Monday, 16 January 2012

PADA JAJARAN JALAN LIHATLAH TITIS-TITIS DARAH KECEWA


NIRVANA VIII

Awan perasaan membuak skethsa luka
pada jajaran jalan, lihatlah titis-titis darah kecewa
ia menyala pada jalinan hampa & derita
... membungkam pada kelu bicara neon kasih enggan menyala
menghimbau kenangan dan cermin-cermin wajah di basah airmata
unjurkanlah pelitaMu kasih, kerena itam & sepi menggigit-carik
bercebis hati pada hiris dusta yang kau pekik

Berjejes jatuh kelopak cinta dari merah Agra yg sekian lama ku-jaga
mahu saja dinding kaca al-hambra ku-lontar agar berderai
mahu saja ku-caing peti kenangan biar berjurai
biar menjadi pasir segala tugu & arca lambang cinta
biar mendesir ombak meragut, dan menghanyutnya ke dasar buana
aku tidak akan toleh pada indah maya
walau semilir rindu menggamit bagai kerikil meluka ke dada
tetap puncak Nirvana ku-daki hingga ku-sirna

kematian yang kau pusara-kan di tunduk hiba,
jasadku tiada di sana, kerana kesejatian rindu,
tiba-tiba menjadi sayap, untuk jentayuku membelah ujud

O gelombang waktu,
kenapa bangunkan aku yg parah merindu
kalau benar cinta tiada mati, maka arah mana satu,
alif ahdiatMu yang melagu zabur,
sehingga Daud malu menatap langit
dan tauratMu masih saja lena di munajat Tursina

mikraj-lah engkau nyawa,
capai-lah haruman yang tertinggal di Sidratul Muntaha
hari ini engkau, raya-kan-lah segengam makna, bila pintu langit terbuka
hari ini engkau, tulip-tulip yang menguncup akan memekar dalam rahasia

hidangkanlah anggur sementara aku masih berjaga
kucup-lah piala, sementara dimensi Nirvana belum mewarna
nanti pada kemilau cahaya mega,
segala sesuatu bukan lagi apa-apa
lenyap tak bersisa makna & rahasia
hilang tanpa tanda rindu & cinta
segala-gala ter-sirna
di puncak Nirvana!

Rajendra Nath Tagore
· · · Saturday at 11:37am

    • Rajendra Nath Tagore II KENAPA BANGUNKAN AKU YANG PARAH MERINDU???
      Saturday at 11:39am ·
    • Bonda Hanna Ya habibi ahabek
      membangunkan mu..?
      tharanom ku atau ku letakan tasbih Cinta di tangan mu
      yang terhulur ini ?

      wahastuni ya habibi ya rohhi
      dengarkanlah ini senandung cendraloka
      yang pernah kita nyanyikan berdbangunlah permataua
      kalimah2 Cinta 99 kita mensenandongkanya
      Katakan yang mana sayang ku..
      akan aku dzikrkam de telingga mu..

      bagunlah sayang baguunlah permata hati dan nyawa
      solat ku tidak berImam
      daif ku tidak berkhalifah
      sejadah mu telah ku hampar

      teguklah Anggur merah berdrah dan bernanah ku
      jika boleh menyegarkan mu
      aku ceduk sedayung Qausar
      warna yg kau bisikan
      berpautlah di bahuku yang terpahat AlMutaqabbiru di situ
      jika kamu rebah kerana rindu
      aku lebih rebah rindukan kamu
      Qiam
      Qiam
      plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz QIAM
      Saturday at 11:51am · · 1
    • Rajendra Nath Tagore II Ke mana lariku?
      cermin-cermin mimpi mengitari
      berpusar menari
      mengoyak lembar-lembar puisi
      pada penjara hati

      Engkau,
      bebaskanlah aku
      dari belenggu rinduMu
      yg menghiris qalbu
      tidakkah aku cuma Faqir?
      tanpa uncang & uang
      bagaimana dapat kubeli
      piala cintaMu di langit tinggi
      sedang miskinku lena
      enggan bangun dari fana!

      Engkau,
      papahlah aku
      pd dzauk mabuk anggurMu
      dan tunjukkan pintu
      arah mana satu
      yg kebebasanku,
      menyatu rindu
      bersamaMu!
      Saturday at 11:55am · · 1
    • Rajendra Nath Tagore II Jarum-jarum tajam ku-sulam
      pada menjahit hati yang pecah berdarah
      rindu apakah lebih ghairah,
      pada Engkau, wahai Kekasih,
      yang mendera-ku dengan dzauk cinta
      sehingga mata-ku enggan lena,
      di hoyong mabuk menggila!

      Engkau,
      Sulaiman-ku menyuapi doa
      dari sebak rindu airmata
      yang melurut di pipi Balqis
      kasihnya menangis
      cintanya menulis

      Inna Hu min Sulaiman, wa innahu BismilLah hirohmanirrahim!

      Engkau,
      WahadayatMu sarat dgn ruh insan
      berbilang turun bagai hujan
      petik-lah kecapi agar puisiMu menari
      menjalar pada rekahan hati yang kusam
      men-calar pada mazmumah nan itam

      Wahdat yang berhadap
      Aku melihat, Aku yang terlihat
      asyikMu menilik, asyuk-Nya tertilik
      tajalli - lah Nur,
      Ujud-Ku, Aku akui
      Syuhud-lah pada alam yang berkembang
      ilmuNya tiada batasan!

      Alas tu biRob bikum?
      Qolu..........bala........shahidna!
      Saturday at 11:58am · · 2
    • Bonda Hanna altalbiahh
      al muzakkarah
      terjabat salam kita di salsabilla
      dalam fardhu kita berkifayah
      Cinta mu bersambut bukan di tangan
      bukan Di telingga
      di bibir ku
      di lidah ku
      di Muqaddimah

      sampai kan aku terjerit
      dalam diam suara ku bergema
      hebatnya Cinta
      Cinta mu membisik tanpa suara ku
      suara mu yang berlagu

      aduhai kekasih hati
      setiap kali aku sembabkan muka ku
      di tapak Arsyi mu
      anggur2 di perah
      di mujahadah
      menyusur Neil yang arusnya terbalik di terbalikan
      tu tatang gelas kaca bersama butur2 kaca
      menembusi kharsani lelaki
      rindu mu memang tak sudah
      kerana angur merah berbaur darah

      Darah ku darah mu bercampur sudah terngadah
      tercurah Di Luth
      unggu jingga
      Luth membuka Luth
      HU Haqq Hu Haqq bertingkah
      kekasih hati aku juga tidak berdaya
      didalam fana fanafilQalbi Qalbi ku
      lalu biarlah kita berpelukan rebah..
      Saturday at 12:12pm ·
    • Rajendra Nath Tagore II O syatahat di anggur asmara
      pusar deru-lah sami'ul jasadi
      latifatul Qalbi AlifNya Bismi
      HU di langit
      AH di Diri

      Engkau,
      ma'iyyah kebersamaan Dua
      Ombak & Biru
      rindu cuma SATU - HU!
      Ahdiah tiada nyata Hamba & Dia
      La Takyin - langit blm, bumi blm

      JANGAN,
      jgn melangkah ke denai waktu
      jika sayap belum biru
      nanti terbangmu keliru
      lihatlah luluh Tursina
      secebis NurNya jazbahmu pecah
      Musa-mu rebah!
      Saturday at 12:15pm ·


  • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN KARYA KITA)
    17 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;