Wednesday, 18 January 2012

MULAI SAAT INI DAN DETIK INI KITA SAMA-SAMA BERUBAH DEMI MENCAPAI MISI DAN VISI KUMPULAN KARYA KITA - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA


Assalamualaikum semua sahabatku tersayang
Moga hari ini lebih baik daripada semalam
Moga hari ini bertambah membara-bara untuk berkarya
Karya yang menusuk kalbu karya yang bukan kelabu
Karya yang membuatkan mereka tak suka membacanya
Karya yang takkan ada bahasa-bahasa yang negatif
Karya yang takkan ada Bahasa Inggeris sepatah pun
Karya yang takkan ada tulisan ringkas-ringkas sepatahpun
Semuanya karya yang bernas-bernas dan puitis
Karya yang menusuk kalbu meresap di jiwa dan jasad

Kita memang tidak lari dari kesilapan tika berkarya
Kerana kita insan yang tak sempurna
Tulis ringkaslah...
Berbahasa Inggerislah
Tersalah taiplah
Berbahasa negatiflah
Mengumpat mengejilah
Berbangga dengan kepandaianlah
Dan bermacam-macam lagi kesilapan yang disedari ataupun tidak
Jika selalu diungkap tak ada apa-apalah
Dan takkan nak berubah
Makanya jadilah impian tinggal impian
Apa yang dimahukan oleh pengasas pertubuhan ini
Mulai detik ini dan saat ini kita sama-sama berubah
Demi mencapai misi dan visi Kumpulan Karya Kita - Bahasa Menunjukkan Bangsa

Sekiranya ada mana-mana ahli sudah ditegur masih juga melakukan kesilapan makanya tahulah apa admin mahu lakukan

Mana-mana artikel yang ada berbaur lari dari fokus sebenar perjuangan suci ini admin berhak memadamkan artikel tersebut daripada berada di dinding KARYA KITA kerana selagi disiarkan akan mencacat celakan dinding KARYA KITA
Dalam hal ini tidak terkecuali siapapun mereka samada admin ataupun peserta

Di kumpulan karya kita tak akan ada...
Jatuh menjatuh
Cantas mencatas
Hina menghina
Berbangga diri dengan ilmu yang tinggi

Yang ada di kumpulan Karya Kita hanyalah karya...karya...karya...
Karya yang menusuk di kalbu meresap di roh dan jasad

Setiap ahli amat dihargai, dihormati, disanjungi dan disayangi
Kehadiran setiap ahli amat bermakna
Lebih bermakna dengan karya-karya yang menusuk di kalbu
Lebih bermakna dengan kata-katanya yang mencetus inspirasi para ahli untuk berkarya...
Lagi-lagi karya....lagi-lagi karya...karya...karya...karya...
Karya yang ada isi
Karya yang berkualiti
Karya yang ingin dipersembahah kepada mereka yang tersayang yang masih hidup dan yang bakal ditinggalkan kepada cucu cicit makanya setiap apa yang ingin dipersembahkan fikirlah sedalam-dalamnya dulu
Bahasa yang tak cantik ...dicantik-cantikkan
Bahasa yang hodoh-hodoh jangan difikirkan sama sekali sebab buat orang jadi dungu
Bahasa yang menyakitkan hati simpan saja di hati muhasabah diri

Ayuh...para pejuang bahasa bangsaku semua...
Mari kita saling sokong menyokong
Merealisasikan misi dan visi KUMPULAN KARYA KITA - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA
Menjadi Kenyataan!
Moga menjadi kenyataan bila tiba masanya...
Hanya Dia Yang Maha Tahu bila tiba masanya menjadi kenyataan
Asalkan kita saling bersangka baik sesama sendiri
Bersangka baik kepada Allah
Moga Allah perkenankan hajatku hajatmu hajat kita semua hajat anak cucu cicit kita
Amin Ya Rabbal A'Lamin
· · · 2 hours ago

    • Diari Amirdza waalaikummussalam wth...amin..
      2 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih mirdzaku kerana sudi memahami apa yang tersirat di kalbuku...syahdu...pilu...Syukur Alhamdulillah. Moga Rahmat Allah tercurah padamu sekeluarga . Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      2 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih nanda Wildant Ahmad kerana sudi menghayati isi kalbu bunda...selamat sore...selamat bersarapan pagi selamat berkarya...karya...karya...lagi...lagi karya...
      2 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Ad Rahman kerana sudi membaca dan menghayati apa yang tersurat dan tersirat moga kau mempertimbangkan permohonan apa yang tercatat di atas ye....kalau tak sudi nak timbang pun tak apa...ye...jangan pula sampai sakit kepalamu untuk menimbangkan sedalam-dalamnya ye...siapalah aku tapi demi misi dan visi kumpulan Karya Kita...kugagahi juga mencoretnya di dinding Karya Kita untuk dikongsi bersama semua admin dan ahli...harap jangan ada yang berkecil hati pula ye..kumohon maaf jika ada bahasa-bahasaku yang tidak enak didengar dan dibaca....kalau ada segera beritahu aku..boleh kuperbetulkan...
      2 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih pada Fahimah buah hatiku pengarang jantungku...kerana sudi membaca isi hatiku...moga kau sentiasa memberi sokongan pada Kumpulan Karya Kita ye...berjanjilah padaku sayangku....
      2 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Jasmawati Othman kerana selalu sudi menerima karyaku apa adanya...sokonganmu padaku buatkan aku terharu dalam sendu...biarpun suara kalbumu tak pernah kudengari tapi...aku rasakan seperti ada pertalian yang dalam antara kita berdua antara hatiku dan hatimu...jika kau ada saat ini kan kubelanjamu nasi lemak hasil air tanganku sendiri teristimewa buatmu sayang....
      2 hours ago ·
    • Diari Amirdza amin ya Rabbal A'lamin....^_^
      2 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Oh! Mirdzaku berilah pandanganmu apa yang kucoretkan ini ye...sayang...
      2 hours ago · · 1
    • Diari Amirdza inilah hakikat kegilaan kita bersama...berkarya dan terus berkarya...namun aku tak boleh lama kerna tugasku menanti disana...(nun di ceruk dapur...ehehehe)
      2 hours ago · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN KARYA KITA - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA)
    19 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;