Thursday, 19 January 2012

BIARLAH AKU DI SINI BERSAMA TINTA DAN AIR MATA


BIARLAH AKU DI SINI BERSAMA TINTA DAN AIR MATA

Setega itu hatimu memberiku mawar yang sudah layu...
Kecewa aku sungguh-sungguh
Tahulah aku tak secantik dia cantik rupawan...
... Tapi aku juga punya hati dan perasaan!!
Dan aku rela kau pergi bersama dia yang kau cinta yang kau puja...
Biarlah aku di sini bersama tinta dan air mata...

Rha NS
19112
See More
· · · 12 hours ago

    • Normasliza Elyani alahai kekandaku,,hatimu diusik lara hanya kerna mawar yang layu,,izinkan adindamu merendam mawar yang layu didalam air panadol,,nescaya akan kembali segar,,,:)
      12 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Normasliza ...tahulah...aku ...kau pening kepala telan panadol semalam sebab banyak ketawa...jadinya aku nak bagi rehat sikit perut itu...kang tak jadi buat kerja...bila anak murid tanya kenapa dengan cikgu aku ni...dari semalam asyik gelak seorang...seorang....jangan norma...puas pulak si penaluka bawa pergi hospital dengan basikalnya tu...hihihi
      12 hours ago · · 4
    • Akhtarullah Syihab NE....sy tersengih2 ni dok fikir mawar yang layu direndam ngan panadol...RMA...g spital ngan basikal....ishhh..meriahnya hari ni ngan bait2 lucu ni...
      12 hours ago · · 2
    • Normasliza Elyani aduhai kekandaku RMA,,tak tertelan panadol malahan terluah semula kerna tidak sirna jenakamu dari ingatanku,,hendak kutelan ubat yang menghentikan ketawa rasanya mujarabnya tiada jua,,,,kekeke!!!

      AS..memang pun tersangat meriah disini,,dengan karya2 yang indah dan jenaka yang menambat hati,,tak gitu?
      12 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Kerana kamu Syihab dah memunculkan diri makanya...kamu ciptakan serankap pantun atau apa saja...ye

      Duhai Akhtarullah Syihab yang tak kukenali,
      Tapi kini baru nak dikenali;
      Janganlah kau geli hati,
      Setega itu diremdamkan panadol oleh Elyani.
      12 hours ago · · 3
    • Normasliza Elyani hahaha,,,tegakah aku?????
      12 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Kamu dengan si penaluka sama aje setega itu...
      Sudahlah aku disumpah jadi kura-kura
      Kau setega itu hendak rendam mawar layu kedalam panadol
      Tahukah kau Normasliza Elyani
      Pabila kau rendam mawar layu itu hilanglah sakti nya
      Sekarang kerana kau setega itu aku sudah tiada penawar lagi
      untuk menghilangkan sumpahan itu ...sedihnya aku tinggal di sini...hihihi
      12 hours ago · · 4
    • Suzana Mohdshah rabeah adakah anda masih menjadi kura2 lagi.......rabeah cuba cari mana 2 manusia yg berani mencium cengkerang kamu pasti nanti kamu kembali menjadi manusia adikku......
      12 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Namun biarpun sumpahanku belum lagi hilang...aku masih berharap agar ada hamba Allah yang menyelamatkan aku dari sumpahan ini.. hihihi.
      12 hours ago · · 2
    • Normasliza Elyani hahaha,,,maafkanku duhai kekanda tak ku sangka itu penawar sumpahanmu,,(sambil gelak yang tiada henti jariku menaip,,dipandang pelik oleh anak murid,,gila ke apa cikgu aku nih???)
      12 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Duhai suzanaku...aku bukanlah si puteri yang cantik rupawan...siapalah yang sudi...sebab itu diberikan mawar yang dah layu kemudian sanggup direndam dengan panadol oleh sahabat baikku sendiiri...mana lagi...mana lagi...harus kupercaya kejujuran....hihihi
      12 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Gelaklah semahumu Elyani...apa tak mengajarke cikgu??? hihihi
      12 hours ago ·
    • Normasliza Elyani aduhhh,,,kena cari sang Penaluka Kersani ni,,untuk memujuk kekandaku yang rajuk hatinya,,,, (*_^)
      11 hours ago · · 1
    • Suzana Mohdshah penaluka kersani tolong tarik balik sumpahan mu .....kasihan adik ku ni sedih sekali bagaimana ya rupa kura2 yg sedang bersedih .....
      11 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Ye...ini gara-gara sumpahan si penaluka ...aku masih menunggu dia pulihkan aku sedia kala ...kalau tidak aku tak dapat hendak berkarya...hihihi setega itu dia dan kau Elyani...
      11 hours ago · · 2
    • Normasliza Elyani hehehe,,,,:)
      11 hours ago · · 1
    • Normasliza Elyani wahai kanda,,tahulah olehmu bukan tidak mengajar,,tapi sudah habis kelasku untuk hari ini,,jadi inilah masanya untuk berhibur dengan jenakamu,,:)
      11 hours ago · · 1
    • Suzana Mohdshah cepat2 timbullah cepat penaluka kersani .......entah2 kamu juga telah menjadi kura2 juga kah......
      11 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kanda suzana..kerana sudi simpati denganku...hari-hari sedih dan menangis hingga bengkak mata...sebab itu pakai cermin mata hitam biar orang tak nampak mata ku yang bengkak ...setega itu mereka ...siapa lagi...siapa lagi...haru kupercaya kejujuran....hihihi
      11 hours ago · · 1
    • Suzana Mohdshah sabar adikku .....lumrah sebuah kehidupan bkn mudah utk semua org menerima kita.......siti nurhaliza yg cantik rupawan pun bukan semua org suka..........
      11 hours ago · · 1
    • Normasliza Elyani wahhh,,kura2 yang bengkak matanya memakai cermin mata hitam,,ayu gitu!ekekeke!!
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Iye ke...terima kasih....!!! Tapi ayu tak ada gigilah...mana ada ayu...hihihi
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Nak baca syair dan puisi pun tak sedap didengar...lagi...dahlah mengarang tak boleh ...nak baca puisi dan syair pun tak boleh lagi...itulah penangan sumpahan penaluka...his...setega itu hatinya padaku.....hihihi
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali KUREDHA SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU

      Berburuk sangka amat kutakuti,
      Yang hanya ada di hati ingin berbakti;
      Ku tak tega menerima kata-kata meracuni hati,
      Rela kubisu dari menyakiti dan disakiti.

      Menabur budi bukan untuk menonjol diri,
      Tapi mahukan percambahan idea;
      Ilmumu ilmunya amat kuperlui,
      Akan kuhargai itu tandanya.

      Aku pun bukan insan yang sempurna,
      Kelemahan ku ada di mana-mana;
      Ilmuku tak banyak mana,
      Justeru kuperlukan bimbingan apa adanya.

      Jika kehadiranku tidak diperlukan,
      Bersedia aku membawa diri;
      Bukan kerana berperasangka keburukan,
      Tapi sejujurnya aku tak tega lagi memakan hati.

      Kusangkakan panas hingga ke petang,
      Tapi rupanya hujan di tengah hari;
      Apa dayaku kehilangan kasih sayang,
      Seorang kawan yang kusanjungi sepenuh hati.

      Jika ada ruang ingin kuberikan hati,
      Sebagai permohonan maaf dariku yang khilaf ini;
      Ku tak mahu berperangsaka hati,
      Rela hatiku hancur demi sahabatku yang baik hati.

      Permohonan maaf kupinta duhai sahabatku,
      Kuakui ketidak sempurnaan diriku;
      Yang tak tega dengan kata sebegitu,
      Ku amat malu dengan Tuhanku dalam hal yang tak dugaku.

      Apa saja hukuman dari sahabatku itu kuterima,
      Asalkan Tuhanku mengampunkan aku,
      Ku tak mahu masalah sekecil ini ke akhirat juga yang kubawa,
      Ku redha dan bersangka baik setiap kejadian yang berlaku.

      Karya: Rha NS
      10 Ramadhan 1432H
      11 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Macam mana dengan pantun karya ku ini duhai adikku tersayang Normasliza Elyani...
      (Kukarang di kala bulan mengambang penuh amat indah suasana di kala itu Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar)
      11 hours ago · · 1
    • Normasliza Elyani liked berjuta juta juta kali wahai kandaku Rabeah Mohd Ali,,,,:))
      11 hours ago · · 1
    • Normasliza Elyani tapi janganlah sampai hancur hatinya kakakku,,,sedih kumendengarkannya,,,:)
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali perkataan liked bahasa inggeris dilarang sama sekali penggunaannya ye...cikgu...jangan marah ye cikgu anak murid tegur...kita saling-saling tegur ye...anak murid pun banayk silap ejaan tersalah taip...hihihi
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Tengok tu..banyak jadi banayak....hihihi...sendiri salah sendiri jadi editor.....hihihi
      11 hours ago · · 1
    • Normasliza Elyani hehehe,,,tegurlah diriku andai ada kesalahan,,moga - moga dapat membantu berubah ke arah kebaikan,,:)
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Hang...merajuk ka..hihihi
      11 hours ago · · 1
    • Normasliza Elyani takde maknanya nak merajuk kak,,gelak lagi adaa! :)
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Senang hatiku bila dinda tak merajuk...sebab kalau dinda merajuk...kanda jauh darimu...lainlah kanda ada sayap ajaib boleh terbang dapatkan dinda....hihihi
      11 hours ago · · 1
    • Normasliza Elyani makhluk bersayap???tiba2 saja teringat makhluk dalam karya Ramlee Awang Murshid,,,:)
      11 hours ago · · 1
    • Akhtarullah Syihab hahahahahahaha...gelak je yang termampu buat masa ini
      11 hours ago · · 2
    • Akhtarullah Syihab x larat nak like
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Kanda sudah berikan macam-macam cerita dalam komunikasi kita ni...gelak-gelak juga...ye...justeru ada kerja sikit mu normasliza Elyani...dan siapa yang like (suka) kalau tak buat kerja yang diberikan ini...makanya malas nak sambung sendiri sambung ye....hihihi
      11 hours ago ·
    • Akhtarullah Syihab sy nak bygkan kura2 naik basikal pakai spek itam naik basikal g spital bwk mwar layu dlm rendaman panadol....boleh tak akak2?
      11 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Boleh...kalau itu bisa boleh membuatkan mu tergelak dan bisa mencetuskan ilham untuk berkarya silakan...kunantikan karyamu berpandukan cerita lawak di atas ye...inilah kerja yang mahu diberikan kepada mereka yang telah hadir di wall ini ye...karang jangan tak karang...inilah dinamakan dalam gelak ada ilmu dalam gelak kutip ilmu dalam gelak dapat ilham...sama-sama dapat ilham...sebenarnya setiap percakapan kita adalah ilham dan puisi indah biarlah lawak jenaka...harap ambil perhatian mereka yang tergelak-gelak tu ye...jangan marah....hihihi nak berehat sebentar sementara nantikan karya-karya mereka yang dah puas tergelak...hihihi
      10 hours ago ·
    • Akhtarullah Syihab malangnya...saya tak berjemari seni....
      10 hours ago ·
    • Normasliza Elyani kak Rabeah Mohd Ali,, teman dah tak larat nak bergelak ketawa,,semput dada rasanya,,nak sambung ceritera yang tercipta rasanya dah tak mampu,,,apa kata kita minta AS pula mereka ceritera seterusnya??bernas tak idea ku itu wahai kekandaku??
      10 hours ago · · 1
    • Normasliza Elyani Akhtarullah Syihab,,basikal tu boleh sewa dari Penaluka Kersani ya,,:)
      10 hours ago · · 1
    • Akhtarullah Syihab NE....jgnla...ceritera lucu saya hanya mengundang airmata je...hehee
      10 hours ago · · 1
    • Akhtarullah Syihab Wah...hebatnya nama....Walaupun penanya terluka namun karyanya seteguh kersani....
      10 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Tak...mesti bernas ok...kutunggu karyamu...lain kali jangan suka sangat dengar cerita lawak...sebab di sini lawak bukan sebarang lawak..tapi ianya ada udang di sebalik mee ...sekarang ni yang kutahu siapa yang sudah tergelak sakan...kenalah berkarya berpandukan cerita lawak di atas...kalau tak...nampaknya inilah lawak terakhir dariku ...hihihihi
      10 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Normasliza karangkan cerita, KURA-KURA SUMPAHAN SI PENALUKA
      Kalau tak siap hari ini tak apa kutenggu esok...nanti kalau dah siap setidak-tidaknya bolehlah kau ceiritakan pada anak muridmu ye...mereka pun nak tumpang gelakmu ye...barulah mereka tahu kenapa cikgu mereka tergelak hingga telan panadol...hihihi
      10 hours ago · · 2
    • Normasliza Elyani insyaAllah kak,,:)
      10 hours ago · · 1
    • Normasliza Elyani mohon mengundurkan diri,,ada kerja yang menanti,,lain kali berjumpa lagi,,,sambil berkarya sambil menghiburkan hati,,,:)
      10 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Jangan risau tika kau mengarang cerita sumpahan kura-kura ini...pasti kau tertawa terbahak-bahak... betul tak?? hihihi bukan senang nak cari pelawak merangkap gurumu merangkap kekandamu Elyani....percuma semuanya ...hihihi
      10 hours ago · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA KARYA KTIA)
    19 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;