Sunday, 3 June 2012

AGAR TENANG JIWAKU SETENANG AIR DI KALI SYURGA


    • AGAR TENANG JIWAKU
      SETENANG AIR DI KALI SYORGA

      Damai mataku memandang suasana ini...
      Aman...tenteram...
      Sedamai hati yang inginkan damai

      Tuhan ...
      Berilah aku ketenangan
      Kerna ketenangan itu
      Perlu bagi menghidupkan
      Roh dan jasadku yang mati
      Mati sebelum dimatikan
      Makanya sinarkan
      Nur hidayah kasihMu
      Di hatiku
      Agar tenang jiwaku
      Setenang air di kali Syorga.
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      Karya Putri Rimba
      7 April 2012

      Jefry Al Bc:

      Asm bunda indah sekali .puisinya kok bunda mudah sekali mengungkapkan sesuatu lewat puisi??? apa sih rahasianya bunda .salam dari nanda .wasalam

      SENTIASA MAHU MUHASABAH DIRI

      Waalaikummussalam nanda...terima kasih atas sokongan nanda pada bunda
      Nanda...tiada rahsia
      Comanya selalulah:

      1) Bersangka baik dengan Allah Azzawajallah
      2) Selalu bermuhasabah diri
      3) Berkata yang baik-baik kerana setiap yang baik dari Allah SWT
      4) Mengharap setiap yang ditulis dan ucapkan sentiasa ada Nilaian di Sisi-Nya Insya-Allah Aamin
      5) Apa yang ditulis sebagai saham akhirat
      6) Selalu menyatakan adakah ini puisi terakhirku
      7) Sampaikan ilmu itu walaupun sebaris ayat
      8) Ilmu yang baik adalah Kurniaan dari-Nya jika tidak disampaikan akan dipertanggungjawabkan
      9) Jangan was-was untuk berbuat baik kerana peluang tak datang banyak kali
      10) Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara... antaranya hidup sebelum mati
      11) Sentiasa bayangkan setelah mati segala rayuan tidak diterima Allah Azzawajallah
      Makanya merayulah tika nyawa ada di kerongkong di situlah masih ada peluang untuk kita bertaubat
      12) Jika mahukan ilmu dunia akhirat perlulah menghadiri majlis-majlis ilmu dengan adanya ilmu ..apa yang
      disampaikan Insya-Allah berfakta dan bernas
      13) Jangan tamak ilmu dan berbangga dengan ilmu yang setetes cuma
      14) Jika kita suka berbagi ilmu Allah SWT akan menambahkan ilmu tanpa kita duga dengan sebanyak-Nya

      KITA BUKANLAH ORANG YANG SEMPURNA BAIK TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA INGIN MENJADI HAMBANYA YANG BAIK ....HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM ITULAH YANG TERBAIKNYA DALAM SETIAP AMALAN INGIN MENGHARAPKAN REDHO DAN CINTA ALLAH SWT DIBALAS DI KALA HIDUP DAN MATI...BERTEMU DENGAN ALLAH SWT DALAM KEAADAN TENANG ROH DAN JASAD IKA ROH KITA DITERIMA ALLAH SWT MAKANYA ALLAH SWT AKAN MENERIMA JASAD KITA INSYA-ALLAH AAMIIN MAKANYA HIDUP INI BUKANLAH PERCOMA TAPI SERIUS DALAM MELAKUKAN IBADAH SEBAGAI BEKALAN DI HARI MATI NANTI. MOGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA-NYA . AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

      Ingatan tulus Ikhlas daripada bunda:
      RABEAH MOHD ALI
      ISTIMEWA UNTUK NANDA JEFRY AL BC
      3 Jun 2012
       ·  ·  · 8 hours ago
      • Werdys Kalbary likes this.
      • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP JARINGAN SASTRA INDONESIA  - KALBAR)
        3 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;