Tuesday 17 January 2012

IKATAN DALAM SIRNA



  • UPDATED POSTS
  • ~Ikatan Dalam Sirna~

    berikan lah kasih yang berseri..
    kerana itu rasa yang azali..
    berikan lah hati nurani mu..
    agar ku tak lagi dibelenggu..

    pernah kah khilaf serumpun..
    menjadi dusta yang terhimpun..

    hiasi lah diri hati ini..
    agar menjadi arah tujuan..
    sedangkan aku yang masih lagi..
    terkapai mencari kebenaran..

    di mana ikhlas terjalin..
    menjadi luhur abadi...

    aku sambut dedaun yang gugur..
    perhatikan setiap helaiannya..
    adakah nasib serupa..
    gugurnya tiada lagi berharga...
    mungkin dibakar,,
    mungkin reput ditelan zaman...

    ku cari mu..ku jejak berbatu...
    tiada lagi cahaya menyinari..
    ku gegelapan..ku kehausan..
    tiada lagi sinar kejora..
    yang menjanjikan kekuatan..

    inikah dikatakan..
    Ikatan dalam sirna...

    mukmin
    2712011
    · · · 3 hours ago near Liverpool, England

    • You, Penaluka Kersani and 5 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali

        KERNA CAHAYA CINTAMU MENYINARI HATIKU

        Tak perlu kau mencariku berbatu
        kerna cahaya cintamu menyinari hatiku
        akan hilanglah kegelapanmu dan hilang kehausanmu
        sinar kejora sentiasa setia menyinarimu
        asalkan kau mengikat janji sesetia untuk sehidup semati denganku

        bukan lagi ikatan dalam sirna
        Tapi ikatan suci dalam redhaNya

        (Hihihi ok tak mukmin)

        Rha NS
        17112
        3 hours ago · · 1
      • Muhammad Mukmin hehehe...ok2..pandai menjawab blk ni..bahaya ni kena tulis btl2 lepas ni
        2 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Hihihi...ok...ku tunggu karya yang betul-betul...yang olok-olok simpan baca sendiri....hihihi...tu dah ada gitar tu...lagilah banyak ilham kan...kan...kan...!!! Nanti hantarlah kat sini boleh kudengar dan kawan-kawan dengar...pasti cintan habislah...hihihi
        2 hours ago ·
      • Muhammad Mukmin berlakon ja tu..xpandai main pn..hehe..
        2 minutes ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Tapi ada gaya lah...dah orang percaya ye...hihihi bila nak karya puisi betul-betul ye...pastikan jangan olok-olok...ye...hihihi
        a few seconds ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN KARYA KITA)
      17 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;