunjukkan penghargaan kepada Belanda yang membantu Sultan Mahmud menewaskan Raja Alam di Siak. Beliau juga menandatangani perjanjian yang memberikan hak kepada Belanda ke atas bijih timah di Selangor (Kuala Selangor), Klang dan Linggi.

    Sultan Sulaiman mengutus surat kepada Daeng Kemboja di Linggi, Raja Tua di Klang dan Raja Lumu di Kuala Selangor supaya mereka menerima perjanjian yang telah dibuat dengan Belanda. Ketiga-tiga pemerintah tidak mengiktiraf perjanjian itu.
    Berikutan itu, Raja Lumu cuba mendapatkan pengiktirafan dari Kesultanan Perak bagi membebaskan Selangor dari sebarang tuntutan dari kerajaan Johor. Pada 1766, Raja Lumu ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Selangor oleh sultan Perak, Sultan Mahmud (atau Raja Kimas) di Kota Lumut dengan gelaran Sultan Salehuddin dan menamakan jajahan takluk pemerintahannya Selangor. Baginda dianugerahkan nobat dan cap mohor oleh Sultan Perak dan bermulalah sejarah baru buat Selangor sebagai sebuah kerajaan berdaulat.
  • Sulaiman Dawud NEGERI SELANGOR DI ZAMAN KOLONIAL

    Sejak dari peringkat awal penubuhannya, Negeri Selangor telah berkembang sebagai pusat perdagangan dan pengeluaran bijih timah di bawah pemerintahan Kesultanan Selangor. Kuala Selangor memainkan peranan penting ketika itu sebagai pelabuhan utama pengeksportan bijih timah kepada pedagang barat.

    Kedatangan kuasa British ke Tanah Melayu dan pengenalan Sistem Residen telah membatasi kuasa Sultan dan pemerintah-pemerintah negeri.
    Semasa pentadbiran British, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan pada tahun 1877 dengan dianggotai oleh Sultan, Residen Inggeris dan pembesar Negeri. Sultan Selangor ketika itu, Sultan Abdul Samad membentuk Majlis Mesyuarat Negeri berdasarkan kaedah barat dan mengikut panduan Residen Inggeris pada masa itu, Bloomfield Douglas.

    Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri yang pertama ialah Tengku Kudin dengan ahli-ahlinya seperti berikut:

    1. Kapten Bloomfield Douglas (Residen)2. Raja Kahar, putera Sultan Abdul Samad (Raja yang menjaga Kajang)3. Raja Berkat Tengku Panglima Raja (Raja yang menjaga Kanchong)4. James Innes (Pemungut cukai tanah dan Majistret Langat)5. Taukeh Yap Ah Loy (Kapitan Cina di Kuala Lumpur)6. Saiyid Zain (Wakil dan Pengurus Kebun-kebun Tengku Kudin)

    Majlis Mesyuarat Negeri bersidang buat pertama kalinya di Klang pada 11 Jun 1877 dan persidangan kali kedua telah diadakan pada 25 Jun 1877.
    Pada Mac 1880, pemerintahan Negeri Selangor telah berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur. Pemindahan ini juga menyaksikan kuasa pentadbiran pembesar-pembesar Melayu diambil alih oleh pegawai-pegawai Inggeris khasnya Residen Inggeris di Selangor.

    Tengku Kudin mengambil tindakan meletak jawatan sebagai Yang DiPertua kerana menyedari bahawa kuasa beliau semakin berkurangan. Jawatannya telah digantikan oleh Raja Muda Musa (putera Sultan Abdul Samad), manakala Inggeris menguasai sepenuhnya pentadbiran Negeri Selangor. Selepas kemangkatan Raja Muda Musa pada tahun 1884, Sultan Abdul Samad telah mengambil alih jawatan Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri.
    Pada 1 Julai 1896, Negeri Selangor bersama-sama Perak, Negeri Sembilan dan Pahang diletakkan di bawah pentadbiran seorang Residen General dan dinamakan Negeri-negeri Melayu Bersekutu melalui Perjanjian Persekutuan yang dimeterai setahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Negeri masih terus berjalan di keempat-empat Negeri tersebut.

    Perubahan seterusnya berlaku pada tahun 1909 dengan penubuhan Majlis Persekutuan yang dianggotai oleh keempat-empat Sultan Negeri tersebut, empat Residen Negeri, empat anggota tidak rasmi dan Residen General. Dalam Majlis ini, Sultan tidak memiliki sebarang kuasa melainkan hanya memberi nasihat kepada pegawai pentadbir Inggeris khususnya dalam perkara-perkara tertentu berhubung dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam.
    Pada 1927, Sultan Selangor dan Sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang lain telah keluar dari Majlis Mesyuarat Persekutuan. Berikutan itu, pihak Inggeris telah mengambil langkah menambah lagi kuasa Majlis Mesyuarat Negeri dalam bidang pentadbiran dan menambah anggota tempatan.

    Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini berterusan sehingga ke tahun 1941 apabila Jepun menyerang Tanah Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah, Selangor diletakkan di bawah pemerintahan British Military Administration (BMA) dari September 1945 hingga awal 1946.
    Pihak Inggeris telah mengemukakan gagasan Malayan Union yang menerima tentangan hebat daripada orang-orang Melayu. Ia kemudiannya dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Ia terdiri daripada sembilan buah Negeri Melayu (Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Kedah, Johor, Terengganu, Kelantan) dan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura). Pembentukan ini merupakan langkah pertama kepada kemerdekaan.
  • Sulaiman Dawud NEGERI SELANGOR SELEPAS KEMERDEKAAN DAN KINI

    Rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah bertolak ke London bagi tujuan perundingan kemerdekaan Tanah Melayu yang seterusnya membawa kepada Perjanjian London pada 8 Februari 1956. Melalui rundingan tersebut, tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah ditetapkan pada tanggal 31 Ogos 1957.

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan mula dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 ini adalah berasaskan kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
    Pada 31 Ogos 1957, perisytiharan kemerdekaan dan penurunan bendera Union Jack telah dilangsungkan di Padang Kelab Selangor. Pada hari bersejarah ini juga, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama sementara Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

    Malaysia kemudiannya lahir enam tahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya melalui gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Walau bagaimanapun, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
    Negeri Selangor Darul Ehsan menjadi negeri di bawah Persekutuan Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri dengan dibantu oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyelaras pentadbiran negeri. DYMM Sultan Selangor adalah menjadi ahli bagi Majlis Raja-Raja yang turut dianggotai oleh Raja-Raja Negeri-negeri Persekutuan Malaysia dan yang Dipertuan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

    Negeri Selangor Darul Ehsan mempunyai peranan yang amat penting dalam sejarah pembentukan dan perkembangan Negara Malaysia. Kuala Lumpur telah menjadi pusat pentadbiran bagi Persekutuan Tanah Melayu dan pusat kegiatan perdagangan, perniagaan dan perbankan. Pada 1 Februari 1974, satu perjanjian antara Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dengan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani bagi penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Berikutan dengan itu, sebuah kawasan yang terletak kira-kira 25 km ke arah barat daya Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Sungai Renggam dikenal pasti sebagai lokasi sesuai untuk dijadikan ibu negeri yang baru untuk Selangor bagi menggantikan Kuala Lumpur. Ia turut meliputi kawasan Batu Tiga yang telah pun menjadi pusat perladangan tanaman kelapa sawit dan getah sejak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Sultan Selangor Ketika itu, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menamakannya Shah Alam sempena nama Almarhum ayahanda baginda, DYMM Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.

    Kini Shah Alam sebagai sebuah bandar raya terancang dan moden, menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Negeri yang meliputi kawasan perumahan, kemudahan riadah, kawasan perindustrian serta pusat bandar dan komersial yang lengkap, indah dan menarik.

    Negeri Selangor sentiasa di hadapan dalam pelbagai bidang. Ia menjadi pusat perdagangan, kewangan, pembinaan, pengangkutan dan pembuatan yang menyumbang kepada pendapatan utama negara. Selangor turut menyumbang di dalam sektor pertanian dan perikanan.
    Salah satu faktor yang menjadikan negeri ini sebagai pemangkin kemajuan negara adalah kerana pemusatan kegiatan ekonomi di Lembah Klang yang juga terletaknya Kuala Lumpur di tengah-tengah Negeri Selangor.

    Kini Putrajaya pula telah menjadi pusat pentadbiran negara dan telah menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 2001. Pembangunan Wilayah Persekutuan Putrajaya bakal membangunkan kawasan pinggiran Putrajaya dan hasilnya akan turut dirasai oleh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.
    Pada 27 Ogos 2005, kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Selangor sebagai negeri berstatus maju yang pertama di Malaysia. Sesuai dengan kedudukan Negeri Selangor yang sering memainkan peranan sebagai penentu rentak pelbagai dimensi pembangunan Malaysia, maka pengisytiharan ini menandakan Selangor sebagai produk pertama Wawasan 2020.

    Sebagai tanda simbolik pengisytiharan Selangor Maju ini, Kerajaan Negeri telah mengadakan Majlis Pelancaran Taman Warisan Selangor dan Pelancaran Tapak Perpustakaan Selangor Maju. Taman Warisan Selangor telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Taman Rekreasi Empangan Klang Gate, Ampang, Hulu Klang, manakala Pelancaran Tapak Perpustakaan Selangor Maju telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor.
  • Sulaiman Dawud KRONOLOGI SEJARAH KESULTANAN SELANGOR
    • Kesultanan Selangor sehingga kini diasaskan oleh Raja Lumu yang merupakan Putera Daeng Chelak atau Daeng Pali. Raja lumu sebelum menggunakan gelaran Sultan dikenali dengan panggilan Raja Selangor. Dipercayai baginda datang ke Selangor sekitar tahun 1730-an. Pada tahun 1743, raja Lumu menjadi pemerintah Selangor semasa Selangor masih lagi dalam naungan kerajaan Johor. Sehinggalah pada tahun 1766 Raja Lumu mendapat nobat atau pengiktirafan dari Sultan Perak iaitu Sultan Mahmud (Raja Kimas) dengan memakai gelaran Sultan Sallehuddin Shah.

    Satu perkara yang menarik mengenai Kesultanan Selangor ialah tidak semestinya anak (lelaki) Sultan akan menjadi Sultan. Bahkan kedudukan sebagai Raja Muda juga tidak semestinya menjadi Sultan.Pada tahun 1782 Raja Lumu mangkat dan digantikan dengan Sultan Ibrahim yang memerintah hingga pada tahun 1826. Pada masa ini pusat pentadbiran kerajaan Selangor berpusat di Kuala Selangor. Sultan Ibrahim mangkat pada tahun 1826 dan digantikan dengan Sultan Muhammad Shah. Pemerintahan Sultan Muhammad Shah pula digantikan dengan Sultan Abd Samad pada tahun 1857. Sultan Abd Samad adalah seorang Sultan yang tidak pernah menjadi Raja Muda Selangor. Baginda telah menumpukan pentadbiran Negeri Selangor di Langat (Jugra). Sultan Abd Samad mangkat pada 6 Feb. 1898.Pengganti baginda ialah Sultan Sulaiman yang menggunakan gelaran Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.

    Kemangkatan Sultan Sulaiman digantikan pula oleh Sultan Hishmudd-din Alam Shah. Pusat pentadbiran berpindah pula ke klang.Inggeris telah melantik semula Sultan Hishamuddin Alam Shah sebagai Sultan Selangor pada tahun 1945. Baginda pernah dilantik sebagai Yang dipertuan Agung yang kedua pada 14 Febuari 1960. Baginda Sultan Hishamuddun mangkat 5 bulan kemudian setelah baginda memerintah Selangor selama 15 tahun. Pada 3 September 1960 , Raja Abdul Aziz , putera Sultan Hishamuddin Alam Shah yang sulung telah dilantik menjadi Sultan Selangor yang kelapan. Baginda memakai gelaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

    KEMUNCULAN institusi kesultanan Negeri Selangor Darul Ehsan dengan perlantikan Raja Lumu menjadi Sultan Selangor pertama, pada pertengahan abad ke-18 telah memperkuatkan lagi pertapakan kuasa Bugis yang sedia ada di Semenanjung Tanah Melayu. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah bahawa pertapakan ini bukanlah di atas dasar penaklukan. Walaupun sebenamya telah wujud kelompok- kelompok pembesar di beberapa daerah pada waktu itu seperti di Kuala Selangor, Jeram, Kelang dan Langat, tetapi dengan perlantikan Raja Lumu bergelar Sultan Salehuddin menjadi Raja Selangor atau Sultan di Kuala Selangor telah dapat menyatukan daerah-daerah sebagai mana di atas menjadi sebuah negeri yang di- kenali dengan nama Negeri Selangor.

    • Perlantikan Raja Lumu ini lebih didasarkan kepada kewiba- waan darah keturunannya. Daeng Chelak ayahanda Raja Lumu adalah keturunan dari Raja Lumu, di Sulawesi. Beliau telah datang ke Tanah Melayu bersama empat orang lagi saudaranya. Selangor merupakan kubu terkuat orang-orang Bugis di daerah ini. Keperwiraan raja-raja Bugis ini terutamanya Daeng Merewah dan Daeng Chelak, telah dapat mengamankan daerah-daerah di Kuala Selangor, Kelang, Langat dan Linggi. Darah keperwiraan dan kepin- taran inilah yang telah diwarisi oleh Raja Lumu dan adindanya Raja Haji. Justeru itu dengan perlantikan Raja Lumu menjadi Raja atau Sultan Selangor telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Negeri Selangor.

    • Secara kesimpulannya kesultanan negeri Selangor telahpun wujud mulai kira-kira tahun 1765 dengan pengistiharan Raja Lumu menjadi Sultan bergelar Sultan Salehuddin. Selain itu pada 1770 Perak telah pun mengakui kekuasaan Sultan Salehuddin dan telah menabalkannya secara bernobat semasa lawatan baginda ke Perak. Secara ini juga dapat membuktikan bahawa baginda sultan tidak lagi tunduk di bawah pemerintahan Kerajaan Johor-Riau. Sebenarnya kuasa Bugis juga telah pun bertapak lebih awal di Riau, iaitu dengan pelantikan Daeng Merewah sebagai Yam Tuan Muda Riau pada tahun 1722. Seterusnya diikuti dengan perlantikan Daeng Chelak pada 1728 sebagai Yam Tuan Muda Riau (II), dan Daeng Kemboja pada 1748 sebagai Yam Tuan Muda (III).
  • Nornurul Aini Abu Yazam Alhamdulillah..terima kasih saudara..ilmu yg manafaat dikongsi bersama.
  • Bonda Puteri Saadong Terima ksh sulaiman..info yg sgt berguna..kelantan bila pula

  • Sulaiman Dawud updated his cover photo.
    Like · ·
    • Sulaiman Dawud and 8 others like this.
    • Ratu Rimba Niagara PEJUANG SEJARAH NUSANTARA SULAIMAN DAWUD

      Sekalung kalungan bunga budi kasih
      kukalungkan
      sebagai
      ucapan terima kasih
      atas usaha gigihmu
      menyebar luaskan
      bahan-bahan bacaan sejarah
      mengenai Nusantara tercinta
      kau terangkan begitu terperinci
      berfakta bernas lengkap dan sempurna
      hingga sesiapa yang membaca
      menjadi bahan informasi
      amat berguna
      untuk generasi kini dan akan datang
      menghargai dunia Melayu Islam Nusantara...

      kau habiskan hidupmu membuat kajian dan kajiselidik
      agar bahan yang kau sediakan itu benar-benar berfakta dan bernas
      sejarah mesti berfakta dan bernas
      jika tidak akan jadilah sejarah sebagai peristiwa tanpa kesohihan
      tiadalah kepercayaan mereka kepada bahan sejarah yang ditulis

      untuk mendapatkan kesohihan yang tepat
      pasti banyak pengorbanan yang kau korbankan
      tapi itu tidak kau hiraukan
      kau berkorban bukanlah demi keuntungan
      tapi adalah demi anak cucu Nusantara tercinta
      agar mereka menghargai sejarah Nusantara

      Allahu Akbar
      aku tabik segala bakti mu itu
      aku terharu dalam penuh rasa syukur
      kerana Allah Azzawajallah
      Kurniakan seorang hamba-Nya
      semulia hati mu berjuang demi
      anak bangsa Nusantara...
      kaulah pejuang Sejarah Islam Nusantara..
      pada abad ke-21
      sekalung tahniah dariku
      dan aku sentiasa menyokong
      setiap langkah perjuanganmu
      kerana di setiap langkah perjuanganmu
      adalah langkah-langkah tentera fisabilillah
      moga Allah Azzawajallah merahmati hidup dan mati mu
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      20 Muharram 1434H
      4 Disember 2012M
    • Sulaiman Dawud terima kasih banyak tuan Ratu Rimba Niagara >> Semoga syair di atas menjadi motifasi hamba untuk terus menyingkap dan mengungkap rahasia Sejarah Kesultanan di bumi Nusantara ini
    • Ratu Rimba Niagara Tuan hambalah pejuang Sejarah Nusantara yang hamba kagumi atas usaha tuan hamba suci murni..makanya tercetuslah ilham ini. Teruskan perjuangan tuan hamba. Hamba sentiasa menyokongnya
      Insya-Allah .Aamiin.
    • Sulaiman Dawud Syair-syair tuan Ratu Rimba Niagara, tentang kemanusiaan, tauhid, kesusasteraan sejarah Nusantara, insya Allah akan memberikan PENCERAHAN bagi bangkitnya ISLAM. Semoga tuan Yang Mulia Ratu Rimba Niagara dipanjangkan umur, diberi kebahagiaan, dan apa yang Tuan cita-citakan yaitu memiliki 'Kota Buku Karyaku! Duniaku!'sebagai produk pelancongan yang dibanggai negara dan rakyat Malaysia dan seluruh dunia segera terwujud.
    • Ratu Rimba Niagara Ya Allah Kau Maha memakbulkan doa hamba-Mu yang ikhlas kerana-MU
      Makanya makbulkanlah Ya Allah
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
    • Sulaiman Dawud Syair yang tergores melalui tinta para pujangga, lebih tajam daripada pedang para tentara
    • Bonda Puteri Saadong Terima kasih sulaiman ..bonda sangat menghargai ini

    (PETIKAN DARIPADA WALL SULAIMAN DAWUD & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    11 Disember 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;