Thursday, 19 January 2012

PECINTA KARYA SASTERA ADA DI KUMPULAN KARYA KITA - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA

  • PANTUN KARYA SENIKU

    Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata,
    Assalamualaikum teman facebook ku;
    Di alam maya kita berkata ,
    Tanpa suara namun dekat di hatiku.

    Doakan aku duhai teman facebook ku,
    Agar karyaku dilamar usahawan berjaya;
    Jadi realiti impianku,
    Karya tersimpan hendaknya berjaya.

    Aku berpantun dengan teman facebook ku,
    Bukan untuk membangga diri;
    Idea tercerna antara mereka dan aku,
    Gembiranya hati tidak terperi.

    Bersahabat atas dasar keikhlasan,
    Bukan untuk mendapat balasan;
    Menjalinkan talisiraturrahim tiada alasan,
    Moga keberkatan sebagai balasan.

    Terima kasih duhai saudaraku,
    Kerana terimaku sebagai sahabatmu;
    Perjuanganmu perjuanganku,
    Moga persahabatan janganlah jemu.

    Aku menulis sejak dulu,
    Karyaku tersimpan di galeriku;
    Bila kutiada untuk generasiku,
    Lambang cinta abadi dariku untukmu.

    Aku menulis bukan kerana nama,
    Tapi mahukan karyaku ternama;
    Aku dan pembaca saling bekerjasama,
    Agar penulisan senada seirama.

    Ketika bulan purnama aku berkarya,
    Penaku disinari cahaya rang bulan;
    Seronoknya aku bila berkarya,
    Tersyahdu aku keindahan bulan.

    Tersyahdu aku keindahan bulan,
    Bulan purnama sumber inspirasiku;
    Bercita-cita menggapai bulan.
    Kugenggam bara menjadi abu.

    Bahagia hidup saling hormat menghormati,
    Bahasa yang sopan pengubat hati;
    Sebelum berkata perlu diteliti,
    Indahnya bahasa diingat hingga ke mati.

    Sampai mesej biar betul,
    Jangan suka menabur fitnah;
    Hina menghina patut diperbetul,
    Berbudi pekerti tinggi tidakkan musnah.

    Kata-kata indah pengubat hati,
    Seperti berada di Taman Syurga;
    Dalam perbalahan tiada yang menang,
    Justeru betutur katalah seperti penghuni Syurga.

    Dalam kata-kata ada pahala dan dosa,
    Anda pilih yang mana satu;
    Kata yang salah tetap berdosa,
    Mendapat Syurga itu yang dimahu.

    Kehidupan dipenuhi dengan cita-cita,
    Disebatikan dengan bunga-bunga cinta suci;
    Antara cinta dan cita-cita,
    Capailah cita dan wangikan dengan cinta suci.

    Kehidupan dunia indah dan mengasyikkan,
    Kehadiran bulan dan pelangi penyeri hidup;
    Kasih mengasihi atas dasar keikhlasan,
    Bercinta kerana Allah kebahagiaan hidup.

    Di siang hari diserikan pelangi,
    Di malam hari disinari bulan;
    Cinta yang murni terus mewangi,
    Puisi cinta terpancar di bulan.

    Kutuliskan puisi cinta buat kekasihku,
    Samada kau mengerti ku tak tahu;
    Cintai aku setulus hatimu itu mahuku,
    Terpateri cinta hingga ke Syurga doaku.

    Jangan kau kunci pintu cintamu,
    Berilah peluang menerima cinta;
    Pemuda cintakan Allah layak untukmu,
    Pasti hidupmu diselubungi kesucian cinta.

    Cinta mencintai kerana Allah Yang Esa,
    Al- Quran sebagai bukti cinta suci;
    Kenikmatan cinta suci akan dirasa,
    Penyatuan cinta roh dan jasad jadi serasi.

    Cintailah aku seperti cinta penghuni Syurga,
    Kerana cinta penghuni Syurga tak pernah luntur;
    Cinta kerana Allah yang ada di Syurga,
    Serahkan pada Allah kerana Dia Maha Mengatur.

    Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku,
    Hatimu terluka boleh diubati;
    Dalam bercinta penuh berliku,
    Cinta berdasarkan iman itulah dihajati.

    Cintaku berada di dalam bara,
    Bara gelombang ombak mengganas;
    Cintakan akhirat pasti gembira,
    Kerana cinta akhirat berfaktakan yang bernas.

    Syahdu sungguh senja di pantai,
    Disyahdukan lagi suara azan;
    Walau di mana solat diingati,
    Moga di hari mati dalam keredhaan.

    Kutinggalkan ilmu bukan dibanggai,
    Hanya semata kerana Allah dicintai;
    Moga pembaca mendoakanku nanti,
    Sebar luaskan karya ku ini.

    Yang baik itu datangnya dari Allah,
    Yang kurang itu dari kelemahanku sendiri;
    Ampunkan aku sekiranya tersalah,
    Sampai di sini aku mengundur diri.

    Karya Rha NS
    5 Mac 2011
    · · · 6 hours ago

      • Akhtarullah Syihab x cukup nafas kak......
        6 hours ago · · 2
      • Din Kelate subhanallah...syabas atas hidangan yang sempurna ini...sukar terucap kata-kata dikala daku diam menghayati.....
        6 hours ago · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Nak buktikan pada Ad akan kebenaran kata-kataku mahu gegarkan dinding Karya Kita ni sampai tak cukup nafas dan tak terlarat nak hayati....karya-karya ku ini....hihihi . Apapun terimakasih pada Syihab dan Din Kelate...atas kesudian membaca karyaku...moga Allahlah membalasNYa. Amin.
        6 hours ago · · 2
      • Normasliza Elyani Kak..benar-benar buat jantungku lari denyutan biasa..:)
        3 hours ago via mobile · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Kalau jantungmu lari dari skala biasa...aduhai puas pulak aku nak panggilkan doktor untuk merawatmu agar jangan cepat berhenti berdegup...hihihi
        about an hour ago · · 2
      • Normasliza Elyani hehehe,,,sempat ke doktor datang,,bukan dia kena kayuh basikalkah??ekeke,,:)
        about an hour ago · · 1
      • Ad Rahman Bagus jika dinding karya kita boleh bergegar. Tapi jangan digegar dengan kuantiti saja. Sebaiknya digegar dengan yang kualiti. Tidak gitu Rabeah?
        about an hour ago via mobile · · 1
      • Ad Rahman Saya suka berkata benar tanpa berselindung, ia lebih jelas dan padat. Jika tak, saya lebih suka berdiam atau bergurau senda. Itu lah saya ;))
        about an hour ago via mobile · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Baguslah apa yang kau fikirkan bagus Ad...aku ni sekadar mahu mencetuskan mereka untuk berilham secara santai-santai dulu....bolehkan Ad....hihihi
        about an hour ago · · 1
      • Akhtarullah Syihab saya perati jer..hehe..mcm selalu
        about an hour ago · · 1
      • Ad Rahman Kumpulan ini juga dindingnya adalah milik ahli semua. Bebas untuk berkarya juga mengketengahkan bakat di atas landasan yg sudah sedia tertera. Selagi ia tidak terkeluar, silakan. Tapi jika terkeluar, baru lah para admin akan keluar buat mengambil tindakan, demi memastikan, ahli yg lain berkarya di dalam suasana yg aman dan muhibah. KARYA KITA, milik kita semua!
        37 minutes ago · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Para admin akan keluar ambil tindakan ke mahkamah ke Ad....janganlah sampai gitu sekali....aku ngak bisa...gitu...takut aku jadinya....hihihi
        34 minutes ago ·
      • Ad Rahman He he salah tekan
        30 minutes ago via mobile · · 1
      • Ad Rahman Tergantung kesalahan, akan di bawa ke Mahkamah atau ke Mak Salmah
        29 minutes ago via mobile · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Ke mahkamah Admin Luna Lola & Cato Enzo ke...aku seriau dengan mereka berdua...tegas sekali menjalani tugas hihihi tapi aku tahu hatimereka selembut salju....hihihi
        26 minutes ago · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Kalau boleh aku mahu sangat lihat semua wajah-wajah admin kesayangan ahli Karya Kita senyumannya semanis gula-gula ...boleh ngak.... Ad...?
        24 minutes ago · · 2
      • Ayahanda Chik Jom bersemuka pada 28hb. Januari 2012 (Sabtu)....di Karnival Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam....ada berani???
        16 minutes ago ·
      • Ad Rahman Oh bab ni kita tak bole paksa mereka mendedahkan hak mereka. Menghormati hak lain, adalah antara ciri-ciri mulia budaya bangsa kita. Lagi pun matlamat utama kita di sini bkn hendak mengenali mereka secara peribadi selain karya mereka. Melalaui itu kita bersatu berjuang. Jika ditakdirkan orang itu sudi hendak mengenali kita secara peribadi, alhamdulillah. Jika tidak, tidak mengapa.
        11 minutes ago via mobile · · 2
      • Ayahanda Chik
        Ad Rahman.....jangan salah faham dengan kenyataan Ayahanda Chik di atas tuu....tujuannya nak ajak semua sahabat Karya Kita berkumpul pada hari tersebut....siapa yang senang silakan kerana selain bersantai, banyak ilmu ada di situ.....bagi ...yang baru nak menjinakkan diri dalam bidang penulisan...di sini ada ramai penulis dan 'editor' yang boleh kita jumpa selain Alaf 21 sebagai penerbitnya....ada banyak majlis diskusi antara penerbit dan penulis....semuanya PERCUMA.....sila ambil peluang ini untuk mengembangkan kerjaya penulisan kita.....insyaAllah....sekadar pandangan sahaja.....^_^....See More
        5 minutes ago · · 1

    • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN KARYA KTIA)
      19 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;