Monday, 16 January 2012

MOGA ALLAH SAHAJA YANG MEMBALAS SEGALA KEBAIKANMU PADAKU


MOGA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA KEBAIKANMU PADAKU

Aku terperanjat gila apabila sahabat sepejuangan sepenulisan beritahu aku...namaku ada sebaris dengan penulis terkenal di Dewan Bahasa.

"Engkau ni biar betul? Aku tak percayalah.."
...
"Iye...kalau engkau tak percaya engkau belah dada aku ni...."

"Ok...aku percaya...."

"Engkau tengok kat mana?"

"Masa aku pergi Dewan Bahasa Dan Pustaka minggu lepas...naik terbuntang mata aku ni..."

"Engkau tu...terbuntang...aku ni lagi...mata ku berbintang-bintang dah ...naik pitam aku...."

"Tak caya engkau pergi sendiri Dewan Bahasa ...tengok sendiri betul tak kata aku ini...."

"Baiklah kalau tak betul ...tahulah aku...nak kenakan engkau"

"Silakan rabeah...engkau tengok sendiri...dah tengok baru kau tahu betul ke tidak cakap aku ini..."

Aku pergi ke Dewan Bahasa mencari buku yang dimaksudkan oleh sahabatku itu.

Alangkah terperanjatnya aku apa yang dikatakan oleh sahabatku itu bukan gurauan tapi benar...bagaikan kisah dongengan tapi benar...ilusi tapi realiti...betul ke yang aku tengok ni...tak sangka buah cempedak jadi nangka. Kusangkakan selama ini aku menulis tidak lah sehebat mereka yang sudah ada nama dan terkenal...tapi rupanya aku dihargai juga tulisanku yang tak seberapa ini.

Syukur Ya Allah Kau kurniakan aku bakat menulis walaupun aku serba tidak sempurna.
Dengan apa lagi yang hendak kubalas KasihMU padaku melainkan dengan Kesyukuran sebanyak-banyakNya.

Kepada sahabat seperjuangan ku yang setia menyokongku dari dulu hingga kini kuucapkan terima kasih tidak terhingga. Moga Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikanmu padaku duhai Ayahanda Chik!

Karya Rha NS
16112
· · · 4 hours ago

0 comments:

Post a Comment

 
;