Tuesday, 17 January 2012

LOGO KARYA KITA BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA


Selamat pagi rakan semua. Moga hari ceria sentiasa ;)
· · · 6 hours ago near Changi Village, Singapore

    • Rabeah Mohd Ali Insya- Allah sentiasa ceria...kerana di dinding," Karya Kita" telah di sinari pelangi cinta tak percaya logo pena cinta tusukan kalbu
      6 hours ago · · 2
    • Ad Rahman Cantik mana dari yg atas?
      6 hours ago via mobile · · 1
    • Rabeah Mohd Ali akan dibaca dan ditulis oleh semua ahli karya kita mulai saat ini dan detik ini dan selamanya...Insya-Allah akan sampai ke matlamat misi dan visi kumpulan ini. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      6 hours ago ·
    • Fadiyanur -fad CINTAILAH SENI PENULISAN.
      karyaku melambangkan cintaku padanya,
      hasilnya melambangkan kasihku padanya,
      setiap yang terlahir adalah cinta ku padanya,
      itulah sinar kasihku padanya.
      KARYAKU, ADALAH CINTAKU.
      6 hours ago · · 3
    • Rabeah Mohd Ali Kata-kata yang menusuk kalbu ..naik seriau tenggukku duhai Fadiyanur -Fad....macam senada dan serima je bungyi kata-katamu itu duhai sahabat pecinta seniku senimu...
      6 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Moga dengan adanya logo ini ...akan menjadi satu motivasi untuk kita semua terus dan terus melangkah merealisasikan impian hingga sampai matlamat sebenar...masa tak menunggu kita kerana dia tidak kenal kita...
      6 hours ago ·
    • Fadiyanur -fad Ad Rahman..kedua-duanya cantik..setiap logo ada kelebihan yang tersendiri, dan maksud tersendiri..
      seperti logo sebelum ini, ianya melambangkan jiwa seorang seniman, kerana ianya nampak klasik, cantik, dan penuh persoalan. mempunyai jiwa yang lembut dan harmoni.
      manakala logo yang ini, melambangkan rasa kasih, cinta kepada karya seni yang terhasil. ianya mengambarkan betapa minatnya seorang itu pada penulisan yang dihasilkan. rasa jatuh cinta pada karya-karya yang terhasil. dan begitu mencintai karya seni penulisan.
      ^_^ ini sekadar pandangan saya kepada kedua-dua logo itu. kedua-duanya, mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat. dan cukup unik.
      6 hours ago · · 3
    • Rabeah Mohd Ali Masa akan terus beralalu pergi dan kita pula makin mendekat untuk bertemuNya...justeru masa yang setitis ini jika tidak digunakan selayaknya amatlah rugi kita ...matlamat dan impian cuma tingga impian yang tak akan jadi nyata...
      6 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Sebagai langkah pertama sebelum bersiaran setiap hari hendaklah disiarkan logo .PENA CINTA KALBU sebagai motivasi kepada semua penulis KARYA KITA...sekadar pandangan daripada seorang hamba dan pecinta sasteraku duniaku sasteramu minatku.
      6 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali SASTERAKU DUNIAKU SASTERAMU MINATKU SASTERA UNTUK SEMUA
      6 hours ago · · 2
    • Fadiyanur -fad hargailah tiap detik waktu yang ada, cintailah tiap detik waktu yang tersisip, kasihi dan rinduilah tiap saat yang berlalu..jangan mensia-siakan apa yang masih tinggal..hargainya dengan sepenuh hati dan jiwa.
      6 hours ago · · 2
    • Normasliza Elyani Selamat pagi ad..selamat pagi kawan-kawanku...:)
      6 hours ago via mobile · · 2
    • Suzana Mohdshah selamat pagi elyani dan selamat pagi buat teman2 d sini .
      6 hours ago · · 3
    • Ayahanda Chik selamat pagi semuanya....moga semangatnya terus gah sehangat mentari pagi yang bersinar......
      6 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Karyaku duniaku karyamu minatku,
      Apabila berpena menusuk kalbu;
      Dihayati dibaca rasa tak jemu,
      Itulah kehebatan karya menusuk kalbu.
      6 hours ago · · 3
    • Fadiyanur -fad selamat pagi semua...^_^
      6 hours ago · · 2
    • Ad Rahman Selamat pagi semua, ya logo ini di antara logo koleksi kumpulan kita. Di masa akan datang akan dicipta lagi buat koleksi, bila ilham datang menjelma. Benar Fadiyanur, setiap logo ada makna yg tersurat dan tersirat. Moga di suatu ketika nanti, perjuangan kita akan diikhtiraf dan diturut serta mereka-mereka yg mana hari ini, kita bagi mereka adalah cuma satu bahan ketawa. Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengingatkan mereka, jika hati teringin hendak ketawa, pergi nonton Raja Lawak bukan pada perjuangan yg mulia. Saya tidak mahu ikut serta kalian ketawa, kerna saya tidak mahu di belakang hari, anak cucu cicit saya pula jadi bahan ketawa bangsa asing. Selamat berjuang rakan semua!!
      5 hours ago via mobile · · 3
    • Luna Lola Syabas Ad Rahman.
      5 hours ago · · 2
    • Fadiyanur -fad insyallah..
      5 hours ago · · 1
    • Ad Rahman Makasih kak Luna
      5 hours ago via mobile ·
    • Rabeah Mohd Ali Kalau ketawa bertempat boleh kan...! Nanti si pengarang jadi tekanan pulak...kalau tekanan tak dapat idea nak mengarang kan...kan..!!! Kalau ketawa bertempat wajah jadi awet muda...mulakan dengan harimu dengan senyuman pasti idea datang mencurah-curah seperti air terjun niagara...berikan senyuman kerana senyuman satu sedekah!Ketahuilah kusayang semua di Kumpulan Karya Kita...kerana kalian semua adalah penulis ...minat menulismu sama denganku justeru aku tak salah memilih kalian menjadi rakan seperjuanganku!
      5 hours ago · · 3
    • Normasliza Elyani Jika dalam hikayat pernah menyebut..hang tuah berkata takkan melayu hilang di dunia...tapi bagi saya bahasa melayulah yang takkan hilang andainya kita sentiasa memperjuangkannya untuk warisan anak cucu kita..
      5 hours ago via mobile · · 3
    • Normasliza Elyani Sedangkan bangsa asing pun berlumba-lumba untuk mempelajari keindahan bahasa kita..kenapa pula kita yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda mahu menidakkan bahasa yang sebegitu indah..
      5 hours ago via mobile · · 3
    • Ad Rahman Bnyk cerita lawak di luar sana. Di sini kita bkn pelawak tapi pejuang!!
      5 hours ago via mobile · · 3
    • Rabeah Mohd Ali Allah temukan kita semua pasti ada hikmahnya...inilah hikmahnya untuk memperjuangkan bahasa warisan anak cucu kita...betul tak Normasliza Elyaniku?
      5 hours ago · · 3
    • Normasliza Elyani Betul kak..saya belum berkahwin..tapi apa yang pasti jika suatu hari nnt saya berkahwin dan punyai anak..saya tak mau anak itu terlalu mengagungkan bahasa lain..bukan saya anti dengan bahasa lain..tetapi saya mahu mereka memperhalusi dahulu bahasa yang sangat saya cintai dan bakal saya wariskan untuk mereka..
      5 hours ago via mobile · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Sebelum menuturkan bahasa kalbumu itu ...fikirlah dulu sedalam-dalamnya kerana bahasa yang ingin disiarkan di dinding KARYA KITA ini akan dibaca oleh generasi kini dan anak cucu cicit kita nanti...jadinya bahasa indah kalbu mu itu amat dinantikan...berharga lebih daripada sebutir permata...dari sebutir permata bahasamu itulah yang akan mengubahkan segala-anya dan secara tidak langsung akan tercapailah misi dan visi kumpulan KARYA KITA ditubuhkan.
      Saya percaya KUMPULAN KARYA KITA ditubuhkan oleh pengasasnya bukanlah untuk suka-suka tapi adalah untuk berjaya! Dan saya percaya dan menyokong 100%!Dan saya harap anda pun begitu juga ye...
      5 hours ago · · 2
    • Zahidah Angah Noriko cantiknya :)
      5 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Waduh! Normaslizaku...terharuku dan tertusuk kalbuku lagi...dan lagi...hingga semangat membara-bara untuk berkarya yang indah-indah agar semuanya menusuk kalbu...terima kasihlah kepada pengasas Karya Kita ini dengan kretiviti ciptaan logonya itu telah membuka satu demensi baru pada api perjuangan yang tak akan padam sampai terhenti nafas terhentilah pena...Insya-Allah!
      5 hours ago · · 1
    • Normasliza Elyani InsyaAllah kak...:)
      5 hours ago via mobile · · 1
    • Ad Rahman Tidak menjadi salah kita bertutur dan menguasai bahasa lain, lebih lagi BI adalah bahasa universal. Kita harus bangga bahasa mereka kita dapat menguasai tapi pada masa yg sama bahasa ibunda kita harus diletakkan di tempat yg wajar. Memperkecilkan bahasa sendiri, adalah satu penghinaan yg sehina-hinanya terhadap bangsa kita sendiri. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada kak Jasmawati Othman dan yg sepertinya. Walaupun suara penanya tidak kita dengar, tapi mereka adalah penyokong kuat perjuangan ini. Mereka-mereka adalah tulang belakang kumpulan ini. Terima kaseh sangat kepada semua.
      5 hours ago · · 4
    • Rabeah Mohd Ali MATA PENAMU ITU BISA MENGGONCANGKAN SETIAP KALBU

      Apa lagi...apa lagi..apa lagi...yang kau ragukan itu...
      Penamu yang luka itu telah kubaluti dengan api cinta perjuangan
      Dan penamu tak akan kubiarkan luka sepanjangan selagi hayatku ada!

      Apa lagi..apa lagi yang kau fikirkan di benakmu itu
      Janganlah masalah yang remeh temeh menjadi tumpuanmu
      Perjuangkanlah mata penamu itu
      Kerana mata pena mu itu bisa menggoncangkan setiap kalbu!!!
      Bisa juga menggoncang dunia yang kelesuan api perjuangan
      Untuk berbakti pada manusia berbakti pada PenciptaNya!
      Kita bukan menjadi hamba manusia tapi menjadi hamba Allah!
      Mahukan redhaNya dan balasan cintaNya!

      Rha NS
      18112
      4 hours ago · · 3
    • Normasliza Elyani Hmmm..wahai kakakku..memang indah sungguh bait kata yang dilakar disini..sehinggakan saya sendiri terpanggil untuk menyumbangkan sesuatu biarpun hanya sebagai percubaan...:)
      4 hours ago via mobile · · 3
    • 'Cato Enzo Diharapkan semangat juangnya itu tidak luntur di tengah jalan ya.. :)
      4 hours ago · · 4
    • Rabeah Mohd Ali Semangat perjuangan jangan luntur di tengah jalan
      Kalau luntur Cato Enzo akan tiupkan api perjuangan...(Hihihi)
      4 hours ago · · 2
    • Ad Rahman Bersatu adalah kunci dari kelunturan dan keruntuhan perjuangan!!
      4 hours ago · · 4
    • Normasliza Elyani InsyaAllah tidak akan pernah luntur dan tidak akan pernah lelah..kerna sekarang pun saya sedang memperjuangkan bahasa yang saya cintai di sekolah dengan mendidik anak bangsa yang baru hendak mengenal abc..dan harapan saya moga2 satu hari nanti merekalah yang akan menyambung perjuangan saya..perjuangan mempertahankan bahasa yang kita sayangi...
      4 hours ago via mobile · · 1
    • Ad Rahman Teruskan Normasliza Elyani, kumpulan ini ada di belakang awak!
      4 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali MOGA ILUSI JADI REALITI

      Bersatu semua karya kalbu kumpulan KARYA KITA adalah kunci kejayaan misi dan visi kumpulan Karya Kita ditubuhkan...saya yakin dan yakin dan yakin...Insya-Allah berjaya sampai ke mercu kejayaan!
      Dan senyuman mereka adalah kepuasan buat kita yang telah tiada. Insya-Allah kalungan bunga-bunga bahasa akan bertaburan di pusara tak bernesan tapi harumnya seharum ambar kasturi dapat di hidu di seluruh pelosok bumi dan alam semesta. Moga ilusi jadi realiti. Amin.

      Rha NS
      18112
      4 hours ago · · 2
    • Normasliza Elyani Aminnn...(^_^)
      4 hours ago via mobile · · 1
    • Suzana Mohdshah ya lah mari kita tenguk semut dan kelip2 walaupun mereka kecil mereka bersatu dlm melakukan perbuatan mereka boleh berjaya jadi kita kena belajar dari sang semut dan si kelip2..teman2 marilah kita bersatu hati dalam memperjuangkan KARYA KITA - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA.semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar .....
      22 minutes ago · · 2

  • (PETIKAN DARIPADA KARYA KITA - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA)
    18 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;