Saturday, 21 January 2012

MEMBIAR YUSOF-KU DI TELAGA DALAM LEMAS AIRMATA

  • Panji Semerang berkuda terbang
    Sakuntala membaca alam
    Kau sengaja Galoh Chendra kirana
    sedang gusti Ratu di ambang rindu
    skadar mahu menatap sekejab waktu
     wajah sayu seorang kamu
    maafkan aku Sang Petala Dewa
    nyanyian gunturku mendetum
    guruhku tersenyum
    aku menghidu wangian setanggi
    dari getar puisi
    ombak resahmu gundah badaiku
    pasirku menanti, labuh sauhmu
    berpalinglah sebentar,
    melihat airmataku!
    · · · about an hour ago

    • You and 4 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali Air matamu yang setitis itu adalah keranaNya...
        Masya-Allah dapat memadamkan api neraka...
        Justeru selalulah kita menangis keranaNya...
        55 minutes ago · · 1
      • Rajendra Nath Tagore II subhanalLah...
        54 minutes ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Sama-sama muhasabah diri dan saling mengingati mati itulah yang sebaik perkara...
        51 minutes ago ·
      • Norliza Liza aduh pic ni....pernah ku kirim pda seseorg...
        47 minutes ago ·
      • Norliza Liza Biarlah air mata ini mengalir..
        Seperti kata-kata yang telah mencair..
        Air mata ini laksana penyair..
        Menyenandungkan melodi derita tiada akhir..

        Biarlah air mata ini mengeras jadi mutiara..
        Nampak indah luarannya saja..
        Namun didalam menyimpan beribu makna sebuah cerita lara..
        Angan tentang indah cinta dan khayal tentang mahligai asmara..
        Ternyata hanya keindahan asa..
        41 minutes ago ·
      • Rajendra Nath Tagore II Aku yang kau luka
        pedih rasa kau biar saja
        senyummu di ujung mata
        membiar Yusuf-ku di telaga
        dalam lemas airmata!
        40 minutes ago · · 1
      • Norliza Liza Sukar untuk aku fahami semua ini..
        Sungguh Berat daku menerima dugaan yg kau bagi..
        Tak sanggup aku meredah luka ini..
        Ujian cinta yg kuderita perlahan-lahan membunuh hati..
        38 minutes ago ·
      • Rajendra Nath Tagore II Jangan kau tanya pada titis air mata yang tumpah
        setelah janji yang kau persembah kau pijak-pijak
        jangan kau tanya luka di hati yang berdarah
        setelah cinta yang kau serah kau musnah
        jangan kau tanya duka di wajah
        setelah kasih yang kau curah kau dusta
        terkesima pada dungu cinta palsu
        terpesona pada bait bicara dan senyum palsu
        terleka pada indahnya cahaya
        terbuai pada hangatnya asmara
        rupanya cinta menjadi petaka
        kecewa bila dipersia!
        tersadar dari lena yang panjang
        rupanya aku tidak punya apa-apa
        tiada cinta tiada asmara
        hanya luka yang parah
        membengkak dan bernanah
        tak mampu ku tadah air mata yang tumpah
        empanganku pecah
        mataku basah!

        luka maha dalam membuak-buak darah
        pekat merah menyimbah tanah
        sekujur tubuh terbaring kaku
        denyut nadi semakin lesu
        memandang sayu jam-jam waktu
        penuh sendu!
        32 minutes ago ·
      • Norliza Liza Ruang wajahku yg basah oleh doa air mata cinta..
        Disekeliling bibirku bergerak seribu kata..
        Seraya mataku yg keredupan mengalirkan air mata..
        Walau tiada tiang harapan dalam doaku membina syurga kita..

        Kucuba memandang dikejauhan parasmu yg menggoda..
        walaupun jembatan kasih kita teramat jauh jaraknya..
        Daku percaya kuasa pencipta mampu mengalahkan segalanya..
        Doaku padaNYA semuga TAKDIR menjodohkan kita..
        26 minutes ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA GRUP PUISI ILAHI)
      21 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;