Monday, 16 January 2012

WALAUPUN TULISANKU TAK INDAHNYA AKAN KUBUKTIKAN YANG AKU JUGA BERDARAH SENI

  • NUR HIDAYAH KASIH MENTELUSI PINTU HATIMU

    Hadirmu walaupun cuma bayangan tak kutahu
    tapi kupercaya wujudmu ada di sana
    biarpun suara mu tidak kudengari
    tapi suara hatimu amat kufahami
    kubaca baris demi baris
    lantas terlahirlah kasih terwujudlah sayang
    kasih keranaNya sayang keranaNya
    setiap hari disinari cahaya cinta
    bercahaya-cahaya dilamun cinta
    cinta yang kudambakan padaNya
    terbias di kalbumu
    dibawa bayu setia dengan izinNya
    Nur hidayah kasihNya mentelusi pintu hatimu
    syukurlah aku dalam sujudku

    Rha NS
    16112
    · · · 9 hours ago

      • Keris Abadi wahai teman.. kasi link blog awak, agar saya dapat menikmati juga tulisan awak dan dihargai tulisan saya disana :) terima kasih :)
        8 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Wahai teman...jadilah sahabat fb ku dulu ye...agar kita saling bertukar ilmu ke jalan-jalan SyurgaNya ..aku perlukan sokonganmu teman...hihihi
        8 hours ago · · 1
      • Keris Abadi Niat aku satu teman
        walau dia pinggir u jauh
        walau tulisanku tak indahnya
        akan ku buktikan
        yang aku juga berdarah seni
        agar dapatku cetak segala tulisanku
        dibaca seluruh dunia
        6 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Allahu Akhbar... kaulah sahabat sehati sejiwa..sepemikiran sematlamat...darah senimu darah seniku ...ayuh kita jadikan dakwat darah syahid ke jalanNya. Moga Dia menyaksikan sumpah setia kita ini dan membalas syahidmu syahidku! Amin Ya Rabbal A'Lamin.
        6 hours ago ·
      • Keris Abadi Subhanallah Amin
        5 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat seperjuanganku.
        Salam ukhuwah puisi
        Salam perjuangan sesuci penamu penaku!
        4 hours ago ·
      • Keris Abadi penamu penaku jua
        perjuangan menjadi satu ukuran bagiku
        supaya dilihatnya
        tidak akan mengecilkanku lagi
        4 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Siapapun kau pada Allah sama saja
        Kau hambaNya
        Aku juga hambaNya
        Mereka juga hambaNya
        Semua telah diaturNya hidup dan mati hambaNya
        Jadi kita bersangka baik denganNya
        Sudah cukup membuatkan jiwa kita tenang sahabatku.
        4 hours ago · · 1

    • (PETIKAN DARIPADA PUISI ILAHI)
      16 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;