Rabeah Mohd Ali Apa lagi...apa lagi..apa lagi...yang kau ragukan itu...
Penamu yang luka itu telah kubaluti dengan api cinta perjuangan
Dan penamu tak akan kubiarkan luka sepanjangan selagi hayatku ada!
Apa lagi..apa lagi yang kau fikirkan di benakmu itu
Janganlah masalah yang remeh temeh menjadi tumpuanmu
Perjuangkanlah mata penamu itu
Kerana mata pena mu itu bisa menggoncang setiap kalbu!!!
Bisa juga menggoncang dunia yang kelesuan api perjuangan
Untuk berbakti pada manusia berbakti pada PenciptaNya!
2 hours ago · · 2
Penaluka Kersani ASSALAMMUALAIKUM....salam ukhwah..salam puisi...buat semua rakan-rakan seperjuangan.....selamat pagi....moga pagi ini...penamu semua melahirkan ilham-ilham yang begitu tinggi nilainya...aminnnn
2 hours ago · · 2
Penaluka Kersani terima kasih cik rabeah....maafkan ku...ku lesu...fikiran ku buntu...
2 hours ago · · 1
Rabeah Mohd Ali Kau bukan lesu dan fikiran kau tak buntu duhai pena ceria ku...kerana penamu yang luka itulah makanya tercetus puisi yang baru sebentar tadi kukarang...itu menunjukkan aura pejuanganmu makin dan makin dan makin membara-bara menuju ke puncak kejayaan...insyaAllah...justeru jangan pernah mengaku tewas sebelum berjuang ye...pena ceria ku...hihihi
2 hours ago · · 1
Penaluka Kersani heeheh..terima kasih cikrabeah....terussssss kan! terusss kan!..ku kan menggegar....gegarrrrrr kan lagi he3.....
2 hours ago · · 1
Diari Amirdza kekecewaan apakah yang sedang bersarang dan menyerang...hinggakan mata pena yang pantas melarikkan kata-kata bersadur duka....pedih dan gundah terasa tatkala aku membacanya...
about an hour ago · · 2
Rabeah Mohd Ali Agaknya hatinya luka terlalu dalam kot mirdza...hihihi sebab itu digelarkan penaluka...justeru kucuba buatkan dia jadi ceria sebab itu tukar nama penaceria...biar dia semangat baru..terus...dan terus gegarkan puisi perjuangannya di dinding Karya Kita!
about an hour ago · · 2
Diari Amirdza hahaha...penaceria?..eemm,elok juga tu kak Rabeah...semoga sedara kita ni pun turut sama ceria....^_^
about an hour ago · · 2
Rabeah Mohd Ali Kita tunggu jawapan dari penaluka yang kita cadangkan tukar penaceria kerana dialah yang selalu menceriakan dinding Karya Kita...betul tak mirdza tanpanya dinding Karya Kita bisu dan kaku tak ada pelangi cinta perjuangan...hihihihi senyum jangan tak senyum akan lahirlah karya yang menusuk kalbu...hihihi
about an hour ago · · 1
'Cato Enzo "Apalagi... Apalagi... Apalagi..." - Huh, 'hangat' sungguh nukilanmu yang ini wahai Penaluka Kersani... ;)
about an hour ago · · 1
Penaluka Kersani terima kasih teman seperjuangan amirdza
terima kasih wahai rabeah
tanpa mu siapalah aku
hanya menulis di kaki lima
hanya menulis di kertas yang di renyuk renyai
hanya menulis di lantai hati
adakah ada yang memahami
about an hour ago ·
Rabeah Mohd Ali Duniamu duniaku dunia mereka
Karyamu karyaku karya kita
Minat yang sama
Perjuangan yang sama
Sama matlamat
Seiring sekata
Sehati sejiwa
Senada seirama
Bersumpah setia
Mengikat janji
Untuk merealisasikan impian jadi nyata
Bahasa Bangsa Untuk Diwariskan Pada Cucu Cicit Kita
Justeru jangan mudah berputus asa
Teruskan teruskan azammu azamku azam kita semua!
about an hour ago · · 1
(PETIKAN DARIPADA KUMPULAN KARYA KITA)
18 Januari 2012
Tuesday, 17 January 2012
APA LAGI YANG DAPAT MEMUASKAN HATIMU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment