Wednesday, 18 January 2012

NAK KEPASTIAN AGAR TAK TERAGAK-AGAK



Salam hormat semua, milik siapa karya ini? Sila tampil dan sesiapa yang tahu milik siapa sila beritahu. Terima kasih

Puisi Karyaku! Duniaku!

Aku berkarya bukan mencipta nama.
Aku berkarya bukan berbangga diri.
Aku berkarya kerana tanda cintaku
pada Allah, manusia dan pada
sekalian alam ini.

Bakat karya anugerah
dari Yang Maha Esa
takkan kupersiakan.
Ya Allah aku syukuri
kerana terpilih menerima
anugerah-Mu.
Ini satu tanggungjawab…
Kupikul setulus ikhlas.

Moga karyaku memberi
hidayah untukku dan kepada
sesiapa membaca.
Kakukan jemariku jika karyaku
mengumpat mengeji manusia
menabur fitnah sana-sini.
Lancarkan jemariku untuk menulis
perkara baik dikira di alam barzah
itu kumahukan Ya Allah!

Aku mesti banyak
membaca,
mendengar,
melihat,
mengkaji,
memikir,
dan bermuhasabah diri
agar karyaku dapat hidupkan
jiwa-jiwa mati!
Jiwa-jiwa mahu hidupkan rohani.

Aku mewakili suara anak-anak kecil
sengsara akibat perang.
Mewakili suara rakyat yang sentiasa ingin dibela.
Mewakili suara kerajaan untuk rakyatnya.

Moga suatu hari nanti
suara-suara hasil karyaku
bertebaran di muka bumi ini
dihayati dan dihargai oleh
seluruh penghuni bumi ini!

Siapalah aku tanpa Pertolongan dari-Nya
menghasilkan karya dikira amal jariah.

Anugerah-Mu ini akan kujaga kerana
Karyaku! Duniaku!
· · · 4 hours ago near Kampong Chai Chee, Singapore


    • Shahrina Ahmad Sharkawi copy paste dari mana ni?
      4 hours ago ·

    • Ad Rahman Sini juga tapi tertinggal nama pemilik
      3 hours ago ·

    • Suzana Mohdshah ok siapa punya karya di atas baik mengaku kasihan Ad tercari-cari pengkaryannya ......
      3 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Itu karyaku kenapa Ad? Takkan lah tak boleh kenal gaya penulisan aku...sedihnya aku...
      3 hours ago · · 1

    • Normasliza Elyani hahh,,sudah jumpa empunya karya itu ad,,,:)
      3 hours ago ·

    • Ad Rahman Owhh dah agak daa ;))
      3 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Kalau dah agak napa tanya? (hihihi)
      3 hours ago · · 1

    • Ad Rahman Nak kepastian agar tak teragak ;)
      2 hours ago · · 2

    • Rabeah Mohd Ali Kalau dah yakin tak perlu teragak-agak lagi ye...Ad...hihihih
      2 hours ago · · 1

    • Emyne Fahimah Chan Sy dah boleh agak karya siapa tu dr gaya penulisan dan gerak bahasa...
      2 hours ago via mobile · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Gerak bahasa macam mana tu...Emyne ...boleh jelaskan sikit...hihihi
      2 hours ago · · 1



  • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN KARYA KITA)
    19 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;