Monday, 16 January 2012

MENGILHAMKAN PANTUN BERSAMA TEMAN FB RHA NS


MENGILHAMKAN PANTUN BERSAMA TEMAN FB

Penaluka janji ada bunyi kalau nak belajar,
Jangan malu jangan segan;
Saya juga baru nak belajar,
Kalau salah tolong ajarkan.

Tangan sudah seakan kaku,
Mari sini kutolong lembutkan;
Risau hatiku jikamu kelu,
Duhai Anida yang cantik rupawan.

Penaluka Kersani:

yang kaku itu tangan
yang merdu itu suaramu
ayuh kak nor berpimpin tangan
curahkan ilham mu tanpa jemu

Wah cayalah penaluka ku,
Penaluka dah pandai berpantun;
Sukanya dalam hatiku,
Kini ku nak dengar si anida pula berpantun.

Pena luka memerah otak tanpa henti,
Diperah-perah nak dapat ilham;
Dipandang bulan tak henti-henti,
Barulah datang segala ilham.

Penaluka Kersani

tepak sirih kuning suasa
buat meminang puteri pujangga
melihat bulan sayu terasa
wajah mu rabeah tiba-tiba terukir manja

Janganlah kau tunduk malu anida ku,
Belum cuba belum tahu;
Cubalah dendangkan pantunmu itu,
Pantunmu itu pasti menyukakan aku.

Masak lemak sambal ikan,
Dikail oleh si penaluka kersani;
Dapat ilham teruslah siarkan,
Jangan kami ternanti-nanti.

Jika wajahku mendatangkan ilham,
Hadirlah senyumanku untukmu;
Menemanimu semasa berilham,
Jangan hilang bulan hilanglah ilhammu.


Rha NS
16112
· · 13 hours ago

    • Penaluka Kersani terima kasih rabeah....
      12 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Dah pandai mengarang pantun ke belum,
      Kalau belum pandai kena juga pandai;
      Belajar biarlah sampai faham,
      Barulah senang nak mengarang nanti.
      (Hihihi)
      12 hours ago · · 1
    • Penaluka Kersani tengah-tengah study he3..
      12 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Kalau nak pandai berpantun,
      Bacalah pantun rabeah mohd ali;
      Sebab hari-hari karang pantun,
      Sapa yang baca pasti suka hati.
      (Hihihi)
      12 hours ago · · 1
    • Penaluka Kersani hehehe oraitttttt....cayalah..
      12 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Buat ayat jangan pening kepala,
      Janji ada bungyi di hujung ok lah tu;
      Kalau salah tak mengapa,
      Adatlah jadi murid baru.
      (Hihihi)
      12 hours ago · · 1
    • Penaluka Kersani terima kasih cikgu..he3.....bila lah dapat melepak kat PD ye.hu3
      12 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Kalau orang komplen buat tak tahu ja,
      Yang penting suka belajar pantun;
      Biarpun merangkak-rangkak mengeja,
      Lama-lama pandailah mengarang pantun,
      Ihihihi)
      12 hours ago · · 1
    • Penaluka Kersani betul tu cikgu rabeah...jauh tak pantai PD?
      12 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Anak muridku sekarang ni bukan waktu melepak ya,
      Cikgu sedang mengajar pantun;
      Belajar jangan main-main ya,
      Cikgu mogok tak mahu ajar pantun.
      (hihihi)
      12 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Ilmu pantun sudah diajarkan,
      Justeru dari sekarang mulakan.
      (Hihihi)
      Pantun 2 kerat (hihihi)
      12 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Rumah hamba dekat pantai PD,
      Di PD lah tempat hamba mengarang pantun;
      Tak percaya pergilah PD,
      Mesti banyak ilham nak buat pantun.
      (hihihi)
      12 hours ago · · 1
    • Penaluka Kersani jiwa runsing masih berlagu
      duduk tersimpuh berbaju kuning
      maafkan saya wahai cikgu
      badanku sakit kepala pening.( tu yg merapu je he3)
      12 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Anak muridku kau dah pandai senang hatiku,
      Janji ada sama di hujung pantun;
      Kau pasti suka kalau dah tahu,
      Hari-hari kau akan mengarang pantun.
      (Hihihi)
      12 hours ago · · 1
    • Penaluka Kersani terima kasih cikgu...he3
      12 hours ago · · 1
    • Penaluka Kersani mekasih cikgu he3
      12 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Hai...cikgu mengajar tak akan percuma je...bila nak buat bayaran gaji cikgu ye...hihihi bukan senang cari cikgu yang mengajar sepenuh kasih sayang ye...hihihi itu sebab anak murid cepat pandai ye...hihihi
      12 hours ago · · 2
    • Penaluka Kersani alamak cikguuu.....saye lum dapat kerja lagi..mcm mana?....karya pun lum pernah tersiar lagi di tv....kalau tak leh saye belanja cikgu makan di pantai PD.....ATAU ronda2 satu negeri sembilan hahahhhahahah
      12 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Kalau macam tu terima kasih aje lah ada ke patut ...gaji cikgu hendak sama dinilaikan dengan sepinggan mee mamak PD? Tak patut...tak patut....anak muridku ini...kedekut betul....hihihi
      11 hours ago · · 1
    • Penaluka Kersani ok2...pizza jom hahahhh
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Tak pelah cikgu ni orang kampung tak pandai makan pizza ye....hihihi
      11 hours ago ·
    • Penaluka Kersani emmmm...makan cucur kodok pandai tak cikgu....? haaa kita makan tu nak? ahhahahah
      11 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Tak apelah ye...cikgu belum tempah gigi palsu ye...tak dapat nak kunyak cucur kodok...tunggulah gigi palsu cikgu siap ye...hihihi
      11 hours ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    17 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;