Friday, 14 December 2012

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PARA HULUBALANG RATU RIMBA NIAGARA

    • KEPADA SEMUA PARA HULUBALANG RATU RIMBA NIAGARA
      YANG ADA DI MAJLIS INI DAN SEBAGAI RAKAN FB RATU RIMBA NIAGARA

      Diminta selamatkan/bela ratu rimba niagara daripada mereka yang
      telah menfitnah hamba kerana mengganggu kebahagian ,

      "Maksud kami,jangan ganggu Tuanku Sultan Hussin dan Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya kerana mereka sangat bahagia...sudah faham orang rimba?"

      Jika kamu tidak bersuara sampai 24 jam diberi tempuh turun gelanggang membela hamba...makanya jawatan kamu sebagai hulubalang hamba akan dilucutkan serta mereka. Harap maklum. Sebab hamba tak suka simpan hulubalang yang pengecut!

      Duhai Syahirah Danial Yusof...orang rimba sentiasa menjaga adab ..tutur dan kata...tapi jika dicabar turun ke gelanggang dipijak-pijak sesuka hati sedangkan orang rimbalah yang berbakti di Majlis ini dengan puisi, pantun ,gurindam dan syair bertemakan diRaja...tapi ini balasannya kerabat diRaja di sini...makanya hamba akan tuntut akan kata-katamu hingga ke tetesan darah terakhir!

      Walaupun hulu-hulu balang hamba yang dilantik di atas kesekurelaan mereka menjadi hulubalang hamba untuk bersumpah setia bersama hamba tapi paling tadah kerana mahu menjaga hati majlis diRaja ini...hamba tak kisah. Tanpa hulubalang pun tak apa...kerana Tuhan sentiasa bersama hamba...Tuhan sentiasa bersama orang yang benar walaupun orang rimba seprtimana kamu katakan Syahirah orang kota!

      Duhai para hulubalang sebelum berpisah dengan kalian semua maafkan hamba
      kerana terpaksa gugurkan jawatan hulubalang kepada mereka yang masih tidur tidak prihatin dengan masalah Ratu Rimba Niagara...sedangkan Ratu Rimba Niagara tak tidur malam dari pagi ke petang dari petang ke malam...memerah kodrat pemikiran berkarya nan indah-indah untuk mencurahkan bakti kepada kerabat diRaja dengan harapan berkat mengarangkan puisi, pantun, syair, gurindam dapat membuka minda warga dunia nusantara bersama memartabatkan Institusi diRaja Nusantara.

      Tapi kerana fitnah dan hal remeh temeh yang tak ada kena mengena dengan dunia
      perjuangan hamba makanya hamba mahu hulubalang hamba bertanggungjawab untuk menyelamatkan/membela hamba di sini. Kalian hanya diberi tempuh 24 jam dari sekarang! Jika kalaian mendiamkan diri seperti robot tak punya hati dan perasaan harap jangan mengaku jadi hulubalang hamba lagi dan menjadi rakan fb hamba lagi! Maaf untuk segalanya duhai hulubalang Ratu Rimba Niagara.

      Pengumuman untuk semua hulubalang Ratu Rimba Niagara
      Di Majlis Pangkuan diRaja Kesultanan Melayu Islam Nusantara ....
      Dan juga hulu balang hamba di fb Ratu Rimba Niagara.
      "Buktikan kata-katamu Susah Senang Kita Bersama
      Duhai Hulubalangku & Rakan fbku"

      RATU RIMBA NIAGARA
      11 Disember 2012
      Like · · · December 11 at 8:39am

      • Pangeran Adipati Agong aslmkm..apa masalahnya
      • Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam Pangeran Adipati Agong... bacalah serba sedikit apa yang ditulis ini. Mohon hamba diadili yang sepatutnya..terima kasih.

        MENFITNAH LEBIH BESAR DOSANYA DARIPADA MEMBUNUH!

        Syahirah Danial Yusof Tahniah.terima kasih.sila kan.
        2 hours ago · Like

        Ratu Rimba Niagara Silakan pada itu Dang Merdu...ohpss tersyasul pulak...Syahirah Danial Yusof....
        about an hour ago · Like

        Syahirah Danial Yusof Maksud kami,jangan ganggu Tuanku Sultan Hussin dan Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya kerana mereka sangat bahagia...
        sudah faham orang rimba?
        35 minutes ago · Like

        Ratu Rimba Niagara

        Bila pula hamba mengganggu mereka ye. Hamba kenal mereka berdua pun tidak. Bertemu di alam nyata pun tidak. Bercakap di alam maya pun tidak. Tiba-tiba mereka berdua masuk ke wall siaran hamba. Kamu ini Syahirah Danial Yusof teruk betullah buat fitnah di sini. Kalau tak percaya tanya mereka berdua? hamba kenal mereka ke tidak...kalau mereka kata kenal berarti mereka pun sama seperti kamu buat fitnah. Tahukah kamu Syahirah Danial Yusof menfitnah besar dosanya daripada membunuh...patutlah kerana fitnah moyang hamba hulubalang raja bugis mati dibunuh gara-gara fitnah!

        RATU RIMBA NIAGARA
        111212
      • Pangeran Adipati Agong jngn dihiraukan..
        Alhamdulillah naiklah darjat seseorang itu dgn fitnah Atas dirinya..
        Sy kenal kedua mrk..
        Biarkan..Allah yg mencatur
      • Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah moga Rahmat Allah swt diimpahi ke atas YM Pangeran Adipati Agong...ampunkan patik kerana terlalu emosi dalam hal ini disebabkan terlalu sedih apabila mereka menuduh melulu tanpa usul periksa. Tujuan hamba hadir di majlis ini hanyalah untuk menyumbang baktikan karya-karya hamba untuk dikomen oleh ahli grup yang sudi memberi pandangan terhadap karya hamba. Kerana komen-komen yang bernas akan dibingkaikan di galeri alam maya pujangga ratu rimba niagara dan dibaca oleh seluruh pewaris bangsa nusantara biarpun hamba sudah tiada di dunia ini nanti. Dengan harapan suatu masa nanti berkat karya-karya hamba, Institusi diRaja Nusantara akan dimartabatkan dengan jayanya dengan izinNya jua....itu saja..tiada langsung mahu memikirkan hal yang remeh temeh.
      • Pangeran Adipati Agong Insysaallah..Buat yg baik..Amal ma'ruf nahi mungkar
      • Ratu Rimba Niagara Dimajlis ini semua yang memuliakan kerja-kerja amal...kerja-kerja mungkar termasuk syirik mengata mengumpat mengeji, menghina, menfitnah...bukan ada di majlis...ini...jika ada minta Pangeran pantau ...dan post yang tidak berkenaan yang boleh mengundang pergaduhan angkara fitnah dan syirik ...dihapuskan..itu antara tugas admin di sini...termasuk juga post dari saya sendiri boleh dipadamkan dan saya tidak akan berkecil hati...jika perkara ini berlarutan budaya hina menghina caci mencaci fitnah menfitnah di gup ini...saya akan tinggalkan grup ini . Maaf kerana sudah lama saya mahu mengemukakan masalah ini. Tapi baru hari ini saya mahu mengemukakan lantaran saya diburuk-burukkan oleh mereka yang dengki hianat akan saya menuduh tanpa usul periksa. Itulah amal ma-ruf nahi mungkar yang harus Pangeran Adipati Agong pastikan agar tak wujud di majlis ini.
      • Ratu Rimba Niagara Sekarang ini apakah tindakan yang diambil Pangeran Adipati Agong terhadap mereka yang menfitnah saya...tak akan hendak dibiarkan nahi mungkar bermaharaja lela...? sebagai admin boleh membuat keputusan yang tepat. Di sini kuasa raja mengadili amat diperlukan rakyat biasa seperti saya. Jika tak dapat mengadili kerana sebab-sebab tertentu saya faham teramat faham. Jika saya pergi dari sini faham-faham sajalah.
      • Pangeran Adipati Agong adakah beliau dlm majlis ini..Dan apa puncanya sampai Begitu...Mana dia
      • Ratu Rimba Niagara Sebab adalah makanya hamba berkata bagi membela diri hamba sendiri kerana hamba malas hendak memikirkan hal remeh temeh ini ,
        hidup dan mati telah hamba serahkan 100% kepada-Nya.

        Makanya Pangeran Adipati Agong hayati kata-kata di bawah ini
        dan nilaikan sendiri,

        Syahirah Danial Yusof:
        'Maksud kami,jangan ganggu Tuanku Sultan Hussin dan Yang Mulia SharifahHafsah SyedYahya kerana mereka sangat bahagia...sudah faham orang rimba?"

        Ratu Rimba Niagara:
        Duhai Syahirah Danial Yusof...orang rimba sentiasa menjaga adab ..tutur dan kata...tapi jika dicabar turun ke gelanggang dipijak-pijak sesuka hati sedangkan orang rimbalah yang berbakti di Majlis ini dengan puisi, pantun ,gurindam dan syair bertemakan diRaja...tapi ini balasannya kerabat diRaja di sini...makanya hamba akan tuntut akan kata-katamu hingga ke tetesan darah terakhir!

        Inilah puncanya mereka menuduh hamba yang hamba sendiri tidak boleh terima. Harap Pangeran Adipati Agong ..dapat mengadili dengan seadilnya agar perkara ini tak berulang lagi. Sejujurnya hamba di sini hanya memikirkan untuk menyiarkan karya hamba saja...harap maklum. Andai kata hamba meninggalkan grup ini faham-faham sajalah hati hamba sudah kecewa dek terluka dengan sikap mereka sedangkan hamba tidak pernah mengenali mereka dan tidakpernah mengganggu kebahagiaan hidup mereka. Benar-benar kecewa...
      • Sultan Hussin jgan di kesal ini ada lah hasutan iblis yg sering tidak senang dgan apa yg perbuatan amal maruf
      • Pangeran Adipati Agong teruskanlah usahamu..
        Kami tk kenal orang yg berkata begitu kpdmu..
        Telah dikeluarkan dr majlis orang tersebut..
        Perihal sultan hussin urusan kami..
        Perihal sharifah habshah..Dia pernah ke teratak kami..Kami kenal dia..
        Jika ada masalah akan kami singkir siapa yg cuba membuat onar..
        alhamdulillah puteri telah memberitahu kami..
        Mereka belum tahu lg brp ruginya tk dpt turut serta kelak..
        Percaturan Allah jua
        Subhanallah
        Terima kasih
      • Ratu Rimba Niagara KERANA SEMUANYA BERSTATUS HAMBA

        Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...
        Terima kasih Pangeran Adipati Agong
        Kerana sudi memahami hamba...
        Sejujurnya hamba hanya mahu
        Menumpukan perhatian hamba pada
        Perjuangan hamba mahu turut serta
        Bersama perjuangan Raja-Raja Nusantara..
        Bagi memartabatkan Institusi DiRaja Nusantara
        Melalui karya-karya hamba
        Syair puisi pantun gurindam
        Kerana suara-suara sumbang
        Telah mengganggu fokus hamba
        Untuk mengarang
        Ini amat mengecewakan hamba
        Moga selepas ini hendaknya
        Tiada ujud budaya tuduh menuduh
        Cemburu mencemburui
        Jika tidak berpuas hati dengan hamba
        Masuk saja ke inbox hamba
        Boleh bincang dengan cara baik
        Jangan sengaja cuba
        Mahu merendah-rendahkan hamba
        Tanpa usul periksa...
        Moga perkara ini tak akan berulang lagi
        Dan bukan kepada hamba saja tetapi
        Kepada semua ahli di grup ini...
        Hamba penuh yakin
        Ahli-ahli majlis di sini
        Semuanya sama taraf di Sisi Allah Taala
        Kerana semuanya berstatus hamba...

        Apa pun ampunkan hamba kerana berterus terang
        Dalam hal ini...sepatutnya hamba bersabar saja
        Tapi hamba tetap hamba insan yang tak sempurna
        Meluahkan rasa hati yang sedih dan kecewa...
        Moga Allah ampunkan hamba kerana tak tahan diuji
        Moga raja-raja nusantara maafkan patik kerana
        Berterus terang melibatkan kerabat diRaja...
        Tolong maafkan patik tuanku-tuanku semua yang ada
        Di Majlis Yang Mulia ini....

        Mohon diampunkan patik,
        Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama
        Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
        Istana Ratu Rimba Niagara
        MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
        11 Disember 2012
      • Ratu Rimba Niagara SETIAP YANG BAIK ITU SEMUA DARI-NYA
        YANG LEMAH ITU DARI HAMBA SENDIRI
        MAKA HAMBA MEMOHON DIMAAFKAN .
      • Ratu Rimba Niagara DENGAN RAHMAT KASIH-MU TANPA BATAS

        Duhai hatiku
        Yang sudah banyak kali terluka dan dilukai
        Hinggakan semua hatiku sudah hancur lulur
        Tapi ku cuba
        Terdaya mampu
        Untuk kucuba tersenyum
        Agar tiada yang tahu
        Hatiku sudah hancur sehancurnya

        Tapi bila mana kufikirkan
        Apalah ada pada
        Kehancuran hati yang nampak
        Kan kujahit hati yang nampak
        Dengan Nur Hidayah KasehNya
        Yang dihantar melalui para sahabat akhiratku
        Untuk merawat hatiku yang hancur

        Berkat aku berkawan
        Dengan sahabat akhirat
        Yang tak jemu
        Yang tak lelah
        Mencurahkan ilmu akhirat
        Kesedihan...kelukaan...hatiku
        Insy-Allah berjaya dipulihkan dengan izinNya jua
        Hatiku jadi tenang...
        Hati yang tenang inilah
        Yang akan mengadap Tuhan...
        Dalam jiwa yang tenang
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        Syukur Ya Allah ....
        Karena dengan Rahmat Kaseh-Mu Tanpa Batas
        Kau Kurniakan aku sahabat akhirat
        Berkat ilmu akhirat yang dikongsikan kepadaku
        Aku amalkan dalam hidupku
        Yang tandus iman ini
        Hatiku terawat
        Hatiku bersinar-sinar
        Sinaran iman
        Iman yang menjadi penemanku
        Tika di dunia mahupun di alam akhirat
        Terima kasih sahabat akhiratku
        Kerana keikhlasanmu berbagi ilmu dunia akhirat
        Moga Allah Azzawajallah membalas kebaikanmu
        Dengan Rahmat Kaseh-Nya Tanpa Batas
        Tika kau hidup dan mati
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...

        Sahabat Akhiratmu Selagi Hayat Ingin Menjadi Sahabatmu,
        Ratu Rimba Niagara
        11 Disember 2012
      • Ratu Rimba Niagara Leftenan Adam Sakeenah dikau antara sahabat akhiratku yang tak jemu memberi kata-kata semangat untuk kuteruskan perjuangan tintaku biarpun ku tahu perjuanganmu pun belum selesai sebab itu kau selalu bertapa di gunung Daek untuk muhasabah diri dan mencari kekuatan semangat perjuanganmu yang sentiasa membara-bara di jiwa. Moga perjuanganmu yang belum selesai itu ...diselesaikan Allah dengan jaya-Nya sebelum matamu terpejam...Insya-Allah Aamiin.
      • Leftenan Adam Sakeenah assalamualaikum salam sejahtera kepada sahabat ku Ratu,terima kasih atas kata2 semangat mu kepada hamba.insyaallah,apa yang di katakan mu,memang itulah hamba sedang ikuti.insyaallah,apabila hamba tamat pengajian dan perguruan dengan guru hamba,hamba teringin membantu masyarakat,dengan sedikit ilmu dan hidayah yang di beri kan Nya kepada hamba.
      • Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
        Thursday at 2:23pm · Like · 1

        (PETIKAN DARIPADA WALL MAJLIS PANGKUAN  DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM  NUSANTARA)
        151212

0 comments:

Post a Comment

 
;