Sunday, 15 January 2012

JURAIAN AIR MATA CINTA ILMU KUTADAH DENGAN SAPU TANGAN CINTA JUGA


  • PUISI SUFI BONDA HANNA & RAJENDRA NATH TAGORE II

    Duhai Bonda Hanna kesayanganku
    Kata-katamu buatkan aku terkedu
    Iramanya mendayu-dayu
    Hatiku jadi sayu
    Jiwaku jadi pilu
    Terus merindu
    KurinduNya dalam kalbu
    Kaulah penyubur rindu
    Hadirmu syukurnya aku
    Sudilah berkongsi ilmu
    TentangNya tentang cintaNya rasa tak jemu
    Diulang-ulang selalu
    Berkat ilmu anugerah untuk mu
    Makanya jangan jemu berkongsi ilmu denganku
    Bersahabat denganmu sukanya aku
    Bertambah ngam pabila puisi sufi mu bergandingan si rajendra itu
    Aku dibuai dan hayunkan puisi sufi merdu
    Mendayu-dayu
    Sayu
    Terbenam di kalbu
    Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar aku rindu...
    Ya Allah Kau balaslah puisi sufi mereka ini dengan cintaMu!

    Karya Rha NS
    14 Januari 2012
      
    · · See Friendship · 13 hours ago ·

    • Bonda Hanna likes this.
      • Bonda Hanna Ya Rabeah Mohd Ali..Rabeahtul Qalbi
        Salam..ya Salam..Salamun Qaulan min robbirrohim
        Salam..ya Salam..Salamun ya rahman ya Rohim

        Pintu Ali di ketuk
        Fatimah membukanya
        Suara tergetar menadah tangan
        Hamba tidak makan berhari2an..

        Aimata Fatimah menghujan
        Belari kedapur memegang kurma di tangan
        Menggenggam kedada
        sedih pilu dan rawan meronta..

        Kembali kemuka pintu..
        Penggembara masih tercegat tunduk di situ..
        Fatimah menghulur tangan..AMBILAH !
        Kurma seulas di lepaskan
        Cuma seulas Itulah yang ada
        Seulas Itulah buat Ali tercinta..

        Si penggembara pula menghulur tangan..AMBILAH !
        Sekeping wang dinar 1 dinar sahaja
        Fatimah merapatkan pintu
        penggembara pergi berlalu..

        Ali pun pulang
        Fatimah menenggis tersedu
        Kurma seulas bertukar dengan 1 dinar
        sedang Ali meramas perut menahan lapar
        wang 1 dinar..dengan Longlai Ali kepasar..

        unta2 Ali di lambai..cuma 1 dinar sahaja...
        Ali pun menghulurkan 1 dinar
        Unta di tarik di bawa pulang...

        Renungkanlah !
        Fikirkanlah
        Seulas kurma boleh beganti se ekor unta..
        Siapakah penggembara ?
        Siapakah penjual Unta..?

        Salam dan dakapan kasih ku buat mu Rabeahtul Qalbi ku
        ( maksud ) Jika aku berikan kamu Ilmu 1..
        hendaklah kamu berkongsi dengan orang lain..
        Maka aku akan berikan lagi 70 untuk kamu..♥ ya"
        12 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Salam diucap disambut dengan kasih sayang
        Juraian air mata cinta ilmu kutadah dengan sapu tangan cinta juga
        Itulah tanda kasihku padamu Bonda Hannaku
        Ilmu yang diberi banyak kutimba tak jemu-jemu
        Seperti kumengutip batu permata yang turun dari langit
        Bersinar-sinar kemilaunya hingga ke kalbuku
        Sambil mengutip kumengucapkan syukur sebanyak-banyakNya
        Inilah duniaku yang kutunggu-tunggu dah tiba
        Dia perkenankan doaku dengan hadirnya kamu ke aku
        Aku mengutip ilmu dan menyebarkan ilmu
        Itulah yang kudambakan sejak dulu hingga kini
        Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
        PadaMu Allah syukurku tidak henti-henti kerana Kau Maha Mengerti
        Padamu Bonda Hanna kudoakan Allah membalas cintamu padaNya
        Amin Ya Rabbal A'Lamin
        12 hours ago · · 1
      • Bonda Hanna Manna dan Al Salwa di turunkan..yaaaaaaaaaaaa dari Langit !
        tetapi bukan diri ku ya Rabeah Mohd Ali
        terimalah aku seadanya yang ada..diatas lendasan yg aku ada..

        Aku sekadar mampu memberi Cinta
        dan aku pun menerima Cinta
        Aku sekedar mampu menabur kasih
        Maka aku pun memunggut kasih lah jua

        Dunia penuh dengan tipu helah
        Permainan Dunia
        terkadang kita beralah dan KALAH

        berlari
        berdiamlah di maqam Keikhsanan..
        12 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Hanya jauhari yang mengenal manikam bonda Hanna!
        12 hours ago · · 1
      • Bonda Hanna Kamu benar sayang..
        aku sebutir permat
        yang terbenam di lumpur
        tersalut debu2 tanah dan pepasir..
        12 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Justeru dengan adanya kerjasama si Raj lumpurmu yang berdebu menjadi sinar bersinar-sinar hingga memilaukan mataku...hihihi
        12 hours ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
      15 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;