Thursday, 19 January 2012

MAAFKAN AKU AKU TAK SETANDING KALIAN YANG BIJAK PANDAI



  • UPDATED POSTS
  • Cinta puisimu cinta puisiku cinta puisi semua di dinding KARYA KITA...terlalu indah hinggakan setiap hari aku dikelilingi dengan warkah-warkah cinta puisi indah teramat indah seperti ku berada di kebun buah-buahan yang lebat buahnya hinggakan aku tak terpetik untuk memenuhi bakul yang kubawa setiap hari...awal subuh sudah terbang mencari rezeki warkah cinta puisi indah ..sampai ke tengah malam penuh bakulku dengan warkah-warkah puisi cinta teman-teman yagn amat kusuka dan hargai...hidupku terlalu indah untuk diungkapkan ...duhai sahabatku mirdza...karya duniaku karya duniamu karya dunia mereka...bahagianya aku...inilah dunia yang kuimpikan ...!!!!!
    · · · 49 minutes ago

      • Zalila Isa Catatan ini jika ditulis dengan lebih kemas, terasa ceritanya.
        48 minutes ago · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih zaliza Isa...justeru kumohon kepadamu untuk menjadikan catatan ini kemas...agar dapat dihayati oleh rakan-rakan kita semua ye...sebab idea spontan itu tadi...takut kehilangan...tolong ye...
        38 minutes ago ·
      • Zalila Isa Catatan dengan 'design' begini membuatkan pembaca cepat bosan kerana seperti dipaksa membaca keseluruhan ayat dan sukar memikirkan baris demi baris.

        Jika diucapkan seolah dengan satu nafas.

        Jika dipenggalkan, perasaannya akan berubah menjadi lebih tenang dan setiap baris boleh memberi kesan perasaan yang berbeza kepada pembaca.

        Contohnya:

        Cinta puisimu
        cinta puisiku
        cinta puisi semua di dinding KARYA KITA...terlalu indah hinggakan setiap hari aku dikelilingi dengan warkah-warkah cinta puisi indah teramat indah
        seperti ku berada di kebun buah-buahan yang lebat buahnya hinggakan aku tak terpetik untuk memenuhi bakul yang kubawa setiap hari...

        Dan melalui pemenggalam setiap baris menjadi rangkap-rangkap begini, akan menemukan kita dengan pelbagai ayat yang kadang konteksnya tidak kena dan kadang timbul penggunaan ayat yang bertindan.

        Contohnya:

        warkah-warkah cinta puisi --> Saya kurang faham frasa ini. Warkah cinta? Cinta puisi? Warkah cinta puisi?

        Sekadar pandangan saya.
        27 minutes ago · · 1
      • Zalila Isa Jika mahu menulis dengan design begini, boleh sahaja. ia dinamakan puisi/catatan prosaik. Cuma jangan gunakan tanda '...' terlalu banyak.
        24 minutes ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Teruskan aku suka saja karyaku dibedah habis-habisan asalkan...semua yang terbaik itulah mahuku...kalau bisa ubahkan ayat dan tambah mana yang patut pun ok semuanya ye zalila...aku amat berterima kasih padamu...teruskan bedah...teruskan ubah..semuanya boleh demi penghasilan karya yang baik apa saja boleh...
        22 minutes ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Sejujurnya kukatakan padamu zalila.. aku menulis menangkap ilham secepat yang boleh kerana ilham lain juga ingin kutangkap seperti kilat..jadinya aku amat takut kehilangan ilham tersebut...jadinya bila ada masa baru ku ubah apa yang patut dan jika tak sempat ubah...kerja-kerja ubah mengubah kuserahkan pada editor...jika kau sudi menjadi editor sukarelawanku amat-amat kualukan ye...Syukur Alhamdulillah...hidupku karya....karya...karya...sampai terhenti nafas terhentilah pena...harap kau sudi faham dan sudi memberi kerjasama...ye...
        10 minutes ago · · 1
      • Zalila Isa Sebaiknya juga ilham yang tertangkap di catatkan dalam bentuk lain. Untuk tatapan sendiri. Tulis dahulu di kertas. Selalunya, penulis yang menghargai ilhamnya dan tahu ilhamnya datang bila-bila masa seperti hujan, maka dia akan menyediakan tempayan yang baik iaitu buku nota dan pen.

        Saya tidak setuju jika cikpuan terus menulis di sini dan dibaca oleh orang lain. Kerana karya kita, menggambarkan diri kita dan pemikiran kita.

        Sepertinya kita mendapat sehelai kain yang belum berjahit. Dan kemudian kita longgokkan di hadapan orang lain. Orang tak akan faham kehadiran kain itu. Mereka hanya tahu ia kain.

        Berbanding, kita peroleh kain, dan cuba menggunting, menjahit dan mereka bentuk pakaian yang indah. Dan orang tahu ia pakaian yang indah. Bukan kain kosong semata.

        Sekadar pandangan.
        5 minutes ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Kalau kau tak sudi untuk menjadi editor sukarelawanku tak apelah...dan kalau kau rasa karya aku ini mencacatkan DINDING KARYA KITA aku dengan ini mahu undur diri dari sini ye..kerana aku tak mahu menyemakkan otak aku ..dan aku doakankan kau dapat berkarya yang selayaknya dengan ijazah yang kau miliki itu..maafkan aku semua teman-teman..yang ada di sini...moga kalian dapat berkarya yang dimahukan oleh zaliza...aku tak layak bergandingan dengan semua ahli KARYA yang bijak pandai ni...aku tak sepandai kalian...maafkan aku semua...
        a few seconds ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN KARYA KITA)
      19 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;