Friday, 20 January 2012

SENYUMKU SENYUMMU DI MUSIM TENGKUJUH KUPASRH DAN REDHA KERANA APA YANG TERJADI ADA HIKMAHNYA


  • Ya diriku...
    mohon bumi ini berteriak merdu...
    berlagu syahdu ditelingaku...
    kerna aku tak mahu tahu...
    akan keresahan dijiwaku...
    ...
    mengapa..
    mengapa mereka bertelagah...
    menghantuk nafsu serakah...
    membakar api amarah...
    membinasa membawa gundah...

    sesungguhnya...
    aku ingin lari dari kepiluan...
    yang terlalu jahat membuatkan...
    ku terkedu ketakutan...
    melihat mereka kerakusan...

    melihat mereka berlaku kejam...
    tertusuk hati bagai ditikam...
    oleh sembilu yang paling tajam...
    hingga hancur remuk dan redam....

    apakah...
    apakah dunia ini harus dikongsi...
    yang menjengukku setiap kali...
    ku bukakan mataku ini...
    masih adakah pasrah dihati...

    persoalan demi persoalan....
    mengganggu menggugatkan.....
    merenyukkan kebuntuan....
    bertambah hilang sepicis keimanan...

    oh Tuhan...
    tolong aku ini Tuhan...
    aku lemah menyaksikan...
    insan-insan yang mementingkan...
    diri sendiri dari persahabatan...
    See More
    — with Sabri Basir and 21 others.
    · · · 19 hours ago ·


      • Chenta Nur Iris t.ksh kak :)
        19 hours ago · · 2

      • Nurfiz Nataysha Nabilla tQ Diari..
        19 hours ago · · 2

      • Pangestu Kurnia Endang Terima Kasih Kak Diari... Kata-kata Penuh Hikmah .... Selamat Siang Kak...
        19 hours ago · · 2

      • Diari Amirdza sama-sama kasih...ayuh kita eratkan persahabatan kita ini kerana Allah....^_^
        19 hours ago · · 2

      • Arms Ganu WI thanks sis,
        19 hours ago · · 2

      • Bayang Amirdza kuatkan semangat....ingat selalu Allah senantiasa bersama....Diari Amirdza
        19 hours ago · · 2

      • Abi Hurairah Sama2 kite hayatinye..t.ksh..:-)
        19 hours ago · · 1

      • Suzana Mohdshah diari.....sebenarnya diari tgk betul2 dan jgn terus menghukum.tempat yg kita berkumpul itu tidak salah.......mmg sedih hati ini bila melihatnya ....bila bertelingkah sesama sendiri.kita semua sedang dan baru belajar .kenapa salahkah kalau ada yg menegur.diari mulai hari ini marilah kita bersatu kembali ....lupakanlah perkara yg telah berlaku itu kita bina hidup baru ya .sayangilah kumpulan kita yg baru belajar merangkak itu .......
        19 hours ago · · 1

      • Diari Amirdza kak Suzana Mohdshah....tak mengapalah...beri peluang dan ruang untuk saya...saya langsung tak maksudkan akak dlm puisi saya ni...harap akak faham ya...
        19 hours ago · · 1

      • Anna Maniez askum,sngguh mnggtrkan hti'ku....akak
        19 hours ago · · 1

      • Diari Amirdza waalaikummussalam dik Anna Maniez...^_^
        19 hours ago ·

      • Aisha Zamrie salam n selamat ptg Diari Amirdza...tkasih kerna msh sudi tag pic yg cantek2 kat Aisha Zamrie...
        19 hours ago · · 1

      • Diari Amirdza salam..selamat petang juga Aisha Zamrie....sama2 kasih...mmg itu niat sy,ingin berkongsi kegembiraan dan keindahan bersama2 teman2 saya..^_^
        19 hours ago · · 3

      • Suzana Mohdshah sebenarnya diari bumi mana yg tidak d timpa hujan kita ni manusia sentias melakukan kesalahan.bagi pihak akak tiada menjadi masalah utk sesiapa menegur kalau kita rasa menyakitkan hati kita sendiri dan tap perlu d war2 kan .kan akhirnya memakan diri sendiri.....
        19 hours ago · · 2

      • Aisha Zamrie hnye TUHAN yg dpt membls kebaikkan mu prenz....
        19 hours ago · · 1

      • Azmy Jsh Dlm dunia persahabatan yg penuh dgn berbagai baik dan buruk,kita haruslah sentiasa berwapada dgn apa yg dtg pada kita,sahabat yg baik kan membuat kan diri,hati kita akan menjadi baik,manakala jika kita mendapat sahabat yg tak baik,sebaliknya lah.oleh itu sama2 kita berhati2 dlm memilih antara sahabat atau kawan..carilah sahabat yg boleh menjurus kan kita kearah atau pun kejalan yg diredhoi oleh Allah S.W.T..insha Allah.
        19 hours ago · · 2

      • Anna Maniez akak sbuk apa in...
        19 hours ago · · 1

      • Diari Amirdza tak mengapalah asal kita sedar bahawa diri kita ini sama saja disisi Allah,Dia tidak membeza-bezakan hamba2Nya,justeru itu sandarkanlah padaNya agar tenang hati dan damai dijiwa.....
        19 hours ago · · 3

      • Akhtarullah Syihab penuh pesona....@Diari Amirdza....
        18 hours ago · · 2

      • Farid Sham thanks maknyer... (' ',)
        18 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Senyumku Senyummu di musim tengkujuh
        Kupasrah dan redha kerana apa yang terjadi ada hikmahNya
        Rasa damaimu rasa damaiku
        Tenang....bahagia hanya Dia Yang Maha Tahu.

        10 hours ago · · 2

      • Bayang Amirdza sorong papan tarik papan , Buah keranji dalam perahu , suruh makan memang ramai yang kedepan , tapi adab berkawan ramai yang buat tak tahu....
        4 hours ago · · 3

      • Akhtarullah Syihab kurang rasa memberi dan menerima...sepenuh rela...gemar membesarkan titik beda yg ada...sampai bilapun takkan jumpa titik temu....berantakkanlah ukhwah....
        2 hours ago · · 3

      • Diari Amirdza semoga apa yg berlaku tempohari menyedarkan diri ttg sesuatu seterusnya memberi pengajaran dan ilmu buat diri sendiri agar lebih berhati2 meski pada yg bergelar 'kawan sendiri'...insyaAllah....
        53 minutes ago · · 3

      • Suzana Mohdshah sebenarnya kita kena ingat ....kita buat ni untuk apa.....saja suka2 atau nak mencari nama.....sebenarnya kalau hati suci dan bersih pabila di tegur kita cuba muhasabah diri.bukan sepatutnya kita mencari masalah......dari kecil menjadi besar ....dari seorang tahu ....sekarang semua orang tahu ....renung2kan lah.kita sepatutnya bersatu hati cuba tengok semut-semu yang kecil itu tengok cara mereka bekerja ....
        35 minutes ago · · 2

      • Diari Amirdza insyaAllah....hidup ni sentiasa memberi pengajaran pada saya yang masih mentah ttg hidup ni....setiap sesuatu terselit hikmah dan pengajaran dan saya bersyukur untuk mengetahuinya,memberikan saya lebih makna dan warna tentangg kehidupan ini....
        15 minutes ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Amirdza kulihat ada ketenangan di mata hatimu..lalu kuberyukur pada Tuhan mengurniakan aku teman sebaikmu terima aku apa adanya.
        6 minutes ago ·

        • Akhtarullah Syihab dunia....dunia....dunia....
          about an hour ago · · 1
        • Hisham Sham tegur menegur nasihat menasihati dlm persahabatan mmg ada keperluannya pada kita semua...namun begitu kita kena juga memahami erti persahabatan yg terbaik lagi indah...apa pun terima kasih Diari Amirdza ayu dgn kata nukilan ini....ia ada berbeza sedikit dgn yg lain...pelbagai...tapi kesan yg mendalam pada persahabatan..terima kasih ayu...
          about an hour ago · · 1
        • Akhtarullah Syihab diam menyimpan hikmah...banyak berkata banyak salahnya...banyak pula yang terluka...Tuhan jadikan perbedaan untuk kita mencari keserasian...saling melengkapi segala kekurangan..bukan saling menjulang kehebatan diri...segalanya pinjaman dari Dia...kita datang dan pergi nanti tanpa memiliki....wallahuaklam
          about an hour ago · · 1
        • Rabeah Mohd Ali
          JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI

          Bismillahirrahmanirrahim

          Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
          Kau terimalah taubatku
          Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
          Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
          Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
          Kerana niatku berhidup di bumiMu ini ingin berbuat baik denganMu dan hambaMu
          Tiada niat untuk berlaku zalim padaMu dan pada sekalian hamba-hambaMu

          Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
          Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumiMu ini
          Matikan aku dalam keadaan
          bersujud padaMu
          membaca QalamMu
          berzikir padaMu
          berkata yang baik-baik
          menulis yang ada nilaian di SisiMu
          berbuat kebaikan
          bersangka baik denganMu dan manusia

          Ya Allah Tuhan Yang KuCinta
          Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
          Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
          LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
          Jika itulah yang dapat kulafazkan
          Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
          Akulah hambaMu yang bertuah
          Kerna aku mahu mati dalam redhaMu

          Ya Allah Aku HambaMu Yang Terlalu Hina
          Kerana amalan tak seberapa ingin masuk SyurgaMu
          Amalan tak setimpal dengan balasan SyurgaMu
          Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
          Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
          Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
          Tapi semuanya keranaMu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
          Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan SyurgaMu
          Tapi semata kerana mendapat redhaMu ...mendapat balasan cinta dariMu

          Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
          Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
          Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
          untuk mendapat redhaMu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka
          yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaanMu ini

          Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redhamu
          Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumiMu ini
          Amin Ya Rabbal A'Lamin

          Karya Rha NS
          5 Oktober 2011
          See More
          about an hour ago · · 2
        • Hisham Sham penuh keinsafan diri ....ia mengingatkan kita jua...terima kasih Rabeah mohd ali....
          about an hour ago · · 1
        • Rabeah Mohd Ali Sama-sama ye mencari keredhaan Illahi. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
          about an hour ago · · 2

      • (PETIKAN DARIPADA WALL DIARI AMIRZDA)
        21 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;