Kelmarin aku lihat,
Kerutan di dahimu; memikirkan sesuatu.
Mungkin saja kaupernah rebah dulu.
Tetapi jujurku katakan, kejatuhanmu tak bererti akan gagal selalu.
Panas relung dadamu kurasakan terbakar.
Aneh aku lihat manik jernih itu berguguran dalam api.
Kerana keangkuhan yang menebal dalam hati,
Setiap tutur katamu membibitkan benci yang mendengar dari luar hati.
keluarkan jiwamu dari kesengsaraan.
Kerana api itu menyentak jiwa dan perasaan.
Lenyapkan segala bicara-bicara khuatir itu,
Kerana angin semilir sedang meniup debu-debu gersang di pipimu.See More
0 comments:
Post a Comment