Sunday, 15 January 2012

TIDAK MAHU MENAPAK BERSAMAKU?


Tidak mahu menapak bersamaku?
mencari Simuragh yg merindu?
helai indah sayapnya jatuh
ke riba mlm di pelantaran
kemilau bulunya memecar biasan
...
Tidak mahu menderap bersamaku?
mengikut Hudhud menelusuri rindu
kerena Parlimen Burung telah setuju,
Attar dari Naisabur mencium-Mu
menjejaki denai-denai waktu
agar kasih tidak membeku

Tidak mahu melangkah bersamaku?
melangkaui tanjakan kerikil tajam
lembah curam gaung dalam
bahawa semangat Peshawar menjalar
Masjid Kandahar menghadiah mawar

lirik-lah ke langit
Hamalatul Arasy menanggung Kursy
Qalam Nun-Nya terdiam

Isrofil terbungkam
Mikail memandang
Jibril belum pulang

AKU melangkah datang
mencari tambang
dari mangkuk kepengemisan
keCINTAan!
S
www.youtube.com
Quotes and poems from various sufis. Enjoy! Sufi Wisdom ( Rumi, sufism, Islam... etc )
· · · · Yesterday at 12:20pm

  • You and 8 others like this.

    • (PETIKAN DARIPADA GRUP PUISI ILAHI)
      15 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;