Friday, 20 January 2012

LENTERA SULUH BUDIMAN KASIH ADALAH KESATUAN



NIRVANA VII

Angin terus mengelus rindu
memupuk harapan pada pertemuan
bahawa sepi kadangkala indahnya mengguntur
 gema gemuruh kasihnya memetir
bagai sambaran kilat merentung
menghangus cinta dalam diri tanpa sisa
sehingga segala maya & nyata tiba-tiba tiada

Aku mencari Diri-ku pada cermin rindu
sekian lama wajah tiada Kau tatap dan ia suram bersama malam
dan buka-lah kembali denai-denai dulu yang pernah ku-lalu
Mesir bukan Aku kalau Nil-mu membeku
anggur bukan darah-ku kalau Piala kesatuan tiada di taman
bilang-lah Nirvana-ku bahawa tujuh adalah tujuan
dan jangan kau menangis kalau Aku hilang
tumpahkan airmata-mu cuma untuk Tuhan
kerna apapun takjub dan keindahan selalunya kepalsuan
sengaja di-salut agar ketakutan pada kematian di-lupakan

Ini-lah pengembalian pada rindu yang tak mampu ku-tahan
segala roma menahan perit, deritanya tiada kesudahan
kalau kerana cinta ujungnya kematian aku relakan
aku selalu lupa bahawa sirnanya indera, adalah permulaan
sehingga bila ujud-ku tiada pertanda fana
dan kita menjadi cahaya pada kemaknaan rahasia

O Kesatuan;
Alif-Mu Ahdiat keEsaan
buka-lah Ba Mu dengan barokah BismilLah
para hujaj akan berdatangan bagai titis hujan
letak-kan dahimu pada debu-debu ka'abah
kucup-lah rindumu pada hari-hari Arafah
Adam-ku pasti mendaki Jabal Rahmah
kesaksian liqa Hawa-mu pandang-lah
Inilah kesudahan
Inilah kematian
Kita hidup kembali berkekalan
pada sebuah jajaran kesucian
lentera suluh budiman
kasih adalah Kesatuan
kita adalah kebaqaan
airmata & Cinta selamanya tidak sia-sia
tinggalkan-lah segala
mari-lah ke Nirvana!

Rajendra Nath Tagore

· · · about an hour ago

  • You, Keris Abadi and Hurul Ain Al-hisyam like this.

    • Rabeah Mohd Ali Salam...apa kabarku rajendra?
      Moga sihat sentiasa roh dan akalmu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

      about an hour ago · · 1

    • Rajendra Nath Tagore II Waalaikummussalam.....hamba baik
      about an hour ago · · 1
    •  
      Rabeah Mohd Ali Alhamdulillah moga karya-karya yang diilhamkanmu ada Nilaian Di SisiNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      about an hour ago · · 1



  • (PETIKAN DARIPADA WALL PUISI ILAHI)
    21 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;